NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label LISA SURIHANI. Show all posts
Showing posts with label LISA SURIHANI. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

REVIEW OMBAK RINDU

Assalamualaikum ..


Petang kelmarin , berkesempatan untuk tengok Ombak Rindu . cerita yang jadi bualan ramai kan sekarang . aku tak lepaskan peluang. Lagipula sayangku Lisa Surihani berlakon , kena lah support . Yusry KRU ? oh tu saje je . pinjam dia untuk naikkan nama Lis . baru la cepat sikit top . betul tak ? semalam pergi tengok dekat Space u8 . boleh kata cinema baru lah dekat shah alam , ttdi jaya . since dah tau dekat situ confirm tiket ada punya , tu yang decide pergi situ . tapi yela wayang semata mata sebab mall dia tak fully bukak lagi . dalam proses lagi . anyhoo MBO best . selesa pun selesa . best pun best .

So tanpa membuang masa , meh aku review sikit . tapi aku cakap awal awal , pandangan aku mungkin tak sama dengan orang lain . ianya berbeza . Cuma aku suarakan sahaja pendapat aku . sebelum aku pergi tengok , aku baca tweet orang dekat twitter . bukan main , siap pesan suruh bawak tisu satu kotak lah . cerita cinta paling agung lah . haha . tapi ada jugak yang negative . contohnya kawan aku cakap dia gelak tengok cerita ni dari awal sampai habis . 2 jam kot dia gelak tak berhenti . sawan ke apa kawan aku ni .

1) Perjalanan cerita pada awalnya kurang kuat bagi aku untuk attract aku stay sampai dua jam . since dah bayar tiket wayang , kira terpaksa jugak tengok sampai habis . starting sedikit slow . lepas tu scene scene dalam club tak nampak real , scene dalam bilik tiba tiba Maya Karin pengsan entah apa apa . macam nampak ada something wrong dekat sini . tapi well kira okay lah maybe nak jimatkan duration cerita . 

2) Watak wartawan sangat lawak dan kelakar . ape hal kau suara macam tu ? buat buat ke memang original ? bukan menghina tetapi entah . rasa annoying pun ada . distracted jugak dibuatnya . nasib baik tak banyak part dia . sikit sikit tu kira okay la. pelakon extra kan . 

3) Azizah Mahzan nampak sangat cun di tepi kolam . cun di sini bukan cun cun , tapi cun buekss . tetapi watak dia well macam biasa . best je aku rasa . tapi aku rasa dia boleh lagi jadi jahat . baru real sikit kan . begitu jugak watak Julia Ziegler . banyak scene yang dia tak habis lagi cakap , dah masuk scene lain . suntingan tidak kena langsung . kesian Julia Ziegler . watak dia sepatutnya diperkukuhkan lagi . ni macam tangkap muat je . yang lawak nya masa part dekat hospital , skrip Julia " aku seperti dapat merasakan siapa kau di hati Haris " . lepas tu habis macam tu ? So ? tergantung !

4) make up dalam cerita ni fail ! Lisa Surihani nampak sangat tak cantik . yer , faham lah nak tonjolkan konon konon Lisa ni artis kan . tapi bagi lah nampak elok sikit . ni entah apa . hampir hampir aku clash tau dengan Lisa ni . lepas tu , kalau korang perasan , dekat lengan Lisa , ada something yang macam parut gitu ,. itu pun distracted bagi aku . mula mula aku ingat maybe tu tanda Haris pukul dia ke apa . tapi tanda tu tak da makna apa apa pun . asal tak touch up sikit oii ?

5) lakonan Lisa tak cool . ada part yang macam dia marah , dia menangis cool . aku sekali nak nangis . haha aku kan tak boleh tengok Lisa Surihani menangis . sebagai boyfriend yang cool , harus lah kan menjiwai gf beliau . part part yang gedik pun nampak cantik . contoh " suprise suprise . i pun suprise tau i dapat dtg sini " .. 

6) Maya Karin cantik . suara dia seksi , walaupun watak dia nampak bersahaja je . tak bagi kaw kaw . well maybe less is more . hehe . Aaron Aziz ok . sesuai lah watak dia . kerap sungguh menangis . perempuan dalam wayang confirm menangis sekali kan tengok Aaron mengalirkan air mata . Dush Dush sungguh drama ! time dia marah nampak lagi cool dari watak dia dalam KL Gangster yang nampak ala ala keras sikit . part dia nangis dengan Maya Karin tu best . aku rasa macam aku pulak Haris tengah pegang muka Maya Karin . 


7) the whole story bagi aku biasa je . mendatar je . setengah jam yang terakhir baru naik sikit momentum . best lah sikit . hehe . scene scene yang konon konon sex scene ni , hmmm tak cukup kuat nak mempengaruhi aku nak kata cerita ni best . hehe . 


cerita ni macam banyak sangat spoil air mata aku nak keluar . part part lawak tu tak perlu kot . aku tak pasti memang niat pengarah nak buat lawak , or benda tu jadi lawak secara automatik . hee . suntingan cerita macam siot sikit . overall aku bagi 3/5 je . sedap lagi Nur Kasih bagi aku . disebabkan pelakon dia power power , aku rasa macam lagi best . kalau pelakon biasa biasa je , aku rasa aku tak pergi tengok kot cerita ni. apa apa pun , u guys might have different views okay . pergi la tengok wayang ,. support industri kita. orait . 


Sunday, July 17, 2011

SEKALI LAGI


 
Hari ni adik adik aku tak sekolah . cuti peristiwa sekolah dia . sebab hari khamis sehingga semalam ada perkhemahan . so hari ni cuti lah . disebabkan masa terluang ni , aku ada lah masa nak tengok movie yang aku baru download subuh tadi . aku download Sekali Lagi . aku download sebab Lisa Surihani dan Miasara jer . Shaheizy Sam ? boleh lah . actually aku macam skeptical jugak dekat cerita ni since orang cakap cerita ni macam My Name Is Khan . tapi apa yang aku dapat conclude , terbaik bro . aku kasi 5 bintang . out of 5 bintang . markah penuh okay . 

Cerita dia ringan jer . layan jer . takyah susah susah nak fikir itu ini . semua dia bagi . takde confuse apa apa pun . takde gimik sangat pun . smooth . so kalau nak santai , cerita ni memang sesuai . Mia comel giler . sangat ! Lisa toksah cakap lah . bila dia nangis , lagi cantik okay . Shaheizy Sam sakit automatik . actually autistic kan . tapi diorang kan budak budak . diorang sebut autistic . awal awal cerita kelakar . tapi 40mins terakhir , mood berubah . jadi emosi terganggu . jiwa kacau . semua nangis jer . semua benci Arman ( Shaheizy Sam ) .


Oleh yang demikian , aku sarankan korang download jugak . tak pun online streaming jer . aku takleh nak bagi tau semua isi cerita . nanti tak suspend lak korang nak tengok kan . berbaloi la sejam 20 minit mengadap tv tengok . so sebab aku ni hensem dan macho , aku bagi link siap siap . so korang takyah nak susah susah pergi Google taip download percuma Sekali Lagi okay . klik link kat sini jer . format link yang aku bagi mkv . kalau korang nak gambar cun , download AVI lah . klik link di bawah . terima kasih .



Monday, July 11, 2011

PENYAKIT LISA SURIHANI


Manusia tidak akan pernah sempurna . Cantik lah macam bidadari pun , mesti ada jugak kurang kat mana mana . Same gak macam Lisa Surihani . cantik dan berbakat . tapi ada kurang nya . bila dia sebut huruf R . kalau ada yang tengok Jangan Tidur Lagi semalam mesti tahu kan . lawak kan ? Kelakar gila . aku gelak sorang sorang semalam . biasa kalau dalam filem , kita tak perasan pun . sebab syok sangat dengan plot cerita . semalam Nampak habis . bunyi R dia macam singa mengerang . 

Teringat pulak dekat kawan aku kat Mrsm dulu . tak leh jugak sebut R . roti jadi Ghoti . Keras jadi Keghas . suka jugak sakat dia dulu . sekarang takde kat Malaysia dah . ada di US , belajar kat sana . begitu jugak dengan aku . hensem lah macam mana pun . bergaya lah macam mana pun . cute lah macam mana pun . ada jugak kurang nya aku . aku takleh sebut S . so sweet kan . kalo aku dengan Lisa bergabung . mesti comel gila nie . tapi kawan kawan aku tak perasan kot . rasanya dekat UiTM ni takde lagi orang tegur aku sebut S pelik . bukan pelik sangat pun . lidah aku pendek . 

Tapi time Mrsm dulu , ada orang perasan . dan yang perasan tu , confirm confirm dia pun takleh sebut S dengan betul sebab tu dia perasan . benda ni bukan sejak dari lahir dah ada , aku punya ni , sebab ejek orang . selalu buat buat comel , cakap cakap buat lidah pendek . sekarang benda tu dah jadi tabiat pulak . hee . sama gak macam melatah kan . kita tengok orang melatah , bukan main sedap kita pegi acah kan . sampai pelatah merayu cukup agah dia . kita bukan peduli semua tu . lagi orang marah , lagi kita buat kan . inilah namanya reverse psychology . apa apa pun , have a nice day readers .

Sunday, July 3, 2011

PERNAH TAK ?

Pernah tak ..
Bila bangun pagi  .. rasa sejuk gila .. lepas tu tengok dekat tingkap Nampak salji .. padahal dekat Malaysia takde salji .. rupa rupanya bantal dah koyak .. habis isi terburai ..

Pernah tak ..
Pergi ke dapur .. dengan perut lapar .. dengan harapan boleh makan Pancake .. tapi kecewa bila buka tudung saji .. ada nasi lemak jer .. tu pun sebungkus jer .. tak sedap pulak tu .. 

Pernah tak ..
Tengah tengah syok bawak kereta .. sampai dekat lampu trafik , goyang goyang kepala , orang kereta sebelah tengok pelik dekat kita .. Alamak kantoi .. kita tengah korek hidung ..

Pernah tak ..
Tengok cerita sampai feeling tahap Lisa Surihani tengah berlakon .. bila pelakon dalam cerita tu tengah gelak , kita gelak sekali .. bila sedih , kita penonton nangis lebih lagi dari pelakon .. sampai sedu sedan lagi .. siapa pelakon sekarang ??

Pernah tak ..
Tengok Hero dalam movie slow sangat .. lembab nak mati .. sampai kita emosi kat luar .. amek mouse campak kat dinding .. tumbuk tumbuk bantal .. konon konon bantal tu orang jahat .. sepak sepak selimut .. konon konon selimut tu orang yang cuba nak culik kita ..

Pernah tak ..
Type entri dekat blog .. nak cerita aktiviti kita hari ni .. tapi taknak orang hina dan maki .. buat entri blog sebaik mungkin .. biar Nampak kreatif .. tak macam diari harian .. aku pernah .. ni aku tengah buat lah ni .. haha .. sekian jadual aktiviti saya sehingga Magrib hari ni .. Selamat bermagrib kawan kawan .. 


Friday, June 24, 2011

FAKTA TERBARU

Dua hari aku tak update blog . reason : aku tengah dalam kekusutan . banyak sangat benda tak terlerai dalam kepala aku . aku kena buka ikatan satu persatu satu . bila semua dah clear , aku akan kembali aktif okay . so far , aku try update bila aku rasa lega sikit . 24 hours , aku rasa 16 hours aku rasa serabai . lepas tu pulak broadband aku kena potong sebab aku tak bayar bil bulan lepas rm69 . boo celcom . bukan ke lepas tiga bulan tak bayar bil , baru potong ? asal aku baru satu bulan tak bayar , kau dah nak potong . kurang ajar ! diskriminasi orang hensem . okay so now , banyak benda terjadi kan . meh aku update beberapa berita yang aku tahu dekat korang okay .

1) iphone 5 dah nak keluar wei . pengsan kejap aku . aku iphone4 pun tak pernah pakai lagi . dah keluar iphone5 . Apple melampau ! 
2) latest hp nokia iaitu n9 dah keluar . yeeee , dekat singapore lah . malaysia blum . aku dah lama tutup jiwa dekat nokia . so taktauu pun ni latest hp dari nokia sebab aku check buku Ering takde lak review N9 ni . aku tau pun sebab Shauki bagitau aku . so apalagi terus google . i must say , reka bentuk lagi cantik dari iphone . haha . 



3) Trio Datuk T kena saman for sex video yang dihebohkan .. alaa yang Anwar Ibrahum tu .. duduk golek golek atas katil tu . haha . lawak lawak . aku tengok ke tak ? aa tengok . sebab nak confirm kan betul ke tak Anwar , yelaa aku kan forensik . chewah . Shazryl kena saman rm3000 atau 3 bulan penjara , Shuib lak kena saman rm1500 atau dua bulan penjara dan Rahim kena rm1000 atau satu bulan penjara . sesuka aku je tak letak Datuk kat depan kan . takpe kot . hehe . 


4) Lisa Surihani baru dapat title Ratu Twitter . Om Mme Ggod .. Paling ramai followers okay .. Kau mampeww ?? ( senget mulut aku )







Sunday, June 19, 2011

BBM

BBM ? Familiar with this term ? alaaa mesti semua tahu kan . semua dah pakai BBM ni . yang tak pakai pun mesti teringin gak nak BBM . ekhem ekhem . BBM ni maksud dia Budak Besar Malas . eh bukan lah . Budak Besar Mulut . eh bukan jugak . Berak Berdiri Malam . okay dah . jauh sangat dah tu . BBM stands for Blackberry Messager . benda alah ni macam Yahoo Mesengger jugak . cumanya dia ni between Blackberry Users . Blueberry ke , BerryBerry ke , RedBerry ke is NO-NO . tak boleh . 

Sedap actually guna bbm . macam makan kek batek . sebab dia jimat . jimat kalau korang pakai pakej lah . macam aku , jimat lah . sebab aku pakai pakej Maxis rm20/month , so dia include Facebook , twitter , foursquare , email , bbm , ym , dan banyak lagi yang menarik . sangat mudah dan senang . so for those who are searching for a new phone , I would hundred percent suggest Blackberry . sekarang dah murah . paling murah , rm400 , model flip . it is worth to be bought lah . best nak mesej sebab button penuh . 

Korang tau tak Lisa Surihani kenal dengan Yusry KRU melalui BBM . tak ke sweet tu ? dan sekarang ni pun aku berazam , untuk cari jodoh melalui BBM . ekhem ekhem . so ladies out there , feel free to add me . ni I punya pin okay . 256D5957 Okay . pernah tengok tak video pre wedding yang guna bbm tu ? sila google okay . Aku kepilkan di sini aku punya bbm sebagai rujukan . dan tolong ignore perbualan di bawah . sekian .




LAGU TEMA BBM 
ENJOY =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...