NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, May 7, 2011

SATU

sekarang nombor satu ni je duk berlegar legar dalam kotak minda . SATU yang pertama , tinggal satu paper jer lagi untuk habis sem ni . hiphiphoraay . hari isnin ni last paper , so malam tu terus bawak bas balik kampung . silap , bukan bawak bus . naik bus . kalau aku bawak bas , alamatnya tak tau lah sampai bila dekat kampung halaman . asyik duk main gohead gostan je dekat terminal tu . haha . 

satu yang kedua , dalam otak aku ni , satu benda je duk tengah proses . INSURANCE . last paper aku INSURANCE , so sekarang just fikir pasal insurance . dah takde menda lain . sekarang bila nampak kereta lalu je , terus terfikir , kereta ni under insurance company ape eh ? so kalau kereta ni terbakar , berapa eh dia boleh claim dekat insurance company . sampai tahap macam tu sekali . kadang kadang , bila nampak pejalan kaki nak lintas jalan kan , terasa macam nak tanya " akak ada amik life insurance policy tak ? kot kot apa jadi dekat akak , family akak mungkin boleh claim dari insurance company " .. hehe .. 

satu yang ketiga , walaupun sem ni aku belajar insurance , dan sem depan aku akan belajar lagi insurance , percaya atau tidak , aku tak ada satu pun policy insurans atas diri aku sendiri . haha . sebab rasa macam muda lagi kot . nanti bila dah kerja nanti , boleh lah nak ambil insurance pun . sekarang ni rasa macam secure lagi sebab mak ayah tanggung makan minum kan . actually insurance ni memang berguna pun . if aku ada duit lebih pun , aku rasa aku boleh apply untuk insurance policy . baru macam gempak sikit . nak lintas jalan secara melulu pun boleh , kalau ada kereta nak langgar , terus angkat tangan , tunjuk membership card insurance . then jerit LANGGAR SAYA , LANGGAR SAYA . 

aku rasa maca mengarut je apa yang aku tulis . memang pun . sebab sangat confuse dengan apa yang aku sedang belajar . aiyooo . macam macam view . takde satu pun yang sah ni . ape cerita . takkan nak bagi semua jawapan dalam answer sheet . then letak note kat bawah sekali cakap " Dear Madam , u can freely choose the correct answer " .. boleh macam tu ??


2 comments:

Salmiza S. said...

hahaha.... meh nk choose the correct answer neh.... heheh... =)

alexayussida said...

hehe..tp dlu masa skolah kalo jwb esei mmg mcm tuh..bantai je letak smua tp kalo skrg dkt uni,mati ler kalo bt mcm tuh..cikgu xlayan punyerr..sbb kena jwb oral untuk smua subjek..sah2 kena bgtaw yg betol terus..kalo x,nmpk sgt tataw..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...