NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label Khurafat. Show all posts
Showing posts with label Khurafat. Show all posts

Friday, December 31, 2010

Jom Tengok Khurafat


Mula-mula dengar tajuk filem ni aku tak terasa nak tengok pun sebab dah tahu biasa cerita hantu Malaysia ni same je konsep dia, tak lari dari konsep awal. hehe. tapi bila aku tahu pengarah dia Shamsul Yusof plus pulak dia menang benyak baru baru nie hmmm aku rasa eager lak nak tengok. lagipun ni filem hantu pertama dia kan. so mesti gempak kot. kot kot lah kan tibe2 ada drift ke, ada geng geng bohsia datang lepak dengan hantu kan. citer ni tayang 13 januari. aku momoe effa semangat nak g tengok 2 januari. haha. dekat wayang mane taktau lah, mungkin wayang kulit kot. since citer ni kuar 13 januari. 

kiteorg eager sebab ada deal okey. antara kami bertiga, sapa jerit time tengok cerita nie, kena blanje. haha diorang ni cabar aku. jadi aku buat deal. diorang kata nak tengok aku jerit dalam wayang. amboi, bukan main. haruslah aku control macho kan dengan perempuan. apetah lagi mereka single.( single ke? )
so aku google lah tadi sinopsis cerita ni dan aku jumpa. aku tak baca lagi. aku post dulu dekat blog aku ni, then baru aku baca. baru syok baca dekat blog sendiri. 

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospita sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. 

Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. 

Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. 



Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?

haaa amacam tertarik tak dengan sinopsis panjang berjelar macam baca announcement raya je. kalau anda rasa cam tak best, sila klik video di bawah. jangan tekan play kalau korang rasa nak tutup mata sampai video 1 minit ni habis okay.



Wednesday, December 22, 2010

Maya Karin Nak Try Test Erra Fazira Punya Ex ..

Ouch.. Terkezut den baca paper hari nie.. Kan dah cakap.. alih2 lelaki melayu jugak yang dicarik.. tapi jangan cepat buat spekulasi yeah.. aku rasa ni gosip liar je.. ala biasa lah.. hari tu dengan Remy Ishak.. Huh ntah pape.. tapi kenape takde org kena gosip dengan Angah Raja Lawak?? oh mentang2 lah Angah tu macam aku, takde orang nak gosip lah?? Hampeh.. cuba gosipkkan Angah lak.. tengok market hot tak?? ape2 pun, biarlah Maya Karin nak pegi dengan Yusri ke tidak.. Asal dia bahagia sudah.. Letih dah nak tengok artis cerai berai neh.. buat tebal suratkhabar je nanti..


tengok Maya sempat pose lagi tu.
Yusri cm biasa muka cover
tak habis habis. adoi.

PETALING JAYA:Pelakon Maya Karin mengakui dia mula rimas apabila banyak pihak memperkatakan mengenai hubungannya dengan Yusry (KRU) sejak kebelakangan ini.
Kata Maya, dia juga bosan untuk bercerita mengenai hubungan mereka kerana bimbang orang ramai akan memberi tafsiran yang salah.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya dan Yusry hanya kawan biasa. Kami dah kenal lama. Sekarang saya susah nak jawab bila orang tanya mengenai hubungan saya dengan dia. Saya mula naik rimas,” kata Maya kepada mStar Online, Selasa.
Maya yang tidak menyembunyikan persahabatan mereka itu memberitahu, dia dan Yusry pernah menonton wayang sebanyak dua kali termasuk di Alamanda, Putrajaya beberapa minggu lalu.
Dan terbaru pada sesi previu filem Khruafat di GSC Midvalley, Bangsar, malam Isnin lalu, kedua-dua mereka turut hadir di lokasi yang ramai wartawan.
Kata Maya menonton wayang berdua bukan sesuatu yang luar biasa dan ia merupakan aktiviti masa lapang yang selalunya turut dilakukan oleh mereka yang bergelar sahabat.
“Kami pergi menonton wayang bukan sesuatu yang gempak pun. Orang lain pun buat,” katanya.
Ditanya adakah dia mempunyai apa-apa perasaan terhadap Yusry buat masa ini, jelas Maya hatinya masih belum terbuka.
“Ehh... tak apa-apa perasaanlah,” sampuknya ringkas.
Mengenai perkembangan terbarunya, Maya yang baru sahaja mengikat kontrak sebagai duta produk kesihatan Innershine untuk tempoh setahun berkata, dia mula bercuti mulai semalam (Selasa) sehingga 31 Disember ini.
Dalam tempoh bercuti itu Maya mahu berehat sebelum aktif bekerja semula pada awal tahun hadapan.
“Saya pun sibuk dengan album terbaru saya yang sudah 80 peratus siap. Bulan Februari tahun hadapan pula dua filem saya akan ditayangkan. Saya agak sibuk juga pada tahun baru nanti,” katanya.
Bercerita mengenai filem Khurafat arahan Syamsul Yusof yang akan ditayangkan pada 13 Januari depan ujar Maya dia mengakui filem berkenaan agak menakutkan.
“Saya tidak beberapa gemar filem seram. Tapi filem Khurafat ini pada saya mempunyai jalan cerita menarik,” katanya yang duduk bersebelahan dengan Yusry menonton previu itu.
Diusik adakah dia memeluk atau memegang Yusry setiap kali muncul adegan cemas dalam filem itu, sambil ketawa Maya berkata dia banyak menutup mata.
“Saya tutup mata saya saja. Yusry pula macam tak takut pun,” ujarnya.

sumber dari Mstar Online

p/s : apa apa pun. jemput semua join contest pertama aku yeah. tolong aku decide. dah pening nak buat keputusan sendiri. reminder : tak perlu review. pilih jer. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...