Salam tengahari ..
Update pasal entri Aleesha Farhana semalam .. Kalau ada yang malas baca suratkhabar , so aku update sikit sikit kat sini .. permohonan si Ashraf nak tukar nama dekat ic ditolak kan atas tiga alasan iaitu kromosom , kewujudan alat kelamin dan kewujudan organ dalaman .. disebabkan faktor tersebut , si Ashraf memang sah seorang lelaki ketika di lahirkan .. mengikut perundangan , jantina sesorang ditentukan ketika lahir .. oleh itu , permohonan Ashraf nak tukar jadi Aleesha tidak diterima .. tetapi , kemungkinan ianya dibenarkan masih lagi ada walaupun tipis .. itupun jika si Ashraf nak buat rayuan .. boleh buat rayuan lagi ni ..
hari ni , seorang peguam , Horley Isaacs tekad nak tolong si Ashraf .. Isaacs bukan lah orang biasa .. dia seorang peguam .. dia ingin membantu Ashraf atas dasar kemanusiaan .. dia gusar jika Ashraf mengalami kesulitan dalam kehidupan , menyebabkan ketegangan dan kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan dia berubah hati dan berakhir di lorong lorong .. servis guaman ini disediakan secara percuma kepada si Ashraf kerana Isaacs sedar akan kos guaman adalah tinggi dan orang terengganu mungkin tidak mampu nak bayar kos guaman kerana ni kes jarang jarang berlaku .. setakat ini , hanya Isaacs , peguam yang tampil ke depan untuk membantu .. semoga semua nya berakhir dengan tenang hendaknya ..
p/s : kalau aku seorang peguam , mampukah aku untuk menyediakan servis guaman percuma kepada mereka yang mahukan keadilan ?