NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label Ana Rafali. Show all posts
Showing posts with label Ana Rafali. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Kan Dah Kata UiTM Students Hebat Hebat ..

ekhem ekhem . tiba tiba hari ni rasa bangga jadi pelajar UiTM . hari ni je lah . semua kan dah tengok ABP. dah tahu pun kan sape menang . aku tak expect pun Sam menang . aku jangka kan Yuna . aiyoo . macam mana Yuna tak dapat ni . tapi apa apa pun , Yuna nyanyi tadi kasi meremang siot . gempak gempak . sedap gila . tunggu masuk Youtube , terus kita download aite . 


ni dia bintang popular tahun nie .
seriously der , dia sweet . 
mak dia pun suwiiiit sangat .
sporting habis . siap main main
dalan whilca usop tu . heee .
nanti aku menang , aku tarik mak aku sekali.
menang apa ? hmmm taktau laaa .

 awek aku ni pun menang jugak .
heeee . sweet sekali lagi .

guess what , time dia nak umum Penyanyi wanita popular . aku cam dah agak yuna . tapi rasa cam tak yakin sebab tiba tiba anak Encik Rafali ada sekali . aiyoo . tapi confirm confirm Yuna tepis macam tu je kan . then bila nama yuna naik , menjerit lah seisi rumah . bukan taksub tapi menyokong budak Law aite . yuna ni budak law uitm . ekhem ekhem . aku pun . so mungkin kah aku jadi macam dia ? well we'll see . then bila nak umum pulak Bintang Paling Popular , haaaiiii si usop ni buat lawak pulak . kasi aku berdebar je . sebab apa aku berdebar ? padahal bukan ada kaitan pun dengan aku siapa yang menang . tapi tadi aku wujudkan kaitan . sebab kalau Yuna menang , aku nak ponteng kelas pagi nanti .. lepas tu kalau Ana Rafali menang , aku nak kasi campak je tv aku ni dari tingkap rumah . so next sem kita angkut Lcd Samsung . boleh ? tapi nasib baik lah orang lain menang . kalau tak , tak pasal . heeee . btw ana rafali pun uitm jugak . so budak budak uitm ni bukan tak hebat okay . hebat . dalam semua bidang . okay so adik2 spm tu , jangan segan jangan silu nak pilih UiTM sebagai first choice aite .

Saturday, January 22, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Salam tengahari .. dah pandai ke simpan rahsia ?? eh aku nak tanya lah .. hujung minggu ni hujung minggu paling sunyi .. sebab aku tak kuar mane mane .. dah takde fulus .. kalau ikut term ekonomi , shortage of money .. oleh itu , aku dah hilang purchasing power .. kena duk umah je .. lepak .. yelah .. minggu lepas kalau korang perasan aku ada tulis dalam entri yang aku tekad nak rehat minggu neh .. amek ko .. btol btol rehat neh .. dah tiga hari rehat .. hehe .. nak cari tenaga lah kata kan ..

Actually banyak je homework kena buat .. tapi macam biasa aku tangguh .. esok lah buat .. sempat ko .. don’t try this at home .. ala ala iklan dah kan .. aku je malas .. korang kena rajin .. tapi tadi kan aku mcm sentap kejap …. Tgh tgh rest goyang kaki , aku tertekan file mini traksrip kat laptop neh .. pup ( ni bunyi eh ) sekali keluar lah .. Nampak lah result teruk .. pointer sem lepas macam haram .. termenung kejap .. fikir kejap .. tiba2 jadi positif .. duk fikir , kenapa result tak macam asasi dulu .. asasi senang atau aku makin lembab .. teruk kan aku neh .. sepatutnya bila dah dapat alarm tu , pergi lah carik buku ke ape .. ni duk fikir fikir benda yang lepas .. tak guna beb ..

Semalam cakap dengan senior .. hehe terpsiko kejap .. sebab nak aim bagus punya time grad nanti .. siap set target .. aku nak ingatkan Syed Ahmad Muzzamir bahawa target saje tak guna kalau takde effort.. tolong lah ingatkan dia neh .. takkan nak panggil Ana Rafali datang tolong ingatkan .. sengal .. walaupun entri ni Nampak macam aku sedar salah aku kan .. tapi aku tak rasa lepas ni aku akan pergi bukak buku .. adoi.. asal eh .. ape yang aku fikir tak sama dengan perbuatan badan aku neh .. mungkin kena ada lecturer datang rotan aku baru aku nak sedar diri kot .. 

Thursday, January 13, 2011

Ana Rafali Makin Gempak



dalam orang duk kutuk dia . dia makin hari makin bersinar beb . dia pelat ke , lagu dia tak bagus ke , kesah lah pulak kan . yang penting dia makin gempak . tapi bila korang fikir logik lah kan , mengapa dia jadi bintang bersinar ? bukan korang jugak yang undi dia ? sejak dari AJL beb . kenapa dia boleh masuk shortlisted AJL ? sebab korang undi . kenapa dia jadi top5 dalam ABP ? sebab orang undi jugak . so kenapa ramai nak kritik si Ana neh ? ibarat kata , ramai ramai yang kutuk dia , ramai lagi orang yang suka dia . kan kan ? rezeki masing masing beb . biase lah . adat permainan . hehe .

aku baru je bace mstar . fuyoo ana rafali terima pencalonan terbanyak beb . tiga pencalonan . same banyak dengan raja azura . tengok ? dia kena kutuk , dia makin naik . orang yang kutuk ? ada ke dalam calon ? pangkal nama pun takde beb . takde bayang . biarlah rezeki dia kat sini . esok esok rezeki kita pulak kan . nie top5 untuk ABP yang akan diadakan pada 3 April nanti . teruskan mengundi . 



PENYANYI LELAKI POPULAR
1.Aizat
2.Anuar Zain
3.Black
4.Faizal Tahir
5.Shahir
PENYANYI WANITA POPULAR
1.Adira
2.Ana Raffali
3.Alyah
4.Stacy
5.Yuna
ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
1.Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
2.Azlan & Typewriter
3.Bunface
4.Meet Uncle Hussain
5.6ixth Sense
PENYANYI NASYID POPULAR
1.Hijjaz
2.Inteam
3.Mirwana
4.Rabbani
5.Raihan
PELAKON TV LELAKI POPULAR
1.Aaron Aziz
2.Ady Putra
3.Fizz Fairuz
4.Remy Ishak
5.Shahezy Sam
PELAKON TV WANITA POPULAR
1.Fasha Sandha
2.Lisa Surihani
3.Noorkhiriah
4.Scha Alyahya
5.Tiz Zaqyah
ARTIS BARU LELAKI POPULAR
1.Daus
2.Maulana
3.Shahir
4.Sharnaaz Ahmad
5.Shahz Jaszle
ARTIS BARU WANITA POPULAR
1.Adira
2.Ana Raffali
3.Mizz Nina
4.Murul Elfira Roy
5.Nur Syuhaida @ Dottie
ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
1.Along
2.Angah
3.Johan
4.Nabil
5.Zizan
ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR
1.Didie Alias
2.Kenchana Dewi
3.Noorkhiriah
4.Raja Azura
5.Sharifah Shahirah
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
1.Aaron Aziz
2.Bront Palarae
3.Remy Ishak
4.Shaheizy Sam
5.Syamsul Yusof
PELAKON FILEM WANITA POPULAR
1.Diana Danielle
2.Lisa Surihani
3.Liyana Jasmay
4.Maya Karin
5.Scha Alyahya
PENGACARA TV LELAKI POPULAR
1.Ally Iskandar
2.Awal Ashaari
3.Aznil Nawawi
4.Jimmy Shanley
5.Zizan
PENGACARA TV WANITA POPULAR
1.Cheryl Samad
2.Fara Fauzana
3.Nurul Syuhada
4.Raja Azura
5.Sharifah Shahirah
PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
1.Aznil Nawawi
2.Faizal Ismail
3.Halim Othman
4.Kieran
5.Salih Yaakob
PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
1.Abby Fana
2.Fara Fauzana
3.Linda Onn
4.Raja Azura
5.Sharifah Aleya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...