NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, June 17, 2011

MANUSIA #1

Hari ni aku rasa takde mood . buat apa apa je , less than 5mins , aku rasa serabai . ntah ape . tension gila sumpah . before that , bebudak uitm degree dan ke atas , apa cerita ? confirm semua dah hilang tension mension kan . semua dah lega . aku punya , Alhamdulillah . lega . cukup lah aku cakap Allah masih bagi aku peluang rasa ni semua walaupun aku ni kadang kadang tak buat apa yang disuruh , apa yang patut , buat dosa semua . yes , aku bukan manusia sempurna . bukan juga yang zuhud . namun , hari ke hari , aku cuba untuk buat sebaiknya . 

Kehidupan makin hari makin mencabar . dalam environment aku , hidup social di universiti , macam macam gaya orang . semua orang ada hipokrasi tersendiri . semua ada matlamat untuk dicapai . semua guna konsep matlamat menghalakan cara . semua ada hidden agenda . why cant we be honest ? benda mustahil aku tanya . soalan bodoh pun ye jugak . walaupun pepatah kata honesty is the best policy , aku sendiri pun tak pakai , tak apply benda ni . 

Aku jenis yang berterus terang . jarang sekali aku pusing cerita aku . orang tanya aku A , sampai Z aku cerita . tanya aku apa saje , aku jawab selagi aku boleh jawab . dan aku rasa happy bila ada yang nak dengar cerita aku . walaupun cerita aku tak menarik , bosan , hampeh , kalau masuk panggung , tak leh challenge KL Gangster , tapi still masih ada yang peduli . tapi still ada bawak cerita aku dekat orang lain , dan pusing cerita aku sedaya upaya . why ? ataupun dalam bahasa kita , kenapa ? cerita aku tak best ? ye ke tak best ? tak best tahap mana sampai kau perlu sedaya upaya cuba untuk olah balik cerita aku sampai kau pun kadang kadang lost dalam penceritaan kau sendiri ?

Ada masa aku kuat mengarut . most of the time , YES . tapi setiap masalah yang aku luah dekat siapa siapa , semua ikhlas dari hati . aku cerita masalah bukan dekat semua orang . aku pilih orang orang yang aku rasa aku boleh share . kalau aku nak reka cerita , reka masalah , kenapa aku nak perlu pilih orang tertentu ? kenapa aku tak cerita dekat orang secara random dan bersahaja ? kenapa aku perlu berusaha keras , set strategy , kalau aku boleh bagi tau sapa sapa je ? senang cerita . mungkin kau tak faham .

Kau cakap aku tipu . kau cakap aku saje reka cerita nak Nampak gempak . oh please . aku tak perlu buat macam tu kot . mesti kau tersenyum puas sebab aku layan emosi kau sampai ke blog aku kan ? toksah nak bangga sangat . aku luah dekat sini pun sebab aku takde idea nak update blog hari ni . kalau aku ada idea lain , nak letak apa apa pasal kau dekat penghujung entri pun aku tak hingin okay . aku rela makan selipar tepi longkang , dari duk bercerita kehebatan kau sana sini .

1 comment:

vampire's lovex said...

sabar lah ye..

mulut manusia memang tak boleh nak tutup,mulut tempayan je boleh tutup..hmmkbai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...