tepat jam 11pagi tadi , dengan lafaz ijab qabul , sah lah aku jadi suami orang . Alhamdulillah . semua berjalan lancar . majlis pun buat kecil kecilan je . tak jemput ramai orang . jemput keluarga terdekat je . maaf lah . tak sempat nak jemput ramai ramai . ni pun plan last minit . sebab orang rumah dah nak balik Mesir , sambung belajar . yer , aku pun terkejut . semua ni terjadi macam dalam sekelip mata je . baru semalam aku rasa aku duk mengadu dekat twitter pasal childish , childish nie . hari ni dengan sekali lafaz , aku dah galas tanggungjawab baru . dapat mak ayah baru . mak ayah mertua eh . jangan nak gebang benda lain pulak . ni sebenarnya family yang plan . famili yang jodohkan . aku tak kenal pun isteri aku dari hati ke hati . dia pun begitu . pernah lah mesej mesej . tapi setakat tu je , tak lebih dari 5 mesej sehari . tu pun selama dua hari je .
setakat tanya nama penuh , belajar kat mana , macam mana kehidupan dan sebagainya . al maklumlah keluarga mertua islamic sikit . berbeza dengan keluarga aku yang biasa biasa je . aku pulak hmmm taktau lah . nak masuk dalam keluarga yang ade undang undang ni , mungkin mengambil masa lah untuk aku sesuaikan diri . yela , tak pernah solat berjemaah dengan keluarga . tiba tiba kena solat berjemaah dengan keluarga mertua . awal awal ni harus lah aku kena jadi imam nie . kena tunjuk depan mak ayah mertua yang aku mampu bimbing si isteri . aku ambil undang undang . isteri ambil jurusan islamiah sikit dekat Mesir . logik lah si isteri punya pemahamam agama lebih tinggi . aku ada beritahu dekat si isteri sebelum kahwin , aku cerita aku ni macam mana . dia cakap takpe , kayuh pelan pelan , insya Allah dia tolong , tuhan pun akan tolong .
walaupun begitu kan , aku tak pernah tengok lagi wajah isteri ku ini . nak kata sayang , hmm tak sempat nak lahir lagi . malam ni dia dah balik Mesir . sekarang dia duduk sibuk kemas kemas barang barang dia semua , aku pun duk sibuk kemas kemas rumah , yela orang datang tak ramai , so takde lah majlis kenduri habis pukul6 kan . sikit sikit je . aku macam teringin jugak tengok muka si isteri nie . tadi , lepas solat Zohor , aku cuba intai si isteri . kebetulan time tu , si isteri masuk bilik air . ambil air wuduk agaknya . aku kunci pintu perlahan perlahan . biar aku berdua duaan dengan isteri . aku tunggu depan cermin tepi tingkap dalam bilik . lama pulak bini aku ni , berak batu ke apa . tiba tiba orang duk ketuk pintu . lama pulak tu . sambil jerit " cepat bukak , cerpat bukak " ..
dang ! aku terjaga dari mimpi . ceh mimpi rupanya . aku dalam bilik aku lagi . jam pukul10 pagi . alahai boleh pulak mimpi benda alah ni . mengarut betul . ni semua salah twitter . tengah tengah duk main tweet tweet semalam , tertidur . sampai bawak masuk dalam mimpi . haish mainan setan . nasib baik bini aku dalam mimpi tu tak sempat keluar dalam bilik air , kalau tidak . haish tak pasal pasal ni . orang cakap , kalau kita mimpi , perempuan tak nampak muka dalam mimpi , tu hantu . haha takde lah tu jodoh kita . hmm aku taktau lah . tak nampak muka langsung . tapi tangan putih . ekhem ekhem . mungkinkah ? tunggu je lah .....
LOKASI KEJADIAN MIMPI
KAHWIN BERLAKU
20 comments:
ahahahhaha..amir ni mengarut je. ingatkan betul lah tadi!!!!! insyaAllah mimpi putih maka putih lah tangan bini tu nnti. hahaha
mimpi yg indah tu.. Insyaallah dah nak sampai seru tu
ayah aku kabo, kalo mmpi kawen mmg xkan kawen smpai tua..n aku pnah mmpi kawen 2 srntak haha
>__<
mimpi??!! ingat betul2 la tadi..
tape2 dah nak dekat la tu.. :)
nasib kau lah
aiseh,,mimpi rupanya,,,haish...;P
haih. mimpi rupanya.
haha :DD
aku ingatkan betul hahahahah...punyela citer bagai nak rak..hahah..saiko saiko
ayoyo..trtipu sdh...hehe
tertipu lagi...haish...apa2 pun, seriously mula2 rasa macam betul je.....ngeh2...tapi kalau betul pun apa salahnya.....hehe
ni kalau x bc entry smpi abis, mau dah dapat ucapan sekalung tahniah dari belalang...hempeh...
hahaha
lorh, kok mimpi aja :P
HAHAAHA .
Ingatkan betul tadi ;D
hahaha. mimpi rupanya !
ngatkan btul2...
Wah, terkejut jugak..mcm dlm filem je..hehe.. Sampai seru tu khwin jugak amir.. :)
Wah, terkejut jugak..mcm dlm filem je..hehe.. Sampai seru tu khwin jugak amir.. :)
Haha -.- alaa baru nak eksaited.
NI dah siap mimpi lagi nih.
Tak lama dah la tu huhu
ala...ingt kawin betul.. haha.. kalau betul dapat jodoh cmtu kan bgus.. doakan untuk u.. Amin.. ^^,
hahah.. i pun penah mimpi kawin.. best gak la.. x sabau ghasanye..hehe.. i igt btol2 da td!!!
Post a Comment