Tahu tak perjalanan dari Setiu ke Dungun boleh memakan masa selama lebih kurang 5 jam jika anda , seorang ayah tidak percayakan anak untuk bawak kereta dan anda boleh tidur atau jika anda sebagai driver tidak percayakan co-driver anda . adakah anda rasa anak anda mahupun co-driver percayakan anda , wahai ayah atau driver . hahaha . lebam . meh aku nak habaq sikit , kalo depa ada anak , jangan takut , bagi je depa drive kereta tu . at least hang boleh tidoq . anak hang tak buat onar eh kalau pak dia ada dalam kereta tu . heee . ni pengalaman aku . abah aku ni memang paranoid plus fobia plus apa apa lah . dia takut kalau orang lain bawak kereta . baik mak aku , atau aku . kalau mak aku lagi dia tak percaya . sebab perempuan .
dengan aku dia percaya sikit . tapi kalau dia larat memang tak bagi gak aku bawa . aku pernah drive dia sekali , dari kelantan ke jerteh . komen dia , aku bawak laju dan dia tak lena tidur . amboi senang hati ke . padahal berdengkur jugak . haish macam macam . hari ni benda sama berlaku . pukul1.30am , berhenti dekat stesyen minyak . sampai pukul4am , baru bergerak balik ke dungun . perjalanan yang sepatutnya 1jam lebih , jadi 5jam . aku bazirkan masa dekat stesen minyak tu dari pukul 1.30am sampai pukul4am sedangkan abah aku lena tidur macam tidur atas katil vonoZiana je . dia tak kasi aku bawak . rela sampai lambat kat dungun .
nasib baik ada kawan yang tidur lambat . boleh jugak aku call dan borak sampai sejam dan kredit tinggal 6sen . thank you kawanku . sesungguhnya kamu sungguh berjasa . duk lepak lepak , fikir macam mana nak kejut bapak aku dari tidur lena nya , aku nampak surau . terus pergi surau , jama' isyak dan magrib jap . siap berdoa lagi ni supaya abah aku bangun secara automatiknya . aku memang lemah sikit bab bab kejut orang tidur ni . aku takde kekuatan . kalau boleh , aku nak bagi orang yang tidur tu , tidur je sampai bila bila pun . memang tak sampai hati nak kejut . okay ni entri khas untuk father's day okay . kepada abah , tolong lah ye . percayakan aku untuk bawak kereta tu . cepat sikit sampai rumah . haha .
oh lupa nak cerita , mana aku pergi kan . sila KLIK GAMBAR DI bawah untuk baca cerita aku dengan lebih lanjut . ala cerita aku memang hot pun . kalah cerita shahir dengan rozita che wan . ni cerita KOLEKSI MAK JEMAH AF nie .
2 comments:
hik3. susah la kalo mcm tuuu :)
kita serupa ;)
Post a Comment