NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, February 25, 2012

Assalamualaikum ..


Gambar di atas bukan hanya sekadar hiasan .. itulah gambaran aku sekarang .. bukan aku tukar jantina jadi perempuan okey .. baik sikit mulut ok .. cuba interpretasikan betul betul gambar tu .. gelap kusam kosong sakit semua ada .. tajuk entri kali ni saje aku tinggalkan kosong sebab memang itu apa yang aku rasa sekarang .. zero nothing .. jiwa kosong .. aku sebenarnya tengah sedih .. sedih sangat sangat .. sedih melampau .. sedih dengan diri sendiri .. semua lah .. sedih mengenang pembawakan diri .. cara hidup .. susah aku nak explain dengan perkataan .. result final sem dah keluar .. alhamdulillah .. result aku okay .. walaupun turun .. itu bukan hal nya .. asal lepas semua sudah .. boleh grad dah cukup dah .. kalau nak kata puas hati dengan result .. tiap tiap sem tak pernah puas .. apa apa pun syukur .. 



dapat result okay pun tak semestinya kita bahagia kan ? sama jugak .. orang selalu kata , duit banyak berjuta lemon pun tak mungkin dapat beli kebahagian mutlak .. tolak tepi pasal result exam .. aku macam sakit kat dalam .. kat hati .. ada benda yang tak terucap .. aku tak biasa pendam pendam ni .. biasa memang aku bercerita .. tapi ada benda yang susah untuk aku cakap .. end up , aku simpan dekat diri sendiri .. sedih sorang sorang .. nangis sorang sorang .. lepas tu pujuk diri sendiri .. bukan senang nak pujuk diri sendiri .. diri yang lemah longlai nak pujuk hati yang sedih gundah gulana .. apa yang senang nya ?? aku cuba untuk bercerita , luah perasaan yang terbuku dengan menaip entri ni , now dah dua perenggan aku masih tidak terdaya nak taip .. berat tangan untuk menaip , berat lagi hati yang menanggung ..

orang kata " kalau menangis tu boleh buat rasa lega , menangis lah sepuas puasnya " .. tapi kalau menangis pun , lega pun hanya seketika .. entahlah .. kalau hati aku ni portable , dah lama aku cabut .. then aku format balik .. trade in .. jual .. amek hati baru .. tapi itulah , aku bukan duduk zaman doraemon .. semua benda ada dalam poket kecik .. semua benda boleh selesai dengan mudah .. aku rindu nak rasa Bahagia .. rindu nak bergembira dengan ikhlas .. bukan luar gembira , dalam duka lara .. 4 5 tahun ni perasaan bahagia ni macam dah tak wujud dalam kamus hidup aku .. makin lama , makin jauh perasaan itu keluar dari hidup aku .. 

orang kata lagi " laughter is the best medicine " .. bagi aku tak .. mungkin pengobat , tapi bukan yang terbaik .. aku boleh kata 24hours asyik gelak ketawa je , tapi jauh di sudut hati , sakit macam dicucuk jarum dalam dalam .. kalau ada yang terbaca entri ni , mesti tak faham , apa yang aku nak sampaikan .. entri sampah .. well i dont blame you for that .. lepas dapat result hari tu , aku rasa takut .. takut nak hadapi masa depan .. kuat ke aku nak melangkah satu tapak lagi kehadapan .. boleh ke aku berdiri sama tinggi dengan orang lain , duduk sama rendah dengan orang lain .. mungkinkah kebahagian akan datang semula dekat aku dan sinar baru akan hadir dalam hidup aku .. semua ni samar samar dalam minda aku .. aku rasa KOSONG .. tanpa sebarang noktah mahupun nota ..








Friday, February 17, 2012

KENANGAN TADIKAKU


ASSALAMUALAIKUM .. 

Bertugas sebagai driver berbayar ciput untuk ambil budak budak balik sekolah , mengingatkan aku pada zaman zaman sekolah rendah dulu . ada banyak benda yang still lekat dalam kepala . dengan kesedaran diri bahawa aku semakin tua dan ingatan makin hari makin tak kuat , aku akan mencoretkan ingatan ingatan tersebut dalam blog . andaikata aku hilang ingatan bila tua nanti , cucu aku akan buka blog ni , then ingatan aku akan pulih . wah gitu kan . Nampak tak macam mana pemikiran aku sangat advance kedepan . ini lah yang dikatakan dasar pandang ke depan .


Bermula dengan zaman tadika . okay bersesuaian dengan tajuk entri yang sangat extravaganza . “ Kenangan Tadikaku “ *sila kepit suara , pastikan suara cute macam doraemon , baru baca tajuk entri okay* . aku ni sebelum tadika dah special . saiz aku special sikit . di mata aku , semua orang dekat tadika tu , pelik , aneh dan ganjil . semua saiz kerdil dan kadang kadang aku rasa aku hidup di alam snow white . tapi di mata orang , aku adalah lelaki hensem matang dambaan ustazah ustazah di tadika sebab selalu dapat makanan lebih dari orang lain . jangan buat muka yer readers ( readers ok bukan reader , confident ada orang baca ni ) , kebenaran memang selalu pahit untuk ditelan , kan ? . walaupun sebenarnya , ada orang kata kat aku di mata diorang aku ni hanyalah ibarat pelakon antagonis dalam Ultraman Taro . bagi aku , itu suara suara cemburu dengan kenyataan aku .


Jadi , disebabkan oleh , ke-special-an aku , aku dipilih untuk memegang watak utama dalam show akhir tahun . antagonis yer . sebab aku rasa , watak baik ni , senang sangat nak buat , tak meninggalkan kesan . watak aku sebagai Firaun yang makan buah anggur plastik , entah pape je . bajet ciput la tu . dahlaa aku berlakon percuma . cerita dia yang pasal Mashitah tu . yang sikat sikat rambut , then sikat jatuh . then mashitah ucap Subhanallah . *eh ? aku ingat ingat lupa*. Aku sebagai firaun , marah . terus mengucapkan dialog ala ala Rosyam Nor , sambil duduk , dengan dayang dayang kat tepi duk kipas kipas , “ Pengawal , tangkap Mashitah . dan rendam dia dalam air panas “ . jahat tak ? jahat tak ? ada jugak part aku lupa skrip . yelaa aku ni suka spontan . suka reka skrip sendiri . lepas tu , skrip aku out of topic . boleh ? so memang ada cikgu belakang tabir yang akan jerit jerit skrip yang betul dekat aku . heee .



GAMBAR AKU MASA KECIL 
TAK PERCAYA LETTEW KAN ??


Di akhir cerita , kami kena nyanyi . harus lah mic aku pegang kan . dengan suara lemak merdu bak buluh perindu , aku tunjuk bakat sikit , ada part part aku kena tarik suara , aku tutup telinga ala ala Misha Omar , mata pejam , mulut buka luas supaya sebutan jelas dan terang . kaki toksah kata lah , terhentak hentak ni . feeling . apa apa pun , lepas habis je , ramai ibu bapa yang puji aku . aku rasa lah . sebab diorang senyum senyum , tepuk tepuk bahu aku , bangga lettew kan . seronok sebenarnya . memang seronok . seronok sangat . yucks geli lak taip cenggini . ala ala drama queen dah  . tamat kenangan di tadika . oh nama tadika , tadika an najmi . aku tak main lah PASTI  , tabika kemas ni . sebab makan tak leh tambah , limited . haha . 


Wednesday, February 8, 2012

MAKCIK MENANG MOTOR

Assalamualaikum ..

Ingat tak dulu dulu iklan power root , yang promo beli power root banyak banyak dan menang . tagline yang paling lawak dan best aku bagi dekat " saya menang motor " . up until now , aku still rasa benda ni kelakar . itu lah iklan . iklan ni memang kena macam tu . walaupun mengarut , dia kena kelakar dan attractive . baru orang ingat . and the purpose of advertising is achieved . bercakap pasal menang ni kan , kak kiah memang suka . apehal lak nama kak kiah muncul . aku pun taktau . dah taip , malas nak tekan backspace . so bear with it orait . tapi poyo kan , macam aku tak pernah taip salah . 

okay , cakap pasal menang ni , paling best kalau time time ada event dekat sekolah . nak nak tadika . time budak tengah membesar . so contoh , ada event hari sukan . wah time tu memang meriah . ibu ibu pelajar ni memang lah tampil vogue macam pergi fashion show , yang penting bibir kena merah , muka kena bedak 4 inci , kasut kena tinggi , baju kena sendat nak tunjuk body kan , cermin mata hitam wajib ada walaupun hari malam . okey sape buat sukan malam kan ? so bila dah berjumpa ibu ibu ni , harus lah masing masing nak menang anak sendiri . nak tunjuk anak hebat . tema nya bila anak hebat , orang akan tanya , siapa mak dia . pandai mak dia ajar . tak gitu ? 


Ibu A : anak lelaki i pandai nyanyi lagu awan nano nano nano nano . ala lagu yang johan nyanyi menang AJL baru baru ni . 

Ibu B : aa kan johan nyanyi , hafiz tu anak patung gamaknya atas pentas tu . anak perempuan i fuhh teror nyanyi lagu beribu sesalan . tiga suara uolss boleh buat . nyanyi sorang sorang ni . i pun menangis kadang kadang dengar . 

Ibu C : anak perempuan i , tak reti nyanyi . puas i paksa . bila i ugut dia , i cakap " mama nangis kan , mana nangis kan " . dia senyum je , lepas tu dia bisik kat telingai " suara Ana ni aurat mama . Ana taknak mama menangis dekat akhirat nanti " . 


ada ke yang bagi sebijik atas muka macam tu ? jarang kot . mana boleh kalah . anak aku nyanyi lagu jac , anak kau nyanyi lagu ziana zain . lagu yuna ibarat lagu baba black sheep jer . actually what for ? kenapa nak menang sangat ? my personal opinion , aku pun macam ni . aku kalau boleh nak lebih dari orang . aku nak menang je . taknak kalah . siapa suka kalah kan ? am i right ? tapi kan , bila aku fikir balik , apa yang aku dapat bila aku menang . rasa bangga ? happy orang puji ? then ? apa lagi ? itu je ? 

kadang kadang , aku rasa penat . penat berusaha sehabis daya , hanya semata mata nak puas . memang hati puas bila menang . tapi berbaloi ke ? berbaloi ke tak , bergantung kepada diri masing masing . ada benda , bila menang , berbaloi . contoh kalau dapat piala , duit ke sijil ke . 





or dalam kata mudah , kemenangan yang penting untuk masa depan . tapi setakat nak menang benda benda tak penting setakat nak tunjuk hebat , aku rasa membazir masa dan tak berbaloi . memang best sebenarnya rasa menang tak kira lah walau kemenangan tipis atau menang main tipu . asal title menang tu ada cukup . tapi harus berpada pada . jangan sampai benda benda penting terkorban . orait . 



 yeah , menang . 
apa aku dapat ? 
penat lelah dan air sebotol . 




Monday, February 6, 2012

DOA

Assalamualaikum .. 

Sedar atau tidak , dalam keadaan kita tengah fragile atau rapuh , minda kita mudah berfikir dan menduga . pelbagai persoalan muncul dibenak fikiran . yang logik di akal mahupun di luar paras normal . bergantung kepada situasi . apa yang aku nak kongsi kan ni , mungkin dah biasa korang dengar . cuma ini sebagai ingatan kepada diri aku . aku ni bukan lah bagus mana . takde sedikit pun tercalit dalam kepala atau minda terasa diri ini bagus . aku selalu merasakan diri ini serba kekurangan . aku selalu compare kan diri aku dengan orang lain . aku selalu impikan kehidupan seperti orang lain . tapi .. someone said this to me .. 


Don't compare your life to others . 
You have no idea what their journey is all about . 

jadi , bila aku terfikir hidup aku ni malang , hidup aku ni tak best , hidup orang lain best , aku ingatkan diri aku dengan kata kata macam ni . thats why aku prefer to talk to others bila aku serabut , ada masalah . sebab aku perlukan kata kata macam ni untuk bangunkan aku dari keadaan yang tidak waras . dah macam cerita Inception dah kan . baru-baru ni , aku ada mengadu dekat seorang sahabat perihal keadaan diri yang rasa tak selesa . rasa risau . rasa terduga dan menduga . aku ada sesuatu yang aku duk harap sangat sangat . dan sudah tentu , aku selalu pohon dalam doa . tapi aku rasa tak yakin bahawa doa aku tu akan diterima dan dimakbul . 

sebab aku kenal diri aku macam mana . tak konsisten . bila nak something , baru solat betul betul , doa betul betul . bila dah dapat , terus lupa diri . terus jadi sombong , angkuh . terus kembali kepada diri yang asal . yang buat dosa dalam sedar dan tahu itu adalah dosa . dan sudah pasti , aku tak lari dari kenyataan bahawa dalam kehidupan sehari harian , pasti ada jugak dosa yang dibuat antara sedar atau tidak . sebab tu aku rasa , insecure . aku rasa tak best . sebab aku terlalu letak harapan bahawa Allah akan makbulkan doa aku . jadi aku takut , andaikata aku tidak diberi peluang untuk merasai apa yang aku impikan , aku jadi down , dan terus terusan salahkan takdir .

so , i talked to a friend . dia pesan kat aku , bukan tugas kita untuk tentukan doa kita tu makbul ke tak . apa yang kita perlu buat adalah yakin dengan kuasa Allah , dan terus kan berdoa tanpa putus asa . keyakinan kita sebenarnya yang memungkinkan segalanya . bila kita berdoa , tak semestinya Allah akan makbulkan serta merta . Allah ni maha kaya , pemurah sangat sangat dengan umatnya . Allah sayang sangat dengan hambanya . cuma kita perlu lakukan tugas kita dan selebihnya kita serahkan pada Allah . Allah akan tetap balas doa kita dengan tiga cara . 


1) Allah makbulkan terus doa kita
2) Allah makbulkan , tapi lambat sedikit 
3) Allah tak makbulkan doa kita , tapi Allah 
gantikan dengan yang lebih baik . 

Yang pertama , tanda nya Allah sayang kita . sebab tu Allah beri apa yang kita pinta . Yang kedua , Allah nak uji kita . sampai bila kita boleh bersabar . Yang ketiga , Allah tu maha mengetahui . dia tahu apa yang lebih baik untuk hambaNya . sekadar berkongsi isi hati aku . aku ni memang fragile sikit . mudah sangat gelabah , tak percaya diri sendiri . insya Allah mudah mudahan diri ini selalu berada di landasan yang betul dan sentiasa diberi peringatan . 

Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: 

”Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ’Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan.’

Allah SWT berfiman: 

“Berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” ( Surah al Mukmin, 40: 60 )




Thursday, February 2, 2012

MACAM MACAM HAL

Assalamualaikum .. 

Aku ada cerita nak share . Cerita ni tak best pun . Klise pun ada . Cuma ini first time berlaku terhadap orang yang dekat dengan aku . So aku rasa better aku share rasa , dan peringatan untuk Future-Me jugak . generally , ianya lebih kepada Perempuan . bukan prejudice atau gender bias ke apa , tapi ini hakikat . yang pahit untuk diterima , kelat untuk di telan . chewah berbunga bunga bahasa aku . gaya seorang Kaunselor dah aku ni . 


Adalah kawan terdekat , kahwin muda . kahwin dalam umur sangat muda . lepas SPM , tak sambung belajar . terus kahwin . time SPM tu , jarang dah pergi sekolah . hanyut dengan dunia remaja dia yang entah apa apa . kenal seorang lelaki , sebaya je . tak belajar jugak . kerja pun tidak . hidup bawah ketiak mak , mak bagi makan , mak bagi minum , mak sediakan segalanya . mak bukan orang senang . orang susah . cari makan dengan cara pergi rumah orang lipat baju , bersih rumah . itu sahaja . zalim punya anak lelaki . dasar pemalas tahap batu . 


sedar tak sedar , kahwin . mak taknak anak terus berada dalam dosa . couple pun hidup dah macam laki bini . bersama 24 hours . si perempuan duduk di rumah si lelaki . macam tak ada rumah sendiri . entah apa ada dalam kepala . kahwin pun , mak tanggung . mak ni ibu tunggal . takde suami . si anak lelaki ni pemalas nak kerja . harapkan isteri . isteri ni pun , kerja apa sangat lah boleh buat . pelajaran takde . orang pun tak berapa yakin nak bagi kerja . kerja mydin taknak , memilih .  dalam susah hidup , anak selalu proses . ada 4 anak . macam buat kuih je buat anak . lepas sorang sorang . yer , anak itu rezeki . tapi kena cari punca nak besarkan anak yang bakal bagi rezeki dekat kita bila tua esok lusa . kalau anak pun terbiar , macam mana nanti ? 


anak anak 4 orang , umur sebaya . hidup susah . si ibu lagi susah nak pergi kerja . takde orang jaga anak . si bapa , gila . buat hal . siap tak mengaku anak . dah sah sah keluar hasil dari sperma kau . takde otak , sesuka hati nak kata itu bukan anak dia . nak pergi daftar anak pun taknak . kau bapak jenis ape ? kerja malas ! otak dekat lutut ! dalam dalam macam tu , cari perempuan lain . jenis lebih kurang dengan si bini . cuma lagi teruk . yela si bapak suka lah perempuan yang mudah makan macam ni . perempuan ni adoi kenapa  , kenapa , kenapa ? kenapa kau suka dekat lelaki macam tu ? kau takde otak jugak ? kau kerja , kau siap bagi duit dekat dia . sedangkan dia bukan siapa siapa dengan kau . kalau lah aku ni mak kau , dah lama aku bagi anai anai makan otak kau . bodoh sangat . 


so , bila dah dekat setahun macam ni , si isteri mintak cerai . well , si suami cerai je lah dengan tanpa rasa belas kasihan . yela bukan dia kisah pun . tapi talak tak jatuh since perempuan ni mengandung lagi time tu . okay perempuan ni kena rogol ke apa . suami kau curang , then kau boleh ada hati mengandungkan anak dia lagi ? dan dia sah sah tak terima pun anak tu . kenapa ? kenapa ? okay terlebih emosi . geram gila kot . panjang gila kan post kali ni ? sabar ok . ada lagi sambungan nie . 


dipendekkan cerita , dah settle cerai semua . si isteri ni pulak jadi liar macam si suami . bercinta dengan suami orang . ke hulu ke hilir . bahagia nampaknya mereka . macam burung pipit berkicauan . hari hari bersama . hari hari meniti titian cinta . tak peduli apa pandangan orang . hmmm isteri si kekasih hati ini tidak tau mungkin perihal mereka . namun langit tidak selalu nya cerah .


suatu hari , si isteri ni refer kepada kawan aku tadi ok . lemah lesu . muntah muntah . demam . rupa rupanya dah terlanjur dengan suami orang . kat sini satu hal jugak . kenapa bodoh sangat ? dah ada anak 4 . confirm tahu langkah berjaga jaga . dah tu kenapa benak ubi sangat ni . lepas dah kembung perut macam belon nak pecah , baru nak menyesal , baru nak fikir macam mana nak buat , baru nak gelabah fikir pandangan orang . siap ada plan nak buang . dah kau tak kenal dosa pahala . then nak tambah dosa lagi nak buang anak yang tak berdosa . 


tapi itu lah . budak tak berdosa . tuhan tolong dia . ramai mintak budak tu dengan kawan aku ni . ada yang nak bagi duit , nak beli budak tu . sanggup semata mata nak kan anak tu . hmmm . aku tak contact dah dengan dia . so aku tak tau sambungan cerita dia . apa apa pun , aku nak nasihatkan semua , hati hati lah . jangan fikir jiwa muda sangat lah . ingat batas batas nya . nak kahwin muda pun , hati hati . biar salah seorang dari pasangan , yang dah kerja , ada income . kalau boleh , si perempuan pun , biar ada income sendiri . so bila suami buat dajal , kita tahu mana nak escape . tidak lah sebuta tuli ikut kehendak suami yang tak berapa tu . 




mengandung mengandung jugak 
jangan sampai anak jadi



MACAM NI !! 
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...