Aku baru bangun tidur . lepas tu pergi ambil duit collection kuih . hmmm biasa lah . cuti ni boleh lah sikit aku tolong parents before aku dapat kerja lain nie . hee . aku sekarang jarang sikit tengok movie dalam laptop aku ni . bukan apa jadual aku padat sikit . pukul11am sampai pukul3pm , ibu dan mami aku dah chop laptop . nak tengok cerita sambil sambil dia buat kuih . demand betul penjual kuih zaman sekarang . taknak tengok dah tv3 , tv1 tu semua . haha . tajuk entri aku macam ape ntah . korang rasa macam apa ? aku rasa macam tajuk entri blog . ape lah kau mengarut ni setan .
takde , macam ni . pagi tadi aku tengok lah Damping Malam dengan mami aku . actually dia tak suka sangat cerita hantu ni . takut . tapi sebab takde cerita lain . macam biasa lah , baru intro cerita ni , dia dah menjerit aiyooo . memang patut nya mami aku ni di bawa tengok screening cerita hantu , bia satu pawagam terkejut dengar dia menjerit . hee . lepas tu kan , ada satu scene yang Amy Mastura pergi jumpa anak dia dekat asrama . masa tu kan anak dia dalam posisi macam kat bawah ni .
bagi aku budak ni teror berlakon . okay then Amy Mastura jerit " aku tahu asal usul mu " , terus hantu tu lari . before this , di scene yang awal , ada dah hantu kacau telefon rumah , dia call ( hantu pandai main telefon kot , maju ) , masa tu Azizah Mahzan angkat , lepas tu Azizah cakap kat telefon tu " jangan kacau keturunan aku . aku tau asal usulmu " . then automatik hantu tu lari . tak kacau dah . so itu membuatkan aku terfikir , kenapa dengan ayat " Aku Tahu Asal Usulmu " . kalau korang perasan , memang macam tu kan . setiap cerita . kalau ada scene tok bomoh vs hantu , mesti pakai ayat ni gak . kenapa dan mengapa ? aku pun tak tau . dan aku pun macam pelik . somebody care to explain ?
even dalam Jangan Pandang Belakang dengan Jangan Tegur pun kalau aku tak silap , ada cakap macam tu dekat hantu hantu . tapi kan scary lak aku rasa post benda cenggini malam jumaat ni kan . haish mintak simpang . haa satu lagi aku nak cakap , bagi aku Jangan Tegur lagi best dari Jangan Pandang Belakang . Jangan Pandang Belakang tu kan nampak sangat hantu tu tipu . bergerak straight je macam naik roller blade tak pun skate . tak real . tapi best impact khurafat lah . hantu ada dalam setiap sudut kot . tapi kalau tambah lagi hantu tu , bagi scene dengan hantu panjang sikit , lagi power aku rasa . dah dah pergi tidur semua , dah pukul berapa dah ni . AKU TAHU ASAL USULMU . peace .
5 comments:
pengaruh dari filem dulu2 kot.. last2 merebak kat masyarakat.. hoho.. skrip filem antu zaman skang mmg xde yg fresh2.. xoxoxo..
a'ah kan...naper asyik gne ayat yg sme...smpai2 kita pon jadi dah thu asal usul diorang...heheh
hantu/setan tuh pon tau mana asal usul kita gak..tp x pernah kena ugut mcm tuh kat manusia lak kan..heeee~
ala , dlm filem je buat cm tuu . reality tkde pun , saje nak buat filem-2 gmpak . pdhal , tk gmpak pun . cm ape je ! nanti , budak-2 kecik mula la terpengaruh .
ayat tuh nak kasi peringatan kat diri sendiri... peringatan apa objektif makhluk tu ngan dari mana dia datang, juga mengingatkan kita ini djadikan sebagai apa.
Post a Comment