NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label Khairul Fahmi. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

PUTUS TERPAKSA - Khairul Fahmi vs Jimmy




Akhirnya .. Selesai lah segala kekusutan kan .. Front page Harian Metro hari tu .. layang layang sudah terputus tali nya .. nak buat macam mana .. dah takde jodoh lah tu .. tu gambar konon konon skandal apek kan .. apek cakap memang diorang rapat tapi bukan awek okay .. baru belasan tahun .. satu kampung lagi .. apek cakap kan banyak gambar gambar pompuan yang dikaitkan dengan dia dekat internet , sampai ada yang dia tak kenal .. ahaaa itu lagi kelakar .. ada gak eh orang nak publisiti murahan .. kalau aku tau , aku letak gambar aku pakai tudung , claim diri aku awek ape , Kekaki Runcing .. hehe .. tapi itu laa .. tak tau nak kata betul ke tidak .. kalau takde angin , takkan pokok bergoyang .. tengok cam Memey dengan Norman Hakim tu .. duk deny deny .. last sekali betul diorang bercinta ..


Al Kisah Jimmy ini . dah letih dah dengar drama diorang ni . entah bila nak habis . Jimmy kata cam ni , Suhaila kata cam ni . then buat debat pulak dah . senang senang , buat je press conference bersama . baru settle kan . buat membazir je space dalam paper duk tegak kan benang yang basah . tapi yang best hari ni punya surat khabar lah . Isteri Jimy buat kenyataan bertulis mengatakan Jimmy Shanley tidak siuman . pulak dah . kalau tak siuman , takkan lah awak boleh beranak Suhaila oi . dengar nya before hari kahwin pun , Suhaila kena tampar , eh tapi nak kahwin jugak . dia kata lagi sebab dia lari dari honeymoon , sebab Jimmy sepak terajang dia . sebab tu dia lari . aku rasa pelik sebab macam Suhaila ni tak kenal je Jimmy , dah kata bercinta dulu kan before kahwin . bukannya kenal hari ni , esok kahwin . 

p/s : apa apa pun , pagi tadi aku tweet APEK PUTUS TUNANG , hp aku dibanjiri soalan " Serious ? biar btol ? " daripada perempuan perempuan . omo , minat betul dekat Apek . aku nak buat plastic surgery lah . nak kasi nampak chinese sikit muka aku ni . tapi mata aku dah sepet dah . kira dah chinese kan ? haha .. aku sediakan sekali lirik lagu Putus Terpaksa dari Ziana Zain .. sesuai sangat ..

Seringkali kau menepis tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku

Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku...

Demi masa hadapan kita
Aku merayu
Kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu
Masih ada...

Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita

Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti





Friday, December 31, 2010

Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia

Fuhh .. berita page depan utusan hari nie .. betul betul mencetuskan fenomena nie .. dalam tempoh sejam je, dia yang tak popular dulu, jadi popular secara mendadak weii terus masuk ranking nombor 5 potong Support Timnas, twitter yang sokong bola sepak Indonesia .. nama dia juga paling popular dibincangkan di Indon .. Tabik spring . bukan twitter je actually, facebook pun same ..yang penting blog awek dia, followers dah jadi 4000 dalam masa dua hari je.. untung badan awek dia.. awek dia pun bukan calang calang.. model rasanya.. ada photoshoot bagai kan.. korang dah usha blog awek dia?? aku dah.. tapi kejap je.. since broadband buat hal.. slow.. marah btol.. 

agak agak nanti kuar tak kain pasang Khairul Fahmi ? tudung Khairul Fahmi ? Minyak wangi Khairul Fahmi ? yerlah. dulu time mawi dulu cetus fenomena, kuar gak kain tudung nama dia, perfume nama dia, air mineral pun nama dia. cun la weyh. kenapa ek die boleh naik meletup kebabooom ? mengikut surat khabar ni, dia berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.. Fuyoo..

aku tengok bloggers pun ramai utarakan tajuk Khairul Fahmi dalam blog mereka... naik terus traffik diorang.. bagus Khairul Fahmi ni, banyak tolong orang.. kalau korang rajin, korang boleh view kisah cinta dia dekat blog awek dia..tapi itulah bila ada orang suka kan, ada jugak yang benci.. aku da tengok group dekat fb yang benci awek Khairul Fahmi ni, macam macam diorang kata, awek tumpang nama lah, ape lah.. hmm.. takpelah.. awek dia bukan nak populariti pun.. cume terkena tempias je kan..

awek awek bloggers kata, lelaki yang main bola nampak 10 kali ganda lagi handsome dari keadaan biasa. btol ke? takleh jadi ni. aku kena main bola. orait lepas ni kalau aku main bola, aku amek gambar, aku upload. hehe. mane tau nampak 100 kali lagi handsome dari kadar biasa. ahaks. *boleh offer pelempang dekat aku tak* berangan pulak..

p/s : Ben Ashaari dah buat twitter.. nie mesti nak lawan KhairulFahmi ni.. hehe.. jangan marah bro eh.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...