NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, August 9, 2011

KISAH PENIAGA BAZAR UiTM DUNGUN

sebagai seorang lelaki yang mempunya kerjaya sebagai peniaga bazar , pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi . dengan gagah dan berani , kaki ini melangkah ke tapak jualan bersama sama pengepit di tangan , bersedia dan menunggu masa untuk gerai dikerumuni pelanggan yang setia yang cantik dan hensem hensem belaka . okay warga dungun , datang beli cepat . letih aku puji ni . 




bagai nak rak dah tu . jual dalam uitm memang best . ramai students kan . walaupun students tak seramai tahun lepas since budak degree bercuti , tapi ramai lah jugak . tak menang tangan lah jugak . dan aku , sebagai orang yang tak pernah bekerja , memang lah kekok bila orang datang beli kuih . ekhem ekhem , semakin cantik pelanggan , semakin gabra aku . ini hipotesis aku . haha . 



setakat hari ni , kuih kuih jualan hampir licin setiap hari . air tebu memang tak sempat nak simpan lah . aku kecewa dengan air tebu . yelaa aku baru ingat nak berbuka dengan air tebu . tapi dalam sekelip mata habis . padahal around pukul 5.45pm tu banyak lagi . tapi pukul 6.15pm dah habis . kuih kuih aku tak kesah sangat sebab aku jarang makan kuih . 




gerai aku ni jual pelbagai kuih termasuk air soya dan air tebu . lauk pauk tak jual . the best kuih kat situ bagi aku Creampuff . datang lah try . try hari ni rm1 , esok mesti nak lagi rm5 . hehe . bulan puasa ni , memang tengok kuih , kalau boleh , semua kuih nak try . oleh itu , kena beli berpada pada .



kelakar actually melayan kerenah customer . semalam ada customer tanya ni kuih apa . aku cakap lah ni kuih belimbing . dia kata buat ni guna belimbing ke . ahaks. bagi aku lawak . tak pernah lagi aku dengar orang guna buah belimbing buat kuih . macam mana tu rasa kalau kuih guna belimbing . haiyaa . aku macam tak tau orang luar panggil Onde Onde tu buah melaka . ahaks . bila aku sebut onde onde , ada customer buat muka blur . nasib baik , teman jualan aku ni tau nama kuih tu buah melaka . 




haha . ada jugak tu kuih tok aji serban . tau ke kuih tu ? alaa yang ada dua lapis . bahagian atas sekaya , bahagian bawah pulut . yang ni pun aku mengalami kesukaran nak explain . sebab budak budak kan , diorang tau nama kuih , tapi taktau bentuk kuih . orang luar panggil kuih tok aji serban apa eh ?


dekat atas ni kuih aji serban . cepat cepat , aku buat pop kuiz . apa kah nama lain bagi kuih aji serban ? heheeh lawak kan nama kuih . mungkin yang warna koko tu serban . yang warna putih tu kepala tok aji . macam tu lah kot bagaimana kuih ni dapat nama . apa apa pun , semoga jualan kuih terus laris sehingga ke penghujung nya . mudah mudahan . Amin . 


19 comments:

Bicara Bisu said...

assalam..

mcm cedap jer..huhhuhuu

Syafiqah Nafis said...

hahaha..kalu dop silap org lua pggl seri muka kot.kotlah.ke salah jugak??hahaha

Wheelchair Rocker said...

alamak creampuff ! dah lama dah mengidam nak makan tapi tak jumpa kat mana yg sedap. T.T

ZWAN SABRI said...

onde2? pelik je bunyi kuihtuu.. buah melaka la baru betoi.. HEHE
lepas ni mesti dapat awek uitm sorang.. HAHA


MySuaraBlog: Bergosip Di Bulan Ramadhan

eesyaheera said...

Tok aji serban kau kaler grey ke? Salu kaler hijau kan. Orang luar panggil seri muka.

Weh, buat karangan tu bagi perenggan banyak sikit. Sakit mata aku nak baca

Unknown said...

iQapiQa: bukan kuih seri muka ar. kuih seri muka. blah atas tepung manis warna hijau bawah pulut putih.

♥NuR SyAFiQah♥ said...

hehe sy student situ..tp taon ni xdpt nk bukak pose kat sane sebab praktikal..

anumuchan said...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa.

Sudi2 la singgah baca entri terbaru saya di frommetoyou :)

...Pinx.... said...

kenapa bahagian atas kaler grey?
tapi nampak sedap lah!

Apa2 pun bazaar Ramadan port cuci mata kuih2 yg kita jarang2 nampak.
Nice entry. Info baru :)

leeya abdul said...

K.leeya tak pernah tengok kuih nih usahkan rasa. tapi kalau jual kat selangor nih mesti laku giler. Meh ler jual kat bazar sini..

SyedMuzzamir said...

pure : mmg sedap bro .. manis2 ..

iqa : tu laa .. aku rasa seri muka gok .. tapi ntah ler.. seri muka warna ijau .. haha wei mari la beli .. mareng dila doh mari ..

effa : dear , dtg dungun .. creampuff the best in town .. hehehe .. kalau i nak bwk pegi sane , basi laa ..

zwan : awek uitm ? ahaks .. segan .. hahaha ..

ee : aku pun pelik .. selama ni aku tau makan jer .. tahun ni baru aku kena amik tau pasal kuih sbb aku jual sekali .. hehe ..

rnie : ntah dear .. pelik2 nama kuih ni ..

syafiqah : too bad .. kalau tak boleh jumpaa ..

pinx : memang sedap .. tu laa dekat bazar je kuih pelik2 ..

k.leeya : alolo jauh laa selangor kak .. saya belajar je kat sana .. hehee

Falling . said...

aq gelak guling dpn incik abg ble dy ckp kuih tok aji serban nih.. haha sumpak lawak. aq ingat dy memain tp rupa2nya mmg tol ble aq jmpe kuih ni kt bzar ganu ;)

mrs kayrul said...

peliknya nama kuih...kalau kaler hijau org panggil kuih seri muka..kalau dah kelabu kat atas..ntah la

Yana Farinha said...

hye..nice blog... dah folo awk. jom folo blog sy. like la sekali entry terbaru sy jika sudi.www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com

Salmiza S. said...

kuih tu org pggl seri muka laa :)

Duta said...

yer dop..kawe brase name seri muko name kuih tu..tok nenek ambe kabo r..xpnah dgr agi haji2 nih haha

cik pha said...

sedap pulak nmpak kueh tu ehhe

Enon said...

sama je..
kt perak kaler hijau ke coklat kelabu2 sket ke tetap la kuih seri muka..

kt ganu mmg pgl tok aji serban..

kat kedah pgl pulut sekaya if x silap..

satu kuih yg sama tp buat org pening dgn nama.. heee =)

Unknown said...

Org trengganu dulu2 pnggil onde onde lagi klakr. Kekohcha~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...