NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, February 8, 2012

MAKCIK MENANG MOTOR

Assalamualaikum ..

Ingat tak dulu dulu iklan power root , yang promo beli power root banyak banyak dan menang . tagline yang paling lawak dan best aku bagi dekat " saya menang motor " . up until now , aku still rasa benda ni kelakar . itu lah iklan . iklan ni memang kena macam tu . walaupun mengarut , dia kena kelakar dan attractive . baru orang ingat . and the purpose of advertising is achieved . bercakap pasal menang ni kan , kak kiah memang suka . apehal lak nama kak kiah muncul . aku pun taktau . dah taip , malas nak tekan backspace . so bear with it orait . tapi poyo kan , macam aku tak pernah taip salah . 

okay , cakap pasal menang ni , paling best kalau time time ada event dekat sekolah . nak nak tadika . time budak tengah membesar . so contoh , ada event hari sukan . wah time tu memang meriah . ibu ibu pelajar ni memang lah tampil vogue macam pergi fashion show , yang penting bibir kena merah , muka kena bedak 4 inci , kasut kena tinggi , baju kena sendat nak tunjuk body kan , cermin mata hitam wajib ada walaupun hari malam . okey sape buat sukan malam kan ? so bila dah berjumpa ibu ibu ni , harus lah masing masing nak menang anak sendiri . nak tunjuk anak hebat . tema nya bila anak hebat , orang akan tanya , siapa mak dia . pandai mak dia ajar . tak gitu ? 


Ibu A : anak lelaki i pandai nyanyi lagu awan nano nano nano nano . ala lagu yang johan nyanyi menang AJL baru baru ni . 

Ibu B : aa kan johan nyanyi , hafiz tu anak patung gamaknya atas pentas tu . anak perempuan i fuhh teror nyanyi lagu beribu sesalan . tiga suara uolss boleh buat . nyanyi sorang sorang ni . i pun menangis kadang kadang dengar . 

Ibu C : anak perempuan i , tak reti nyanyi . puas i paksa . bila i ugut dia , i cakap " mama nangis kan , mana nangis kan " . dia senyum je , lepas tu dia bisik kat telingai " suara Ana ni aurat mama . Ana taknak mama menangis dekat akhirat nanti " . 


ada ke yang bagi sebijik atas muka macam tu ? jarang kot . mana boleh kalah . anak aku nyanyi lagu jac , anak kau nyanyi lagu ziana zain . lagu yuna ibarat lagu baba black sheep jer . actually what for ? kenapa nak menang sangat ? my personal opinion , aku pun macam ni . aku kalau boleh nak lebih dari orang . aku nak menang je . taknak kalah . siapa suka kalah kan ? am i right ? tapi kan , bila aku fikir balik , apa yang aku dapat bila aku menang . rasa bangga ? happy orang puji ? then ? apa lagi ? itu je ? 

kadang kadang , aku rasa penat . penat berusaha sehabis daya , hanya semata mata nak puas . memang hati puas bila menang . tapi berbaloi ke ? berbaloi ke tak , bergantung kepada diri masing masing . ada benda , bila menang , berbaloi . contoh kalau dapat piala , duit ke sijil ke . 





or dalam kata mudah , kemenangan yang penting untuk masa depan . tapi setakat nak menang benda benda tak penting setakat nak tunjuk hebat , aku rasa membazir masa dan tak berbaloi . memang best sebenarnya rasa menang tak kira lah walau kemenangan tipis atau menang main tipu . asal title menang tu ada cukup . tapi harus berpada pada . jangan sampai benda benda penting terkorban . orait . 



 yeah , menang . 
apa aku dapat ? 
penat lelah dan air sebotol . 




1 comment:

Nur Syazana Mohammed Sani said...

perlu ke bergadai sana sini ? huhuh

tak perlu . membazir :D

http://syazanasani.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...