NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, January 31, 2011

Pemenang Contest Iphone4 atau BB Torch ... Tahniah ...

lepas dah belek belek semua penyertaan .. aku dah jumpa pemenang .. tapi sebelum tu , meh aku cerita macam mana aku boleh dapatkan pemenang .. dahlah penyertaan ada lebih kurang 150 macam tu .. haa senang je .. aku buat list down .. aku tak letak nama pun .. aku letak tanda lah sket .. contoh nya ad fd gf .. takde maksud pun benda tu .. saja nak bagi tanda .. then aku tulis atas kertas .. aku gumpal .. yang aku cabut tu akan jadi pemenang .. telus kan cara aku pilih pemenang .. oleh itu .. pemenang nya .. jatuh kepada ...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAHNIAH SYED UCAPKAN ..




nota kaki untuk nadhirah : awak , nanti email kan saya nama penuh , alamat surat menyurat dah nombor telefon awak yeah .. dan bagitau jugak pilihan perfuma yang berkenan di hati .. ni alamat email saya .. pattaya_icetea@yahoo.com .. Alhamdulillah settle jugak contest ni .. kepada semua , terima kasih kerana sudi join .. nanti join lah lagi kalau ada contest baru .. =D 
 

Kisah Sebenar di Egypt


Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

kredit>sherah

Apa Kisahnya Pelajar Malaysia @Mesir

Selamat malam, teman anda disini, menyanyi dengan riang …. Tidur anda lena sungguh riang membesar bila bersama pampers .. haish , comel kan lagu ni .. takleh nak delete dari kotak fikiran .. ada satu lagi lagu yang selalu sangat bermain main dalam minda .. nak nak kalau time ada masalah .. lagu dia berbunyi begini .. actually aku nak buat video dan nyanyi lagu ni tapi kan aku takut korang lempar telur depan rumah aku nanti .. tak pun korang edit gambar aku , dan conteng puas puas .. so aku taknak amek risiko tu ..

“ Telefon , telefon berbunyi .. telefon kami datang .. ada haiwan dalam bahaya .. ada haiwan dalam bahaya di sana “ .. 

Dah .. macam mana ? vocal okey eh ? sekarang ni gempar kejap issue dekat mesir tu .. korang tau tak ? aku tak berapa pasti apa punca dia . tapi yang aku tau sekarang memang kucar kacir . lebih 1000 banduan ada dekat jalanan . duk merompak , rogol tepi jalan , bunuh , pukul pelajar Malaysia di sana . sampaikan pelajar Malaysia semua hidup dalam ketakutan . haish . dengar kata lebih teruk lagi dari morocco .. aku kat sini pun rasa takut .. tu lah sekarang ni diorang suruh kita hebahkan supaya kerajaan Malaysia take note pasal ni dan tahu perkembangan sebenar dekat sana ..

Walaupun kan ada yang dah diselamatkan , dibawak balik ke Malaysia , tapi still ada sakit baki pelajar  dekat sana .. dengar kata internet connection diorang dah diputuskan .. airport kena bakar .. sumber bekalan  makanan terputus .. adoi .. kesian rakyat kita kat sini .. jadi aku nak take part juga menghebohkan pasal ni .. walaupun aku yakin takde lah PM nak baca blog aku ni tapi aku yakin bila ramai buat entri pasal ni , akan sampai juga berita ni ke atas .. mana tau anak menteri baca blog kita ni , bagitau ayah dia ..

Apa apa pun sama sama kita doakan kesejahteraan mereka di sana .. ramai pihak duk cuba selamatkan pelajar mereka dekat mesir tu sekarang .. insya Allah semuanya selamat .. 

p/s : kalau lah wujud wonderpets , batman , superman tu semua .. hmmm ..

XXL : BUKAN PILIHAN .. KALAU XXXXXXXXXXXXL ? HAISH ...

Menarik tajuk wanita hari ini today . ada tengok ?  XXL : BUKAN PILIHAN . amboi tajuk .. kalau XXL bukan pilihan , XXXXXXXXXXL macam aku ni macam mana .. oh tu untuk perempuan je .. lelaki lain, makin besar body melambangkan besar poket die . harap harap nya macam tu lah kan .. tapi tajuk tu macam menarik , so aku tengok jugak .. ada lah jemput kan dua orang .. sorang pelakon komedi .. sorang lagi penjual baju plus size dekat blog . aku lupa lak nak catit blog dia .. kalau tak , boleh promote jugak ..

Tapi kenapa jadi issue eh benda ni ?? salah ke plus size ? kesian dorang nak beli baju susah ? asal ko rasa susah . dia suruh ko pegi beli ke . atau dia guna duit ko ? atau dia suruh ko jahit baju dia ? tak kan . so apa masalah nya . takde , aku cuma rasa sangat typical if nak tengok tengok orang yang bersaiz istimewa nie . bukan aku emo okay . aku tahu orang tengok aku orang terpegun . sebab ? takyah sebut lah korang tau kan .. nak tau jugak ? takyah lah malu lah .. takpe ke ?? okay lah aku bgtau .. sebab tembam tembam pun comel .. auwww comel kan .. haha .. 

Banyak keistimewaan orang yang size istimewa tau . pertama , kalau pergi tengok wayang , tak perlu nak pakai sweater ke ape . boleh bogel kot dalam wayang . kalau pergi main salji , tak perlu nak pakai coat . pakai baju biasa je . siap boleh guling guling dalam salji relaks je . lagi ? kalau duduk dalam kereta , seat tepi pemandu akan di-reserve untuk anda . selesa kan ? kalau duduk dalam bus , seat yang untuk dua orang boleh duduk sorang sebab orang taknak duduk tepi takut tak muat . kesah kan pasal orang . asal kita duduk selesa . haish . makan dapat special treatment . kalau ada event apa apa , orang akan bagi anda special treatment sebab takut anda tak puas hati makan .

Banyak dah kot aku list down kan kelebihan benda benda ni . orang yang size sebegini juga mudah nak Nampak comel dan cute . tak perlu nak buat buat cute . tengok cara berjalan pun dah rasa comel . belum lagi tengok cara tidur . aku tak kesah orang nak kata aku gemuk pun . asal kan aku bahagia . aku ni takde penyakit lagi . Alhamdulillah lah . tapi yang tak best nya , kalau jalan jauh sket , rasa letih . tapi tak pe . bukan hari hari jalan jauh kan . kalau hari hari jalan jauh , mesti dah kurus . hehe .


 tak ke hensem tu ?

 comel kan ? sampai tak nampak orang 
kat belakang tu .. orang tu 
terlampau kecil .. 
bukan aku makan space ..

Aku, Broadband & Operator Celcom

Salam .. Rise & Shine .. aku baru bangun .. berdenyut denyut kepala ni .. tak tau .. ni mesti kes tidur lambat ni .. aku tidur lepas subuh .. dalam pukul7 .. kenapa tidur lewat ?? laa , study lah .. siap kan notes semua .. poyo je lebih aku ni .. aku tengok korea lah .. lepas tu gelak sorang sorang .. haish .. hari tu kan aku ada bagitau aku dah bayar bil broadband kan .. by the way bil aku dia renew setiap 3 haribulan .. contoh nya untuk bil februari 3 feb baru dia renew .. sedangkan aku punya limit 5g untuk bulan pertama dah lama habis .. tu yang slow broadband aku .. aku ingat 5g ni banyak .. sikit je rupanya ..

Sebab tak tahan lambat sangat .. 28 feb hari tu aku purchase 1g lagi , yang bernilai rm12. Sekarang offer tau . sepatutnya rm15 .. guna punya guna .. semalam aku rasa broadband aku slow gile .. walaupun tengah malam .. ni tak boleh jadi .. aku nak lawat rumah orang pun makan masa .. nak tunggu loading shoutbox pun susah .. kalau blog banyak widget tu , memang aku takleh masuk langsung .. aku call celcom tadi.. baru je kejap .. dalam masa lima minit yang lepas .. 

Aku mintak check limit broadband aku .. dia kata “ encik , encik dah lebih limit ni.. encik dah guna 1.8g .. tu yang slow tu “ .. aku pun pantas membalas “ celcom ni kedekut lah .. takde ke nak bagi offer raya cina “ .. seraya dia berkata “ encik , yang harga belian untuk tambah usage tu dah murah .. tu lah offer raya cina “ .. sambil garu kepala, aku tanya confident “ susah la broadband slow .. saya nak tambah 10g boleh? “ .. “ hmm maaf cik , 10g takde .. paling banyak 5g je .. “ .. aku terus macam bengang sket “ apa ni takde pulak .. kata no 1 di Malaysia .. 5g lah kalau macam tu “ .. “ okay cik , 5g rm38.88 .. saya sahkan pembelian cik ye “ .. aku terus potong “ opsss jap jap .. saya nak 1g je . tadi saya tengah marah “ .. “ cik ni mana satu ni cik .. 1g ke 5g “ .. operator tu macam dah bengang dengan aku .. “ 1g je .. buat apa banyak banyak bukan saya nak download movie pun “ .. “ encik ni lain kali betul betul cakap .. kalau saya dah klik purchase tadi , kang tak pasal pasal cik kena bayar lebih “ ..

Ahaks. Nasib baik .. kalau dia klik purchase , mati aku nak bayar lebih .. baik kan operator celcom ni ..lemah lembut je .. Nampak gaya memang aku takleh jadi operator .. nanti orang silap sikit , terus kena makin hamun .. huhuhu ..  

Dah Lama Tak Dengar Azan Subuh

I am still awake . Belum tidur . Aku baru bangun dari tidur kan pukul 12 tadi . so automatik tak mengantuk . main main golek golek atas katil dah pukul 3 . takkan nak tidur kan . alang alang dah pukul 3 tunggu je lah subuh tu . dah lama tak berupaya nak bangun subuh . serious . aku dah try untuk bangun . sebelum tidur tu dah set awal awal nak bangun subuh . tapi mesti terlajak punya . kalau dekat rumah sewa tu , kadang kadang terjaga jugak . dekat dekat pukul 7 baru nak sedar . kalau kat rumah , memang selalu terlajak . walaupun mak aku letak speaker dekat telinga aku ni . dan bila aku bangun tidur nya , macam biasa mak aku akan bagi ceramah free . siap boleh hafal skrip mak aku . tapi tu lah . masih juga gagal untuk bangun ye . 

aku tak berbangga pun dengan pencapaian aku ni . mesti ada yang cakap belakang kata solat subuh pun nak bising, macam dia sorang buat .well , hell with your thought . aku sekadar berkongsi . peringatan untuk aku jugak . kita ni manusia yang tak lekang dari segala kesilapan . no matter how hard we try to avoid the mistake , they will go after you eventually . disebabkan aku ni jahil , susah nak bangun . aku manfaatkan sepenuhnya time aku bangun ni. aku google pasal solat subuh . kelebihan dan ganjaran dia . aku letak dekat entri ni jugak . sama sama kita baca dan amalkan . insya Allah .

Jika solat Subuh dilakukan selepas terbit matahari atas sebab tidak sengaja seperti tidak terjaga daripada tidur, solat Subuh berkenaan sah dan tidak perlu diqada (ganti). Ini kerana menurut hadis, sekiranya sesiapa tertidur dan terlupa solat hendaklah mengerjakan solat apabila dia terjaga atau teringat semula. Waktunya dikira ketika itu (Sabiq, Fiqh As Sunnah)
 
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

 Sumber : Berita Harian ( 25 MEI 2007 )


Tips Pilih Isteri , Jangan Tengok Ibu , Tapi Tengok Betis Auwww

Salam Hi . Selamat Malam semua nya . Aku baru bangun tido . letih penat segalanya ada . petang tadi pergi masuk ladang . petik buah . pegi banting padi lagi . haish . sejak bila lah Dungun ni ada sawah padi . aku tatau kenapa . tapi memang letih sikit hari ni . lepas magrib terus Zzzzz . terus tak sedarkan diri . sampai lah mak aku kejut . dia ingat aku pengsan neh . sebab tak bangun bangun . kelakar lah mak aku ni . sayang aku la tu . takleh tengok aku diam . risau katanya .

sekarang mood orang kahwin . aku pun terasa bahangnya . ececece macam aku lak nak kahwin .. takde lah .. jiran aku nak kahwin kan .. so aku pun tumpang gembira .. haa sebelum aku sambung .. tau tak aku berjaya kidnap kereta abah aku tu .. hahaha .. apa lagi dapat terus kita tekan minyak kuat kuat . dapat lah drift kejap kat dungun ni .. hehe .. tapi aku amek kereta dia tau okay .. mula mula tadi bertukar tukar jugak sebab dia punya signal terbalik compare dengan kereta biasa .. aku nak bagi signal kiri , wiper pulak bergerak.. hehe ..
jadi nak jadikan cerita aku pun post dekat facebook " tips pilih isteri , sila tengok ibu nya dulu " .. aku tak copy eh dari iklan tu yang dafi and amani tu .. aku dapat ilham sendiri .. =P .. then komen datang bertalu talu dari emak emak emak sedare ku .. ish3 kelakar pulak bila baca ..




tiba tiba dari tengok ibu , jadi tengok betis lah pulak kan .. haish .. jadi senang ye .. kalau nak kahwin , cari isteri yang banyak duit syiling kat kaki .. kiteorang biasa sebut skeleng .. haha .. so duit hantaran boleh murah sikit .. ala betis je pun .. bukan nampak pun betis tu nanti dalam gelap .. muka ok , body mantap cukup lah .. jangan lebih lebih .. manusia tak perfect ok .. nanti lepas kahwin , kita suruh lah isteri pakai sarung kaki hari hari .. 

zaman dulu dulu , kalau pergi meminang , si perempuan aka calon isteri tu akan buat air kan .. hantar air sambil senyum.. pakai baju comel comel .. sopan ayu .. bukan ayu raudhah .. bukan juga ayu sleeping ..  jangan nak gedik gedik .. zaman sekarang takde dah macam tu eh .. si perempuan datang pakai seluar pendek , then letak betis atas meja .. si ibu ni akan kaji guna kanta pembesar lagi .. kalau yang kecik kecik , boleh zoom terus senang .. haha..

cuba korang pandang - pandang jeling jelin gambar kat bawah .. letih aku zoom.. tak jumpa pun kurap ke apa .. adoii mesti mahal ni hantaran .. kena simpan duit banyak lagi neh .. adoiiii ...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...