NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label AJL25. Show all posts
Showing posts with label AJL25. Show all posts

Monday, January 10, 2011

AJL25 = ANUGERAH BAKAT BARU ??

Amacam puas hati dengan result semalam ? Hehe .. Mula mula kan time nak umum tu , bila Ally cakap penulis lirik , komposer dan penyanyi same , aku ingat Yuna .. since aku bet if Yuna menang aku tanak pergi kelas pagi nie .. rupa rupanya Ana Rafali yang menang .. hehe .. tahniah ye cik Ana .. =D .. lepas umum je pemenang AJL25, facebook & twitter busy sepanjang malam .. tu diaa penangan AR nie .. semua orang duk cakap pasal dia .. bukan aku cakap eh .. aku quote kan antara antara tweets & status facebook yang macam best ..

1- sorry to say , tapi result AJL25 macam sampah 
2- nie Anugerah Juara Lagu ke Anugerah Bakat Baru
3- jom pakat pakat upload video dekat youtube
4- WTH .. how can this woman win 
5- ni AJL25 final or rehearsal .. rehearsal kot ..
6- AJL25 dah hilang prestige 
7- kadang kadang dalam kita nak cari bakat baru , kita terlepas pandang kebenaran 
8- how can this woman beat FT ? 
9- OMG .. most of the audiences keluar dewan .. siap ada yang campak2 kerusi lagi
10- AJL25 kelakar .. kalah raja lawak 

nie antara antara yang aku baca dan ingat .. kelakar kan .. aku seronok baca tweets & status FB yang beremosi ini .. sampai pukul 4pagi kot ada lagi orang tweet .. Hmmm .. aku pun terkejut .. since sangat tak sangka .. yang di sangka sangka , yang di predict kan tak nampak bayang pun .. orang duk sibuk duk canang Selamat Malam , Hanyut , Cinta Sempurna , Pelita & Kebahagian Dalam Perpisahan boleh menang .. tapi yang menang , taktau keluar dari mana .. hehe .. aku tak kesah .. Ana dapat duit , nama naik , dapat trofi .. Kau Ada ? abaikan lah result tahun neh .. tiba tiba #tolongingatkanaku jadi the best quote ever last nite.. tibe tibe.. graf naik secara mendadak .. tinggi wooo ..

tapi overall AJL25 ni cam tak cun .. tak tau asal .. aku tengok kat tv .. tahun lepas punya lagi nampak grand .. sem nie nampak santai sangat .. even time announce pemenang tak mendebarkan langsung .. hehe .. opening yang biasa .. okay lah .. tapi tak cukup kuat nak challenge yang tahun sebelumnya Datuk Ct & Lan .. then first performance , Yuna .. She was awesome .. Arrangement musik pun segar bugar kan .. Suara dia aiyooo meremang seyh bulu roma .. Mantap mantap .. tomok ? hmm macam momok dah .. hehe .. tibe tibe nak jadi ala ala korea punye performance style .. ada tari menari .. ahaks .. Pelita ? hmmm tak best jugak bagi aku..

Shahir tu macam kelakar.. hehe lagu Edry Abd Halim kali ni semua di slowkan .. macam nak tonjolkan vokal lah kan .. hehe.. tapi shahir punya tak boom .. but tiba tiba keluar nasha aziz .. haha ada scene tampar menampar lagi .. ouchhh .. semua nak guna prop persembahan artis jugak .. ana rafali .. hehe .. tapi time selamat malam , lawa kan , gempak pun ade gak .. aku ingat dia dah menang .. start faizal tahir , persembahan jadi makin cun .. dengan hafiz .. fuhhh time kena tembak tu .. sangatlah real .. tapi ada bunyi " Mic Mic Mic " .. spoil sket kat situ ..Ana rafali semalam tak main gitar kan .. main kejap je .. then duduk dalam sangkar .. drama melankolik pulak kat situ .. Hanyut pun boleh tahan .. walaupun nyanyian biasa .. Stacy kali ni nampak nice & cool .. kurang sket menari dan arrangement pun okay .. tak byk tukar macam tahun lepas .. vokal nice .. 

yang penting , Ziana Zain .. sweet dude .. lawa .. ahaks .. perasan time Ziana Zain nyanyi tibe tibe satu dewan jerit padahal time tu Ziana Zain tak nyanyi note tinggi pun .. rupa rupanya klon Ziana Zain turut sama menyanyi kat bawah pentas tu .. lawak seyh.. memang fanatik tu .. apa apa pun , aku rasa tak perlu lah nak komen result semalam kan .. biar kan je .. tahun lepas orang pertikai Aizat .. siap kata lagi guna cable lah .. menang sebab ada gambar Allayarham Yasmin Ahmad lah.. orang tv3 jadi judge pun jadi issue .. kali ni judge takde pun orang tv3 .. so result semalam cun lah tu kot .. =D ..

p/s : aku tertarik ada seorang blogger yang tweet .. dia kata dia ada cakap dengan 3 orang jury AJL25 lepas je habis AJL semalam .. then dia cucuk cucuk jury , hehe bocor rahsia .. ouchh dan tekaan dia tepat pasal result semalam .. taktau lah apa tekaan dia kan .. macam ada something wrong je tu .. tunggu kot2 later ada review dia buat eh .. hehe ..


Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu 25



amboi kecoh sangat sekarang neh .. belum lagi start AJL dah ramai jadi judge ni .. duk buat verdict yang si A menang , si B kalah . amboi ..kalah komposer dik nun .. ( gedik tak nyah bunyik nya .. jgn bimbang .. aku straight orait ) .. ade yang siap duk beli buah buah lagi nak buat makan malam ni time AJL .. tidbits lah .. air gas bagai .. amboi .. bersemangat . takpe .. tu bagus . tanda kita sokong industri kita .. aku ni pun same gak .. tercongok dah depan tv neh ..

actually , lena my friend texted me yesterday telling me that we got the ticket for AJL at bukit jalil .. i was like , "seriously ?? omaigaf " .. tapi aku tak pergi .. rugi tak ?? memang rugi .. tapi aku macam letih gila . penat seharian weh .. aku tak biasa drive jauh .. walaupun Melaka tak jauh sangat .. tapi menjadi traveller last minit amat lah memenatkan .. tak caye ?? korang try buat .. esok pagi start engine kereta .. gerak je kereta .. then decide nak pergi mane .. then pegi terus .. tanpa bawak baju .. tanpa bawak map .. dengan tak knal jalan nye .. good luck and have fun .. hehe ..

tak sabar nak tengok malam neh .. siapade yg buat contest okay bersempena AJL ni dekat blog .. hehe .. aku bab bab dunia hiburan ni minat sangat .. sekarang ni aku nampak gaya aku ni lebih sebagai seorang wartawan dari seorang lawyer .. hahaha .. tu taktau nak kata pe .. tapi kali ni nampak macam best je.. promo dia macam gempak .. then selingan punya performance anda datuk ct and sharifah aini .. yang penting .. ada my beloved sister .. ziana zain . aa nama aku actually Amer Zain .. haha..

korang mesti semua sokong FT kan ? FT tu apa ? amboi...taktau ke ?? kalau tak tau , sila pindah indonesia sekarang .. takde takde aku gurau je .. faizal tahir laaa.. apa apa pun aku sokong Yuna .. hehe .. korang kutuk lah apa pun, tak kesah .. yang penting aku minat .. kau ada ?? tapi kalau boleh nak ziana zain menang .. hehe .. 





p/s : lembu kat atas ni cakap dia nak main laser time FT nyanyi .. biar FT takleh nyanyi .. siap nak buat belly dance lagi.. hehe



Saturday, December 25, 2010

Akim Ganti SHahir di AJL ? Boleh bawak ke Lagu tu ?


22 DIS 2010: Spekulasi yang sebelum ini mengatakan bahawa juara Akademi Fantasia 8 (AF8) iaitu Shahir mempunyai masalah disiplin apabila menghilangkan diri secara tiba-tiba dalam beberapa acara hiburan sudah pun terjawab.

Rupa-rupanya Shahir kini sedang sakit dan memerlukan rehat secukupnya untuk kembali aktif sebagai penyanyi. Murai batu diberitahu ibu Shahir iaitu Mahanom Osman sendiri telah membuat pengakuan ini.
Namun, daripada gaya ibu Shahir memberitahu hal tersebut, Murai Batu dapat rasakan bahawa sakit yang dialami Shahir itu memang betul-betul teruk dan berkemungkinan besar tidak dapat beraksi pada malam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25).

Bagaimanapun, ini hanyalah firasat Murai Batu dan ia masih belum muktamad lagi kerana pihak pengurusan Shahir iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) masih belum memberitahu apa-apa kata putus tentang hal tersebut.


Pun begitu, dari segi logiknya Shahir mempunyai potensi besar untuk tidak dapat beraksi pada AJL 25 nanti. Sebabnya, sampai sekarang pun Shahir masih terlantar sakit di kampung.

Kemudian, Murai Batu difahamkan dia masih belum lagi menjalani sebarang latihan untuk persembahan malam final itu nanti. Jadi, sekiranya berterusan begini, takkanlah Shahir nak nyanyi pada malam itu nanti tanpa membuat sebarang persiapan.

Mungkinkah akan ada penyanyi yang bakal menggantikan tempat Shahir nanti?

Apapun, menyentuh mengenai penyanyi gantian dalam AJL, ia bukanlah sesuatu perkara yang baru. Jika dilihat pada prestasi AJL, tempat Jamal Abdillah pernah digantikan oleh penyanyi Rohana Jalil dan Azman Abu Hassan.

Murai Batu sendiri telah diberitahu bahawa penyanyi gantian itu mendapat tuah dengan lagu yang dipersembahkan itu memenangi anugerah.

Bercakap tentang pengganti Shahir, Murai Batu terfikir siapakah agaknya yang benar-benar layak menggantikan bekas ahli kumpulan Saujana ini. Yelah, kalau nak dilihat dari kesesuaian vokal untuk lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abd Halim, tidak semua penyanyi yang sedia ada boleh menyanyikan lagu tersebut.
Namun, bila memikirkan semula, Murai Batu merasakan orang yang paling layak menggantikan tempat Shahir adalah Akim. Sungguhpun Murai Batu masih belum pernah dengar Akim menyanyikan lagu Kebahagian Dalam Perpisahan, namun Murai Batu yakin Akim mampu membawa impak yang besar menerusi lagu tersebut pada malam itu nanti.


Lagipun Akim mempunyai suara yang ala-ala husky macam Shahir.

Paling tidak pun, Akim boleh menebus kekecewaan yang lalu apabila lagu ciptaannya iaitu Inilah Cinta tidak berjaya bertanding ke peringkat akhir AJL. Murai Batu mencadangkan nama Akim pun berdasarkan reputasi Akim dalam bidang nyanyian.

Namun, ia hanyalah cadangan saja. Pihak AESB dan Edry saja yang boleh memilih siapa yang benar-benar layak gantikan tempat Shahir.

Kalau mengikut pemerhatian Murai Batu, selain AKim, AESB hanya mempunyai penyanyi pilihan lain seperti Mawi, Aril, Maulana dan Iwan untuk menggantikan tempat Shahir.

Jika nak menampilkan kelainan, AESB boleh tampilkan penyanyi perempuan seperti Ain, Anum dan Ema saja. Tapi, kalau AESB pilih Adira, Hafiz dan Stacy, bukankah mereka sendiri ada membawakan sebuah lagu masing-masing pada malam AJL

Yang penting, kalau susah-susah sangat, Edry sajalah yang menyanyikan lagu ini. Mungkin ia boleh mencetuskan kemenangan memandangkan lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh Edry.

Apa kes pun, kita tunggu sajalah kata putus dari AESB dan Edry. Mungkin mereka ada jawapan pasti tentang isu ini. Apa yang paling penting, Murai Batu sokong siapa saja menyanyikan lagu ini. Jika benar lagu ini kuat dari segi pelbagai aspek, penyanyi hanyalah bonus untuk lagu ini menang AJL25 tersebut?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...