Minyak dagu , minyak mati bunuh , minyak penunduk , minyak ron95 , minyak ron97 . berikut adalah pelbagai jenis minyak . minyak apakah yang paling bahaya . semua bahaya . minyak ron tu silap silap boleh terbakar , meletup . 3 lagi minyak tu boleh bagi sakit sampai mati melalui angin , batin , tak Nampak di mata lah senang cakap . abaikan minyak ron tu , aku bukan ahli politik ke sape sape nak duk bising bising pasal minyak . nanti bila ada kereta sendiri , mungkin lah aku bising kalau minyak naik harga . tapi aku nak cerita pasal minyak yang awal awal tu . santau menyantau benda biasakan sekarang ni . tak suka orang ni , hantar “benda” . tak puas hati , santau orang tu .
Memang dunia kita moden . tapi benda ni wujud . mungkin ada yang ambil ringan . aku pun dulu . tapi sekarang bila terjadi depan mata aku sendiri , aku percaya dah . dan benda ni bukan boleh pandang sebelah mata . silap haribulan arwah terus . bagi aku , orang yang guna santau ni pengecut . kurang ajar . setan . segala mak nenek yang jahat jahat lah . tak puas hati cakap . tak suka bincang . ni tidak , main kotor . cuba kalau kau yang kena santau , kau marah tak ? dah tu yang kau selamba dek je hantar dekat orang ? cehh .
Kenapa takde orang santau Bush ke , santau orang orang yang clear clear jahat . kenapa ? ke tok bomoh punya kuasa boleh jalan dekat semenanjung je ? hmmm pelik pelik . kadang kadang kan, jin ni lagi baik dari manusia . salah aku cakap macam ni . tapi ada kalanya betul . at least jin tu semua ikut arahan tuan dia . tuan dia ni ikut nafsu , ikut kan emosi . tak guna otak . jin takpe lah . takde kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif . yang kita ni duk ikut jin kenapa ? siap arah dia buat jahat dekat orang . gila ke apa . tapi kan orang cakap , kalau kena santau dengan minyak mati bunuh , memang tak leh baik dah . baik tak baik , arwah lah . tu nama dia SANTAU SAMPAI MATI .