NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, June 7, 2011

SAYA HARAP AYAH SAYA

semua orang ada ayah . sebab lepas nama kita confirm lepas bin atau binti , ada nama seorang lelaki . takyah nak buat buat tanya " eh nama siapa eh " . tu confirm nama ayah kau . so takyah nak buat buat tak tau pulak . aku pun macam tu gak . dalam kad pengenalan aku , lepas bin , nama Syed Zulkifli . aa tu ayah aku . so memang sah sah tak leh nak kata Jalaluddin Hassan tu ayah aku . haish . pernah tak , kalau bila abah marah korang buat sesuatu , tiba tiba datang terlintas dalam kepala otak tu " kenapa eh abah aku tak macam orang lain " .. " kenapa lah abah aku tak sporting " .. " kenapa lah abah aku ni kolot sangat " .. confirm ada .. unless kau ni maksum , suci bersih lagi berseri .. memang tak lah kan ..

aku kan selalu harap ayah aku ni boleh berdikari . haha macam aku pulak seorang ayah duk nasihat dekat anak .. bukan macam tu .. abah aku ni jenis yang tak boleh kerja dengan orang .. dia nak jugak jadi bos .. takleh jadi orang bawahan .. dia rela kerja buat kuih ni . sebab dia boleh jadi bos kepada ibu dan mami aku .. boleh macam tu ?? haish .. so bila tak boleh kerja dengan orang ni , susah lah sikit kan .. dalam keadaan terdesak macam ni , still kena bekerja sendiri jugak .. korang mungkin tak faham .. ( sambil kesat air mata ) .. haish drama pulak aku tengahari ni ..

aku selalu gak harap ayah aku ni boleh baca fikiran aku .. apa yang aku fikir , dia pun fikir .. ni tak .. apa yang aku fikir .. mesti dia tak terfikir langsung .. hehe .. apa yang aku nak elak dari fikir, haa yang tu la dia duk fikir selalu .. kan best .. kalau aku duk fikir nak makan Kfc , tiba tiba abah datang bawak balik Kfc .. " amer , ni abah bawak balik Kfc .. makan lah .. khas untuk amer " .. so sweet ... IN YOUR DREAM ( ketuk kepala dekat dinding ) .. aku pun harap gak abah aku ni jenis yang mendengar kata .. dia tak boleh terima nasihat orang .. kalau mak aku cakap , mesti semua salah .. dia je yang betul .. sebab apa ?? sebab dia nakhoda kapal .. so kena ikut kata dia jugak walaubagaimanapun .. adoiyaa .. susah laa ..

namun begitu , semua orang ada kekurangan kan .. walaupun abah aku macam tu , still aku puji sikap dia .. walaupun dia tak dengar kata orang , kadang kadang betul jugak apa yang dia buat .. kalau takde orang yang keras kepala macam dia , takda orang yang boleh buat keputusan .. at least , keputusan boleh dibuat .. takyah pening pening kepala .. tak kesah lah keputusan tu baik atau buruk .. walaupun abah aku takleh baca kotak fikiran aku , takpe .. sebab aku tau , kalau dia banyak duit , confirm dia boleh baca fikiran aku walaupun aku tak mintak .. sebab takde duit , sebab tu dia tak berdaya nak baca fikiran aku .. kalau dia baca pun , dia tak boleh buat apa jugak ..

walaupun abah aku ni susah nak dengar nasihat orang , hmmm lama lama dia dengar lah kot .. dari hari ke hari , aku harap abah boleh jadi ayah yang sempurna .. bukan aku cakap dia tak sempurna .. cuma , aku yakin dia boleh jadi lagi sempurna macam dulu dulu kala .. oleh itu , cukup lah luahan hati hari ni .. aku baca dekat blog orang , semua duk story , best best pasal ayah diorang .. kadang kadang aku jeles gak .. tapi takpe .. bagi aku , dia tetap superhero .. ada satu hari kan , adik aku telefon , dia takde duit .. dia belajar dekat Mrsm Kuala Berang .. ayah aku sanggup ni pukul 10malam bertolak dari dungun , pergi hantar duit .. dalam sejam lebih gak Kuala Berang tu .. bagi aku , boleh je nak tunggu esok .. since adik aku kan asrama , makanan dah tersedia .. tapi apakan daya , seorang ayah ni taknak bagi anak dia rasa susah .. hehe ..

  
p/s : kepada yang ada ayah , sayangi dia sebaik baiknya okay .


6 comments:

iNNrPeAcE said...

i LOVE my DaDDDD!
hehehheee.. snggup abiskn duit utk lihat ank dia b'jaya n snang..
x kedekut pun.. huhuhuu...
(mood : terharu)

lala said...

hee ayah sye sporting laa...
he my mum and my dad!!

eesyaheera said...

Abah aku dulu garang. sekarang dah jadi cool dan sporting. biasa la dulu darah muda. hihi.

baik buruk Abah, dia tetap Abah kita *cry*

ღ Sis Aieda ღ said...

saya sayang ayah saya :)

tapii ayah saya garang gilak ...

uhuhuhu...
grrr~

M Fizan said...

wahhh..best entri sal hri ayh nie..:)

~~zAnAfAhMi~~ said...

beruntung mereka yg masih ada ayah, akak ni yatim sejak umur 2 tahun...mmg tak dpt nak cerita riwayat hidup dia kalau tak kutip drp mak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...