NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, July 10, 2011

NITRON

Habis je kisah kotor 1.0 dan 2.0 tu , cerita bersambung . jalan jalan dekat depan Balai Bomba Pudu tu , tiba tiba datang seorang lelaki , sambil pegang handset dekat tangan 3 4 biji ..

“ Bang , handset baru bang .. murah murah .. rm300 .. amacam ? “
“ charger mane ? waranti mana ? “
“ bang ni harga murah , eksklusif punya . takde waranti , takde charger . handset semata mata . kalau ada waranti dengan charger , mahal lah bang “

Aku berlalu macam tu jer . dalam hati merintih jugak . cantik kot handset tu . ada nokia n8 , ada iphone , ada Samsung ace . tapi Blackberry takde okay . sekian . haha . jalan lagi depan , ada satu pasangan india , tengah bukak meja , dan kerusi . lepas tu angkat barang dalam plastic . omaigad , berlambak handset . lebih dua puluh biji . macam macam model . tapi  Blackberry takde . hehe . siap pasang screen protector okay .

“ Dik , handset murah dik . tempat lain tak dapat dik “
“ Ori ke nie ? “
“ Ori , baru keluar kilang nie . limited edition nie “
“ Ori ke AP nie ? “
“ Ori ori . Nitron “

Aku dah tergelak . lepas tu aku pergi masuk kedai lain . senyum sorang sorang . tak beragak . nak tipu pun . NITRON ? ZITRON LAH . nak tipu takde ilmu tu lah jadi nya . jalan depan lagi , ada lagi . kali ni , aku main main , tilik handset tu . baru aku jumpa flaws dia . NOKIA  jadi NOKIA. ( Ada titik ) , iphone jadik iphones . nasib baik aku tak tanya kenapa iphone ada S . kalau tak mesti dia jawab “ ni iphone latest punya . tak pakai nombor dah . tak de dah 4 ke 5 ke 6 ke . pakai S jer . “ .. hahaha .. aku cerita kat kawan aku .. dia pesan sebijik NOKIA NITRON .. lawak lawak .. guling guling .. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...