NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, July 28, 2011

AWAK ORANG MISKIN KE ?

Selamat pagi . Sehat semua ? Macam mana persiapan nak sambut Ramadhan ni ? kurang kan ler makan  tu . supaya nanti tak de lah lapar kebulur kan . aku nak share story sikit . actually cerita ni dah lama . dulu adik aku suka sangat bekal makanan dari rumah sebab malas nak berebut dekat kantin sekolah . so hari hari dia bekal . kadang kadang nasi lemak . kadang kadang mee goreng . ni yang mak aku jual tu jugak . so dia bekal dalam plastik pembungkus jugak . macam beli dekat kedai gitu . satu hari , kawan dia order sebungkus sebab kawan dia tengok dia senang jer . time rehat , duduk dalam kelas jer , takde lah letih letih kena pergi kantin sekolah kan . so mula mula sorang order , setiap hari customers bertambah . sampai lah kadang kadang adik aku kena bawak 15 bungkus pergi sekolah . 

aku mula mula dapat tahu . aku rasa sedih . sebab adik aku ni boleh fikir nak jual makanan macam tu walaupun secara tak sengaja . memang lah orang kata bagus lah dia pandai buat bisnes . tapi aku rasa kesian . ntah lah . sayu jer aku tengok dia bawak nasi pergi jual kat kelas . padahal bukan dia pergi jual pun , dah orang kirim kan . taktau lah . undefined feeling . aku yang touching lebih kot . tapi aku fikir , takpe la . bukan parents aku paksa dia jual . dia yang nak bawak kan . kadang kadang yang dia bawak pergi sekolah tak cukup . huhuhu . budak dari kelas lain pun datang beli . satu hari tu , ada seorang budak perempuan datang kat adik aku . time tu orang tengah beli nasi lemak dengan dia . 

" Awak orang miskin ke ? kenapa awak jual nasi dekat sekolah "

Adik aku jawab " Dah orang kirim . saya tolong jer la "

" Nah ambil ni . saya sedekah kat awak " sambil keluarkan rm2 dalam poket . 

masa Mak aku cerita kat aku , lagi lah aku sebak . adoi . walaupun yerlah budak budak . mana faham kan . nampak macam tu dah kata miskin . memang yer , kami bukan golongan berada . tapi bila orang cakap macam tu kat adik aku , aku rasa kesian gila . kalau orang cakap kat aku , aku tak kesah . sebab aku dah besar pun . budak budak apa dia faham kan . tapi tak de apa . adik aku relaks jer . aku jugak kot yang lebih lebih touching . hmmm . tapi sekarang ni adik aku tak jual dah . dia malas dah . dia pun pergi kantin sekolah sekarang . tahun ni dia UPSR . takpe lah tak dapat 5A pun asalkan aku tengok dia berusaha nak dapat 5A . sekarang ni dia makin rajin . tak macam dulu . belajar pun makin okay . kalau ada rezeki , insya Allah 5A lah tu kot . 



7 comments:

maya sarry said...

lah..mcm tu sekali budak prempuan tu cakap kat adek awk. masih budak2 dah pandai cakap itu la ini la. haih..

Wan Eyla said...

alahai touching nye baca entry ni..niat lain tp org phm lain plak..huhu

Nur Misnan said...

budak2 boleh dimaafkan tapi sampai sekarang
orang dewasa yang berakal dan berpendidikan tinggi
masih menanyakan soalan sebegitu..
tinggi sungguh pelajaran mereka bukan...

teringat masa kecik2 dulu..
suka jual nasi lemak bila cuti sekolah.... thanks for sharing here man

a n a s t a s y e a said...

Tak kisahlah, yg penting tak meminta dari orang lain. Betul tak ? =)

www.anastasyea.com

Anne Nurain said...

masa sy kecik2 dulu sy jual stiker..
mula2 hobi ja tp bila byk kawan2 yg berminat, sy jual la ngan diorang.. hehehe..

Izz Latif said...

~erm~
bagusnya...

:)

cik enon lalalaa said...

tacig jugak baca entry ni =(
yelah kot mybe kita sesetip lebih..
tp ayat bdk perempuan tu mmg makan dalam ni..
boleh meninggalkan kesan trauma kalau dia ckp kt saya..
anyway, dulu saya suka ponteng sekolah sebab nak ikut ayah berniaga..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...