NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, June 4, 2013

Random

Life never been easy ..

As much as i am happy with my job , 

As much as i am happy with my life , 

deep inside , i am tormented , disappointed .

i tried to look at things from different perspectives .

but it turns out deadlock , cannot find a way out .

back to square one , back to the old idea that i had in mind . 


i know it is never someone's job to please everyone .

it is not mine either .

but that's what i do best . 

well, at least that's what i think i could do best . 

i never put hope , because i know , at the end i would end up being sad .


but sometimes , i have to admit , i am not perfect .

i somewhat put hope , and of course i could expect the outcome .

so now i am in the state of overcoming the outcome . 

be strong and do not lose faith 

that is what i keep telling myself .


they say, just chill up and you will be happy.

well i chill up every time, i am happy on the outside .

but inside , i don't think people would understand.


when we don't complain ,

people think we are okay with everything .

but they don't know, we keep our mouth shut 

because we know , if we do complain ,

nothing will change , NOTHING .

because that's life .

you wont get what you want . 


Regards,
Syed Muzzamir

Friday, September 21, 2012

22


Assalamualaikum

Salam Hari Jumaat ..

Minggu ni dah masuk minggu kedua semester baru .. dan ni kira semester terakhir aku sebelum melangkah ke dunia pekerjaan .. insya Allah kalau semua okeh, bulan satu tamatlah riwayat aku di Uitm sebagai pelajar ..hari demi hari , ada benda yang membimbangkan aku , merisaukan aku ..

AM I READY FOR THIS ?

ATAU SOALAN YANG LEBIH COOL

AM I READY FOR ANTHING ?

Big question mark kat situ .. aku sendiri tak boleh jawab .. taktala melihat diri ni , yang macam rusa sesat je selalu .. kelam kabut .. serabai .. main main .. too playful .. bising .. segala gala yang negative .. unprofessional somehow .. apa aku nak jadi sebenarnya ?? ni krisis orang meningkat usia ke apa ??

Apa apa pun , kena berani dan belajar to be better dari hari ke hari .. you waste a day if you keep doing the same old thing you did yesterday .. this is what they said .. by the way, birthday aku baru lepas .. yang ke 22 .. and yes , ada surprise party .. haha .. kali ni memang menjadi .. sebab before this , aku macam boleh jangka kawan kawan buat surprise .. but this time around , I was So SURPRISED , it was surprisingly unexpected .. thanks kawan kawan .. and I got a present for myself .. last time reward diri sendiri tahun lepas .. fair enough right ?

Jumpa Lagi Diari Online-ku ..

Thursday, September 6, 2012

BERGANTUNG PADA YANG TAK MATI

Aku tak boleh hidup sorang-sorang

Memang tak boleh ! 

Selagi kau tak bergantung pada 
yang TAK MATI !




Assalamualaikum .. 

Semalam boring-boring , aku main main di Youtube , menghabiskan saki baki waktu di rumah , atas katil tersayang , sebelum balik Shah Alam malam ni . Yer , aku masih seorang pelajar . dan sampai bila-bila pun aku tetap seorang pelajar . lalu , dalam kegembiraan melayan perasaan di youtube , terjumpa video matlutfi ni . 13mins . habis play video ni , aku terdiam kejap . ambil masa untuk aku digest message nya . sebab sebelum ni , video matlutfi ni ringan ringan je . lawak lawak kan . tapi video ni lain sikit . 


Sangat nice . apa yang matlutfi nak sampaikan , sama dengan apa yang aku question selama ni . kadang-kadang apa yang aku fikir ni , tak boleh nak dipertikaikan sebab Kuasa Allah , tiada apa yang mustahil dan tiada apa yang tak logik . HE knows better and everything happens for a reason . there must be a reason . aku tahu . cuma terkadang , aku mencari cari apa sebab nya . apa yang berlaku hari ni , bukan sebab dia muncul esok hari . tak semestinya . kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. itu KetentuanNya . 


aku percaya pada Qada dan Qadar . who does not . ini salah satu rukun iman yang wajib dipercayai dan di-imani oleh umat Islam . aku petik perenggan-perenggan tertentu dalam artikel yang kawan terdekat share dekat aku . aku copy paste di sini . untuk artikel penuh , klik DISINI . 


Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.


" Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya , maka carilah Tuhan selain daripada-Ku " (HR Thabrani) 

p/s : Niat sekadar berkongsi . semoga niat ini tidak disalah ertikan . aku bukan orang bijak pandai agama . bukan juga orang yang selalu berada di paksi kebenaran . terkadang aku alpa dan lalai . semoga yang baik dikekalkan , yang buruk dijauhkan . 

Sunday, August 19, 2012

AKU.HARI-RAYA.TANDATANYA

Assalamualaikum ..

sELamAt hARi rAyA , 
mAaF zAHir bAtiN .. 


Apa khabar semuanya ? Alhamdulillah , selesai sudah raya pertama . Hows your raya ? stupid Question to be asked , isn't ? Faham . but itulah soalan orang akan tanya . tahu tak sebenarnya kan orang tanya soalan macam tu sebab dia nak tau korang punya raya macam mana . iyela sharing is caring . aku selesa untuk berkongsi . aku takde masalah dan i wish the same from others . but i dont mind if people prefer not to share , your own choice . 


Hari raya aku tak macam orang lain . we used to have a good once back then when i was a kid . but as the time flies , things change . might as well the people living in here . dulu time aku kecik , time tu bapak aku ada bisnes family dia . so bulan puasa , aku akan tolong bapak aku bersama-sama dengan adik beradik bapak aku . so malam raya , the most ultimate one , sebab ramai datang shopping kan . aku biasa jaga bahagian air gas f&n . seronok layan customers yang bermacam ragam . ade nak campur air , ada yang nak satu jenis je , ade yang taknak zapple dan lain lain . 


tapi sekarang semua tu dah takde . since bapak aku dah bertukar profession , haa ayat taknak kalah kan , so malam raya parents aku busy duk cucuk sate . beribu riban . tak seronok sangat . i have no problem with that . sebab aku dah besar kan . but for kids , tak enjoy sangat . but im not sure , seeing my siblings main mercun semua , i guess they are doing fine . jadi secara kasar nya , parents aku tak tidur sampai laa lepas subuh, once semua dah settle org ambil sate baru la boleh rest . petang orang lain duk berjumpa saudara mara , kami tak . parents aku penat . so diorang rest je . aku faham as usual . jadi first raya kami , if i may conclude , BORING . 


kalau orang tak datang rumah , takde la orang . kami biasa tak keluar . keadaan rumah ? hmmm cukup la aku cakap ala kadar saje . benda tu macam tak penting sangat lah . yang penting sate orang kena cukup , siap dan available untuk semua orang yang tempah . persiapan raya ? hmmm cukup la aku kata , ala kadar sangat sangat . kuih raye ? hmmm entah la . i dont wanna brag about it . tapi takpe , itu apa yang aku rasa . so that is why , aku nak pesan , those yang masih berpeluang raya dengan enjoy nya , sila nikmatinya sepenuhnya . serious . once you lose it , you might be hoping that you would spend every single moment that you used to have . 

they say , hari raya tak semestinya kena mewah dan wajib kena ada baju baru dan kuih raya semua . objektif raya adalah rapatkan silaturahim dan ikat kekeluargaan serta persaudaraan . 

well , aku masih cara kebenaran kata kata itu . =) . 

RATIONALIZE BEFORE JUDGING

AMARAN : ENTRI PANJANG 


Assalamualaikum .. 


Terlalu banyak benda terjadi dalam bulan ramadhan ni . sedar tak sedar , dah cukup sebulan . dah rasa bahang hari raya dah pun . but before we go on further , jom recap sikit apa yang dah jadi dalam bulan ni yang mana aku rasa berkenan nak baca atau nak ambil tahu .

  • Akta 114A

Sebagai seorang pelajar undang-undang , aku rasa aku belum cukup ilmu nak bagi pandangan . tapi terkadang rasa kelakar tengok mereka-mereka yang bagi pendapat di twitter mahupun di facebook . ada yang logik bunyi nya , tapi tak kurang juga yang semua tunjuk arif dan jadikan diri mereka sebagai seorang paralegal . bagi aku , beri pendapat tak salah . tweet idea atau pandangan juga takde silapnya . your twitter , your deal . tapi berhati-hati , your followers tu ada yang bijak pandai . jangan kita nampak bodoh . think twice daddy mommy sekalian . basic idea akta ini yang aku baca dan tahu , maafkan hamba jika salah berkata-kata , jika anda buat apa apa di internet yang ada unsur unsur hasutan atau sewaktu dengan nya , anda boleh disabit bersalah tanpa pihak berkuasa perlu mengemukan bukti kukuh . itu sahaja . jadi andaikata , ada satu komen berbentuk hasutan terhadap kerajaan contohnya , bila buat ip tracking , ip si A yang muncul . so pihak berkuasa boleh charge si A . walau ada kemungkinan si A kena tweetjack oleh rakan sebaya . macam tu . adil ke tak , effective ke tak , terbaik atau tak , DEPENDS ON YOU TO THINK AND RATIONALIZE 

  • National Bowler terlepas hukuman seksyen376 Kanun Keseksaan
Ini kes pemain boling negara melakukan seks suka sama suka dengan budak bawah umur . Undang-undang kita kata buat seks dengan budak bawah umur, be it dengan rela atau tidak, hukumnya adalah ROGOL . itu muktamad . tak kesah laa budak bawah umur paksa dia jadi ROGOL juga . al kisah , si bowler ini kena charge pada asalnya kena 5 tahun penjara . telah termaktub dalam undang-undang kata, kalau rogol, didapati bersalah, hukuman 5 tahun penjara minimum dan maksimum 20 tahun plus hukuman sebat . lelaki ini mengaku bersalah . jadi mahkamah pada awalnya charge lelaki ini dengan hukuman penjara . mereka buat rayuan . di mana keputusannya memihak kepada lelaki ini . mahkamah set aside hukuman penjara tetapi ditukarkan dengan bond berkelakuan baik selama 5 tahun . memang undang-undang kata begitu , namun harus diingat , undang-undang kita flexible walaupun rigid . hakim boleh jika he thinks fit , untuk ubah sedikit sebanyak hukuman yang diberi . beberapa faktor yang mahkamah akan ambil kira dalam menjatuhkan hukuman . contoh seperti pengakuan mengaku salah , kepentingan awam , salah laku pertama , masa depan dan sebagainya . ini dinamakan sebagai FAKTOR MITIGASI dan FAKTOR PEMBERATAN . jangan cepat melatah . kena faham dulu keadaan . mengapa dan kenapa mahkamah buat macam tu . dia masih lagi BERSALAH . bukan terlepas dari tuduhan . cuma hukuman sahaja berbeza . FAHAM ? berita keluar 5 mins . twitter penuh dengan caci maki , mempertikaikan sistem perundangan Malaysia , terus kaitkan dengan politik . KORUP katanya . 


Jadi , based on dua cases di atas , nampak tak how judgmental we are ? aku pun termasuk sekali . yes , sangat . don't deny it . first impression sama tak dengan being judgmental ? terpulang kepada pandangan masing masing . would it be nice if kita buat fair comment ? kan ? kita semua lebih selesa jadi hakim kepada diri sendiri . we judge , but we don't think . we decide , but we don't rationalize . we speak , but we don't know what we spoke . peringatan kepada diri sendiri dan nasihat kepada semua , be nice kepada diri sendiri dan persekitaran . stop being judgmental . by 'stop' bukan bermakna terus drastically berubah . tapi rationalize , before judging . susah kan nak rational . sebab bila emosi dalam diri dah wujud , semua jadi tak keruan . aku faham . tapi sangat nice kalau kita sempat berfikir sejenak . i wish aku boleh jadi macam tu . so i wont regret any decision i made . 

p/s : entri ni di taip minggu lepas , baru ada masa nak tekan publish . so isu lapuk . sekian . 


Sunday, July 29, 2012

AKU & RAMADHAN_ENTRI RAMADHAN #1


Assalamualaikum

Salam ramadhan .. Terlambat ?? Belum lagi .. Baru masuk hari ke 10 kan .. jadi hukum ucap salam ramadhan masih sah dan enak di dengar .. banyak aku nak cerita dekat blog ni .. tapi masa begitu cemburukan aku .. jadi aku cerita mana yang sempat .. ada ke orang baca ?? ada aku kesah .. aku tak minta orang baca pun .. ni catatan hidup .. nak tulis diari rasa kampong sangat .. so blog will do =) .. nanti anak anak aku baca .. mesti anak aku bangga ada ayah cool macam aku ..


Seperti biasa, bulan puasa, aktiviti harian aku adalah menjual makanan makanan untuk dijadikan hidangan berbuka bagi mereka-mereka yang suka tunjuk tunjuk lauk.. haa gitu gamaknya.. kalau buat report sains ala ala darjah 6 , aku boleh buat hipotesis kat sini .. semakin suka mereka tunjuk tunjuk, semakin laris jualan aku dan keluarga.. oleh itu, kesannya $$ kaching banyak masuk ..


Barang jualannya banyak .. kalau aku tulis banyak banyak pun , bukan nya aku berniaga dekat blog ni kan .. jadi cukup lah , air liur dan tenaga aku habiskan masa menjual .. juadah wajib parents aku buat adalah ayam percik dan air soya .. memang ada benda alah ni .. kalau takde , maknanya bukan parents aku lah tu berniaga .. bukan bunian .. haha .. jadi hati hati .. kalau pergi gerai kami , tengok takde ayam percik, takde air soya .. boleh slow slow baca ayat kursi , pusing belakang , tunduk , tengok belakang . cek penjual ada kaki ke tidak .. kalau takde , sila lari .. kalau ada , maknanya mereka pakai kain labuh =P .. merepek ..




GAMBAR IHSAN GOOGLE
*SEKADAR HIASAN*



Kerenah pembeli ? seharusnya cerewet mewet .. ada yang jenis Tanya macam macam .. beli nya rm1 .. adakah ini mengundang emosi dan jiwa kacau kepada penjual ?? jawapan aku adalah ya , sudah tentu .. namun , sebagai penjual berkaliber atau orang yang membekalkan servis kepada pelanggan , apa kita perlu buat ?? boleh ke kita campak campak kuih tanda protes ?? boleh ke tidak ketuk ketuk bekas tunjuk tak puas hati ?? boleh ke kita angkat semua bekas kuih letak atas kepala , buat demonstrasi jalanan , sambil jerit “ Reformasi , Reformasi “ .. TAK BOLEH ..


Jadi bagaimana ye kita berhadapan dengan situasi macam ni ? kita ikut kata Malique dan Najwa .. senyum tak perlu kata apa apa .. seiring dengan bulan ramadhan , kita kena berSABAR .. lelaki , sila berSABAR .. perempuan , sila berSABARIAH .. orait .. penat menaip , mata dah mengantuk .. cukup sampai sini ye .. take care dan selamat meneruskan puasa ..


p/s : FIRST ENTRY RAMADHAN

Thursday, July 19, 2012

HATI KOTOR

Assalamualaikum .. 

Aku dah start bercuti . Hari ni , hari ke-3 aku kat rumah . Perasaan ? Bangga dapat cuti . takde la , merepek saje . okay la . first day , happy . sebab boleh duduk atas katil goyang kaki semua kan . tapi kebahagian itu hanya sementara . hari ni aku dah mula rasa bosan sikit . lepas tu mula lah rasa rindu dengan segala apa yang ada di Shah Alam . drama kan ? 

Jadi bila dah mati kutu ni , apa lagi . aku terasa untuk mengarang di blog . namun , biasalah , niat murni takkan datang dengan mudah . aku pergi main main dulu di facebook . lepas tu , terjumpa suatu gambar . aku SENTAP . haha . terus hilang idea nak taip apa . oleh itu , aku sharekan dekat sini . supaya anda juga sentap bersama saya . kalau tak sentap , anda bukan MANUSIA . sila pergi minum CLOROX . 





























Salam Ramadhan by the way . =) .



















Thursday, July 5, 2012

SESAK NAFAS

Assalamualaikum .. 

Life gives me hard times .. Anyway , aku sekarang dalam minggu exam .. last paper 8 july .. dah tak lama dah .. tapi itulah .. banyak nak kena belajar .. LLB ni ( extended degree ) dengan BLS ( degree law ) dulu jauh berbeza .. dulu hidup senang , lepak lepak , goyang kaki , then skor final .. takyah nak ikut attitude aku .. dont gamble your life ..aku pun tak suka nak gamble .. tapi sebab dah terbiasa dengan cara macam tu .. dah jadi macam lekat .. tak leh nak ubah secara mendadak .. 

Bermula dengan paper yang katanya killer paper , Evidence .. 5 days paling kurang study evidence .. memamg tak expect much pun paper ni .. tapi Alhamdulillah , it went well .. aku tatau la jawapan nya betul ke tidak .. tapi aku rasa okay la sikit jawab .. kalau aku ada jawapan , itu kira aku boleh jawab lah tu .. kan ?? second paper , Criminal .. yang ni tough sikit .. it didn't end well for me .. berat sikit .. aku banyak sangat boleh salah .. ini bukan isu cuai .. aku rasa aku betul , tapi salah .. cenggitu gayanya ..

Third paper , semalam Civil .. the moment we entered the exam hall , bukak soalan , semua mengucap panjang .. bukan semua laa .. most of us .. we had been told yang certain chapters wont be tested in exam .. tapi sekali .. mak aihhh .. keluar .. 40 marks pulak tu .. maunya tak frust .. aku gelabah dah .. kami duk sibuk tanya satu sama lain .. banyak kali jugak invigilators sound suruh diam .. tapi kami buat jugak .. mau nya taknak buat .. takkan nak 40 marks hilang macam tu je .. itu yang clear hilang .. belum lagi yang lain .. ye idok ?

sesak nafas jugak nak tunggu 3 jam sampai habis jawab tu .. first time aku jawab tenang je exam .. sebab memang dalam kepala kosong .. nak push push otak pun , memang tatau .. ini salah satu contoh GAMBLE yang tidak menjadi .. GAMBLE makan diri .. kami dapat maklumat yang tak masuk ni dari reliable sources .. but i dont blame them .. they did not know pun .. so aku harap , kawan kawan aku pun the same .. takyah nak blame orang .. kita yang percaya kan .. i know , reliable sources .. but still , biasa lah .. kata spot kan ??

i don't expect much . harap yang terbaik saje .. aku ada paper esok .. bahasa melayu perundangan .. boleh ?? jadi lain kali update lagi ..

Thursday, June 28, 2012

Rahsia Hati

" Rahsia di hati , 
               Tak siapa yang tahu "

Berkata-kata itu mudah , 
Mudah lagi menabur janji ,
Tak siapa suka mungkir janji ,
Tapi bila keadaan mendesak , 
Janji tinggal Janji . 

Muka senyum , 
Orang kata bahagia ,
Hati sendu ,
Orang kata derita , 
Pernah dengar Senyum dalam tangisan ?

Ucapan terima kasih , 
Orang tak pernah harap ,
Dapat sekali dengar , 
Senyuman terukir , 
Ada orang hargai kita . 

Muka hitam , 
tak semestinya hati hitam , 
muka putih , 
tak semestinya hati tak putih , 
manusia berbeza , banyak karenah , 
sebab kita ISTIMEWA ..

Saturday, June 16, 2012

Nearly Death Experience




Assalamualaikum ..
Tajuk entri harus bombastik .. Gambar bahagia makan Carl's Jr .. Acaner tu ? Meh dengar aku cerita .. aku tau , post ni bukan ada suara pun kan nak dengar dengar .. tetapi tolong jangan spoil mood aku nak bercerita .. last week , aku mengidam tahap doraemon laparkan dorayaki .. aku mengidam nak makan burger ni lah .. so semalam , sampai juga aku ke sana .. wah , mengidam kalah orang pregnant .. 

itu bukan issue okay .. perut aku , suka aku nak makan apa .. kalau jeles , sila copy gambar aku , masuk dalam laptop , buat desktop background .. jangan cakap banyak .. lepas tu , lepak rumah cikwa dekat bukit jelutong .. on the way balik , around 1130pm , aku drive .. aku stay dekat first lane federal highway .. feeling bawak F1 car gitu .. tinggal lagi , aku bawak kakak aku .. kalau la aku bawak awek cun .. haish ..

so , sambil duk pecut tekan minyak , sambil sambil borak dengan kakak aku , tiba tiba ada kereta bodoh , pergi brek mengejut .. kereta tu depan aku .. bukan depan sangat .. macam ni , depan aku ada dua kereta .. so kereta yang first tu la buat pasal .. tekan brek mengejut .. tanpa sebab dan alasan .. padahal depan dia takde kereta pun .. line clear .. apa punya bengap .. so kereta belakang dia , kereta yang betul betul depan aku brek sekali .. aku yang laju kat belakang ni , tekan brek rapat wei .. 

kakak aku time tu feeling fasha sandha .. menjerit " amer ..... " .. sambil alihkan kepala dia tunduk bawah .. aku ni pulak tengok side mirror belakang .. nampak ade kereta laju juga arah belakang .. speechless wei .. tatau nak buat apa .. aku tak pasti kalau aku brek takkan cium kereta depan .. tetapi itulah , nasib badan kan .. kereta belakang bagus , cepat2 bagi signal , tukar lane tepi .. kereta depan aku ni , macam haram .. sikit lagi nak kena ni , baru lah kereta yang bodoh tu gerak , kereta depan aku tukar lane kiri .. sakit nya hati .. jadi apa aku buat , aku pergi HOn Panjang kereta kereta yang bodoh depan aku .. emosi .. ni kali kedua ok .. aku alami incident macam ni .. semua kes kereta brek mengejut tanpa sebab ..

apa apa pun , aku selamat .. masih menaip entri di dalam bilik .. taktala ade kelas pukul 8.30am .. till then , bye dan salam semua.. 


Wednesday, May 30, 2012

TIPU

Assalamualaikum .. 

'Being lied or cheated' memang tak best . Perasaan yang tak dapat nak dihuraikan dengan kata-kata . Hilang macho kejap . aku faham yer perasaan mereka mereka yang ditipu , tak kira lah dalam apa jua keadaan . why cant we be honest ? if yes , then say yes . if no , then dont act or give positive assertion . pehe *dialek kelantan* ?

Tau tak , walaupun kita tau tak cool bila kena tipu , tapi kita suka menipu . itu sifat manusia .  bergantung kepada niat individu juga . if nak bergurau manja , okey saja . tapi jangan melampaui batas . set your limit , brother ! 

tapi kan , kenapa tak nak jujur ? why do you choose to lie instead of being honest ? tak rasa ke lagi comel bila kita sebut honest dari sebut lie . cuba try . duduk depan cermin . dan sebut 'honest' lepas tu sebut 'lie' . boleh nampak tak perbezaan seri wajah dan komposisi kulit muka berubah ? aku tak tau korang macam mana . tapi kalau aku , aku nampak . bila aku sebut 'lie' , muka aku jadi bengis . bila aku sebut 'honest' , muka aku berseri - seri manja bak putera ayu . 

sila kata aku tipu . tapi tak . ini hakikat . kalau muka aku ni ada gaya Dafi , dah lama dah aku buat vLog . biar kasik jelas lagi kan . takyah nak wujud perasaan tidak percaya terhadap statement aku . namun apakan daya , muka ala ala Mak Jemah je uols . tulis je lah . 

sekian , terima kasih . 



Saturday, April 28, 2012

SINGLE MINGLE

Assalamualaikum ..

" tension bila hidup tak terurus ni . bila la aku boleh jadi terurus "
" cari lah girlfriend " 

Naah . itu ke solution nya ? aku berani cakap tak . Ingat ada ke manusia yang baik nak uruskan kau macam mak kau time kau baby dulu ? takkan ada punya . kalau ada , meh sini meh . kerat ibu jari aku . tapi yelah , kalau setakat nak tanya atau bagi pendapat tu , hmmm kawan pun boleh aje kan . tak perlu girlfriend kan ? 

single ? best ke ? 

best kalau ada kawan kawan yang best nak layan kau everytime kau sunyi and everytime kau perlukan seseorang . 

tak best bila semua orang busy dengan hidup diorang , kau sorang sorang macam anak rusa sesat kat KLCC . so mula lah meraung menjerit meratapi nasib dengan kawan cyber , Mr twitter . twitter ni the best friend ever . kau cakap lah apa saje . dia diam je . 

so kesimpulannya , aku single mingle macho hensem kebaboom . nak ngorat meh . 

Saturday, March 31, 2012

PILU MILU

ASSALAMUALAIKUM .. 

betul orang tua cakap .. bila diri tiba tiba happy , pasti akan datang kesedihan .. di kala aku kesedihan , tengah sedih ni pilu milu dah ni .. teringat tadi petang atul tanya " chubby , kenapa kau hyper sangat nie " .. well i guess , now is the answer .. aku paling tak suka keadaan bila aku sorang sorang .. bila semua orang dah tidur .. aku je yang tak tidur .. lepas tu macam macam datang .. macam macam terfikir .. dengan segala musibah yang datang minggu ni .. rasa macam nak lari kejap dari shah alam .. serabai tau ?  

time ni lah rasa macam unta di tanah gersang , bersendiri , jalan tak tentu arah , mencari setitik air .. dengan cuaca panas .. tenaga takde .. otak kering .. jiwa kosong .. mata pedih .. enough said aku menderita malam ni .. sangat .. aku malas sebenarnya nak update blog .. tapi aku terpaksa .. sebab aku malas nak flood kan timeline orang dengan cerita aku .. tak berminat nak raih simpati malam ni .. tak berminat nak dengar orang komen aku drama lebih .. apa apa lagi yang boleh menyakitkan hati ..

dengan tangan aku yang entah apa apa .. sampai blackberry terlucut dari tangan .. lepas tu , entah apa manja sangat dia malam ni .. problem .. tak dengar orang call .. kena loudspeaker .. macam haram .. kalau aku keluar rumah sekarang , pergi berlari lari dekat tasik seksyen7 sambil menjerit arghhhhhhhhhhh rasa rasa ada polis datang tangkap aku tak ? charge aku lunatic ke apa ? ke aku just perlu masuk bilik air , lepas tu paksa diri menangis sampai keluar air mata darah ..

aku taktau dah apa yang aku taip .. mengarut macam sampah .. entah .. 



Saturday, February 25, 2012

Assalamualaikum ..


Gambar di atas bukan hanya sekadar hiasan .. itulah gambaran aku sekarang .. bukan aku tukar jantina jadi perempuan okey .. baik sikit mulut ok .. cuba interpretasikan betul betul gambar tu .. gelap kusam kosong sakit semua ada .. tajuk entri kali ni saje aku tinggalkan kosong sebab memang itu apa yang aku rasa sekarang .. zero nothing .. jiwa kosong .. aku sebenarnya tengah sedih .. sedih sangat sangat .. sedih melampau .. sedih dengan diri sendiri .. semua lah .. sedih mengenang pembawakan diri .. cara hidup .. susah aku nak explain dengan perkataan .. result final sem dah keluar .. alhamdulillah .. result aku okay .. walaupun turun .. itu bukan hal nya .. asal lepas semua sudah .. boleh grad dah cukup dah .. kalau nak kata puas hati dengan result .. tiap tiap sem tak pernah puas .. apa apa pun syukur .. 



dapat result okay pun tak semestinya kita bahagia kan ? sama jugak .. orang selalu kata , duit banyak berjuta lemon pun tak mungkin dapat beli kebahagian mutlak .. tolak tepi pasal result exam .. aku macam sakit kat dalam .. kat hati .. ada benda yang tak terucap .. aku tak biasa pendam pendam ni .. biasa memang aku bercerita .. tapi ada benda yang susah untuk aku cakap .. end up , aku simpan dekat diri sendiri .. sedih sorang sorang .. nangis sorang sorang .. lepas tu pujuk diri sendiri .. bukan senang nak pujuk diri sendiri .. diri yang lemah longlai nak pujuk hati yang sedih gundah gulana .. apa yang senang nya ?? aku cuba untuk bercerita , luah perasaan yang terbuku dengan menaip entri ni , now dah dua perenggan aku masih tidak terdaya nak taip .. berat tangan untuk menaip , berat lagi hati yang menanggung ..

orang kata " kalau menangis tu boleh buat rasa lega , menangis lah sepuas puasnya " .. tapi kalau menangis pun , lega pun hanya seketika .. entahlah .. kalau hati aku ni portable , dah lama aku cabut .. then aku format balik .. trade in .. jual .. amek hati baru .. tapi itulah , aku bukan duduk zaman doraemon .. semua benda ada dalam poket kecik .. semua benda boleh selesai dengan mudah .. aku rindu nak rasa Bahagia .. rindu nak bergembira dengan ikhlas .. bukan luar gembira , dalam duka lara .. 4 5 tahun ni perasaan bahagia ni macam dah tak wujud dalam kamus hidup aku .. makin lama , makin jauh perasaan itu keluar dari hidup aku .. 

orang kata lagi " laughter is the best medicine " .. bagi aku tak .. mungkin pengobat , tapi bukan yang terbaik .. aku boleh kata 24hours asyik gelak ketawa je , tapi jauh di sudut hati , sakit macam dicucuk jarum dalam dalam .. kalau ada yang terbaca entri ni , mesti tak faham , apa yang aku nak sampaikan .. entri sampah .. well i dont blame you for that .. lepas dapat result hari tu , aku rasa takut .. takut nak hadapi masa depan .. kuat ke aku nak melangkah satu tapak lagi kehadapan .. boleh ke aku berdiri sama tinggi dengan orang lain , duduk sama rendah dengan orang lain .. mungkinkah kebahagian akan datang semula dekat aku dan sinar baru akan hadir dalam hidup aku .. semua ni samar samar dalam minda aku .. aku rasa KOSONG .. tanpa sebarang noktah mahupun nota ..








Friday, February 17, 2012

KENANGAN TADIKAKU


ASSALAMUALAIKUM .. 

Bertugas sebagai driver berbayar ciput untuk ambil budak budak balik sekolah , mengingatkan aku pada zaman zaman sekolah rendah dulu . ada banyak benda yang still lekat dalam kepala . dengan kesedaran diri bahawa aku semakin tua dan ingatan makin hari makin tak kuat , aku akan mencoretkan ingatan ingatan tersebut dalam blog . andaikata aku hilang ingatan bila tua nanti , cucu aku akan buka blog ni , then ingatan aku akan pulih . wah gitu kan . Nampak tak macam mana pemikiran aku sangat advance kedepan . ini lah yang dikatakan dasar pandang ke depan .


Bermula dengan zaman tadika . okay bersesuaian dengan tajuk entri yang sangat extravaganza . “ Kenangan Tadikaku “ *sila kepit suara , pastikan suara cute macam doraemon , baru baca tajuk entri okay* . aku ni sebelum tadika dah special . saiz aku special sikit . di mata aku , semua orang dekat tadika tu , pelik , aneh dan ganjil . semua saiz kerdil dan kadang kadang aku rasa aku hidup di alam snow white . tapi di mata orang , aku adalah lelaki hensem matang dambaan ustazah ustazah di tadika sebab selalu dapat makanan lebih dari orang lain . jangan buat muka yer readers ( readers ok bukan reader , confident ada orang baca ni ) , kebenaran memang selalu pahit untuk ditelan , kan ? . walaupun sebenarnya , ada orang kata kat aku di mata diorang aku ni hanyalah ibarat pelakon antagonis dalam Ultraman Taro . bagi aku , itu suara suara cemburu dengan kenyataan aku .


Jadi , disebabkan oleh , ke-special-an aku , aku dipilih untuk memegang watak utama dalam show akhir tahun . antagonis yer . sebab aku rasa , watak baik ni , senang sangat nak buat , tak meninggalkan kesan . watak aku sebagai Firaun yang makan buah anggur plastik , entah pape je . bajet ciput la tu . dahlaa aku berlakon percuma . cerita dia yang pasal Mashitah tu . yang sikat sikat rambut , then sikat jatuh . then mashitah ucap Subhanallah . *eh ? aku ingat ingat lupa*. Aku sebagai firaun , marah . terus mengucapkan dialog ala ala Rosyam Nor , sambil duduk , dengan dayang dayang kat tepi duk kipas kipas , “ Pengawal , tangkap Mashitah . dan rendam dia dalam air panas “ . jahat tak ? jahat tak ? ada jugak part aku lupa skrip . yelaa aku ni suka spontan . suka reka skrip sendiri . lepas tu , skrip aku out of topic . boleh ? so memang ada cikgu belakang tabir yang akan jerit jerit skrip yang betul dekat aku . heee .



GAMBAR AKU MASA KECIL 
TAK PERCAYA LETTEW KAN ??


Di akhir cerita , kami kena nyanyi . harus lah mic aku pegang kan . dengan suara lemak merdu bak buluh perindu , aku tunjuk bakat sikit , ada part part aku kena tarik suara , aku tutup telinga ala ala Misha Omar , mata pejam , mulut buka luas supaya sebutan jelas dan terang . kaki toksah kata lah , terhentak hentak ni . feeling . apa apa pun , lepas habis je , ramai ibu bapa yang puji aku . aku rasa lah . sebab diorang senyum senyum , tepuk tepuk bahu aku , bangga lettew kan . seronok sebenarnya . memang seronok . seronok sangat . yucks geli lak taip cenggini . ala ala drama queen dah  . tamat kenangan di tadika . oh nama tadika , tadika an najmi . aku tak main lah PASTI  , tabika kemas ni . sebab makan tak leh tambah , limited . haha . 


Wednesday, February 8, 2012

MAKCIK MENANG MOTOR

Assalamualaikum ..

Ingat tak dulu dulu iklan power root , yang promo beli power root banyak banyak dan menang . tagline yang paling lawak dan best aku bagi dekat " saya menang motor " . up until now , aku still rasa benda ni kelakar . itu lah iklan . iklan ni memang kena macam tu . walaupun mengarut , dia kena kelakar dan attractive . baru orang ingat . and the purpose of advertising is achieved . bercakap pasal menang ni kan , kak kiah memang suka . apehal lak nama kak kiah muncul . aku pun taktau . dah taip , malas nak tekan backspace . so bear with it orait . tapi poyo kan , macam aku tak pernah taip salah . 

okay , cakap pasal menang ni , paling best kalau time time ada event dekat sekolah . nak nak tadika . time budak tengah membesar . so contoh , ada event hari sukan . wah time tu memang meriah . ibu ibu pelajar ni memang lah tampil vogue macam pergi fashion show , yang penting bibir kena merah , muka kena bedak 4 inci , kasut kena tinggi , baju kena sendat nak tunjuk body kan , cermin mata hitam wajib ada walaupun hari malam . okey sape buat sukan malam kan ? so bila dah berjumpa ibu ibu ni , harus lah masing masing nak menang anak sendiri . nak tunjuk anak hebat . tema nya bila anak hebat , orang akan tanya , siapa mak dia . pandai mak dia ajar . tak gitu ? 


Ibu A : anak lelaki i pandai nyanyi lagu awan nano nano nano nano . ala lagu yang johan nyanyi menang AJL baru baru ni . 

Ibu B : aa kan johan nyanyi , hafiz tu anak patung gamaknya atas pentas tu . anak perempuan i fuhh teror nyanyi lagu beribu sesalan . tiga suara uolss boleh buat . nyanyi sorang sorang ni . i pun menangis kadang kadang dengar . 

Ibu C : anak perempuan i , tak reti nyanyi . puas i paksa . bila i ugut dia , i cakap " mama nangis kan , mana nangis kan " . dia senyum je , lepas tu dia bisik kat telingai " suara Ana ni aurat mama . Ana taknak mama menangis dekat akhirat nanti " . 


ada ke yang bagi sebijik atas muka macam tu ? jarang kot . mana boleh kalah . anak aku nyanyi lagu jac , anak kau nyanyi lagu ziana zain . lagu yuna ibarat lagu baba black sheep jer . actually what for ? kenapa nak menang sangat ? my personal opinion , aku pun macam ni . aku kalau boleh nak lebih dari orang . aku nak menang je . taknak kalah . siapa suka kalah kan ? am i right ? tapi kan , bila aku fikir balik , apa yang aku dapat bila aku menang . rasa bangga ? happy orang puji ? then ? apa lagi ? itu je ? 

kadang kadang , aku rasa penat . penat berusaha sehabis daya , hanya semata mata nak puas . memang hati puas bila menang . tapi berbaloi ke ? berbaloi ke tak , bergantung kepada diri masing masing . ada benda , bila menang , berbaloi . contoh kalau dapat piala , duit ke sijil ke . 





or dalam kata mudah , kemenangan yang penting untuk masa depan . tapi setakat nak menang benda benda tak penting setakat nak tunjuk hebat , aku rasa membazir masa dan tak berbaloi . memang best sebenarnya rasa menang tak kira lah walau kemenangan tipis atau menang main tipu . asal title menang tu ada cukup . tapi harus berpada pada . jangan sampai benda benda penting terkorban . orait . 



 yeah , menang . 
apa aku dapat ? 
penat lelah dan air sebotol . 




Monday, February 6, 2012

DOA

Assalamualaikum .. 

Sedar atau tidak , dalam keadaan kita tengah fragile atau rapuh , minda kita mudah berfikir dan menduga . pelbagai persoalan muncul dibenak fikiran . yang logik di akal mahupun di luar paras normal . bergantung kepada situasi . apa yang aku nak kongsi kan ni , mungkin dah biasa korang dengar . cuma ini sebagai ingatan kepada diri aku . aku ni bukan lah bagus mana . takde sedikit pun tercalit dalam kepala atau minda terasa diri ini bagus . aku selalu merasakan diri ini serba kekurangan . aku selalu compare kan diri aku dengan orang lain . aku selalu impikan kehidupan seperti orang lain . tapi .. someone said this to me .. 


Don't compare your life to others . 
You have no idea what their journey is all about . 

jadi , bila aku terfikir hidup aku ni malang , hidup aku ni tak best , hidup orang lain best , aku ingatkan diri aku dengan kata kata macam ni . thats why aku prefer to talk to others bila aku serabut , ada masalah . sebab aku perlukan kata kata macam ni untuk bangunkan aku dari keadaan yang tidak waras . dah macam cerita Inception dah kan . baru-baru ni , aku ada mengadu dekat seorang sahabat perihal keadaan diri yang rasa tak selesa . rasa risau . rasa terduga dan menduga . aku ada sesuatu yang aku duk harap sangat sangat . dan sudah tentu , aku selalu pohon dalam doa . tapi aku rasa tak yakin bahawa doa aku tu akan diterima dan dimakbul . 

sebab aku kenal diri aku macam mana . tak konsisten . bila nak something , baru solat betul betul , doa betul betul . bila dah dapat , terus lupa diri . terus jadi sombong , angkuh . terus kembali kepada diri yang asal . yang buat dosa dalam sedar dan tahu itu adalah dosa . dan sudah pasti , aku tak lari dari kenyataan bahawa dalam kehidupan sehari harian , pasti ada jugak dosa yang dibuat antara sedar atau tidak . sebab tu aku rasa , insecure . aku rasa tak best . sebab aku terlalu letak harapan bahawa Allah akan makbulkan doa aku . jadi aku takut , andaikata aku tidak diberi peluang untuk merasai apa yang aku impikan , aku jadi down , dan terus terusan salahkan takdir .

so , i talked to a friend . dia pesan kat aku , bukan tugas kita untuk tentukan doa kita tu makbul ke tak . apa yang kita perlu buat adalah yakin dengan kuasa Allah , dan terus kan berdoa tanpa putus asa . keyakinan kita sebenarnya yang memungkinkan segalanya . bila kita berdoa , tak semestinya Allah akan makbulkan serta merta . Allah ni maha kaya , pemurah sangat sangat dengan umatnya . Allah sayang sangat dengan hambanya . cuma kita perlu lakukan tugas kita dan selebihnya kita serahkan pada Allah . Allah akan tetap balas doa kita dengan tiga cara . 


1) Allah makbulkan terus doa kita
2) Allah makbulkan , tapi lambat sedikit 
3) Allah tak makbulkan doa kita , tapi Allah 
gantikan dengan yang lebih baik . 

Yang pertama , tanda nya Allah sayang kita . sebab tu Allah beri apa yang kita pinta . Yang kedua , Allah nak uji kita . sampai bila kita boleh bersabar . Yang ketiga , Allah tu maha mengetahui . dia tahu apa yang lebih baik untuk hambaNya . sekadar berkongsi isi hati aku . aku ni memang fragile sikit . mudah sangat gelabah , tak percaya diri sendiri . insya Allah mudah mudahan diri ini selalu berada di landasan yang betul dan sentiasa diberi peringatan . 

Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: 

”Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ’Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan.’

Allah SWT berfiman: 

“Berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” ( Surah al Mukmin, 40: 60 )




Thursday, February 2, 2012

MACAM MACAM HAL

Assalamualaikum .. 

Aku ada cerita nak share . Cerita ni tak best pun . Klise pun ada . Cuma ini first time berlaku terhadap orang yang dekat dengan aku . So aku rasa better aku share rasa , dan peringatan untuk Future-Me jugak . generally , ianya lebih kepada Perempuan . bukan prejudice atau gender bias ke apa , tapi ini hakikat . yang pahit untuk diterima , kelat untuk di telan . chewah berbunga bunga bahasa aku . gaya seorang Kaunselor dah aku ni . 


Adalah kawan terdekat , kahwin muda . kahwin dalam umur sangat muda . lepas SPM , tak sambung belajar . terus kahwin . time SPM tu , jarang dah pergi sekolah . hanyut dengan dunia remaja dia yang entah apa apa . kenal seorang lelaki , sebaya je . tak belajar jugak . kerja pun tidak . hidup bawah ketiak mak , mak bagi makan , mak bagi minum , mak sediakan segalanya . mak bukan orang senang . orang susah . cari makan dengan cara pergi rumah orang lipat baju , bersih rumah . itu sahaja . zalim punya anak lelaki . dasar pemalas tahap batu . 


sedar tak sedar , kahwin . mak taknak anak terus berada dalam dosa . couple pun hidup dah macam laki bini . bersama 24 hours . si perempuan duduk di rumah si lelaki . macam tak ada rumah sendiri . entah apa ada dalam kepala . kahwin pun , mak tanggung . mak ni ibu tunggal . takde suami . si anak lelaki ni pemalas nak kerja . harapkan isteri . isteri ni pun , kerja apa sangat lah boleh buat . pelajaran takde . orang pun tak berapa yakin nak bagi kerja . kerja mydin taknak , memilih .  dalam susah hidup , anak selalu proses . ada 4 anak . macam buat kuih je buat anak . lepas sorang sorang . yer , anak itu rezeki . tapi kena cari punca nak besarkan anak yang bakal bagi rezeki dekat kita bila tua esok lusa . kalau anak pun terbiar , macam mana nanti ? 


anak anak 4 orang , umur sebaya . hidup susah . si ibu lagi susah nak pergi kerja . takde orang jaga anak . si bapa , gila . buat hal . siap tak mengaku anak . dah sah sah keluar hasil dari sperma kau . takde otak , sesuka hati nak kata itu bukan anak dia . nak pergi daftar anak pun taknak . kau bapak jenis ape ? kerja malas ! otak dekat lutut ! dalam dalam macam tu , cari perempuan lain . jenis lebih kurang dengan si bini . cuma lagi teruk . yela si bapak suka lah perempuan yang mudah makan macam ni . perempuan ni adoi kenapa  , kenapa , kenapa ? kenapa kau suka dekat lelaki macam tu ? kau takde otak jugak ? kau kerja , kau siap bagi duit dekat dia . sedangkan dia bukan siapa siapa dengan kau . kalau lah aku ni mak kau , dah lama aku bagi anai anai makan otak kau . bodoh sangat . 


so , bila dah dekat setahun macam ni , si isteri mintak cerai . well , si suami cerai je lah dengan tanpa rasa belas kasihan . yela bukan dia kisah pun . tapi talak tak jatuh since perempuan ni mengandung lagi time tu . okay perempuan ni kena rogol ke apa . suami kau curang , then kau boleh ada hati mengandungkan anak dia lagi ? dan dia sah sah tak terima pun anak tu . kenapa ? kenapa ? okay terlebih emosi . geram gila kot . panjang gila kan post kali ni ? sabar ok . ada lagi sambungan nie . 


dipendekkan cerita , dah settle cerai semua . si isteri ni pulak jadi liar macam si suami . bercinta dengan suami orang . ke hulu ke hilir . bahagia nampaknya mereka . macam burung pipit berkicauan . hari hari bersama . hari hari meniti titian cinta . tak peduli apa pandangan orang . hmmm isteri si kekasih hati ini tidak tau mungkin perihal mereka . namun langit tidak selalu nya cerah .


suatu hari , si isteri ni refer kepada kawan aku tadi ok . lemah lesu . muntah muntah . demam . rupa rupanya dah terlanjur dengan suami orang . kat sini satu hal jugak . kenapa bodoh sangat ? dah ada anak 4 . confirm tahu langkah berjaga jaga . dah tu kenapa benak ubi sangat ni . lepas dah kembung perut macam belon nak pecah , baru nak menyesal , baru nak fikir macam mana nak buat , baru nak gelabah fikir pandangan orang . siap ada plan nak buang . dah kau tak kenal dosa pahala . then nak tambah dosa lagi nak buang anak yang tak berdosa . 


tapi itu lah . budak tak berdosa . tuhan tolong dia . ramai mintak budak tu dengan kawan aku ni . ada yang nak bagi duit , nak beli budak tu . sanggup semata mata nak kan anak tu . hmmm . aku tak contact dah dengan dia . so aku tak tau sambungan cerita dia . apa apa pun , aku nak nasihatkan semua , hati hati lah . jangan fikir jiwa muda sangat lah . ingat batas batas nya . nak kahwin muda pun , hati hati . biar salah seorang dari pasangan , yang dah kerja , ada income . kalau boleh , si perempuan pun , biar ada income sendiri . so bila suami buat dajal , kita tahu mana nak escape . tidak lah sebuta tuli ikut kehendak suami yang tak berapa tu . 




mengandung mengandung jugak 
jangan sampai anak jadi



MACAM NI !! 
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...