NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, July 22, 2011

ANNISSA MENGECEWAKAN


setiap hari selasa hingga khamis tepat jam 10.30pm , maka terpacak lah aku depan tv . tak kesah lah tengah makan ke , tengah tido ker , tepat 10.30pm automatik akan berada depan tv . semua gara gara Annissa . Annisa ni bukan girlfriend aku mahupun anak angkat atau adik angkat . ini tajuk drama slot samarinda . the reason aku suka tengok cerita ni adalah kerana adanya faradhiya dan fiza . rozita che wan tak penting sebab dia gedik . aida aris hmmm sebab tak berapa nak minat . fiza actually tak minat pun tapi suka tengok dia berlakon sebab muka dia gila innocent . faradhiya mantop . kenapa aku cakap kecewa ? 

kerana .... ending dia macam ntah paper .. tiap tiap minggu aku duk layan emosi .. express kemarahan aku ke sana ke sini .. siap benci aida aris sebab bajet suci simpan rahsia konon konon .. lepas tu dengan rozita che wan nya yang jahat gila babeng .. dengan fiza nya bodoh sengal ubi percaya sangat dengan kawan .. dengan faradhiya nya yang menggoda .. alih alih ending dia cenggitu je .. meh aku story ending macam mana aku nak .. okay , sepatutnya since Fiza baru tahu Rozita ni madu dia , dia patut pergi hospital dan cabut oksigen dia .. tak pun dia patut marah Rozita kaw kaw .. bukan nya dengan pergi dekat hospital dan tunjuk suci buat drama melayu , hipokrit wei . mana ada tok madu macam tu .. haish emosi kejap .. dan sepatutnya Fiza benci tengok Haikal .. bukan benci , macam tak boleh terima .. haa macam tu .. baru lah drama sikit ..

faradhiya sepatutnya tak gila macam tu . dia sepatutnya dilepaskan . lalu diap pergi membunuh Haikal . setelah itu , Fiza pulak bunuh Faradhiya . dan akhirnya Fiza kawin dengan Kamal . jadi madu Aida Aris . amacam gempak tak ending aku ? mekasih mekasih . aku memang patut jadi pengarah filem jer senang . baru thrill . sayang lah . cerita punya lah sedap . disebabkan ending macam gitu , habis jadi tak sedap . bak kata pepatah disebabkan nila setitik , habis susu sebelanga .. itu jer nak bagitau .. sekian terima kasih .. by the way lawa kan posterr wallpaper macam gambar kat bawah ni .. nanti aku kawin , nak letak gambar macam gitu lah jugak .. so nanti kalau bercerai , pergi bli spray warna merah .. buat tanda X dekat muka bekas isteri .. 
 

5 comments:

vampire's lovex said...

aku pon mnyampah dengan ending cerita yang tak hepi...bengang betol..

NajiHa said...

betul2 ending die memang xmemuaskan hati...tapi ending yg dicadangkan tu macam terlampau seram je bunyinya..haha

Small tony said...

mama tak dpt tgk pon ending dia
huhuhu dpt tau dr sini
masehla sudi share

Jue said...

wa follow gitu-gitu je cite nie
tp mmg frust gak ngan ending dia
kamon la kan..wat la something better

zuhanismohamed said...

sy peminat annisaa gak..xpueh hati ending dia macam tuh..

maybe ada annisaa 2 kot..hehe..


ps : amboi tragis nya ending yang awak pk tuh,,hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...