sekarang dah masuk minggu terakhir belajar ni . isnin , selasa , rabu , khamis dan jumaat je tinggal . jumaat bersamaan 15 April start lah study week . first paper aku 20 April . sekarang belum start belajar , assignment berlambak . ada tiga assignment nak kena submit minggu depan . dan hari khamis ada test 2 company law pulak . so kepala aku macam kuah kari , campur kuah dal , campur kicap dah . macam macam ada . semua benda tak certain . semua benda tak sure . semua benda tak pasti . tahu tak , gila tak best bila orang tanya something , kita tak mampu nak bagi jawapan . rasa macam sangat tak berguna . hmmm .
bila masuk je minggu exam ni , benda utama yang aku akan cari . eleh bukan aku je , aku yakin semua orang duk cari ni . SPOT QUESTION . sebab apa ? sebab nak senang . just nak belajar apa yang perlu . yang tak masuk . takyah belajar . yes SANGAT BERISIKO . tapi kena berani lah . kata anak jantan . anak jantan kena berani . tapi principle ni tak leh apply dalam education . tak kesah lah kau anak jantan ke , anak ahmad ke , anakku sazali ke , itu TAK PENTING . kau bijak , future kau cerah . kau tak bijak , future kau gelap . ini yang PASTI .
masa test boleh lah nak meniru . nak letak nota ke . nak bawak toyol ke jin ke bawak lah . madam biasa kalau test tak kesah sangat . tapi kalau final , jangan nak cuba buat eksperimen okay . bawak kertas kosong pun , akan jadi issue . dan kemungkinan anda kena campak keluar dari dewan exam . tanpa sebarang notis pembelaan diberi . haha . sampai begitu sekali okay . kena berhati hati . sebab tu aku prefer kalau masuk dewan exam , just bawak air , dan seplastik pen dan pensil . aku tak suka bawak kotak pensil . takut ada terletak kertas dalam tu . tak pasal aku kena BARRED dari jawab exam .
aku jenis bergantung kepada soalan SPOT . kadang kadang ada rezeki , spot kena , yes berjaya lah aku . tapi kalau SPOT tak kena , memang nasib badan lah . tunggu lah result sampai rumah . semua ada tanda ( - ) . dulu aku pernah kena macam ni . masa takde . spot questions ada banyak gila . ada 5 spot questions dari 5 sources yang berbeza . tu satu hal . semua soalan yang lain lain pulak tu . GILE ! lagi bengang kan , bila esok exam , kita dah siap semua dah , dah revise dah , soalan SPOT pun dah jawab . tiba tiba malam tu dapat soalan SPOT yang lain . memang lah rasa macam nak maki pemberi SPOT . kenapa tak bagi time sebelum masuk dewan exam je . adoiya . tapi itulah . nasihat aku , jangan PERCAYA kan sangat dengan SOALAN SPOT . tapi boleh dijadikan sebagai RUJUKAN . well nasihat ni tak boleh apply kepada diri aku sendiri . sebab memang aku akan tetap percaya dan bergantung kepada SOALAN SPOT .
p/s : actually aku macam tak pasti . btol ke term SPOT QUESTION . atau dia kena jadi SPOTTED QUESTION ? tibai je lah . bukan effect markah exam pun . hee .
12 comments:
gud luck utk xm anda.. hahaha
gudluck utk exam..aku dah lepas zAman tu..tapi rindu gak nak feelin2 student....
ganbatte!! jia yo!! berusaha!!
hahaha test mmg slalu orang buat toyol..dok pulak rapat-rapat dalam dewan kuliah..sng je nk tiru
gud luck in ur exam ya :)
wuaaahhhh... menyontek lah tuuuh
awas ketahuan cik gu.. heheheh
kerana spot question la,
aku kantoi paper sejarah dlu2 time test.
hahhaha
gudluck ur exam.. ^^
haha jrg la dpt soalan spot2 nih.
tp mmg la bengang rase nk hentak2 kalo soalan bajet spot kne tuka lain. baik x yh tau. ngaaaa~
pray the best for u :)
p/s: nice to nkow u ;)
wahh..nak exam! gud luck!
spot ques or spotted ques? tak penah tepike pulak. so ABAIKAN je! ;D
good luck good luck :) tamo tiru tiru ! hahaha ;D
hihihi..tedia ...tak tawlah exam dah dekat ..jeng.jeng.jeng.....cepat nervous , tgh bikin suspen ni..hihihi...
guraw jep , tak pepasal sya dipesalah lak sebab mengetar lutut syed amer ..hihi....ganbatte kudasai amer -san !!!!! ^_^
haha..spot Q mang femes bile nk pekse..mse spm 2010..sokln sj byk gilee spot..haha..penin nk stdy yg mne..nyway GL :)
Post a Comment