Okay , nama nak glamor jer . ingat kan nak tukar nama jadi siti aminah ke norhuda ke . hehe . aleesha tu , macam nama anak Erra Fazira dah . korang mesti ada baca surat khabar semalam dan today , cerita pasal Ashraf ( dalam gambar ) nak tukar nama jadi perempuan since memang dia dah tukar jantina . pelbagai keluhan , cemuhan , makian dan sumpah seranah rakyat malaysia terhadap tindakan Ashraf ini . bukan semua rakyat Malaysia , but in general yer lah kan . aku nak cakap , aku bukan sokong tindakan ashraf , yer apa yang dia buat memang salah . tukar jantina . langgar hukum alam . langgar hukum Allah . yer aku tau . yang hukum tetap hukum tak boleh nak ubah macam tu jer . tapi the way people react are cruel and mean . seriously . kau doa dia mati ? like seriously ? who are you untuk doa macam tu ? dari kau doa untuk kecelakaan orang , baik doa untuk kebaikan diri sendiri .
aku cam sedih lak baca paper hari ni . mak dia buat statement " jika kematian adalah penyelesaian tolonglah ambil nyawanya tapi sebelum itu ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah itu " .. yer , hakikat yang tak dapat nak kita tolak . kasih sayang seorang ibu . kejam lah tahap mana pun anak , ibu tetap ibu . kasih sayang tak pernah berubah . aku rasa si Ashraf ni budak baik . mak ayah dia pernah halau dia dari rumah , bakar semua baju perempuan dia , dan tak mengaku anak . tapi si Ashraf sekali sekala still balik rumah tapi tidur dalam kereta . kalau orang lain tu , dah mak halau , lari jer . keras hati . tapi si Ashraf ni tak . kita terlalu judgemental . bila orang langgar undang undang , terus nak selar tanpa usul periksa , sebab dan akibat .
si Ashraf ni dah pergi buat pemeriksaan doktor . memang doktor dah sahkan yang memang si Ashraf ni lebih dekat hormon perempuan berbanding hormon lelaki . thats why dia nampak lebih perempuan daripada seorang lelaki . daripada lahir dah macam ni . bukan dia tergedik gedik buat , bukan juga dia minta . maybe dia ada reason mintak tukar nama . yerlah dalam ic nama lelaki , luaran perempuan . mesti korang cakap " dah kenapa pergi tukar jantina ? " . yang ni aku tak leh nak jawab . si Ashraf je tau kenapa dia tukar jantina . kita taktau apa dia rasa . daripada kita terus menghentam dan menghukum , lebih baik kita doakan dia dan tolong bawa dia ke pangkal jalan .
p/s : pelik jugak tengok dia bertudung .. haish .. dunia ..
