NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label uitm dungun. Show all posts
Showing posts with label uitm dungun. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

KISAH PENIAGA BAZAR UiTM DUNGUN

sebagai seorang lelaki yang mempunya kerjaya sebagai peniaga bazar , pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi . dengan gagah dan berani , kaki ini melangkah ke tapak jualan bersama sama pengepit di tangan , bersedia dan menunggu masa untuk gerai dikerumuni pelanggan yang setia yang cantik dan hensem hensem belaka . okay warga dungun , datang beli cepat . letih aku puji ni . 




bagai nak rak dah tu . jual dalam uitm memang best . ramai students kan . walaupun students tak seramai tahun lepas since budak degree bercuti , tapi ramai lah jugak . tak menang tangan lah jugak . dan aku , sebagai orang yang tak pernah bekerja , memang lah kekok bila orang datang beli kuih . ekhem ekhem , semakin cantik pelanggan , semakin gabra aku . ini hipotesis aku . haha . 



setakat hari ni , kuih kuih jualan hampir licin setiap hari . air tebu memang tak sempat nak simpan lah . aku kecewa dengan air tebu . yelaa aku baru ingat nak berbuka dengan air tebu . tapi dalam sekelip mata habis . padahal around pukul 5.45pm tu banyak lagi . tapi pukul 6.15pm dah habis . kuih kuih aku tak kesah sangat sebab aku jarang makan kuih . 




gerai aku ni jual pelbagai kuih termasuk air soya dan air tebu . lauk pauk tak jual . the best kuih kat situ bagi aku Creampuff . datang lah try . try hari ni rm1 , esok mesti nak lagi rm5 . hehe . bulan puasa ni , memang tengok kuih , kalau boleh , semua kuih nak try . oleh itu , kena beli berpada pada .



kelakar actually melayan kerenah customer . semalam ada customer tanya ni kuih apa . aku cakap lah ni kuih belimbing . dia kata buat ni guna belimbing ke . ahaks. bagi aku lawak . tak pernah lagi aku dengar orang guna buah belimbing buat kuih . macam mana tu rasa kalau kuih guna belimbing . haiyaa . aku macam tak tau orang luar panggil Onde Onde tu buah melaka . ahaks . bila aku sebut onde onde , ada customer buat muka blur . nasib baik , teman jualan aku ni tau nama kuih tu buah melaka . 




haha . ada jugak tu kuih tok aji serban . tau ke kuih tu ? alaa yang ada dua lapis . bahagian atas sekaya , bahagian bawah pulut . yang ni pun aku mengalami kesukaran nak explain . sebab budak budak kan , diorang tau nama kuih , tapi taktau bentuk kuih . orang luar panggil kuih tok aji serban apa eh ?


dekat atas ni kuih aji serban . cepat cepat , aku buat pop kuiz . apa kah nama lain bagi kuih aji serban ? heheeh lawak kan nama kuih . mungkin yang warna koko tu serban . yang warna putih tu kepala tok aji . macam tu lah kot bagaimana kuih ni dapat nama . apa apa pun , semoga jualan kuih terus laris sehingga ke penghujung nya . mudah mudahan . Amin . 


Sunday, August 7, 2011

RIHANNA JUAL AIR KELAPA DEKAT BAZAR OII

Bulan puasa ni bazar di mana mana . kalau dekat kampung aku ni jer , ada lebih 5 bazar . so setiap petang , penduduk akan mengalami kesulitan untuk pilih nak pergi bazar mana . lain dengan aku , sebab parents aku pun jual dekat bazar , so aku tak perlu nak pergi bazar . sebab semua lauk  pauk serta kuih muih dan juga air soya sudah ada di rumah aku . tiada guna aku menghabiskan peluh lelaki aku untuk pergi ke bazar ramadhan . sebab bazar ni tepi rumah aku jer , kalau pergi dengan kereta , rugi masa . jalan sesak kot . dalam uitm dungun pun ada jugak bukak saatu gerai , meh beli kuih meh , abang hensem jual kuih semua sedap sedap , murah murah , makan sekali , confirm esok datang lagi beli kuih siap mintak nombor telefon abang hensem . 

jual dekat bazar memang untung oiii . memang semua orang serbu bazar . walaupun dekat rumah dah penuh lauk pauk , nak jugak pergi bazar sebab ia kira macam satu kewajipan di bulan puasa . lepas tu makan banyak banyak , lepas magrib tidur , terawikh entah ke mana . artis artis juga sekarang ni ambil peluang jual kuih guna nama mereka . since mereka dah famous kan , jual apa pun laku . termasuk lah artis wanita ni . punya lah panjang aku bagi intro . kalau ni jawapan exam aku , ayat aku sebelum ni mesti lecturer potong dengan pen merah sambil tulis NR besar besar . NR tu maknanya NOT RELATED . Rihanna adalah artis tersebut . kenal atau tidak ? alahai . yang duk sebut Ella Ella Ella tu . takkan ler tak kenal . 



oleh yang demikian , kalau nak kuih yang best best , contoh kuih belimbing , sekaya , krimer , roti jalan , jom lah singgah ke gerai kuih aku yer . creampuff yang paling best in town pun ada jual . kalau nak rasa , kena singgah lah . mahal pun takpe asal sedap makan . murah tak sedap buat apa . rugi jer . kita berbuka mesti nak yang best best jer . dan kalau datang singgah tu , jangan nak buat muka seposen , tanya mana gerai Rihanna . aku kasi kuasa tam tam baru tau . anyway , dah tengok ke IKLAN Gangster . tahu tak lawak nak mati ? aku tengok time sahur . sambil guling guling macam tenggiling . pergi google dekat youtube okay . selamat berpuasa !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...