NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, September 29, 2011

MISTERI BATU NISAN SEBUAH KUBUR

Assalamualaikum .. 

Bayangkan .. hujan lebat membasahi bumi Malaysia .. suasana suram menguasai kawasan rumah anda .. tiada bunyi sebarang kereta mahupun kereta dapat didengari .. hanya bunyi hujan yang semaki hari semakin kuat .. dengan pintu belakang rumah yang asyik tutup buka tutup buka di tolak angin .. dan anda ternampak tajuk entri ini .. apakah reaksi anda ??

A - cepat cepat tutup laptop , dan bungkuskan diri dalam kain selimut macam hantu bungkus 

B - cepat cepat cari surah yasin , peluk sekuat hati sambil bukak mp3 yasin dekat laptop

C - buat relaks jer 


takde motif pun sebenarnya aku tanya ni . sajer . nak mengarut pagi ni . namun , ini semua cerita benar . ianya berlaku di Kuala Lipis . ada sebuah kubur yang seolah olah bernyawa dan hidup . sebab nya batu nisan ni asyik membesar jer . sekarang ni dah lebih 1 meter tinggi dia . kubur ni kubur lama . dah 300 tahun . ia milik cucu seorang kapitan cina yang mualaf yang datang bukak kampung tu dulu untuk cari kubur . 

bila ianya jadi kontroversi , ahaks confirm confirm lah nanti kubur tu jadi tempat pemujaan . ye laa biasa kan tok bomoh ni suka tempat tempat pelik macam ni . lepas tu , suruh org pergi puja benda tu . haish syirik betul . even dulu pun pernah kan , org puja satu lereng bukit sebab bukit tu kuar kan air out of nowhere . apa apa pun , selamat pagi dan have a nice day . 


sumber daripada Berita Harian ..


Tuesday, September 27, 2011

KORBANKAN SESUATU UNTUK ..

Assalamualaikum ..

Ape citer kawan kawan mayaku semua ? hari ni kelas dari pagi sampai petang , sangat penat wei . dahlaa kelas lecture . duk dengar lecturers je cakap , petang pulak tu . berair air mata , mulut tak berhenti menguap macam singa lapar , terangguk angguk tergeleng geleng . nak tunggu dua jam tu macam satu penyeksaan , macam mana lah nak tahan ni another 12 weeks . apa yang baru terjadi around aku lately adalah seperti berikut . 

1) duit habis beli laptop 

2) memey dengan norman dah nikah ( perlu ke tulis kat sini , macam diorang tu kawan kawan aku jer )

3) adik akiu telefon tak habis habis mintak basikal sebijik .  baru 7 tahun . ada giler ? aku dapat basikal dulu pun time aku darjah 4

4) kawan aku , Budu pregnant . haha . sama umur dengan aku cukup . 


terlalu banyak benda terjadi sampai tak terluah . sekarang ni macam malas gila nak update blog dekat hp walaupun boleh . nak type sms pun malas . aku tunggu je hp baru keluar yang boleh bagi voice command , aku sebut je apa yang aku nak taip , dia auto type dan send . kan senang . so bila bila masa jer boleh hantar sms . off topic sungguh , actually aku nak cakap pasal benda lain . banyak dah melalut ni . 

pernah dengar tak orang kata " kalau kita nakkan sesuatu , kita kena korbankan sesuatu " . tu general rule jer . whether kau dapat ke tak apa yang kau nak , itu bergantung kepada rezeki tuhan bagi . sebagai contoh , kau habis kan masa muda kau dengan study , mengadap buku , buat nota dan sebagainya tapi tak semestinya kau akan grad dengan cgpa 3.98 . btol ? macam aku sem ni . aku dah korbankan kehidupan remaja aku sebab nak curik curik simpan duit nak beli blackberry torch . so berjaya jugak beli sem ni . 

tapi langit tak selalunya cerah . laptop aku pulak rosak . rosak yang tahap kritikal sampai orang kata " baik kau campak je laptop dalam laut merah " . jadi aku terpaksa korbankan duit biasiswa aku beli laptop sebab aku nak kena pakai laptop lagi 2 tahun , nak tak nak kena beli jugak . aku redha je . walaupun duit habis , ni kira a price that i have to pay la kan sebagai student . kena berjimat lah sem ni . sangat sangat .

dulu kan , aku pernah najk korbankan diri aku demi nak dapat 4.0 setiap sem . tapi malangnya takde lecturers pun nak terima pengorbanan aku ni . jadi tak dapat laa 4.0 setiap sem . tak pernah dapat . tapi kalau ada lecturer yang offer aku , aku akan kata YA dengan segera . haha PSIKO je . aku nak jugak rasa dapat 4.0 kan . tak pernah rasa seumur hidup . aku nak juga buat buat senyum kambing cover hidung tinggi tutup perasaan bangga diri dan riak bila orang cakap " congrats , kau dapat 4.0 .. gila ah .. macam mana kau study " .. hehe ..

apa apa pun , ingat lah . if you wanna have something better , dont hesitate to let go what you have now . provided that it is appropriate and reasonable . oleh itu , selamat malam dan selamat beramal . Assalamualaikum sekali lagi . 


Sunday, September 25, 2011

ALHAMDULILLAH , REZEKI

Assalamualaikum ..

Apa khabar semua ? Sehat ? Alhamdulillah , aku sehat . cuma tangan aku tak sihat , tu yang dah lama tak buat entri . otak pun berkarat , hati dah tawar , nak jadi blogger tegar pun dah tak mampu . hehe . sekarang musim open house kan , merata rata ada open house . time ni laa nak makan banyak2 pun . time ni la nak jimat duit pun kan . aku pun try jugak berjimat sekarang . sebab duit aku sangat limited sem ni .

seperti yang sedia maklum , dah hampir sebulan , hidup aku tanpa laptop . menumpang kasih kawan kawan bagi pinjam laptop . boring jugak actually sebab biasa nya hidup aku 24/7 dengan laptop . so aku decide nak beli laptop baru . dah beli pun actually . sebab tu laa duit aku jadi limited gila . aku beli tadi time it fair dekat Plaza Alam Sentral . around 1k plus plus . model Asus . reason kenapa asus , aku pun taktau . ni ada depan mata , aku grab terus tanpa fikir panjang .


bila duit habis ni , mula laa terfikir nak jadi vegetarian . hari hari nak makan nasi je . tapi bila fikir balik , what for kan . kenapa nak paksa diri . so aku akan makan seperti biasa , cuma aku akan kurang kan aktiviti aktiviti yang tak berfaedah , aku akan elakkan diri aku daripada pergi ke Mall atau tempat tempat yang aku boleh membeli barang . hehe . 

roommates aku dah start sindir . diorang kata lepas ni aku mesti tak bergaul dengan diorang , hidup sibuk dengan laptop je . haha . selamba je kata aku macam tu . padahal sebelum ni diorang yang tak pandang aku yang manja ni . hehe . apa apa pun , ni bukan self reward ok . aku beli ni sebab terpaksa . 

lagi dua tahun kena guna laptop ni . baru la aku akan masuk alam pekerjaan . ni keperluan , bukan kemewahan . kalau kemewahan , dah lama aku beli mac book pro . tak main la asus ni kan . semoga aku dapat berjimat sem ni . doakan saya . jaga diri kawan kawan . thank you for reading . saya rindu kalian semua *feeling retis*

Sunday, September 18, 2011

TONY ROMA'S

Assalamualaikum .. Salam Sejahtera ..

Apa khabar semua nya ? Aku sehat . terlampau . cuma mulut penat . penat mengunyah . hari ni lunch dekat Tony Roma's Sunway . sebab dah lama dah actually plan dengan Afiq Badai . tapi tak tertunai . so today , tunaikan jugak . seawal pukul 11 dah pergi ni . aku expect takde ramai org . sampai di Sunway , jalan jammed sudah . parking full . aku pun taktau kenapa semua orang nak pergi Sunway hari ni . haish .  


gambar di atas Afiq Badai . order Pasta apa entah . aku pun tak reti . ni second time aku makan . first time makan 2 tahun lepas . aku order makanan biasa je . seafood tak makan . aku order BBQ Chicken 1//2 . aku ni berlagak kan . takut makan tak kenyang . perut lapar . order air chocolate milkshake . tambah lagi air mineral . tambah lagi dengan kek . nasib baik kek tu tak termasuk dalam order , mungkin waiter tu telinga problem kot . aku pun tak pasti . yang pasti , plate besar gaban . aku yang lapar gila ni pun makan tak habis . haha . bukti di gambar di bawah . 


Pasta si Afiq hanya mampu dihabiskan separuh . alasan dia ada cheese so muak . well , badan dia kecik je pun . kira dah banyak la tu dia makan . time ni , memang aku ingat dekat kawan aku , si Faiz Fahmy . kalau faiz makan ni , mesti licin pinggan . haha . 


ni aku punya CHicken . tak habis ok . walaupun badan aku "kecik" , dan nafsu makan besar . tapi still tak habis . mungkin sebab aku minum chocolate milkshake kot . baru makan 15 mins , aku dah tersadai macam ular sawa kenyang . memang kenyang sesangat . ni pun paksa wei , kasik habis . tengok , aku makan . orang kampung makan kan , sampai lunyai beb ayam aku . 


last but not least , balik rumah , si Aminu pulak hidangkan lemang lemangan siap siap dengan rendang daging dan rendang ayam . aiyoo . kalau aku tak kurus sem ni , memang aku tau reason dia kenapa . apa apa pun , selamat maju jaya peeps . have a nice day . oh by the way , Hantu Bonceng dah boleh download dekat Syok.org . aku dah download , siap dah tengok lagi sekali pagi tadik . ehehe . 



HARI KE-JADI-AN YANG INDAH


Assalamualaikum dan selamat hari Ahad .


Gambar di atas di ambil di rumah kakak faiz ( lelaki di tengah dalam gambar ) bersempena dengan open house di rumah nya . dihidangkan dengan pelbagai aneka juadah yang best , aku dan shauki ( lelaki gambar paling hujung di kiri ) pergi makan dinner free di sana . orang dah jemput , kita pergi jer . dah kata makan free , lagi lah tak tolak . sebelum pulang , abang ipar si faiz ada bagi 4 dadih untuk di makan dalam kereta , malangnya ke empat empat dadih tersebut masih berada di dalam kereta shauki sekarang . apakah nasib dadih tersebut ? semuanya akan di ketahui pagi nanti bila shauki sudah bangun tido . 

setelah selesai di rumah faiz , aku ada dinner date dengan kakak aku dan lena . dan suprise .



diorang sambut birthday aku . haha . sepatut nya bila kek di bawa keluar oleh pekerja Pak Li Kopitiam , aku seharus nya terkejut dan buat muka cover malu dan suprise , lalu buat mulut melopong seraya berkata " omg . u guys are so sweet " . tapi aku tak berapa buat macam tu sebab aku dah dapat hidu plan diorang dari awal . haha . 


ini kakak aku , sharifah intan 


ini kawan aku , Lena merangkap 
office mate kepada kakak aku 



macam mana aku dapat hidu plan diorang adalah time aku dan shauki pergi ke Plaza Alam Sentral , kami terserempak dengan kereta Lena di tepi jalan . so aku call , akak aku yang angkat . so kantoi la kakak aku keluar dengan Lena . kenapa aku rasa diorang sambut birthday aku secara suprise berdasarkan dua reason . yang pertama , Lena tak sebut pun kakak aku akan ikut sekali dinner malam ni . yang kedua , buat pertama kalinya kakak aku tak beritahu aku dia keluar dengan Lena sedangkan sebelum ini setiap kali dia keluar dengan Lena , dia akan bagitau aku . 


disebabkan oleh sebab di atas , aku yakin bahawa ada suprise untuk aku . hehe . lawak kan . aku memang suka suprise tapi jarang suprise tu jadi dekat aku . untuk menjadi lelaki yang jujur lagi berterus terang , setiap tahun memang aku boleh agak akan ada suprise untuk aku time birthday . sila kata aku ni perasan , bajet popular , koya dan poyo . tapi itulah hakikat nya dan setakat ini belum ada suprise yang betul betul menjadi dan aku mengharapkan ada suprise yang betul betul buat aku suprise . haha berapa banyak kali suprise daa . apa apa pun , kita tunggu tahun depan . selamat malam semua . 


Friday, September 16, 2011

JEJARI RUNCING KU JADI TEMBAM

Assalamualaikum ..

Sudah lama tak buat coretan manja dekat blog ni . sebab dah biasa tak update sehari , rasa macam dah malas nak log in blogger . sekarang  ni , nampak blogspot jer rasa nak pitam . haha .  kelas boring , macam biasa . minggu ni takde kelas lagi , so takde apa sangat . semangat bukan main nak pergi kelas , tapi kelas pulak takde . bengang betul . sebagai pelajar contoh , kalau kelas takde , aku rasa sangat rugi . sebab bagi aku masa itu emas . okey poyo . 

apa yang aku buat sepanjang minggu ni adalah tengok movie . aku baru tengok Hantu Bonceng . lawak siot . tod , ko memang kena tengok tod . lepas tu , tengok Aku Tak Bodoh . the best movie ever . sangat bodoh . haha kelakar tak ingat . sangat di-suggest kan untuk korang tengok okay . apa yang aku baru buat adalah , teman si Shauki , blogger gersang pergi beli hp baru . htc wildfire u olss . kelas tak kelas . nanti kencang lah dia update update kat status facebook . yang penting . terpampang keluar via Android .



di sini saya sertakan gambar beliau dengan hp baru beliau .


macam biasa , macam anjing berebut tulang .



di-snap dekat Night Circle Section 11
Yang tengah tu duk cari girlfriend
kalau berminat , PM aku cepat 

Tuesday, September 13, 2011

IT'S MY BIRTHDAY

Assalamualaikum .. 

Its my birthday , i'll be on the dance floor . ahaks . terasa macam Misz Nina dah . Alhamdulillah , diberi kesempatan hidup lagi di umur 21 tahun . by the way , aku dah buat azam baru lagi . hari hari aku buat azam baru . bila laa nak ada azam yang betul betul aku akan ikut . 


Ni kek Aminu beli semalam dekat PakLi lepas tengok Hantu Bonceng . detik 12am , berada bersama housemates . di Ole Ole . di bawah di sertakan mesej mesej sweet dari ibu dan mami aku . 

" Happy Birthday My Baby Quek Quek , semoga murah rezeki dan paaaaaanjang umur " - Ibu 

" Happy Birthday My Cubby Son , hope u happy always , jangan lupa dapat jpa nanti balik tau tunaikan janji janji manis tu ' - Mami


aku pun taktau apa janji manis aku . rasa macam takde pun . xpe . kepada yang wish , terima kasih banyak banyak . kepada yang belum wish , takpe ada masa lagi ni nak wish . kepada yang tak wish , takpe , aku tau korang segan kan nak wish . wish jer , jangan segan segan . haha bajet retis woii . 


Monday, September 12, 2011

STUDENTS , SUIT UP !

 Assalamualaikum ..

First class of the sem sudah selesai . Bermula dengan International Law 2 . well , tak boleh nak judge kan how was my class right after the first class . tapi sebagai inference awal , aku rasa mengantuk . haha macam biasa lah kan . How was your day readers ? time ni best kalau blogwalking bloggers yang still belajar sebab semua orang mesti duk merungut pasal kelas . hehe . atau mungkin aku jer yang merungut ? aku pun taktau . 

awal awal ni jugak , setiap pelajar start buat azam baru . macam macam azam . kreatif betul . aku pun nak buat azam jugak . tapi i shall keep it to myself lah . sebab aku tau , confirm confirm aku tak ikut punya azam aku ni . dah biasa sangat buat . oleh itu , what kind of student you wanna be ?


PELAJAR YANG BUAT TUTORIAL
LAST MINUTE , LEPAS TU 
SIBUK COPY JAWAPAN ORANG LAIN ??


PELAJAR YANG MATA TENGOK LECTURER 
TAPI JIWA SEDANG MERAYAU RAYAU


PELAJAR YANG 24/7 DENGAN LAPTOP
SEOLAH OLAH BUSY BUAT ASSIGNMENT
PADAHAL SIBUK DUK TENGOK VIDEO
KPOP DEKAT YOUTUBE , ill be there ..


Apa Apa Jenis Student yang korang nak jadi pun , aku tak kesah . ikut suka lah . masing masing punya pilihan . Bagi aku , apa yang penting , kita graduate dengan segulung ijazah dan boleh dibanggakan dan memuaskan diri sendiri . take care readers . thank you for reading . 

Saturday, September 10, 2011

SELF REWARD

Assalamualaikum .. 

Straight to the point , takyah nak main kona koni , self reward adalah menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu benda . apa sahaja benda . depends kepada kemahuan diri dan hawa nafsu . Aku jarang reward diri aku ni sebab aku tak de benda pun yang nak dibanggakan . actually ada , cuma time aku nak reward tu , ada sajer halangan dan dugaan menimpa diri ini . okay aku tak nak buat drama nanti orang suruh aku direct movie ganti Tahajjud Cinta , tak pasal aku berhenti belajar . 


okay , jangan kata " wow , giler best . bold 4 tu " . ini sekadar gambar hiasan okay . tolong jagan gelabah . sebenarnya , aku fikir 5 6 kali gak nak self reward sem ni . berapa kali aku buat drama air mata 16 episod dekat twitter . orang yang respond suruh aku tutup mata jer , beli jer apa yang aku nak . kadang kadang kita kena manjakan diri dengan hadiah hadiah bagi memenuhi kemahuan kita . aku ada simpanan sikit . simpanan yang dalam sedar tak sedar ada dalam akaun . aku pun ingat ingat lupa . dulu masa aku simpan , aim aku nak beli iphone 4 . haha . 

tapi tak mampu lah . berangan lah . so aku beli benda lain . memang dah lama aku nak nak nak sangat . the moment aku transfer duit dalam akaun third party , haru weh . sedih . cuba bayang anda tengah lapar , tiba tiba datang sejenis kek yang gila sedap , namun hari tu hari jadi adik anda dan anda kena lepaskan kebahagian anda demi memuaskan hati . situasi ni konon konon nya anda seorang abang yang suka tengok adik beradik happy . so walau berat hati , buat jugak . aku pun macam tu . lepas transfer duit , aku still berbelah bahagi nak atau taknak . 

hari ni , pergi jumpa third party tersebut . sepatutnya jumpa khamis , but since aku ada dekat Dungun lagi , jadi aku tunda meeting tersebut . hari ni so pergi berjumpa . so now dah reward diri . semoga jadi pendorong untuk lebih berjaya sem ini . sem akhir degree dah ni . doakan saya . sekian . terima kasih . 



 

Aku , Dia & Raya

Assalamualaikum .. 

Apa khabar orang kampung ? Memang lama sangat dah aku tak jengah blog ni . sampai dekat seminggu kan . itu lah susah nak update gune hp or ebook . tak feeling sangat . by the way , aku dah sampai Shah Alam . sucks kan ? i know . aku tak puas lagi duduk rumah . hahaha bila duduk rumah , rasa nak datang sini . bila dah sampai sini , rasa nak balik rumah balik . serba tak kena . macam macam berlaku sepanjang seminggu aku tak update blog tapi nanti lah aku cerita . aku kena pergi ambil laptop dulu dekat rumah uncle . bila ntah nak pergi . plan nya nak pergi arini . 

Aku nak share sikit gambar raya aku . hehe . aku tau dah lambat sangat dah ni . tapi konsep hidup aku Better Late than Never . so aku rasa tak salah kot . aku letak kat sini . kira kenangan terindah memori bersulam kasih lah ni . tak keterlaluan kot kalau aku cakap raya ni paling unexpected dan paling best bagi aku . sebab jumpa dengan kawan kawan yang dah 5 6 tahun tak jumpa . jumpa pun secara tiba tiba . buat plan secara mengejut . terus pergi jumpa . tapi memang best lah . 



ni rumah Dila, yang paling hujung tu . belajar dekat Korea . so aku pergi lah lawat . baju hitam tu kakak aku . lepas tu Iqa dan seterunya Aida . Aida lah aku paling tak sangka . jadi ustazah dah sekarang . hehe bagus bagus . nanti anak anak aku boleh belajar Kafa dengan percuma . jimat duit abah . 


gambar ni time kami pergi Kemaman . dari hujung Roy , Mai , Iqa , Eja , Blackcat dan Yong . ni rumah Eja . by the way , aku dah jumpa Roy tu . sebab sehari sebelum kami pergi kemaman ni , dia dah datang rumah aku . ada gambar bukti dekat bawah . tapi kebetulan , hari pergi kemaman ni birthday dia , so dia dengan plan nya yang gempak , paksa kami pergi rumah dia . kami tu aku Mai dan Iqa . kami tu jujur dan lurus . pergi lah beraya di Pengkalan Ranggun . dengan taik lembu nya kan . sekali sampai dekat rumah , Roy kuar kan kek . nan hado . sambut birthday dia lah pulak . atas sebab peribadi , aku tak boleh masukkan gambar kek dekat sini . sila rujuk album di facebook aku . haha . 


tara . nampak tak tu Roy ? okay ni hari sebelum kami pergi kemaman . nervous aku diorang datang rumah aku . haha . so dari hujung Azwa Carpet , Nadzir , Izham , Aku yang hensem dan Roy . dalam gambar ni , aku rasa aku paling cool . yang lain pose ala ala kampung sangat . by the way , perasan tak baju si Azwa Carpet dan Roy sama warna ? i know , right . actually dulu time form1 , diorang ni ada lah buat bunga bunga cinta sikit . hehe . tapi cerita lama . tapi bila datang rumah aku baju matching , sifat paparazi aku mula terserlah . terus interview , tapi diorang deny . cheh . haha .


okay , yang ni time wedding Sepet . Sepet ni kira senior aku lah . dia kawan baik kakak aku . so kami pergi lah Pulau Rusa . walaupun sesat , sampai jugak . ok dari tengah , Fakrumie dan baju hijau PG . Fakrumie ni hot stuff sekarang sebab kerja kapal . so apa lagi , pergi google dia di facebook . untung hidup anak gadis . boleh lah merasa beli barangan Prada every month . 



yang ni time kat rumah Eja . yang hujung tu ET . yang tengah tak perlu diperkenalkan lagi . tak ingat dia siapa ? okay aku kasi hint sikit . dia adalah manusia yang buat plan menjemput orang datang beraya di rumah nya dalam masa yang sama meraikan hari jadi beliau . haha .


lagi cerita , aku update dalam entry seterusnya . sekian terima kasih . take care peeps =) .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...