NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, March 31, 2011

Pekerja Kedai Top Up Tu Kurang Ajar !

selamat petang . ni entri bengang . sakit hati . kalau ada segmen Bengang , dekat radio tu kan , dan aku masuk , confirm aku dapat BENGANGGGG . al kisah , kejap kejap . aku bengang betul betul ni . bukan aku buat drama melayu kat sini . aku beli top up semalam . rm5 celcom . walaupun rm5 , alahai duit jugak kot . tapi yang aku nak stress kat sini , hubungan dengan pelanggan . cara komunikasi . so aku mintak card , dia kata takde . dia suruh aku tulis number . then aku tulis number, bukan nak masuk terus . sibuk duk main main internet macam first time jumpa internet . boleh ? 

lepas aku bayar , aku blah . berbulu mata aku nak tengok . dah lah muka tak cantik . nak gedik lebih . nak je aku sepak dekat situ . perempuan okay . then aku tunggu punya tunggu . top up tak masuk . haish . aku bagi can lagi . maybe sibuk duk online tu . eh alih alih sampai hari ni tak masuk masuk jugak . ni memang mendatangkan kemarahan . so tadi , around sejam yang lepas , aku pergi bagitau dia top up tak masuk . dia buat muka pelik , muka tak puas hati , dia suruh aku cek dalam buku list dia . aku cek cek takde number aku . aku cakap kat dia , takde ni number aku . macam mana ? dia kata , kalau takde , takde lah . bodoh punya olang . bukan nya ko nak carik . nak buat perangai haram pulak .
so aku malas nak layan orang bodoh ni . kalau kita layan orang bodoh, kita pun bodoh sekali . so aku cakap je la . okay aku top up lain lah senang . aku bagi number . hari ni dia masukkan terus . boleh pulak kan ? and dia not even say sorry ke ape . dah lah taknak ganti . gila punya olang . aku haramkan duit aku baru tau . walaupun rm5 , tapi duit tu jugak buat bayar gaji ko kat situ . aku nak pesan sikit lah . kalau kerja , buat cara kerja . ni lah bila orang melayu buat kerja . bukan aku nak kutuk bangsa sendiri . tapi ini kenyataan . most orang melayu kerja macam taknak kerja . tak sedar bangsa kita ni ketinggalan . berlagak bukan main . cuba korang tengok pekerja pekerja cina ke india ke . dia layan customers dia macam layan kekasih hati . sebab tu lah aku prefer pergi kedai runcit cina dari kedai runcit melayu . arghhh marah nya .


hilang tension kejap tengok gambar ni
baru amik pagi tadi sebelum pegi kelas
sebab rasa macam dah lama tak 
guna kamera aku tu .. heeeee .. 



Apa Kaitan Siti Nurhaliza dengan Jackie Chan ?

malam semua .. dah tidur ka ?? aku belum lagi .. on the way lah ni .. tapi update dulu sebab esok kuliah pukul8 hingga pukul4 .. malam banyak kerja nak settle .. takut tak ter update .. hee .. orait straight to the point .. apa kah kaitan mereka berdua ?? nak kata adik beradik .. memang tak ah kan .. sorang cina seorang melayu .. nak kata couple .. memang tak lah jugak kan .. sebab semua dah kahwin .. nak kata ipar .. takde kaitan jugak .. hmmm .. agak agak lah apa kaitan nya ?? aku pun taktau .. apa yang aku tau , diorang sekarang tengah famous sekejap .. sebab nya .. sebab nya .. dekat twitter dibanjiri nama nama mereka .. sebab nya .. sebab nya .. okey annoying sangat aku rasa .. 


datuk ct dikatakan mengandung .. ye ke ?? so maknanya aku bakal dapat adik lah ?? okay jawapan dia tidak sama sekali .. tidak tidak dan tidak .. datuk ct kata tak , dia tak pregnant lagi .. apa yang ada dalam perut dia tu , lemak je .. haish betul ke datuk .. aku ada jugak tengok gambar yang nampak perut Ct macam mengandung tu dekat BeautifulNara .. nampak macam sangat sangat pregnant .. tapi entahlah .. tuan punya badan kata tak . so tak lah kan .. buat apa nak sorok .. kalau betul dah berisi kan .. 


kedua , lelaki di atas . yang hidung besaq sikit ni .. dia dikatakan telah meninggal dunia .. what ?? what the fish ?? apekah ?? hahaha kelakar siot .. dekat twitter duk bergolek golek orang duk tweet .. rupanya hidup lagi .. belum arwah .. adoi main main betul lah .. mati mati pun nak buat main .. sengal .. soalan terakhir , apa persamaan aku dengan datuk ct ?? satu je .. suara sama sama sedap .. bab buluh perindu .. apa pulak persamaan aku dengan jackie chan ?? hmm yang ni aku taktau .. haha serious .. naik lebam kepala aku nak fikir .. 


Wednesday, March 30, 2011

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !

salam sejahtera ..
ni terasa tangan gatal nak join
segmen Ben Ashaari ..
walaupun wifi lambat macam
siput babi tak makan 10 hari ..
takpe lah .. sanggup ni tekan
refresh berpuluh puluh kali ..



Apa yang perlu aku buat ???
  1. Pastikan blog korang ringan !
    - tersangat ringan .. takde background pun .. plain white je kaler ..
  2. Tiada widget widget yang memberatkan loading !
    - widget biasa sangat .. facebook , twitter , geng blogger 
  3. Warna template yang tidak membutakan anak mata
    - warna putih je .. nampak suci je .. heee 
  4. Lagu ? Sendiri mau pk
    - takde lagu .. tapi ingat nak letak sound effect sikit .. bunyi katak ke . 
  5. Dan apa apa saja yang korang rasa tidak menyusahkan rakan blogger untuk singgah seperti font ,color  dan sebagainya .
    - no problem ... 




Orang Tranung Cakak Gane Hah ?


Selamat petang .. sibok gile lening sapa dok dang nok updek blog .. faham tak ? tu lah gaya nya kalau aku menulis blog ni dalam terengganu punya style .. untuk translate kan benda tu .. dia akan jadi macam ni .. Sibuk gila sekarang sampai tak sempat nak update blog .. orait mana lebih cun bunyi nya ?? bahasa standard ke bahasa terengganu ?? heee bagi aku mana mana pun okay .. cuma kalau bahasa terengganu , ramai orang akan rasa macam kasar sikit lah kot .. cuba klik play dekat video dekat atas tu .. cuba try tengok macam mana orang pure terengganu cakap berbanding dengan bukan orang terengganu yang cuba untuk cakap terengganu .. sangat lain .. dan nampak tak natural kan .. bila zizan cakap bunyi best je .. 

orang orang luar ni kalau nampak je orang terengganu mesti terus jerit " makang kepok lekor ikang dok ? " .. haaa tengok ?? actually kan bukan semua orang terengganu cakap macam tu .. terengganu ni banyak daerah .. macam aku ni .. ekhem ekhem .. duduk dungun .. bandar sikit tu .. so takde lah pekat sangat terengganu tu .. kalau dekat kemaman , diorang cakap luar dah .. ala ala orang kuantan cakap sikit .. kalau besut tu , terus cakap macam kelantan .. sangat kelakar .. so boleh kata terengganu ni sangat unik .. ada tiga style cakap .. ada seorang ustaz , dia famous .. ustaz azhar idrus .. memang kelakar .. sebab dia guna bahasa terengganu pekat gila .. korang try google .. hee ..

apa yang zizan sebut tu , lubang dalam terengganu adalah Hole .. tu salah eh .. takde nya sebut Hole .. lubang kita sebut lubang jugak .. kalau korang perasaan , dia ada sebut Lebong .. haaa lebong tu maksudnya tipu .. contoh ayat , " Mung lebong aku dok mareng ? " .. kalau bahasa standard akan jadi " ko tipu aku semalam kan ? " haa nampak tak ? lain kan .. kalau orang pekat terengganu cakap, orang luar jarang boleh faham .. kalau kuala berang lagi kelakar .. dia sebut jagung kan , Jagounggg .. lebih G tu sebab dia bunyi dengung lebih sikit ..

ni antara vocab aku nak kongsi .. 

Bolok means Serabai .. 
Natang means Binatang .. 
Dokrok means Tak Larat .. 
Dokrok cetong means tak larat langsung ..
Dok paka means tak berguna ..
dok paka gawa means tak berguna langsung ..
beghat nanang means berat gila gila ..
sekoya means sengal sengal ubi ..
kakah means macam kata ganti diri lah .. 

contoh pengunaan :

~ wei sekoya, bolok kakah ning .. natang sunggoh .. mu lebong aku dok .. dok rok mung .. aku mitok tolong sikit dokleh .. dok paka gawa sunggoh ..

bahasa standard :

wei sengal , ko memang serabai ah .. binatang sungguh .. ko tipu aku kan .. tak larat lah macam ni wei .. aku mintak tolong sikit pun tak boleh .. tak berguna langsung ..

orait .. selamat belajar .. hahaha .. 



Tuesday, March 29, 2011

SIndrom Kemurungan Facebook

NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook.
Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.
Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.
"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.
"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.
Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi
sumber : kosmo

Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman

Entri Khas Untuk Batman
Ini Bukan Sebarang Batman
Ini Adalah Darkbatman
Orang Malaysia Pulak Tu
Bukan Setakat Terror Selamatkan Orang
Terror Berblogging Jugak ..



aku dah lama cari walet
walet aku rabak dah wei
duit pun selalu hilang
sebab duit keluar kot lubang lubang
duit yang keluar duit not rm50 ke atas je
duit syiling taknak keluar pulak
sebab tu aku jadi papa kedana sekarang
taknak cerita panjang lah ..
aku TAG :
 

Monday, March 28, 2011

PEPERANGAN DENGAN RAKSASA SIA SIA

KELAS CANCEL .. so tak perlu present .. letih berperang siap kan semalam .. letih tension satu hari .. letih nervous satu hari .. tetapi madam call kelas cancel .. rasa kecewa sebab beban tak lepas lagi .. rasa lega sebab ada masa lagi nak prepare apa yang patut .. kelas pukul4 .. oleh itu , jom berdansa

PEPERANGAN DENGAN RAKSASA SUDAH SELESAI .

Setelah bertarung dengan raksasa bertanduk satu , horay kemenangan berpihak kepada Ultraman Taro . fuhh letih beb . aku malam ni memang bertarung dengan hidup dan mati . aku dan Shauki kena present insurance esok . dah benda yang tak faham langsung . so macam mana nak present . perbincangan ni dah 4 hari bermula . tapi still takde jawapan . so sekarang dah pukul 3 pagi , takde kemampuan nak fikir lagi . terus buat conclusion. So esok kalau kena maki ke kena hamun ke kena sembur ke, redho je lah . 

Sekarang masuk leven seterusnya, berperang dengan diri sendiri . mata tak boleh nak lelap. Time buat kerja tafi , sampa berair mata mengantuk . hai alih alih sekarang mata cerah semacam pakai Permata Hijrah je . gile betul . oh aku nak ucakpkah sejuta THANK YOU  kepada Pert . sebab time aku duk bercelaru , tension , otak cramp , dia pah penghibur yang setia . dia sangat sweet okay . AS A FRIEND . Apa kata korang pergi lawat dia untuk aku ? kira macam ucapan terima kasih lah dekat dia . boleh ?

Moral of the story , jangan buat kerja last minit . jangan tak dengar apa madam ajar dalam lecture . jangan bercakap dalam kelas . yang penting jangan CAKAP JE . nak berubah tu , berubah betul betul . aku ada satu lagi benda nak kena submit jumaat ni . harap sempat lah settle before jumaat . Fighting okay. Good nite .

Saturday, March 26, 2011

MERANGSANG BERAHI WANITA

petang tadi , sedang sedang tunggu mamak bintang sidewalk siapkan chicken chop kami , yes kami . aku dengan Pert . boleh klik dekat nama tu , boleh mintak banner free . kalau rasa banner tak cantik , nak lebih cantik , boleh mintak dengan dia . for free eh . tapi kalau rasa bersalah , nak bayar pun boleh . rezeki orang tak tolak punya . so sedang sedang tunggu tu , lama lah jugak tunggu padahal takde orang pun . datang lah seorang lelaki datang letak kertas sehelai atas meja . tapi dia tak bagi dekat aku pun . dia bagi dekat Pert je . lawak memang lawak . sebab pamplet tu duk promosi produk kan . yang penting dia punya headline dia , INGIN MEMIKAT WANITA ? Ini Produk nya . confirm confirm abang tu nampak Pert macam takde aweks kan . yelah dah kata tak hensem . confirm orang nampak macam dia takde awek . tapi HAKIKATnya MEMANG BETUL LAH DIA TIADA ......... ( sambung sendiri ) 

yang kelakar kan , pamplet ni siap bagi tau kesan kesan amik produk ni . antara nya , as follows .. macam aku nak promote produk ni lah pulak kan ..

1) lebih banyak mata memandang dan senyum ke arah anda tanpa PAKSAAN
2) anda akan dilihat lebih menarik dari segi SEKSUAL
3) lebih mudah buat temujanji dan hubungan SEKSUAL
4) lebih pesona ketika berasmara
5) memperbaiki hubungan yang sedang bergolak
6) wanita akan lebih mesra, lembut dan rasa ingin berbual dengan anda
7) wanita akan cuba MENGGODA tanpa anda sedari

malas dah nak tulis . rasa macam tak logik . kalau macam ni lah gaya nya , aku memang nak pakai . sebab lecturers aku ramai perempuan . confirm dapat 4.0 sem ni . tapi itulah . mengarut je bagi aku . sekarang ni benda benda yang macam ni open gile kan . mane mane ade . tengok dekat tv tu . iklan amboi tak ingat dunia . macam dalam dunia ni orang yang tengok tv orang orang besar je . sedikit sebanyak benda ni effect budak budak kecik yang tengah tengok tv tu . nak nak iklan time kartun . time tu confirm budak budak tengah tengok tv kan . kenapa diorang tak letak iklan lain time cerita kartun tu . lebih proper kot . tak bijak pemasaran betul . yang kelakar dalam iklan tv , siap ada yang berbunyi .. " Ingin miliki payudara yang lebih anjal dan bla bla bla " .. yes benda ni bukan issue .. tapi dari segi moral nya .. dalam sedar tak sedar .. benda ni mempengaruhi fikiran kita .. tak gitu ?? adoiyaaa ..


rasa macam nak beli ah .
nak ngorat Miera Liyana nie .
kadang kadang cun jugak aku tengok .

YODA STAR WARS benar benar WUJUD .. HE'S SO CUTE ..


hai . happy saturday people . kenal tak dengan gambar kat atas ? hensem tak ? cute tak ? comel tak ? yes , memang semua ya kan . kalau buat soalan aneka pilihan , confirm jawapan dia D . semua yang di atas . haish . aku nak reveal satu history ni . macam tajuk aku kat atas tu . yoda ni betul betul wujud laaa . kalau yoda tau aku bocorkan rahsia dia , mesti dia pukul aku dengan pedang hijau tu . ye aku pernah jumpa dia . baru jumpa pagi tadi. kat mana ? ala takyah tahu lah . rahsia ni . takpe takpe . nanti before aku habiskan entri ni , aku cerita . okay . 


okay tak gambar ni ?
nampak macam hero yang gagah 
sangat gagah kan kan ?
adoiya lawak betul .
tenung lama lama . 
jangan sampai yoda tu
kenyit mata dah . kalau tak , habis ..
sekarang scroll down slow slow ..

MEMPERKENALKAN ..
THE REAL YODA ..



YES .. 
AKU JUMPA DIA ..
DALAM SURATKHABAR JE LAH ..
NAK JUMPA REAL TAK DAPAT LAH ..
JAUH NI .. DEKAT FILIPINA ..
NAMANYA MAUMAG ..
DI FILIPINA .. AKU RASA ORANG YABG 
BUAT CERITA STAR WARS NI ADA
BELA MAUMAG NI SEKOR KOT
SEBAB TU SEBIJIK SEJIBAN DENGAN 
WATAK YODA TU .. HEHEHE .. 
TAPI SAMA GILA GILA KAN ??

Friday, March 25, 2011

KALAU TAK TAHU DIAM BOLEH ?


ni short entri . just nak cakap kalau tak tahu , boleh diam ? jangan nak tunjuk lagak boleh ? tak perlu nak tunjuk bijak . salah cara tu beb . tak tahu , buat bising pulak . dahlah tak tahu satu hal . buat bising pulak satu hal . salah pulak info diberi satu hal . dan orang tahu info yang kau bagi salah tu pun satu hal . macam macam hal lah . senang cerita , KALAU TAK TAHU , DIAM SUDAH . buat cool je . tak perlu nak UP kan diri dengan cara macam tu . sekali dua orang boleh tahan , lama lama orang naik menyampah . naik hantu . segala bagai naik . oleh itu , sebelum orang naik menyampah tu , BERUBAH !! 

bukan nak beremosi lah kan . cuma rasa maca bengang . dah lah salah bagi info . info tu pulak beri effect yang sangat sangat sangat tidak menganggu . contoh situasi adalah seperti berikut . 
A : eh program bijak catur tu bile eh . adik aku nak masuk
B : hmmm . esok kot . aku tak pasti lah
C : ape dia ? korang cakap pasal apa ?
A : program bijak catur tu bile eh ?
C : oh . esok ( dengan confident nya )
A : mane tau ? betul ke ?
C : aku tau lah.

esok nya pergi lah si A dan adik dia ke tempat program tu sepatutnya dijalankan . TAKDE PUN PROGRAM TU . bulan depan rupanya . gila . dah tak tahu , diam lah. jangan nak menyusahkan ORANG . contoh yang aku bagi tu macam tak berapa nak tepat dengan apa yang aku nak sampaikan. tapi macam tu lah . at least kalau kau tak tahu ,boleh tak cakap awal awal . contoh " aku rasa lah. cuba tanya orang lain pulak " .. buat disclaimer awal awal . at least sempat lah si peneria info salah tu nak confirmkan dengan orang lain. ni tak buat confident tak bertempat . confident tu bagus . tapi beragak lah sikit .  kalau semua benda kau tahu , semua benda kau nak sampuk , apa kes bai 
? kalau tahu semua tu betul takpe , ni buat buat tahu semua . boleh ? Sekian terima kasih . harap maklum . agak agak nak buat eh dekat budak budak macam taik neh ? ada idea tak ?

Thursday, March 24, 2011

Nikah Di Masjid Menyimpang Landasan Agama ? Mana Ada ..

hari tu , duk lepak lepak dengan kawan kawan dekat Medan Flat Seksyen 7 , blogger Jenol meng-inform kami tentang berita yang dia baca . katanya kahwin dekat masjid tak boleh . orang terengganu kata dok leh . take note tu , aku ajar vocab orang terengganu . so nanti senang . kalau ada yang pasangan orang terengganu tu , tak yah nak kekok kekok cakap luar luie dengan family pasangan tu okay . orang terengganu ni baik baik okay. hehe . so bila Jenol cakap macam tu , apa lagi blogger Shauki bidas terus . " tak dok eh .. bulih je " .. begitu lah cerita nya .. aku tak komen pape .. sebab aku taktau .. aku just cakap " ye ke / is that true ?? kidding kidding eh ?? " .. kita kalau tak tahu , cakap tak tahu .. tak perlu nak tunjuk lagak buat buat tahu .. 

jadi kelmarin dulu ade jugak terbaca dekat surat khabar .. aku lupa pulak link tu aku letak kat mana .. cuma dia cakap boleh .. so hari ni , individu yang bertanggungjawab mengeluarkan isu nikah di masjid ni adalah Ahli Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh .. hari ni dia nak betul kan salah faham orang .. orang duk ingat Datuk J ni , aku bahasakan Datuk J lah senang , pendek untuk Datuk Jusoh .. orang duk ingat Datuk J ni kata nikah dekat masjid ni menyimpang dari landasan agama .. dan sebagainya .. isk isk isk .. silap .. tak benar itu .. totally wrong .. Datuk J cakap lain lah .. jom baca sikit apa Datuk J kata orait .. then kita nilai sendiri macam mana .. 


“Ketika mesyuarat ada seorang imam beritahu kepada saya ada pasangan nak buat akad nikah di masjid, kemudian saya kata tidak perlu buat di masjid kerana di mana-mana pun boleh selagi cukup syarat nikah.

“Kemudian saya jelaskan kalau selalu buat di masjid kemungkinan ia akan menjadi satu upacara yang bertentangan ketika di zaman Rasulullah sebab ketika itu Rasulullah tidak pernah buat akad nikah di masjid.

“Rasulullah tidak pernah buat, jadi buat apa mesti kita nak buat tapi kalau nak buat itu tiada masalah kerana Rasulullah tidak pernah melarang mana-mana pasangan yang nak bernikah tidak boleh buat di masjid,” 

“Kita agama Islam tiada jurunikah, yang ada hanya wali sahaja... saya cuma tak mahu nikah di masjid ini jadi satu amalan dan Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

“Nikah di masjid ini bukan amalan Rasulullah dan Rasulullah juga tidak pernah menikahkan anak perempuannya di masjid . . . begitu juga dengan para sahabat, kalau bukan amalan Rasulullah buat apa nak ikut, lagi pun bukan wajib untuk lakukan akad nikah di masjid,”

Menurut Ahmad, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

“Itu hanya sekali sahaja Rasulullah melakukan akad nikah di dalam masjid, bagi saya kalau Rasulullah tak buat dan bukan jadi amalan Rasulullah buat apa kita mesti nak buat.

“Tapi kalau nak buat tiada masalah sebab Rasulullah tak larang cuma saya tidak galakkan, itu sahaja,” katanya.


 INI GAMBAR GOOGLE 
HARAP MAKLUM
RASA MACAM NAK NIKAH 
MALAM NI JE .. 
ADASIAPA YANG SUDI ??
KITA BUAT DEKAT PUSAT ISLAM, UITM


BE Pertama dan Kedua Setelah 5 Bulan - tQ Nuffnang ..


Alhamdulillah .. Syukur .. Nuffnang bagi hadiah hari ni .. macam tau tau je aku sedih , aku kusut semalam .. hari ni boleh tersenyum sikit .. setelah sekian lama .. haha .. dah dua sekali gus .. ni first time , so aku taktau sangat macam mana BE ni berfungsi .. korang sehat ?? mesti ramai dapat BE kan ?? aku check blog Darkbatman tadi .. dia cakap dia dapat BE .. hai tengok dia print screen dia punya statistik , fuyooo ribu ribu beb sehari .. aku tak sampai ribu pun .. ratus je .. memang hebat lah dia tu .. so lepas tengok blog dia , aku tr lah check nuffnang .. kot kot aku punya ada sekali .. Alhamdulillah .. tersenyum kejap bukak bila nampak BE .. actually aku macam blur sebab bila aku klik earning , dia keluar Pendapatan Terumpuk .. apekah ?? rupa rupanya BE .. since Nuffnang aku in Malay, so keluar lah tajuk melayu .. 

so aku nak share lah sikit .. sepanjang 5 bulan aku berblogging ni , aku tak de lah berusaha keras nak dapat BE .. aku just minat menulis .. kita ikhlaskan diri menulis .. bukan menulis untuk kutip duit Nuffnang je .. jaga trafik kita .. rajin rajin lah jenguk blog orang lain jugak .. tinggalkan jejak .. follow memollow .. tak salah kita follow, lama lama jadi kawan .. mana tahu satu hari nanti jadi awek ke .. haha.. kalau lelaki follow , hmmm tak jadi awek ah .. maybe jadi abang ipar kot .. haha .. update selalu survey Nuffnang .. update biodata Nuffnang tu jugak .. orait good luck ..

lately , macam takde consistent dalam blog ni kan .. kadang kadang update kadang kadang tak .. aku harap readers semua faham .. final aku start 21 ni .. so memang tak sempat nak fokus dalam blog je .. kena jadikan blog nombor 2 sekarang ni .. dulu time awal sem , boleh la jadikan blog ni yang pertama .. aku rasa macam nak buat segmen .. tapi tak tau nak buat apa .. rasa jugak nak buat blog review .. tapi taktau nak review blog siapa .. haish .. btw terima kasih kepada yang follow aku .. dah 1006 .. thank you dear followers .. take care okey ..

Wednesday, March 23, 2011

Yeah .. Dapat 1RIBU ( 1000 ) free free je ..

Yes ..
Horaay ..
Gumbiraaaa ..
Aku dapat 1 ribu wei ..
bukan nuffnang lah ..
bukan ringgit malaysia jugak ..
tengok gambar kat bawah ..


sekarang mesti dah nampak kan ?
apa yang seribu tu ( 1000 ) ..
so sekarang aim untuk 
2000 ( dua ribu ) ..




DEPRESSION ..

Being me is very hard. Seriously. Sometimes I just thought of giving up. But I need to stay strong, not for anybody else, for my own sake, for my own future. Sometimes, I am just being childish, freaking emotional, depressed and selfish. Those are bad things that I could not resist. Aku tak macam ni dulu. But enrolling my study here, in UiTM Shah Alam .. semua berubah .. Competition.. Surroundings.. Everything.. those factors push me to change .. and sometimes I do not realize the changes that I have been going through.. and sometimes , I do not know who I am.. takde lah macam hilang ingatan .. maksud aku , macam aku ni orang lain.. aku macam terperangkap dengan dunia aku sendiri .. sorang sorang .. dalam gelap .. aku LOST .. 

Today is not my day .. I am being emotional .. childish .. ntah pape.. bukan apa .. aku tiba tiba rasa takut .. rasa bimbang .. and I could not cope with it anymore .. I need someone to comfort me.. dalam kelas tadi , aku duk conteng conteng kertas .. macam rasa lost gila gila .. its hard for me to explain .. korang pernah rasa .. macam tiba tiba rasa hilang arah .. macam bermimpi .. nak pegang buku tak boleh .. nak panggil orang tak boleh .. macam tersekat .. terkepit .. semua ada .. bagi orang orang yang aku selalu cari tu , mesti dah kenal aku macam mana .. I am such a freak .. menggelabah tak tentu pasal .. melilau .. mengarut je .. tapi itulah ..

Aku tak boleh nak handle depression aku sendiri .. suck isn’t? dulu aku takde masalah .. aku tension ke .. aku bengang ke .. aku marah ke .. I can keep it to myself .. but now , no longer .. aku pun taktau .. aku pun rasa tak sedap actually nak mengadu dekat orang .. because I believe everybody has his own problem kan .. then tak pasal pasal nak fikir pasal aku pulak .. but special thanks .. millions thanks to Madam Farah .. she has done a great job .. she always there when I need someone .. she always being supportive and nice .. aku kalau masalah macam ni , tak boleh cerita kat parents .. nanti kena marah .. lagipun nanti diorang risau sangat sangat , aku pulak rasa tak selesa .. cakap dengan Madam Farah tadi sangat sangat sangat membantu .. tenang .. lega aku rasa .. macam beban dah hilang .. oh by the way , Madam Farah ni madam aku time asasi dulu back there in kuantan ..

Actually kan , masalah aku hmmm mungkin bagi korang tak besar .. takde benda pun .. tapi bagi aku benda ni menganggu lah .. ni aku boleh kata macam sindrom sawan takut nak final exam .. yes , semua orang takut .. tapi aku fobia .. selalu sangat sekarang ni kecundang .. sampai aku serik .. yes orang lain bila kecundang , akan bangkit dari kekalahan dan berusaha keras .. aku tidak .. aku , bukan nak berlagak .. jarang rasa kecundang .. kalau roda impian tu , aku selalu duduk kat nilai yang tinggi tinggi .. tapi bila sekarang ni asyik kena nilai yang rendah rendah , aku macam tak boleh terima .. dan sampai aku takut nak putar lagi roda impian tu .. aku takut dapat nilai yang rendah lagi dan lagi .. padahal aku tak pusing pun lagi .. tapi perasaan aku tu .. susah nak explain .. 

Aku tak suka rasa KALAH .. aku tak suka berada DI BAWAH .. tapi tindakan dan tindak tanduk aku untuk tidak KALAH dan TIDAK BERADA DI BAWAH ?? NONE .. ZERO .. takde langsung benda benda positif yang aku buat .. aku tahu .. tapi aku tak boleh nak ubah .. actually boleh .. but I just don’t know how .. aku boleh psiko diri aku supaya rasa takut .. tapi aku tak boleh lagi setakat hari ni nak psiko diri aku supaya duduk depan meja dan study .. ataupun belek buku .. walaupun sehelai .. teruk kan ?? nak Berjaya .. tapi usaha ciput .. memang lah MUSTAHIL .. but I am trying .. I am pushing myself .. but never ever Berjaya .. and now , aku sedang berusaha keras untuk berubah kearah itu .. doakan aku ye kawan kawan ..  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...