NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, September 27, 2011

KORBANKAN SESUATU UNTUK ..

Assalamualaikum ..

Ape citer kawan kawan mayaku semua ? hari ni kelas dari pagi sampai petang , sangat penat wei . dahlaa kelas lecture . duk dengar lecturers je cakap , petang pulak tu . berair air mata , mulut tak berhenti menguap macam singa lapar , terangguk angguk tergeleng geleng . nak tunggu dua jam tu macam satu penyeksaan , macam mana lah nak tahan ni another 12 weeks . apa yang baru terjadi around aku lately adalah seperti berikut . 

1) duit habis beli laptop 

2) memey dengan norman dah nikah ( perlu ke tulis kat sini , macam diorang tu kawan kawan aku jer )

3) adik akiu telefon tak habis habis mintak basikal sebijik .  baru 7 tahun . ada giler ? aku dapat basikal dulu pun time aku darjah 4

4) kawan aku , Budu pregnant . haha . sama umur dengan aku cukup . 


terlalu banyak benda terjadi sampai tak terluah . sekarang ni macam malas gila nak update blog dekat hp walaupun boleh . nak type sms pun malas . aku tunggu je hp baru keluar yang boleh bagi voice command , aku sebut je apa yang aku nak taip , dia auto type dan send . kan senang . so bila bila masa jer boleh hantar sms . off topic sungguh , actually aku nak cakap pasal benda lain . banyak dah melalut ni . 

pernah dengar tak orang kata " kalau kita nakkan sesuatu , kita kena korbankan sesuatu " . tu general rule jer . whether kau dapat ke tak apa yang kau nak , itu bergantung kepada rezeki tuhan bagi . sebagai contoh , kau habis kan masa muda kau dengan study , mengadap buku , buat nota dan sebagainya tapi tak semestinya kau akan grad dengan cgpa 3.98 . btol ? macam aku sem ni . aku dah korbankan kehidupan remaja aku sebab nak curik curik simpan duit nak beli blackberry torch . so berjaya jugak beli sem ni . 

tapi langit tak selalunya cerah . laptop aku pulak rosak . rosak yang tahap kritikal sampai orang kata " baik kau campak je laptop dalam laut merah " . jadi aku terpaksa korbankan duit biasiswa aku beli laptop sebab aku nak kena pakai laptop lagi 2 tahun , nak tak nak kena beli jugak . aku redha je . walaupun duit habis , ni kira a price that i have to pay la kan sebagai student . kena berjimat lah sem ni . sangat sangat .

dulu kan , aku pernah najk korbankan diri aku demi nak dapat 4.0 setiap sem . tapi malangnya takde lecturers pun nak terima pengorbanan aku ni . jadi tak dapat laa 4.0 setiap sem . tak pernah dapat . tapi kalau ada lecturer yang offer aku , aku akan kata YA dengan segera . haha PSIKO je . aku nak jugak rasa dapat 4.0 kan . tak pernah rasa seumur hidup . aku nak juga buat buat senyum kambing cover hidung tinggi tutup perasaan bangga diri dan riak bila orang cakap " congrats , kau dapat 4.0 .. gila ah .. macam mana kau study " .. hehe ..

apa apa pun , ingat lah . if you wanna have something better , dont hesitate to let go what you have now . provided that it is appropriate and reasonable . oleh itu , selamat malam dan selamat beramal . Assalamualaikum sekali lagi . 


2 comments:

cik enon lalalaa said...

dalam term economics, itu dipanggil sbgai opportunity cost atau kos lepas.

anyway, congrats sebab dah dapat reward urself with something good!

=)

Saiazuan said...

haha mbr dah pregnant ek? rezeki, tahniah kepada dia :D

dapat baru, yg lama rosak? dugaan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...