Assalamualaikum ..
Bagi aku , benda ni bukan mitos . tapi fakta . jap jap jap . sebelum nak geleng kepala , sebelum asah pisau , asah parang , sebelum bukak mulut nak defend , dengar dulu . oh tak boleh dengar sebab ni bukan suara recording . okay tukar , baca dulu sampai habis . ini lah perempuan . lemah untuk berfikir secara rational . terus nak maki . terus nak tunjuk kuat . belum apa apa lagi . sebagai contoh . haa tengok . terus mulut muncung kedepan . apa apa pun , ini pendapat peribadi berdasarkan experience dan observation aku . korang mungkin melalui benda yang tak sama dengan aku . i respect your views . aku tak mintak korang bersetuju dengan aku , cuma kalau boleh respect . orait ?
1) Bad Driver
Common kan ? Pergi lah ceruk mana pun , orang akan kata macam ni . biasa , kalau naik kereta dengan ayah aku , bila dekat simpang atau mana mana susur keluar , dan kami duduk di belakang , dekat depan ada kereta lain , bila kereta depan lambat je gerak , slow , takut takut , abah aku akan cakap " mesti driver perempuan . slow " . dan most of time , abah aku betul . terbukti bila kami potong diorang . mula-mula dulu , time aku takde lesen , aku selalu kata abah aku ni prejudice , bias , typical , sceptical . tapi sekarang bila dah bawa kereta sendiri , aku pun jadi macam abah aku . dan aku rasa aku faham apa yang abah aku rasa . memang rasa annoying , nak nak kalau kita ni memang rushing . aku pasti , female readers dah kumat kamit mulut bagi defends tu . " kami berhati hati " , " kami bukan slow , kami prihatin " , " kami tak gelojoh " , " biar lambat asal selamat " . Zzzz . amboi amboi amboi . bagi aku , berhati - hati boleh . jangan terlampau sampai menyusahkan driver lain , pengguna yang lain . takkan nak tunggu jalan betul betul kosong , baru nak bergerak . takkan nak tunggu kereta jarak 10km baru nak tekan minyak . kalau kawan ada lampu isyarat , okay lagi lah . kalau takde , sampai esok pagi lah tunggu baru boleh bergerak .
2) Emosi yang melampaui batas
Emosi bukan sahaja dalam perhubungan cinta mahupun rumahtangga , tetapi dalam persahabatan juga . lelaki bukan tak sensitif sebenarnya , kami sensitif . cumanya , kadang kadang bila berdepan dengan perempuan yang jenis PMS 356days a year ni susah jugak . marah sebab benda kecik . merajuk sebab benda remeh . menangis tak setimpal dengan masalah yang ada . sebagai contoh , pergi kafe , ayam habis . menangis . boleh ? makanlah lauk lain . lauk lain tak sedap ? makan benda lain . taknak ? so biarlah perut lapar . taknak jugak ? dah tu menangis kenyang perut ? perut tak kenyang , tapi hati puas . erkk ye ke puas ? marah bila orang kata nampak berisi . oh come on . kalau itu fakta , nak marah buat apa . oh perempuan ni sensitif pasal bentuk badan , berat badan . kalau sensitif jangan bergaul dengan orang . begitu juga bila ada salah faham . taknak dengar dah orang explain . ikut kepala angin dia je lah . dah kata salah faham , mesti lah ada mistake kat mana mana . dan sudah tentu perlukan penjelasan . ini tak . tak dengar dah orang kata . kita je betul . kita je hebat . hmmm susah . ni golongan yang bodoh tak boleh diajar . bila marah , mula lah keluar benda benda yang tak sepatutnya. mintak cerai lah , mintak clash lah , putus sahabat lah . lepas tu bila dah cool down , taknak pulak mintak maaf , ego tinggi . hmmm careful , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata makan diri .
3) Insensitive
Bukan lelaki je yang tak sensitif . perempuan pun ada . ramai in fact . lebih kepada tidak sensitif kepada persekitaran . contoh cakap siang tak jeling tepi , cakap malam tak pandang belakang . ni golongan mulut lepas . cakap pakat ikut sedap je . jenis mulut banjir . tak berenti cakap ni . kalau benda elok takpe , ini tidak . cerita itu cerita ini . lepas tu , buat conclusion sendiri . JUDGMENTAL . then , dari satu mulut ke mulut yang lain . dan pelbagai conclusion di buat . sehingga cerita 5 mins , conclusion nya A . bertukar jadi cerita 10jam , conclusion nya ABCDE . bukan tu je , timbang rasa tu pun kurang . contoh macam petang tadi . aku pergi kenduri . tempat makan kecik . orang terlampau ramai . mereka ni duduk makan , control ayu , dah lah makan kunyah 40 kali . yer sunah nabi . tapi ramai ni orang . siap makan , minum air pulak . bukan nya minum sikit sikit , ni jenis hirup ni . lepas tu , makan buah pulak . kalau buah pisang ok lah , sebatang sorang . ni buah duku , buah langsat . jenuh duk tunggu nya . dah lah hujan . macam tu jugak kalau dekat shopping mall . dah tahu ramai orang , sampai block orang nak lalu lalang . eh mereka tak bagi peluang . yela , kalau bergerak sikit , orang masuk line , habis pulak baju kurung offer 3 pasang rm15 . biar orang tak leh lalu , asal aku dapat baju cantik 100 pasang . susah lah macam ni .
4) Superwoman
bagi aku banyak kemusykilan dekat sini . mereka kata mereka kuat . apa yang lelaki boleh buat , diorang pun boleh buat . tapi dorang lupa , ada benda yang mereka tak boleh buat walaupun mereka kuat tahap godzilla . feminism sungguh . dia sebenarnya macam ni , bagi aku , memang lelaki dan perempuan sepatutnya equal . equal dari segi social . maksud social kat sini , macam peluang kerja , benefits dan sebagainya . tapi ada benda yang tak boleh jadi equal dalam apa jua keadaan sekali pun . benda ni kenyataan , kena terima . disebabkan tak boleh terima kenyataan ni lah , wujud golongan golongan yang nak kata lelaki , ada boobs , nak kata perempuan , keras tak mengendur . haa macam mana tu . dunia sekarang begitu lah . makin hari , makin membiak golongan She-Male ni . bahaya sungguh .
Woah , luar biasa !!
Konklusinya , pada pendapat aku , perempuan itu lemah adalah fakta . lemah bukan maknanya kalah atau mudah ditindas . lemah di sini maksud dia semua benda ada had nya , semampu mana pun perempuan nak buat sesuatu , sampai suatu tahap , mereka tak mampu . lemah kat sini , bukan negatif sangat maksud nya . tapi lebih kepada , perlambangan . perkataan yang sinonim dengan perempuan . tak perlu nak argue sangat benda ni . benda kecil . sama juga bila orang kata Lelaki Mata Keranjang atau Lelaki Tak Sensitif . lelaki pun ada kelemahan nya . cuma perlambangan Lelaki Lemah tidak sinonim dan common . janggal benor bunyinya . apa apa pun , ini lah kitaran hidup . lelaki perlukan perempuan , perempuan perlukan lelaki , barulah kehidupan itu sempurna dan normal . diulang sekali lagi , ini adalah pendapat peribadi .