NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label RESEPI BERBUKA PUASA. Show all posts
Showing posts with label RESEPI BERBUKA PUASA. Show all posts

Friday, August 12, 2011

RAGAM SI ANAK KECIL

Bila menjadi peniaga di bazar , macam macam pelanggan kita dapat . dari kecik , sampai lah yang besar . yang cerewet dengan yang tak kesah . tapi kadang kadang yang besar ni lagi cerewet dari yang kecik . susah jugak nak melayan kerenah sorang sorang . since ini lah sumber rezeki , kena tahan laa . kena ikhlas layan pelanggan ni . dua hari lepas , aku didatangi seorang budak kecik umur ala ala 6 tahun kot . datang nak beli kuih . sebenarnya jarang budak kecik datang sebab dalam uitm , mostly students yang datang beli kuih .

dia datang bawak duit rm1 nak beli Kuih tako



kebetulan dekat gerai kami tak jual satu satu , jual satu paket 4 ketul kuih tako rm1.20 .  sila rujuk gambar di atas untuk lebih jelas . gambar pertama , kuih tako . gambar kedua packaging kuih tersebut . jadi aku cakap dekat dia , yang ni rm1.20 dik . nak ke ? time tu pelanggan tengah ramai , so aku takleh ah nak jual murah dekat budak ni . kebetulan tokey ada kat situ . nanti kantoi dengan tokey memandai jual murah . 


since dia taknak , aku offer kuih di atas ni iaitu tepung pelita . budak ni banyak tanya lak .


" bukan same jer ke kuih ni ? "

" lain dik , yang ni tepung pelita . lapisan bawah dia air gula . yang ni kuih tako . lapisan bawah dia warna hijau pandan "


ni memang skrip jawapan sebab semua orang akan datang tanya apa beza . tepung pelita dijual 50sen satu ketul sebab dia besar . setiap orang datang tanya beza . so itu laa jawapan nya . aku dah macam robot bila orang tanya soalan tu sebab jawapan dia sama jer hari hari , tak berbeza . tu belum lagi orang tanya apa beza roti jala kuah manis dengan roti jala berlauk . berbalik kepada cerita , budak tu beli tepung pelita . lama tu , datang lagi . kali ni dia bawak geng . dalam umur lebih kurang dia . tapi nampak gangster .

kali ni dia bagi aku rm2 . 


" nak kuih apa ni dik ? "

" nak kuih ni ( sambil tunjuk dekat kuih tako "

so aku ambil plastik , masukkan kuih tako dalam plastik . 

" bang , letak lah dalam plastik asing . satu untuk saya . satu untuk kawan saya "

" tapi duit tak cukup ni dik . satu rm1.20 . tak cukup lagi 40sen "

" saya tau bang . saya bukan nak semua . abang ambil tiga ketul letak dalam plastik saya , yang lebih satu tu , abang jual la . lepas tu abang bukak lagi satu paket , ambil tiga ketul letak dalam plastik kawan saya , so yang lebih tu abang jual jugak , kan senang "

" tak boleh dik , sebab memang harga dia macam ni . dia memang jual satu paket . tak boleh nak main bukak bukak "

" apa pulak bang . saya nak beli 3 jer "

" takpe2 , abang bagi satu paket kuih tako . then abang bagi satu tepung pelita . amacam ? so ni lebih 20sen , adik pergi beli ice cream pop "


haa selamat aku . lama jugak duk berdebat dengan budak ni . kebetulan ramai awek depan aku . so aku layan baik laa . nampak macam cool jer kan . kalau takde orang , lame dah aku tenyeh hidung budak ni . so nak tunjuk baik lagi , aku tegur kawan budak tu yang aku cakap gangster tu .


" haaa adik ni tak puasa ker ? "


agak agak apa adik tu jawab ? " letih laa bang , tak puasa hari ni " or " saya kecik lagi , mana boleh puasa " .. actually dua dua bukan jawapan dia .. jawapan budak ni adalah :


" woi budok ( budak ) , aku nok beli ngecung ( mercun ) natang "


budak tu sound aku weiiii . siap panggil aku budak . malu gak aku sebenarnya . kena sound dengan budak kecik . walaupun jawapan dia bagi tak berkaitan dengan soalan aku . still , aku rasa malu sikit sikit . letih aku buat baik dan peramah . tapi dalam hati ni ada jugak rasa nak bagi penampar free dekat budak tu . kuang aja . haha . 




Thursday, August 4, 2011

RESEPI TERBAIK BERBUKA PUASA

bLurp .. kenyang sudah .. hari ni memang kenyang . mungkin sebab hari ni aku rushing kot . meh aku brief sikit diari aku sedikit sebanyak . again aku tahu tak menarik , tapi tak pe lah . saje nak tulis . takyah soal lah kenapa eh . ketuk kan . aku siap siap hantar kuih semua pukul4 . pukul4 baru gerak dari sura ke kuala abang amek adik aku , then baru pergi kuala berang amek adik aku lagi sorang . time ni jugak lah minyah nak kelip kelip . pergi isi minyak kereta dulu . baru gerak pergi kuala abang . dari kuala abang gerak ke kuala berang , around 4.45pm . sampai sana , 5.45pm . laju ? tak laju ah aku bawak . standard alex yong tu . so now mission nak balik berbuka kat rumah . pukul6pm bertolak dari kuala berang . 

memang speed sikit . kalau abah aku tau , mati aku duk lenjang kereta dia . haha . kebetulan hari ni banyak pulak lori di tengah jalan . sangat fokus okay nak potong satu persatu lori . sebab lori laa aku sampai lambat . setelah penat drift , sampai lah rumah pukul 7.16pm , lagi 10minit nak berbuka wei . missi0n accomplished . sekarang ni pergi blog memane je , semua buat resepi lauk pauk dan kuih muih , senang kata juadah berbuka . aku tak boleh nak buat . 1 sebab aku tak reti masak . 2 sebab aku tak sempat nak pergi interview mak aku time dia masak . sekarang family aku jual lauk berbuka . ada laa dalam 5 6 jenis lauk . ada ayam percik , daging gulai , sup daging , daging merah , ayam gulai , paru masak pedas , kerabu perut . banyak dah tu . 

oleh itu , lauk berbuka aku memang grand . haha . kuih muih pun banyak . tu pun kalau tak habis lah jualan . so far memang tak habis lah . memang pelbagai kuih aku makan hari hari . dari kuih belimbing sampai krimer . you name it you got it . aku makan sikit sikit jer . aku taktau apa aku mengarut kat sini sebab asal nya aku nak tulis entri lain tapi tertaip benda ni . so terima ajer okay kelemahan aku . nanti one day bila aku masak , aku buat resepi khas untuk anda . ala ala secret recepi . sekarang mood geram menguasai diri lepas baca blog cik epal . 5k bulan ni earning dia . what the fish kan . gila laa . kalau aku dapat 5k , confirm confirm aku grab bb torch satu , iphone 4 satu , galaxy tab satu . cukup gadget aku . 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...