NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label ziana zain. Show all posts
Showing posts with label ziana zain. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

PUTUS TERPAKSA - Khairul Fahmi vs Jimmy




Akhirnya .. Selesai lah segala kekusutan kan .. Front page Harian Metro hari tu .. layang layang sudah terputus tali nya .. nak buat macam mana .. dah takde jodoh lah tu .. tu gambar konon konon skandal apek kan .. apek cakap memang diorang rapat tapi bukan awek okay .. baru belasan tahun .. satu kampung lagi .. apek cakap kan banyak gambar gambar pompuan yang dikaitkan dengan dia dekat internet , sampai ada yang dia tak kenal .. ahaaa itu lagi kelakar .. ada gak eh orang nak publisiti murahan .. kalau aku tau , aku letak gambar aku pakai tudung , claim diri aku awek ape , Kekaki Runcing .. hehe .. tapi itu laa .. tak tau nak kata betul ke tidak .. kalau takde angin , takkan pokok bergoyang .. tengok cam Memey dengan Norman Hakim tu .. duk deny deny .. last sekali betul diorang bercinta ..


Al Kisah Jimmy ini . dah letih dah dengar drama diorang ni . entah bila nak habis . Jimmy kata cam ni , Suhaila kata cam ni . then buat debat pulak dah . senang senang , buat je press conference bersama . baru settle kan . buat membazir je space dalam paper duk tegak kan benang yang basah . tapi yang best hari ni punya surat khabar lah . Isteri Jimy buat kenyataan bertulis mengatakan Jimmy Shanley tidak siuman . pulak dah . kalau tak siuman , takkan lah awak boleh beranak Suhaila oi . dengar nya before hari kahwin pun , Suhaila kena tampar , eh tapi nak kahwin jugak . dia kata lagi sebab dia lari dari honeymoon , sebab Jimmy sepak terajang dia . sebab tu dia lari . aku rasa pelik sebab macam Suhaila ni tak kenal je Jimmy , dah kata bercinta dulu kan before kahwin . bukannya kenal hari ni , esok kahwin . 

p/s : apa apa pun , pagi tadi aku tweet APEK PUTUS TUNANG , hp aku dibanjiri soalan " Serious ? biar btol ? " daripada perempuan perempuan . omo , minat betul dekat Apek . aku nak buat plastic surgery lah . nak kasi nampak chinese sikit muka aku ni . tapi mata aku dah sepet dah . kira dah chinese kan ? haha .. aku sediakan sekali lirik lagu Putus Terpaksa dari Ziana Zain .. sesuai sangat ..

Seringkali kau menepis tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku

Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku...

Demi masa hadapan kita
Aku merayu
Kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu
Masih ada...

Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita

Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti





Saturday, July 23, 2011

IBU MEMANG COMEL

Selamat Pagi .. semua orang kata ibu dia comel kan .. tapi ibu aku memang comel pun .. tak cayer ?? kalau tak cayer , meh sini .. duduk rumah aku seminggu , baru tahu dia comel ke tak .. tapi dalam dalam comel dia , kadang kadang menyakitkan hati jugak .. oh by the way , nama dia Norlela Mahmood .. dia suruh panggil dia Rozita Che Wan .. aku pun tak tau kenapa .. bila aku tanya kenapa , dia akan jawab " Ko Hado ? " .. aku tak tau jugak mana dia belajar istilah tu .. Azwan Ali lah ni .. haha .. habis rosak mak aku .. di bawah aku sertakan bukti kecomelan dan kegedikan ibu aku okay .. 


1 ) aku merenget dekat dia . mengadu . jeles kawan kawan pergi India . punya lah aku mengadu . dalam kesedihan ini . siap peluk kaki dia seraya berkata " oh tuhan , apa dosaku . kenapa nasib ku sebegini rupa " . dia boleh selamba jawab " ibu pun jeles amer ambil law " . okay now , apa kaitan aku sedih dengan perasaan jeles dia dengan aku ? since aku dah tak boleh nak jawab apa , aku diam . aku naik atas rumah . dia saja malas layan aku sebenarnya tu jawab cenggitu . tak ikhlas betul .

2 ) aku bagitau dia aku nak beli iphone4 sem depan . nak kumpul kumpul duit . dia buat muka eksaited lalu berkata " beli dua lah . ibu satu . lepas tu nanti iphone 5 keluar beli dua lagi . makan takyah takpe . asal ada iphone " . amboi menyindir betul . aku sebut jer . terus kena smash . takpe takpe , nanti aku beli betul dekat dia sebijik . mesti dia diam kelu seribu bahasa . haha .

3 ) semalam ada ceramah pas tepi rumah . dia suruh aku pergi pakai baju kuning . aku cakap nanti kena tangkap . dia kata tak kena tangkap punya , amer kan dah macam patung digi . mesti orang ingat ada promotion digi prepaid . ek eleh , padahal mak aku ni pun lebih kurang patung digi gak . arghh emosi aku .

4 ) tengah tengah drive ni , dia ada kat tepi , jadi co driver . aku nampak je ada motor kat depan . but still jauh dan motor tu nampak aku nak lalu . dia dah perlahankan motor pun . mak aku boleh jerit dengan sekuat hati sampai high pitch tu kalah Ziana Zain " Amerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr motorrrrrrrrrrrrrr " . aku pulak terkejut . haish bahaya betul . yang tak eksiden boleh jadi eksiden macam ni . gara gara terkejut . adoiya .

5 ) tak tau mana dia belajar , asyik asyik sebut Ko Hado . sampai aku rasa annoying gila . yerlaa orang tua sebut buruk benor bunyi nya . 

p/s : banyak lagi tapi kalau aku nak tulis semua kan , baik aku buat novel terus . tak gitu ? Happy Sunday People ..


Sunday, July 17, 2011

ZIANA ZAIN TOLONG JAGA MULUT


Ini Ziana Zain . Hari ni dalam suratkhabar , dengan selamba badak buat headline Ziana Jaga Mulut . amboi selamba btol . dia tak tau ke kembar Ziana Zain ada kat Dungun ni . hehe takde takde gurau jer . namun , Datuk sedih okay . sensitif betul Datuk bila orang kutuk Ziana Zain nie . korang tau ker cerita pasal Ziana Zain nie ? alahai asal slow sangat nie . mesti ta baca paper nie . ni haa ader orang tak puas hati dengan Ziana Zain ni . orang tersebut adalah lelaki . dua orang . tak hensem pun . sila scroll down ke bawah . okay .



kalau nak tau apa yang Ziana Zain buat , sila klik gambar Ziana kat atas tu okay . kalau nak tau kenapa dua orang lelaki biasa di atas tak puas hati dengan Ziana Zain sila klik gambar mereka . takyah klik pun takpe . heee . takyah tau lah . oh by the way , kakak kembar Ziana Zain lain bapak lain mak , nak cerai dah uolss . ke dah cerai ? macam tu lah . JLo ni gediks btul .. nak cerai cerai lak .. apa apa pun , jLo , tunggu aku yaa .. akan ku datang mencari mu di sana , sambil menari nari dengan iringan lagu Get on the Floor .. aku sapu minyak sekali dekat badan ni .. baru nampak mengiurkan .. ahaks .. 

 

Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu 25



amboi kecoh sangat sekarang neh .. belum lagi start AJL dah ramai jadi judge ni .. duk buat verdict yang si A menang , si B kalah . amboi ..kalah komposer dik nun .. ( gedik tak nyah bunyik nya .. jgn bimbang .. aku straight orait ) .. ade yang siap duk beli buah buah lagi nak buat makan malam ni time AJL .. tidbits lah .. air gas bagai .. amboi .. bersemangat . takpe .. tu bagus . tanda kita sokong industri kita .. aku ni pun same gak .. tercongok dah depan tv neh ..

actually , lena my friend texted me yesterday telling me that we got the ticket for AJL at bukit jalil .. i was like , "seriously ?? omaigaf " .. tapi aku tak pergi .. rugi tak ?? memang rugi .. tapi aku macam letih gila . penat seharian weh .. aku tak biasa drive jauh .. walaupun Melaka tak jauh sangat .. tapi menjadi traveller last minit amat lah memenatkan .. tak caye ?? korang try buat .. esok pagi start engine kereta .. gerak je kereta .. then decide nak pergi mane .. then pegi terus .. tanpa bawak baju .. tanpa bawak map .. dengan tak knal jalan nye .. good luck and have fun .. hehe ..

tak sabar nak tengok malam neh .. siapade yg buat contest okay bersempena AJL ni dekat blog .. hehe .. aku bab bab dunia hiburan ni minat sangat .. sekarang ni aku nampak gaya aku ni lebih sebagai seorang wartawan dari seorang lawyer .. hahaha .. tu taktau nak kata pe .. tapi kali ni nampak macam best je.. promo dia macam gempak .. then selingan punya performance anda datuk ct and sharifah aini .. yang penting .. ada my beloved sister .. ziana zain . aa nama aku actually Amer Zain .. haha..

korang mesti semua sokong FT kan ? FT tu apa ? amboi...taktau ke ?? kalau tak tau , sila pindah indonesia sekarang .. takde takde aku gurau je .. faizal tahir laaa.. apa apa pun aku sokong Yuna .. hehe .. korang kutuk lah apa pun, tak kesah .. yang penting aku minat .. kau ada ?? tapi kalau boleh nak ziana zain menang .. hehe .. 





p/s : lembu kat atas ni cakap dia nak main laser time FT nyanyi .. biar FT takleh nyanyi .. siap nak buat belly dance lagi.. hehe



Friday, December 24, 2010

Anugerah Skrin Seperti Biasa ~ Bosan tahap Gaban

Aku pasti korang setuju kan. Btol tak? Btol tak? same je tiap tiap tahun. akan jadi bosan dalam apa jua keadaan. mungkin sebab awards tu tak menyengat. so kita pun naik jemu kan. then, cara penyampai hadiah same je. scripted. kan kan? dari dulu sampai sekarang itulah. Jom kita try kritik sket2 yeah. pemenang pun okay lah kan. deserve lah tu. aku list kan sekali nanti yang aku rasa best. yang tak best, hmmm diam sudah lah kan.


Pelakon Filem Terbaik 
- Bront Parale
- Sharifah Amani

Pelakon Pembantu Filem Terbaik
- Aaron Aziz
- Fadilah Mansor

Filem Terbaik 
- Mualaf

Pelakon Drama Terbaik
- Fauzi Marzuki
- Nor khiriah

Pelakon Pembantu Drama Terbaik
- Isma Yusof
- Fazura

Drama Terbaik
- Antara garisan

Drama Rantaian Terbaik
- Nur Kasih

cukup lah kan. yang lain macam tak menarik kan untuk korang tahu. Pengacara okay okay je. kadang kadang kelakar, kadang kadang lawak tak menjadi , but was nice. macam Afdlin dengan Fafau jugak sem lepas. Persembahan macam biasa boring. cuma yang best aku rasa intro lah. Adibah Noor, Jac dengan Noryn Aziz. Ziana Zain & Anuar Zain tak menyengat. Lagu baru sangat. Tak Mesra pendengar lagi. then lagu tu dah dipotong. so sangatlah pendek, dah tak sempat rasa paper. At least biar dorang duet satu lagu, thats even more better. aku rasa lah kan. Penyampai Awards biasa jugak boring. yang best aku rasa Erra, Eja dengan Aziz Satar je, kelakar skett kan. Persembahan hampeh bagi aku of course lah Kurnia yang ntah pape. Noh Hujan & MizzNina. menyanyi ke ape tu atas pentas. aku rasa dorang dipilih sebab dorang hot kejap tunang hari tu. ape2 lah kata lebih peminat dia marah. hehe. Penutup Faizal Tahir gimik paling best. gimik je lah. persembahan dia aku tak suka. hehe. sebab selalu je nak lebih dari orang. hahaha. 

p/s : perasan tak yang menang belakang tabir. lupa untuk apa. tapi yang pakai baju pendek warna putih tu. hehe. muka bias je. baju mengalahkan artis. Fuhh.

Pemenang Anugerah Skrin 2010

dah kuar result lah weh. buat pe tunggu lagi tu depan tv. hehe. takde2. ni verdict dari Mstar Online. so nanti kita tengok betul ke tak. orait. less than 30 mins. tak sabar nak tunggu ziana zain nyanyi. nanti bila time mizznina dengan noh hujan aku nak tutup tv. hehe.
ANUGERAH Skrin 2010 (ASK2010) yang bakal berlangsung pada pukul 9 malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bukan saja menjadi medan pengiktirafan buat para penggiat seni sebelum 2010 melabuhkan tirainya.
Malah, acara berprestij yang memartabatkan dunia penerbitan drama, filem dan program televisyen ini dilihat oleh kebanyakan pemerhati dan karyawan seni sendiri sebagai penebus maruah dan pemulih 'kekusutan' yang ditinggalkan oleh Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Oktober lalu.
ASK2010 yang mementaskan tiga kategori utama iaitu kategori drama, filem dan penerbitan dalaman bakal menyaksikan perebutan 23 kategori utama serta satu Anugerah Khas Juri.
Kategori keramat dalam sejarah penganjuran ASK iaitu drama televisyen memperlihatkan saingan sengit beberapa judul iaitu Taubat Nasuha, Sebelum Akhirat, Antara Garisan, Dalil Cinta, Kaki, Perempuan dan Lillahi Ta’ala.
Jika pada tahun lalu, pengarah Erma Fatima menerusi drama Tersasar Di Jalanmumenang bergaya dalam kategori Pengarah Terbaik Drama dan Lakon TV Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Rosnah Mat Aris), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Norish Ismail) serta Videografi Terbaik.
Persaingan bagi edisi kesepuluh ini dilihat lebih terbuka. Namun, persaingan sengit mungkin dapat dilihat di antara drama Taubat Nasuha, Sebelum Akhirat, Antara Garisandan Lillahi Ta’ala.
Pilihan mStar OnlineAntara Garisan
Enam pengarah yang dijangka merebut gelaran Pengarah Terbaik Drama adalah Azman Yahya @ Jinggo (Taubat Nasuha), Murali Abdullah (Sebelum Akhirat), Shahrul Ezad(Antara Garisan), Mohd Fahmi Sarindi (Perempuan), Khairul Anuar Othman (Kaki) dan Heykal Hanifah (Dalil Cinta).
Pilihan mStar Online: Shahrul Ezad
Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama juga tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat), Zamarul Hisham (Lillahi Taala), Rosyam Nor (Kaki) dan Fahrin Ahmad (Dalil Cinta) menjanjikan persaingan sengit pada malam ini.
Pilihan mStar Online: Fauzi Nawawi
Terus menghangatkan teka-teki ASK2010, beberapa aktres yang mendominasi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama seperti Sheila Rusly (Taubat Nasuha), Lisdawati (Sebelum Akhirat), Dira Zahar (Perempuan), Nor Khiriah (Antara Garisan) dan Sharifah Amani (Dalil Cinta) memperlihatkan persaingan yang terbuka.
Pilihan mStar Online: Nor Khiriah
Bagi kategori filem, ASK2010 persaingan sengit mungkin dilihata pada filem Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Muallaf yang terpinggir di FFM23 dan Papadom (arahan Afdlin Shauki).
Pilihan mStar OnlineMuallaf
Persaingan untuk merebut gelaran Pengarah Terbaik Filem juga memperlihatkan nama-nama besar industri filem termasuk Yasmin Ahmad (Muallaf), Khabir Bhatia (Setem), Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2), Afdlin Shauki (Papadom) dan Bernard Chauly (Pisau Cukur).
Sekiranya pada penganjuran Festival Filem Asia Pasifik ke-54 (FFAP54) yang berlangsung di Taiwan awal Disember lalu, kreativiti Yasmin diperakui oleh barisan juri sebagai Pengarah Terbaik, adalah tidak mustahil pengarah berkaliber itu bakal menjulang anugerah yang sama di ASK2010.
Merumitkan lagi pilihan, nama-nama seperti Syamsul Yusof yang diangkat sebagai Pengarah Terbaik di FFM23, Afdlin Shauki yang memenangi Pengarah Terbaik FFM22 dan Khabir Bhatia juga menjanjikan persaingan untuk kategori ini lebih terbuka.
Pilihan mStar Online: Yasmin Ahmad
Beralih kepada kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem, persaingan sengit untuk kategori ini dapat dilihat pada Farid Kamil (Legenda Budak Setan), Bront Palarae (Belukar) dan Afdlin Shauki (Papadom).
Jika berdasarkan rekod FFM, Afdlin dan Bront masing-masing pernah diangkat menerusi filem-filem tersebut. Afdlin menggalas Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM22 sementara Bront melakar kemenangan sulungnya pada FFM23. Namun, aktor dan pengarah muda Farid Kamil tidak boleh dilupakan.
Pilihan mStar Online: Farid Kamil
Persaingan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem pula dijangka memperlihatkan persaingan sengit dua aktres genit Sharifah Amani (Muallaf) dan Liyana Jasmay(Papadom).
Pilihan mStar Online: Sharifah Amani
Filem dan drama manakah yang bakal diiktiraf sebagai yang terbaik? Siapakah pelakon filem dan drama yang bakal merangkul anugerah pelakon terbaik? Siapakah pula bakal mengikut jejak Erma Fatima dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik?
Semuanya bakal terjawab dalam ASK2010, pukul 9 malam ini di Dewan Merdeka, PWTC dan disiarkan secara langsung di TV3.

Monday, December 20, 2010

Ziana Zain Cayunk . Jangan Main Jauh Jauh Ye . Meh Dekat Dekat .




kate lah ape pun. ni tetap penyanyio pojaan. nanti Anugerah Skrin, dia perform. dengan kata duet dengan Anuar Zain. aiyoo nervous. =D. tapi tu lah sejarah membuktikan Anugerah Skrin tiap-tiap tahun bosan. heh. tgk je lah. sape memang nanti. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...