Alhamdulillah selamat pulang ke tanah air . setelah 48 jam berada di tempat orang demi mencari sesuap nasi ganja . namun harapan tidak kesampaian . al kisah , lepas je aku jumpa harta karun , kena terus kan perjalanan mencari harta karun lain di Ipoh . aku namakan misi ini mencari emas yoko yoko . kalau scenario punya , yamashita . aku kasi lawa dan comel lagi . so jadilah yoko yoko . penat den . tau tak jadi penumpang adalah lebih letih daripada menjadi penumpang .
Perasan tak kita kalau balik kampung naik bus . sampai je destinasi kita , confirm macam ubi basi . lembik semacam je . tapi pemandu bus relaks je . siap teruskan perjalanan lagi . haa tu bukti tu . sebab jadi pemandu , bukan dia main hentam je . dia focus , otak dia berfungsi , mata dan kaki bergerak kan . kita penumpang . semua shut down . mata pun shut down . yang tak shut down mulut je . berdengkur sampai pemandu rasa nak campak je kita tepi lereng bukit .
Tak dapat makan nasi ganja ipoh satu hal lah kan . sesat pulak dekat ipoh tu . dari ipoh nak balik ke Kelantan , lalu gerik kan . nak cari gerik tak jumpa . setiap kali tanya orang , mesti jalan berbeza yang depa tunjuk . sampai last last kami masuk penang , seberang prai , masuk pulak kedai , sungai petani , lumut bagai , baling . jauh betul perjalanan . tapi dapat lah tengok pemandangan dekat kedah . fuhhh cantik gila sawah diorang . teringin aku nak ada rumah dalam sawah . cantik gila . serious . sebab tak dapat makan nasi ganja , aku google je gambar nasi tu . heee . SILA CUCI MATA . aku dah menangis tengok gambar nie . isk isk isk .
3 comments:
adui terliuq tengok nasi tuh!
kalo balik tak cr nasi ni mmg tak sah.
xbest laa nasi gnja..
pds sgt..
Post a Comment