NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label shahir af8. Show all posts
Showing posts with label shahir af8. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

BERJUMPA HARTA KARUN


Semalam , operasi pembersihan robok atau almari telah dilakukan . gigih gila kan aku duk kemas dalam robok tu . dah macam sarang tikus dah . normal lah . orang laki kan . hee kalau kemas sangat , orang kata jambu pulok . so kategori aku ni , yang tak berapa kemas , orang kata macho . dalam aku duk bz kemas kemas kan , tiba tiba .......


satu botol telah ditemui . botol berisi ketulan ketulan putih . lain macam je . tiba tiba aku rasa seram sejuk . adakah benda ni yang menghantui aku selama ni . adakah benda ni yang duk kacau aku tidur selama ni ? benda ni ke yang kacau keluarga aku sampai hari ni ? namun ................


tekaan ku meleset . ianya adalah Bedak Sejuk Flower berharga rm2 di beli di pasaraya you hoe . siap ada tag harga tu . ahaks . macam mana ntah benda ni ada dalam almari aku . so apa lagi , bila mood sawan baby dah datang . aku pun segera berlari lari .. kenapa aku berlari ? tunguuuuuuuuuu .. tengok next picture ..


aku berlari lari mencari satu piring kecil . lepas tu aku letakkan beberapa ketulan putih dan sedikit air . aku penyet penyet kan ketulan tersebut jadi ayam penyet .


setelah itu , ku tenyeh tenyeh ayam penyet tu dekat muka aku . dengan lemah lembut . dengan suci dan ikhlas . time tu feeling ala ala Fasha Sandha duk cucuk botox . ahaks . gurau je eh . tukar tukar . rasa macam Ifa raziah je time tu . siap bergelek aku depan cermin . amek feeling . lepas siap pakai , aku terkejut . muka aku berubah sekelip mata . aku cubit cubit pipi aku kot kot aku salah tengok . namun , betul . aku dah berubah . aku dah jadi ..


ROZITA CHE WAN .. mane kau shahir .. meh nak gomo meh .. datang dekat dekat yeh shahir .. huahahah .. mengarut je aku pagi pagi .. ni proses nak keringkan ayam penyet tu .. so lepas tu aku tertidur terus .. bukan main main , aku buat facial lagi .. nasib baik takde timun , kalau ada , aku dah letak dekat mata aku .. hehe .. cerita tak habis lagi ni . KLIK SINI  untuk baca sambungan dia ..

Saturday, June 11, 2011

REVIEW KARAK

Actually , dah dua minggu cerita ni tayang , dan dah ramai dah blog buat review cerita ni . tapi aku rasa aku nak buat gak . heee . “ takde modal la tu nak buat entri “ .. eh takde eh .. bukan takde modal , Cuma manusia aka nada different view kan .. so ni view aku .. daripada 10 bintang , aku beri 4.5 je .. ahaks .. kalau dari 5 bintang , aku bagi 3 .. berbanding cerita khurafat , aku rasa khurafat far way better .. starting cerita menarik , tetapi bila start accident , jatuh gaung , jumpa tok malam .. cerita start jadi bosan .. hantu hantu bagi aku syok sendiri .. tak bagi kita berdebar debar pun .. Cuma boleh la kot bagi pelakon pelakon tu berdebar .. 

The only hantu yang bagi aku cuak sikit , masa part starting , lepas driver lori jerit “ belakang , belakang “ .. sebab time tu hant penuh skrin .. dan aku duduk di barisan A dalam wayang .. confirm hantu depan mata aku .. tu je lah .. yang lain hmmmm sorry to say .. part yang polis selamatkan perempuan tu pun macam kurang sikit .. “ jangan pandang belakang , jangan pandang belakang .. “ huahahaha .. cerita Karak ni sesuai jugak jadi cerita lawak .. sebab skrip dia lawak .. menjadi lah lawak tu .. aku rasa hantu paling kelakar dan annoying ialah hantu perempuan yang nak suruh hantar balik dekat toilet tu .. “ encik, boleh tolong saya “ . ahaks .. lawak gila .. nada dia cakap macam mintak pelempang .. satu Hall gelak semalam ..

Kilafairy , OMG .. sangat gedik okay .. walaupun 30 jam pertama , dia duk make up je dalam kereta .. eh hello dalam gelap pun kau make up .. please la .. nak jadi gedik tak semestinya kena make up 24hours .. speaking cukup .. skrip aku paling ingat “ whatever .. im hungy .. burger “ .. so cute .. ahaks .. seksi gak minah ni .. first film pun dah start seksi .. haish .. cantik ? takde lah sangat .. bibir je lawa sikit .. macam kena cucuk je .. boleh tak tok malam halau hantu “ pergi , pergi , pergi “ .. tu je cara tok malam halau hantu .. boleh tak ?? geram aku .. emosi  kejap .. dia pandai okay ajar sheera ayoub tu suruh baca ayat kursi bagai .. dia tak baca pun .. blurrrrr …

Part last tu aku tak suka .. tak logik .. dah lah tak solat .. baca ayat kursi pun tak berapa nak betul , nak lancar .. sekali boleh ingat tafsiran ayat Kursi perfect , sebijik macam dalam tafsir Al Quran .. boleh tak ? logik tak ? aku rasa macam tak logik langsung .. serious .. lepas tu , bab akhir , dah menang lawan hantu .. sheera ayoub duk cakap dengan shahir .. orang ramai kat situ tengok pelik dekat sheera .. rupa rupanya shahir dah mati .. so orang tengok pelik dekat sheera sebab sheera cakap sorang sorang , sheera je Nampak roh shahir .. but before habis tu , pebaca berita duk lapor berita kata 3 mayat dah jumpa , satu je mayat tak jumpa iaitu mayat Sheera .. so pelik tak  kat sini ? sangat pelik .. kalau sheera mati , kenapa orang ramai boleh Nampak sheera cakap sorang sorang ? blurrrr lagi sekali .. okei la .. nanti kena marah dengan KRU lak komen lebih lebih ..

Saturday, December 25, 2010

Akim Ganti SHahir di AJL ? Boleh bawak ke Lagu tu ?


22 DIS 2010: Spekulasi yang sebelum ini mengatakan bahawa juara Akademi Fantasia 8 (AF8) iaitu Shahir mempunyai masalah disiplin apabila menghilangkan diri secara tiba-tiba dalam beberapa acara hiburan sudah pun terjawab.

Rupa-rupanya Shahir kini sedang sakit dan memerlukan rehat secukupnya untuk kembali aktif sebagai penyanyi. Murai batu diberitahu ibu Shahir iaitu Mahanom Osman sendiri telah membuat pengakuan ini.
Namun, daripada gaya ibu Shahir memberitahu hal tersebut, Murai Batu dapat rasakan bahawa sakit yang dialami Shahir itu memang betul-betul teruk dan berkemungkinan besar tidak dapat beraksi pada malam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25).

Bagaimanapun, ini hanyalah firasat Murai Batu dan ia masih belum muktamad lagi kerana pihak pengurusan Shahir iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) masih belum memberitahu apa-apa kata putus tentang hal tersebut.


Pun begitu, dari segi logiknya Shahir mempunyai potensi besar untuk tidak dapat beraksi pada AJL 25 nanti. Sebabnya, sampai sekarang pun Shahir masih terlantar sakit di kampung.

Kemudian, Murai Batu difahamkan dia masih belum lagi menjalani sebarang latihan untuk persembahan malam final itu nanti. Jadi, sekiranya berterusan begini, takkanlah Shahir nak nyanyi pada malam itu nanti tanpa membuat sebarang persiapan.

Mungkinkah akan ada penyanyi yang bakal menggantikan tempat Shahir nanti?

Apapun, menyentuh mengenai penyanyi gantian dalam AJL, ia bukanlah sesuatu perkara yang baru. Jika dilihat pada prestasi AJL, tempat Jamal Abdillah pernah digantikan oleh penyanyi Rohana Jalil dan Azman Abu Hassan.

Murai Batu sendiri telah diberitahu bahawa penyanyi gantian itu mendapat tuah dengan lagu yang dipersembahkan itu memenangi anugerah.

Bercakap tentang pengganti Shahir, Murai Batu terfikir siapakah agaknya yang benar-benar layak menggantikan bekas ahli kumpulan Saujana ini. Yelah, kalau nak dilihat dari kesesuaian vokal untuk lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abd Halim, tidak semua penyanyi yang sedia ada boleh menyanyikan lagu tersebut.
Namun, bila memikirkan semula, Murai Batu merasakan orang yang paling layak menggantikan tempat Shahir adalah Akim. Sungguhpun Murai Batu masih belum pernah dengar Akim menyanyikan lagu Kebahagian Dalam Perpisahan, namun Murai Batu yakin Akim mampu membawa impak yang besar menerusi lagu tersebut pada malam itu nanti.


Lagipun Akim mempunyai suara yang ala-ala husky macam Shahir.

Paling tidak pun, Akim boleh menebus kekecewaan yang lalu apabila lagu ciptaannya iaitu Inilah Cinta tidak berjaya bertanding ke peringkat akhir AJL. Murai Batu mencadangkan nama Akim pun berdasarkan reputasi Akim dalam bidang nyanyian.

Namun, ia hanyalah cadangan saja. Pihak AESB dan Edry saja yang boleh memilih siapa yang benar-benar layak gantikan tempat Shahir.

Kalau mengikut pemerhatian Murai Batu, selain AKim, AESB hanya mempunyai penyanyi pilihan lain seperti Mawi, Aril, Maulana dan Iwan untuk menggantikan tempat Shahir.

Jika nak menampilkan kelainan, AESB boleh tampilkan penyanyi perempuan seperti Ain, Anum dan Ema saja. Tapi, kalau AESB pilih Adira, Hafiz dan Stacy, bukankah mereka sendiri ada membawakan sebuah lagu masing-masing pada malam AJL

Yang penting, kalau susah-susah sangat, Edry sajalah yang menyanyikan lagu ini. Mungkin ia boleh mencetuskan kemenangan memandangkan lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh Edry.

Apa kes pun, kita tunggu sajalah kata putus dari AESB dan Edry. Mungkin mereka ada jawapan pasti tentang isu ini. Apa yang paling penting, Murai Batu sokong siapa saja menyanyikan lagu ini. Jika benar lagu ini kuat dari segi pelbagai aspek, penyanyi hanyalah bonus untuk lagu ini menang AJL25 tersebut?


Tuesday, December 21, 2010

Shahir ‘besar kepala’? Ibu minta maaf ...

Namanya baru sahaja meningkat naik dan berada di kemuncak populariti yang tercipta semenjak menjadi juara Akademi Fantasia musim kelapan. Namun belum setahun bergelar bintang, pelbagai cerita kurang enak timbul mengenai jejaka dari Kampar, Perak ini. 

Entah di mana puncanya, nama Shahir menjadi sebutan kerana dikatakan mula besar kepala dan membatalkan beberapa temu janji bersama pihak media pada saat-saat akhir. 

Usaha Sinar Harian menghubungi Shahir bagi mendapatkan penjelasannya turut sia-sia apabila telefon bimbit pelakon Kebahagiaan Di Dalam Perpisahan itu ditutup. 

Tanpa penjelasan yang kukuh, Astro Entertainment mengakui turut sukar untuk menghubungi Shahir. Malah Shahir juga tidak hadir ke sesi fotografi Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini. Hanya pengurusnya yang hadir bersama Adira. 

Bagaimanapun, ibu Shahir, Mahanum Osman yang dihubungi Sinar Harian enggan memberi sebarang komen mengenai kisah 'kehilangan' anak bujangnya itu kerana tidak mahu memburukkan keadaan. 

Malah sewaktu ditanya adakah Shahir kini berada di rumah keluarganya di Kampar, Perak, Mahanum turut tidak mahu memberi sebarang komen. 

“Saya tahu awak menelefon kerana mahu bertanya tentang Shahir. Tetapi saya minta maaf kerana tidak dapat memberi sebarang komen sekarang. Saya minta maaf,” kata ibu Shahir ringkas. 

Dua akhbar mingguan kelmarin menyiarkan kes ‘kehilangan’ Shahir serta sikapnya yang mula ‘naik tocang’ kerana diibaratkan menggali lubangnya sendiri kerana sukar dihubungi. - Sinar Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...