Entri ni sepatutnya ditulis dengan emosi yang melampau dan kebencian yang membuak buak . Namun , kerana aku berpuasa , kesabaran itu dapat mengawal diri aku yang lemah ini . okay , sangat drama king . tapi itu lah hakikat . let me share a story with you guys . aku ada seorang kawan , and yer dia jugak blogger . aku kenal dia pun since dia blogger jugak . dah lama dah aku kenal dia . and aku kenal dia pun masa tu dia baru je start blogging .
To cut the story short , aku rasa dia poyo . since sekarang dia dah hebat kan , gempak , followers dak 5 6 ribu , setiap entri pun ada 30 – 50 comments . then start buat entri emosi yang entah pape . dia konon konon marah orang tinggal komen dekat blog dia macam ni
“ Hey , I dah follow u , follow me back ok “
“ hai , done following , terjah I balik ok “
“ follow me back , I dah follow u “
Memang ada orang marah kan . tapi masalah nya dia pun start dengan cara macam ni okay . dia pergi komen dekat setiap blog suruh orang follow dia . lagi teruk siap ada please please please . so what now ? bila dia dah letops , taknak bagi orang letops macam dia , marah orang tulis macam tu ? oh sungguh lupa asal usul .
Malas lah nak cakap banyak . actually kalau nak cerita kepoyo-an beliau , sampai esok pun tak habis . tapi aku abaikan , kurang pahala aku nanti . apa apa pun , ni peringatan kepada diri aku jugak lah . time orang tengah suka ni , jangan nak poyo poyo . cool sudah . kalau tak suka , its okay . jangan nak emo-shit sangat dekat blog sebab orang tau macam mana awak boleh naik sampai ke tahap sekarang .
p/s : aku nak mintak maaf yer dekat Nor Arlene yang dituduh jadi Makcik tu . and aku dah delete entri tu . tu pengajaran buat aku jugak , supaya lebih berhati hati dalam membuat entri .