NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, August 10, 2011

MAUT SELEPAS MAKAN ABC DAN OTAK OTAK

Tajuk macam mengerikan . malah cukup untuk buat orang tak makan ABC dan otak otak di bulan puasa ini . jangan begitu okay . jangan di sebabkan nila setitik , rosak susu sebelanga . kejadian terjadi di Meru , Klang . orang Klang lepas ni hati hati yer . seorang pelajar umur 11 tahun , maut selepas berbuka puasa dengan otak otak dan ABC . ABC ni bukan Allah Bagi Cuti , ni term selalu perempuan pakai . bila kita tanya 

" eh dah solat blom ? " 

" wei aku ABC lah "

" kejadahnya ABC ?  .. "

" Allah bagi cuti lah .. "  

dalam tragedi ni ABC adalah Air Batu Campur . si bapa kebetulan nak pergi tandas , time tu dah pukul 6.10am , tiba tiba dia terdengar bunyi dengupan nafas yang kuat , bila dia pergi dekat bunyi tu , ya Allah , anak dia terlentang dengan mata terbeliak dan mulut berbuih . kita sedekahkan Al Fatihah untuk mangsa . sedih semua ni terjadi dalam bulan puasa . bila si bapa bergegas ke hospital , doktor sahkan dia dah meninggal . 

mungkin keracunan makanan pada asalnya membawa kepada maut . sebab si bapa kata setengah jam selepas berbuka , satu family yang makan ABC dan otak otak ni ni cirit birit , perut memulas , sampai lembik masuk toilet . oleh itu , kepada mereka yang pergi bazar , hati hati dalam memilih makanan . tolong cerewet sikit cari makanan , jangan beli ikut nafsu serakah . berpada pada okay . untuk makluman , bukan ABC dengan otak otak je yang boleh bagi keracunan makanan , semua jenis ada possibility . cuma dalam kes ni , kebetulan mangsa makan ABC dan otak otak . so jangan ada yang kata " aku tak makan ABC , aku tak makan otak otak , aku selamat lah kot " .. tidak sama sekali .. 


Tuesday, August 9, 2011

KISAH PENIAGA BAZAR UiTM DUNGUN

sebagai seorang lelaki yang mempunya kerjaya sebagai peniaga bazar , pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi . dengan gagah dan berani , kaki ini melangkah ke tapak jualan bersama sama pengepit di tangan , bersedia dan menunggu masa untuk gerai dikerumuni pelanggan yang setia yang cantik dan hensem hensem belaka . okay warga dungun , datang beli cepat . letih aku puji ni . 




bagai nak rak dah tu . jual dalam uitm memang best . ramai students kan . walaupun students tak seramai tahun lepas since budak degree bercuti , tapi ramai lah jugak . tak menang tangan lah jugak . dan aku , sebagai orang yang tak pernah bekerja , memang lah kekok bila orang datang beli kuih . ekhem ekhem , semakin cantik pelanggan , semakin gabra aku . ini hipotesis aku . haha . 



setakat hari ni , kuih kuih jualan hampir licin setiap hari . air tebu memang tak sempat nak simpan lah . aku kecewa dengan air tebu . yelaa aku baru ingat nak berbuka dengan air tebu . tapi dalam sekelip mata habis . padahal around pukul 5.45pm tu banyak lagi . tapi pukul 6.15pm dah habis . kuih kuih aku tak kesah sangat sebab aku jarang makan kuih . 




gerai aku ni jual pelbagai kuih termasuk air soya dan air tebu . lauk pauk tak jual . the best kuih kat situ bagi aku Creampuff . datang lah try . try hari ni rm1 , esok mesti nak lagi rm5 . hehe . bulan puasa ni , memang tengok kuih , kalau boleh , semua kuih nak try . oleh itu , kena beli berpada pada .



kelakar actually melayan kerenah customer . semalam ada customer tanya ni kuih apa . aku cakap lah ni kuih belimbing . dia kata buat ni guna belimbing ke . ahaks. bagi aku lawak . tak pernah lagi aku dengar orang guna buah belimbing buat kuih . macam mana tu rasa kalau kuih guna belimbing . haiyaa . aku macam tak tau orang luar panggil Onde Onde tu buah melaka . ahaks . bila aku sebut onde onde , ada customer buat muka blur . nasib baik , teman jualan aku ni tau nama kuih tu buah melaka . 




haha . ada jugak tu kuih tok aji serban . tau ke kuih tu ? alaa yang ada dua lapis . bahagian atas sekaya , bahagian bawah pulut . yang ni pun aku mengalami kesukaran nak explain . sebab budak budak kan , diorang tau nama kuih , tapi taktau bentuk kuih . orang luar panggil kuih tok aji serban apa eh ?


dekat atas ni kuih aji serban . cepat cepat , aku buat pop kuiz . apa kah nama lain bagi kuih aji serban ? heheeh lawak kan nama kuih . mungkin yang warna koko tu serban . yang warna putih tu kepala tok aji . macam tu lah kot bagaimana kuih ni dapat nama . apa apa pun , semoga jualan kuih terus laris sehingga ke penghujung nya . mudah mudahan . Amin . 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...