NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, August 12, 2011

RAGAM SI ANAK KECIL

Bila menjadi peniaga di bazar , macam macam pelanggan kita dapat . dari kecik , sampai lah yang besar . yang cerewet dengan yang tak kesah . tapi kadang kadang yang besar ni lagi cerewet dari yang kecik . susah jugak nak melayan kerenah sorang sorang . since ini lah sumber rezeki , kena tahan laa . kena ikhlas layan pelanggan ni . dua hari lepas , aku didatangi seorang budak kecik umur ala ala 6 tahun kot . datang nak beli kuih . sebenarnya jarang budak kecik datang sebab dalam uitm , mostly students yang datang beli kuih .

dia datang bawak duit rm1 nak beli Kuih tako . 



kebetulan dekat gerai kami tak jual satu satu , jual satu paket 4 ketul kuih tako rm1.20 .  sila rujuk gambar di atas untuk lebih jelas . gambar pertama , kuih tako . gambar kedua packaging kuih tersebut . jadi aku cakap dekat dia , yang ni rm1.20 dik . nak ke ? time tu pelanggan tengah ramai , so aku takleh ah nak jual murah dekat budak ni . kebetulan tokey ada kat situ . nanti kantoi dengan tokey memandai jual murah . 


since dia taknak , aku offer kuih di atas ni iaitu tepung pelita . budak ni banyak tanya lak .


" bukan same jer ke kuih ni ? "

" lain dik , yang ni tepung pelita . lapisan bawah dia air gula . yang ni kuih tako . lapisan bawah dia warna hijau pandan "


ni memang skrip jawapan sebab semua orang akan datang tanya apa beza . tepung pelita dijual 50sen satu ketul sebab dia besar . setiap orang datang tanya beza . so itu laa jawapan nya . aku dah macam robot bila orang tanya soalan tu sebab jawapan dia sama jer hari hari , tak berbeza . tu belum lagi orang tanya apa beza roti jala kuah manis dengan roti jala berlauk . berbalik kepada cerita , budak tu beli tepung pelita . lama tu , datang lagi . kali ni dia bawak geng . dalam umur lebih kurang dia . tapi nampak gangster .

kali ni dia bagi aku rm2 . 


" nak kuih apa ni dik ? "

" nak kuih ni ( sambil tunjuk dekat kuih tako "

so aku ambil plastik , masukkan kuih tako dalam plastik . 

" bang , letak lah dalam plastik asing . satu untuk saya . satu untuk kawan saya "

" tapi duit tak cukup ni dik . satu rm1.20 . tak cukup lagi 40sen "

" saya tau bang . saya bukan nak semua . abang ambil tiga ketul letak dalam plastik saya , yang lebih satu tu , abang jual la . lepas tu abang bukak lagi satu paket , ambil tiga ketul letak dalam plastik kawan saya , so yang lebih tu abang jual jugak , kan senang "

" tak boleh dik , sebab memang harga dia macam ni . dia memang jual satu paket . tak boleh nak main bukak bukak "

" apa pulak bang . saya nak beli 3 jer "

" takpe2 , abang bagi satu paket kuih tako . then abang bagi satu tepung pelita . amacam ? so ni lebih 20sen , adik pergi beli ice cream pop "


haa selamat aku . lama jugak duk berdebat dengan budak ni . kebetulan ramai awek depan aku . so aku layan baik laa . nampak macam cool jer kan . kalau takde orang , lame dah aku tenyeh hidung budak ni . so nak tunjuk baik lagi , aku tegur kawan budak tu yang aku cakap gangster tu .


" haaa adik ni tak puasa ker ? "


agak agak apa adik tu jawab ? " letih laa bang , tak puasa hari ni " or " saya kecik lagi , mana boleh puasa " .. actually dua dua bukan jawapan dia .. jawapan budak ni adalah :


" woi budok ( budak ) , aku nok beli ngecung ( mercun ) natang "


budak tu sound aku weiiii . siap panggil aku budak . malu gak aku sebenarnya . kena sound dengan budak kecik . walaupun jawapan dia bagi tak berkaitan dengan soalan aku . still , aku rasa malu sikit sikit . letih aku buat baik dan peramah . tapi dalam hati ni ada jugak rasa nak bagi penampar free dekat budak tu . kuang aja . haha . 




Thursday, August 11, 2011

KEANEHAN BULAN PUASA


cuba teka apakah lelaki bertopi keledar di atas sedang membuat ? betul ker bahasa aku . aku pun tak pasti . dah lama tak cakap bahasa melayu ni . berangan diva sangat . aih lain macam jer bahasa aku . tu laa pasal , aku terbaca blog Kak Senduk sampai aku jadi Sudip malam ni . ni gara gara Mira Nilai . amboi nama nak glamour jer . gampanglicious sangat . haha . 



tahun ni aku takde lagi dengar kes kes dalam suratkhabar pasal orang ponteng puasa ni . yelaa aku baca suratkhabar , baca bahagian hiburan jer . mana ada cerita orang ponteng dekat bahagian hiburan . ke ada Lisa Surihani ponteng puasa dengan Yusri KRU ? ade ? untuk menjawab soalan di atas , yer , tu gambar lelaki sedang order makan di kedai Cina . sanggup ! entah halal ke haram tu . oh lupa , dah kata ponteng puasa , dah tinggal yang wajib , takkan halal haram dia kesah . kan ?



kejadian aneh berlaku dekat aku bulan puasa ni dan aku yakin korang pun sama kan . aku ni memang kuat makan . statement ! tapi memang betul pun . sejak cuti dua bulan lepas , hari hari kena bebel , sebab mak aku kata dia jarang nampak mulut aku duduk diam , asyik kunyah makanan jer . aku bukan nak makan sangat , tapi perut ni berbunyi lagu keroncong jer tiap masa . serabut tau . so aku kena diamkan dia . aku belai dia dengan makanan . hehe . tau pun diam . 



tapi bulan puasa ni , tuhan bagi aku kekuatan luar biasa . tak lapar , tak dahaga , tak letih . ok tipu lah tak letih . kurang letih . padahal tak makan ni sehari suntuk . pulak tu , bukan aku duduk rumah goyang kaki , angguk geleng kepala jer , aku aktif pulak tu . aktif dari bulan bulan biasa . hari hari angkat kuih masuk kereta . bukan sebekas dua bekas . berpuluh puluh . dengan balang air soya lagi . tough dah aku ni . lepas tu , pergi bazar dan tempat jualan , angkut keluar pulak dari kereta . dekat magrib kan , angkat lagi masuk kereta . macam buruh kasar dah aku ni . kadang kadang feeling mat bangla datang menjengah .



kalau laa bulan bulan biasa aku boleh tahan lapar macam ni , confirm dah kurus longlai aku ni . maybe aku jadi aneroxia ke . sape tau . haha . aku taktau . aku , bulan puasa ni , tengok Cadbury tak rasa apa . orang hulur KFC , aku rasa nak muntah . aku belanja Mcd , aku tolak tepi . macam bukan diri aku dah . orang kata the best time nak belanja aku makan best best adalah bulan puasa sebab aku akan tolak no matter what . confident , jangan ngetest yer . kang aku nak , melayang duit ko . 



apa yang aku fikir time siang hari adalah supaya diberi kekuatan untuk habiskan puasa 30 hari . poyo giler ! takde laa . siang hari aku sibuk kot . sebab tu aku tak fikir sangat makan . tapi even aku jual dekat bazar , yang kuih muih macam macam jenis aku duk jual , aku tak rasa nak pun . even gerai tepi aku jual air seribu jenis , aku tak terseliur pun . ke aku ada penyakit ? wahahaha . apa apa pun , makan ikut kemampuan okey time berbuka . jangan nak gelojoh sangat makan ala ala ular sawa . sungguh tidak cool . 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...