NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, August 6, 2011

PAKCIK MINISKIRT DI MASJID

Lokasi : di sebuah masjid di Dungun
Masa : time solat jumaat around 1.15pm

Pada suatu tengahari yang hening , pabila kaum lelaki berkejar kejaran ke masjid untuk menunaikan solat jumaat , aku yang turut serta ingin menunaikan solat jumaat tidak berkejar kejaran . sebab aku kan cool . jalan kena gaya model . slow slow . ambil angin . nanti kalau lari lari tak masuk lagi masjid , dah berpeluh macam watson nyambek . lagipun kalau aku berpeluh , perempuan takde kat situ . so tak best . kalau perempuan ada , takpe berpeluh . sebab perempuan memang suka lelaki berpeluh kan . pelik aku . so aku jalan macam biasa , senyum ke kiri , senyum ke kanan sebagai latihan untuk menjadi wakil rakyat . ni bukan angan angan mat jenin . ni angan angan aku sendiri . mat jenin tak sempat pun terfikir nak jadi wakil rakyat . setelah jalan punya jalan , sampai aku di pintu depan masjid . macam biasa , aku berhenti dekat paip air jap sebab nak basuh kaki walaupun kaki aku ni diyakini suci bersih murni , aku basuh jugak sebab saje lah nak bagi kaki basah .

menunggu giliran , ade seorang pakcik depan aku . pakai kain pelikat . nak basuh jugak kaki tu . tapi itu bukan sebab aku tengok dia . aku tengok dia sebab dia angkat kain dia tu sampai atas lutut , sampai nampak celah kangkang , lagi 1 cm nak nampak benda dia . tak leh imagine eh ? jap aku letak gambar yer . biar korang clear sikit . 


jangan tenung lama sangat , nanti batal puasa . ok now , kalau korang di tempat aku , apa yang korang buat ? aku punya laaa confused . takkan lah aku nak tegur direct " pakcik, nampak celah tu " . macam tak cool kan . so nak tau apa aku buat . korang teka . sila pilih jawapan yang tepat . 

A - aku pergi bisik dekat telinga pakcik tu " pakcik , pakcik pakai miniskirt ke kain pelikat ? "

B - aku sound direct " woi pakcik , dah rasa betis putih sangat ke woii ? "

C - aku sindir pakcik tu "  pakcik , pakai seluar dalam kuning eh arini ? "

D - aku tenung pakcik tu sampai mata aku juling 

okay , jawapan di entri yang seterusnya . teruskan membaca okay . 

spoil je kan . alaa nak kasik suspend sikit pun tak boleh ke ? okay , lama jugak actually pakcik tu ber-miniskirt sebab ramai lah pulak orang nak basuh kaki . so ramai jugak lah dapat dosa free sebab tengok aurat pakcik tu . since aku macam taknak malukan pakcik tu , aku lantas meninggalkan tempat berkenaan , lalu pergi ke toilet di belakang . menipu gila . takkan lah aku sanggup jalan kan . aku ni pemalas sikit . apa yang aku buat hanyalah tunggu je pakcik tu kat situ . yer , memang aku sucks pun , tapi aku taktau nak buat macam mana . aku kat situ dengan harapan pakcik tu nampak la lirikan mata aku ni . aku dah cuba bagi hint dekat pakcik tu dengan mata aku . aku pun tak faham kenapa pakcik tu tak dapat baca mata aku ni . mungkin mata aku sepet macam khairul fahmi tak sampai dia tak nampak mata aku . itu taktau lah . cuma lelaki lelaki di luar sana , berhati hati yer kalau nak basuh kaki or ambil air semayang dekat masjid . jangan duk tinggi sangat angkat ke kain tu . selamat berterawikh semua . 


sekadar gambar hiasan 


12 comments:

Izzati Liyana Sabri said...

hek eleh. ingat betul-betuk tegur. haha.

tulah. kadang-kadang laki je asyik tegur perempuan tak jaga aurat la apela. lelaki pun kena berjaga-jaga.

btw, saya tak suka lelaki berpeluh. akan fikir sepuluh kali nak dekat atau tak hehe.

http://izzatiliyanasabri.blogspot.com/

Green Apple said...

lawak lah... kes tak perasan la ni.. hehe

Lieyda Sabri said...

ee nampak celah ye? haha. habis batal puasa. kah3. eh eh sy xsuke lelaki berpeluh, err nampak macam kotor je. hehe

Unknown said...

pakcik tu jenis x kisah kot....oh yer hadiah awak sayan kirim minggu depan guna pos laju ok.

www.littlewingdestinations.com

SyedMuzzamir said...

izzati : ahaksss .. pakcik tu terlupa kot .. dia ingt since semua org lelaki , takpe buat mcm tu ..

green : tu laa .. saya pun rasa pakcik tu terlepas pandang .. tapi tak ke rasa sejuk angin masuk ? haha

lieyda : eh puasa tak batal .. cuma kurus pahala .. aa tu yg sy pelik .. kwn saya cakap lelaki berpeluh nampak seksi ..

miss : no hal dear .. tq ..

dear all , selamat berpuasa dan berbuka okay .

Unknown said...

hadoi~ pening aku ngan pakcik ni.. huhu

Unknown said...

aku rasa aku x pandang lagsung.. ad dlm jepn? hehe

Orang biasa said...

hahaahaha... seksinya pakcik.

Iman said...

sok luse cakap kat pakcik tu suh pakai sluar je :p

ku-cit said...

skirt pon skirt la pakcik...jgn jgn spender...hehe

Salmiza S. said...

HAHAH ~ normallah tu ! pak cik- pak cik kat kedai kopi maen haji pon macam tu ! pnye lah tggi angkat kain ! semangat katanya ~ :D

SyedMuzzamir said...

ahakss .. normal eh ? takut kot ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...