NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label aaron aziz. Show all posts
Showing posts with label aaron aziz. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

REVIEW OMBAK RINDU

Assalamualaikum ..


Petang kelmarin , berkesempatan untuk tengok Ombak Rindu . cerita yang jadi bualan ramai kan sekarang . aku tak lepaskan peluang. Lagipula sayangku Lisa Surihani berlakon , kena lah support . Yusry KRU ? oh tu saje je . pinjam dia untuk naikkan nama Lis . baru la cepat sikit top . betul tak ? semalam pergi tengok dekat Space u8 . boleh kata cinema baru lah dekat shah alam , ttdi jaya . since dah tau dekat situ confirm tiket ada punya , tu yang decide pergi situ . tapi yela wayang semata mata sebab mall dia tak fully bukak lagi . dalam proses lagi . anyhoo MBO best . selesa pun selesa . best pun best .

So tanpa membuang masa , meh aku review sikit . tapi aku cakap awal awal , pandangan aku mungkin tak sama dengan orang lain . ianya berbeza . Cuma aku suarakan sahaja pendapat aku . sebelum aku pergi tengok , aku baca tweet orang dekat twitter . bukan main , siap pesan suruh bawak tisu satu kotak lah . cerita cinta paling agung lah . haha . tapi ada jugak yang negative . contohnya kawan aku cakap dia gelak tengok cerita ni dari awal sampai habis . 2 jam kot dia gelak tak berhenti . sawan ke apa kawan aku ni .

1) Perjalanan cerita pada awalnya kurang kuat bagi aku untuk attract aku stay sampai dua jam . since dah bayar tiket wayang , kira terpaksa jugak tengok sampai habis . starting sedikit slow . lepas tu scene scene dalam club tak nampak real , scene dalam bilik tiba tiba Maya Karin pengsan entah apa apa . macam nampak ada something wrong dekat sini . tapi well kira okay lah maybe nak jimatkan duration cerita . 

2) Watak wartawan sangat lawak dan kelakar . ape hal kau suara macam tu ? buat buat ke memang original ? bukan menghina tetapi entah . rasa annoying pun ada . distracted jugak dibuatnya . nasib baik tak banyak part dia . sikit sikit tu kira okay la. pelakon extra kan . 

3) Azizah Mahzan nampak sangat cun di tepi kolam . cun di sini bukan cun cun , tapi cun buekss . tetapi watak dia well macam biasa . best je aku rasa . tapi aku rasa dia boleh lagi jadi jahat . baru real sikit kan . begitu jugak watak Julia Ziegler . banyak scene yang dia tak habis lagi cakap , dah masuk scene lain . suntingan tidak kena langsung . kesian Julia Ziegler . watak dia sepatutnya diperkukuhkan lagi . ni macam tangkap muat je . yang lawak nya masa part dekat hospital , skrip Julia " aku seperti dapat merasakan siapa kau di hati Haris " . lepas tu habis macam tu ? So ? tergantung !

4) make up dalam cerita ni fail ! Lisa Surihani nampak sangat tak cantik . yer , faham lah nak tonjolkan konon konon Lisa ni artis kan . tapi bagi lah nampak elok sikit . ni entah apa . hampir hampir aku clash tau dengan Lisa ni . lepas tu , kalau korang perasan , dekat lengan Lisa , ada something yang macam parut gitu ,. itu pun distracted bagi aku . mula mula aku ingat maybe tu tanda Haris pukul dia ke apa . tapi tanda tu tak da makna apa apa pun . asal tak touch up sikit oii ?

5) lakonan Lisa tak cool . ada part yang macam dia marah , dia menangis cool . aku sekali nak nangis . haha aku kan tak boleh tengok Lisa Surihani menangis . sebagai boyfriend yang cool , harus lah kan menjiwai gf beliau . part part yang gedik pun nampak cantik . contoh " suprise suprise . i pun suprise tau i dapat dtg sini " .. 

6) Maya Karin cantik . suara dia seksi , walaupun watak dia nampak bersahaja je . tak bagi kaw kaw . well maybe less is more . hehe . Aaron Aziz ok . sesuai lah watak dia . kerap sungguh menangis . perempuan dalam wayang confirm menangis sekali kan tengok Aaron mengalirkan air mata . Dush Dush sungguh drama ! time dia marah nampak lagi cool dari watak dia dalam KL Gangster yang nampak ala ala keras sikit . part dia nangis dengan Maya Karin tu best . aku rasa macam aku pulak Haris tengah pegang muka Maya Karin . 


7) the whole story bagi aku biasa je . mendatar je . setengah jam yang terakhir baru naik sikit momentum . best lah sikit . hehe . scene scene yang konon konon sex scene ni , hmmm tak cukup kuat nak mempengaruhi aku nak kata cerita ni best . hehe . 


cerita ni macam banyak sangat spoil air mata aku nak keluar . part part lawak tu tak perlu kot . aku tak pasti memang niat pengarah nak buat lawak , or benda tu jadi lawak secara automatik . hee . suntingan cerita macam siot sikit . overall aku bagi 3/5 je . sedap lagi Nur Kasih bagi aku . disebabkan pelakon dia power power , aku rasa macam lagi best . kalau pelakon biasa biasa je , aku rasa aku tak pergi tengok kot cerita ni. apa apa pun , u guys might have different views okay . pergi la tengok wayang ,. support industri kita. orait . 


Monday, July 18, 2011

DEAR NUFFNANG DINDAKU SAYANG


Dear Nuffnang Dindaku sayang ,
Kenapa tiba tiba dinda berubah hati ? Kenapa tiba tiba dinda tak sayangkan kanda . tinggalkan kanda tanpa bonus . kanda kesunyian . kanda hidup sebatang kara . untuk pengetahuan dinda , kanda sekarang tidak lagi tinggal di banglo mewah . kanda sedih dan kecewa . kanda sekarang meratapi nasib malang kanda dari hari ke hari . setiap kali kanda melawat dinda , tiada yang berubah . gaji kanda tidak meningkat . bonus pun tiada . sudah dua bulan dinda tidak memberi bonus kepada kanda . kenapa ? kenapa ?

Dear Nuffnang Dindaku sayang ,
Adakah sekarang dinda sudah berpaling arah . adakah dinda lebih suka kan Jimmy Shanley ? atau mungkin Harry Potter ? kanda tau raut wajah dinda saling tak tumpah dengan Siti Saleha , tapi tahukah dinda , kanda ini mirip Aaron Aziz , ala Seth Tan tu . jadi kira serasi bersama . tak dapat lagi kanda tulis surat ini . biarlah kanda pendam perasaan ini . kanda harap dinda menjaga diri sebaiknya . semoga maju jaya dan murah rezeki . bye . kanda pergi membawa diri . sila pujuk kanda secepat mungkin yer . 
 

Monday, July 11, 2011

DAHLAH GEMUK DEBOK , BODOH PULOK TU

Suatu pagi , seorang abang pergi mengambil adiknya di sekolah . abang nya berhati suci tulus telah menjemput adik nya di hadapan kelas . tiba tiba datang seorang budak cakap banyak macam anak lawyer tanya si abang " balik ke ? " sambil tangan tunjuk dekat si adik . si abang menjawab denga senyuman paling ikhlas lelaki melayu terakhir " ye dik , jom lah nak ikut " . budak itu menjawab " gemuk nye . abang ni gemuk debok , ( debok adalah perkataan terengganu untuk menunjukkan gemuk yang amat sangat ) , kalau kena tembak mesti dok mati sebab gemuk " . si abang tak layan , sebab si abang tak tau budak tu tengah cakap , gemuk debok tu sapa ? si abang pun berlalu tanpa melayan kerenah budak yang masih tak faham erti hidup . kalau la budak kecik tu tau si abang tu jadi macam tu sebab gastrik , mungkin budak tu takkan tanya soalan macam tu .

kejadian kedua terjadi di ruangan comment facebook . bila seorang lelaki berhati murni update status di facebook . bercerita pasal tiket wayang . si lelaki ni tengah drive , so tak tau sangat apa kawan kawan dia komen . tapi dia excited bila si kawan nak bagi tiket wayang dekat dia . terus , si lelaki ini ajak tengok dekat KLCC . tengok lah apa yang kawan itu reply di gambar di bawah . sesungguhnya dunia ini sungguh tidak adil . semua orang pandai menghukum . semua orang nak jadi tok hakim tanpa ada asas dan ilmu yang cukup di dada . 


kenapa orang gemuk di layan sebegitu ? kenapa orang gemuk di katakan makan space kalau naikpublic transport ? kenapa mereka di kata kan menghabiskan stok makanan di kfc dan mcd ? tahukah anda , meraka juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan . mereka juga ada nafsu dalam apa jua keadaan . kelebihan mereka adalah mereka mampu makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa . kau boleh ? kenapa mahu concern dia besar ke tidak ? ada ke dia rampas kau punya makanan ? atau kau jeles diorang terpaksa pakai kereta 4wd sebab tak muat nak masuk kereta kereta kecil ? kepada mereka yang tergolong dalam golongan ini , sabar lah . anda tahu siapa diri anda . be positive okay . maaf aku tak boleh nak nasihat banyak sebab aku tak tau apa korang rasa . dan aku juga bukan dari golongan kalian . huahaha . aku taktau apa aku mengarut . sekian terima kasih . 



Friday, June 3, 2011

SETH TAN

tepat jam 7mlm sehingga 8mlm, hari selasa sampai khamis , timeline twitter semua orang akan penuh dengan perkataan seperti Seth Tan , Nora Elena dan time tu jugak Aaron Aziz punye notifications dekat twitter penuh gila gila gila . percaya tak ? harus percaya . macam jadi satu fenomena cerita ni . sebab watak Seth Tan ni konon konon ala ala lelaki paling sweet dunia akhirat dan semua orang nak suami macam dia . kalau gay pun , nak couple macam dia nie . kalau Mak Datin pun , nak anak ikan macam Seth Tan . tapi dalam sedar tak sedar , actually orang gilakan watak Seth Tan or orang gilakan kecomelan Aaron Aziz ? so aku buat survey semalam . hee .


gila semangat aku kan . bukan semangat . cuma aku nak tengok je . dan aku bukan nak kutuk Black Mentor tapi tu kenyataan kan , hee tak berapa nak hensem tapi bakat luar biasa . so aku suruh kawan kawan bayangkan kalau Seth Tan tu dilakonkan oleh Black , sweet tak lagi cerita tu ? ada tak lagi orang nak suami macam Seth Tan ? ada tak lagi orang nak Seth Tan hug dia kuat kuat ? hari tu , time episod Seth mintak nak kiss/hug Nora Elena , tapi Nora Elena taknak , semua orang duk kutuk Nora Elena ni . ahaks lawak . siap ada yang kata lagi " kalau aku Seth mintak cium , aku bagi je mulut aku , taknak lepas pun tak pe . " . amboi gelojoh nye akak . buat yang tak kenal Aaron Aziz , sila rujuk gambar kat bawah . tu bukan gambar aku eh . tu gambar Aaron Aziz , tolong jangan tertukar !



okay dah puas jerit tengok gambar ? okay , so sekarang jawab soalan aku . macam mana ? dekat twitter aku , semua orang jawab " tak nak Black , takleh bayang , tak sweet " . so korang rasa macam mana ? teruk betul . memang lah Aaron Aziz ni ala ala comel kan . tengok Emil Emilda dulu ? so sweet . time tu aku tengok sebab ada Sharifah Amani . comel . yang sekarang Nora Elena tak berapa nak cun ah . hee . 

Saturday, January 1, 2011

30 Hari Mengenali Cinta

okay aku naik kereta pakai batu arang, jadi aku slow sket.. ni cerita dah berzaman kan main dekat Astro.. tapi kiteorg nie takde Astro.. parents aku bersederhana.. so tengok apa yang ada je.. dah ada lebih dari satu tv.. cukup lah kan.. tv1, tv2, tv3, tv9, ntv7.. cukup lah.. ( ayat pasrah tak mampu nak pasang astro ) .. haha.. aku baru dapat cerita ni.. al kisahnya aku pergi jumpa Dila.. kenal dila? ala budak korea tu.. dia ada blog jugak.. tapi malas nak bagi link.. hehe.. nanti korang sayang dia lebih dari aku *muntah-darah* .. so copy punya copy.. jumpa lah cerita nie.. dia ni banyak cerita melayu, almaklumlah duduk di korea mane ada tv melayu so terpaksa lah dia download.. sape yang untung?? aku jugak.. so settle mengopy, aku belek belek cerita yang nak tengok.. asalnya nak copy banyak lagi, tapi kan memory external aku dah low.. memory laptop apetah lagi.. so copy yang mana ada je..


cerita nie kelakar.. aku gelak nak mati.. nak nak part Nabil.. macam bodo je.. hahaha.. then watak Aaron yang kaku tu, memang lah dia kena bawak watak yang straight tegas but bagi aku terlampau tegas dan straight sampai jadi kaku.. overall best.. lawak Erra ni berlakon.. jadi lembab lembab ubi nya orang.. so konon-konon sesuai lah mereka since dua perwatakan yang berbeza, jatuh cinta.. kelakar beb wa cakap lu.. cuma aku tak faham, part Erra merajuk.. kenapa dia merajuk eh?? maksud aku, apa Aaron buat sampai dia merajuk?? sebab Aaron tak prihatin pasal dia?? motif lah nak prihatin dah kata Aaron dengan semua orang macam tu, dan Aaron bukan nak dekat Erra pun at first, Erra je lebih lebih.. so kat situ aku tak faham sket.. hehe.. maybe aku yang lambat mencerap kot..

part yang paling best, part akhir time Aaron confess dalam hujan.. ayat Aaron kan " jangan putus asa dengan aku " OMG... sangat sangat lah sweet.. aku nak cakap dengan sape eh macam tu.. hmmm.. mungkin aku nak cakap dengan lecturer kot.. yelah aku blaja ni slow sket.. dah nak cakap dekat awek, takde.. cakap dengan lecturer je... ke ada yang nak jadi awek maya aku?? boleh2.. bagitau eh.. nanti kita jadi sweet cyber couple ever.. hehehe..


sejak menang Anugerah Skrin, berderet cerita mamat ni main dekat tv.. malam ni je dua station ada cerita dia.. bagus lah.. dia pun pandai berlakon kan.. aku tengok dia ni, macam aku tengok cermin tau.. aku nampak je diri aku dalam diri dia.. *nak muntah boleh.. nak berak sekali pun boleh jugak* ...fuhh malam ni nak mimpi indah lah.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...