NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label besar kepala. Show all posts
Showing posts with label besar kepala. Show all posts

Monday, January 31, 2011

XXL : BUKAN PILIHAN .. KALAU XXXXXXXXXXXXL ? HAISH ...

Menarik tajuk wanita hari ini today . ada tengok ?  XXL : BUKAN PILIHAN . amboi tajuk .. kalau XXL bukan pilihan , XXXXXXXXXXL macam aku ni macam mana .. oh tu untuk perempuan je .. lelaki lain, makin besar body melambangkan besar poket die . harap harap nya macam tu lah kan .. tapi tajuk tu macam menarik , so aku tengok jugak .. ada lah jemput kan dua orang .. sorang pelakon komedi .. sorang lagi penjual baju plus size dekat blog . aku lupa lak nak catit blog dia .. kalau tak , boleh promote jugak ..

Tapi kenapa jadi issue eh benda ni ?? salah ke plus size ? kesian dorang nak beli baju susah ? asal ko rasa susah . dia suruh ko pegi beli ke . atau dia guna duit ko ? atau dia suruh ko jahit baju dia ? tak kan . so apa masalah nya . takde , aku cuma rasa sangat typical if nak tengok tengok orang yang bersaiz istimewa nie . bukan aku emo okay . aku tahu orang tengok aku orang terpegun . sebab ? takyah sebut lah korang tau kan .. nak tau jugak ? takyah lah malu lah .. takpe ke ?? okay lah aku bgtau .. sebab tembam tembam pun comel .. auwww comel kan .. haha .. 

Banyak keistimewaan orang yang size istimewa tau . pertama , kalau pergi tengok wayang , tak perlu nak pakai sweater ke ape . boleh bogel kot dalam wayang . kalau pergi main salji , tak perlu nak pakai coat . pakai baju biasa je . siap boleh guling guling dalam salji relaks je . lagi ? kalau duduk dalam kereta , seat tepi pemandu akan di-reserve untuk anda . selesa kan ? kalau duduk dalam bus , seat yang untuk dua orang boleh duduk sorang sebab orang taknak duduk tepi takut tak muat . kesah kan pasal orang . asal kita duduk selesa . haish . makan dapat special treatment . kalau ada event apa apa , orang akan bagi anda special treatment sebab takut anda tak puas hati makan .

Banyak dah kot aku list down kan kelebihan benda benda ni . orang yang size sebegini juga mudah nak Nampak comel dan cute . tak perlu nak buat buat cute . tengok cara berjalan pun dah rasa comel . belum lagi tengok cara tidur . aku tak kesah orang nak kata aku gemuk pun . asal kan aku bahagia . aku ni takde penyakit lagi . Alhamdulillah lah . tapi yang tak best nya , kalau jalan jauh sket , rasa letih . tapi tak pe . bukan hari hari jalan jauh kan . kalau hari hari jalan jauh , mesti dah kurus . hehe .


 tak ke hensem tu ?

 comel kan ? sampai tak nampak orang 
kat belakang tu .. orang tu 
terlampau kecil .. 
bukan aku makan space ..

Tuesday, December 21, 2010

Shahir ‘besar kepala’? Ibu minta maaf ...

Namanya baru sahaja meningkat naik dan berada di kemuncak populariti yang tercipta semenjak menjadi juara Akademi Fantasia musim kelapan. Namun belum setahun bergelar bintang, pelbagai cerita kurang enak timbul mengenai jejaka dari Kampar, Perak ini. 

Entah di mana puncanya, nama Shahir menjadi sebutan kerana dikatakan mula besar kepala dan membatalkan beberapa temu janji bersama pihak media pada saat-saat akhir. 

Usaha Sinar Harian menghubungi Shahir bagi mendapatkan penjelasannya turut sia-sia apabila telefon bimbit pelakon Kebahagiaan Di Dalam Perpisahan itu ditutup. 

Tanpa penjelasan yang kukuh, Astro Entertainment mengakui turut sukar untuk menghubungi Shahir. Malah Shahir juga tidak hadir ke sesi fotografi Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini. Hanya pengurusnya yang hadir bersama Adira. 

Bagaimanapun, ibu Shahir, Mahanum Osman yang dihubungi Sinar Harian enggan memberi sebarang komen mengenai kisah 'kehilangan' anak bujangnya itu kerana tidak mahu memburukkan keadaan. 

Malah sewaktu ditanya adakah Shahir kini berada di rumah keluarganya di Kampar, Perak, Mahanum turut tidak mahu memberi sebarang komen. 

“Saya tahu awak menelefon kerana mahu bertanya tentang Shahir. Tetapi saya minta maaf kerana tidak dapat memberi sebarang komen sekarang. Saya minta maaf,” kata ibu Shahir ringkas. 

Dua akhbar mingguan kelmarin menyiarkan kes ‘kehilangan’ Shahir serta sikapnya yang mula ‘naik tocang’ kerana diibaratkan menggali lubangnya sendiri kerana sukar dihubungi. - Sinar Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...