NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, May 31, 2011

PERABOT KAU DAH OUTDATED LAA -

 " Eh Minah , aku tengok rumah kau ni sama je . dah tiga kali raya aku datang , takde benda pun yang berubah . perabot ni bau anai anai dah "

" Eh aku memang suka pun simpan perabot lama lama . bukan takde duit nak beli , saje je . aku ni suka barang barang lama , rasa klasik je "

" Aa kan , rumah kau nampak klasik sangat . macam muzium dah aku tengok . cantik " tangan ke dada , pandang ke atas 

pernah alami benda macam ni ? bukan kaum ibu dan kaum bapa je . kadang kadang kita , anak pun pernah rasa benda macam ni . nak nak kalau ada kawan yang tak tau erti tipu sunat . jujur je cakap dia . terlampu jujur . lepas tu semua benda nak komen macam orang bayar dia jadi pengkritik tetap . macam macam perangai . tapi itu lah . ni dekat dekat nak raya ni , takde lah dekat sangat tapi dalam 3 bulan ni , kita punya cukup macam untuk ubah semua benda ni . mesti kita nak dengar kan , terutamanya kaum ibu lah , atau kaum wanita yang ada rumah sendiri , bila kawan kawan datang , kawan kawan cakap " rumah kau hebat , cantik . kau panggil eric leong ke datang rumah ? " .. tak pun " eh casa impian na na na na na na datang umah kau eh ? cantik gila . aku nak pose boleh ? " .. berbunga bunga hati kita kan bila kena puji macam ni . haa meh sini , aku nak story . kalau ada yang berminat nak beli perabot kan , nak tukar rumah jadi macam rumah posh beckham , ini lah masanya . boleh mula usha kedai kedai perabot dan kat sini , aku nak suggest the most ideal kedai perabot . sebelum tu sila usha gambar gambar kat bawah .





amacam gempak tak ? ni bukan fantasi . ni realiti . bukan main main . ada yang berkenan ? aku boleh tolong korang . banyak lagi sebenarnya . tapi kalau aku tampal semua , nanti jadi macam tumblr lak blog aku nie . bukan sofa je ada . katil pun ada kot . ni katil terbaik dunia . tengok gambar seterusnya . boleh tido atas bawah , tepi belakang . ahaks . macam mana gaya tu ? dan kedai ni menawarkan harga perabot paling rendah okay . jimat pun jimat . kualiti tip top . di buat oleh kilang syarikat ni sendiri .



haaa aku bagi sekali nombor contact ni . boleh lah sila sila hubungi si najwa ni untuk info lebih lanjut . apa yang lanjutnya ? info lah . tanya lagi . atau boleh klik page FACEBOOK kilang ni . KLIK SINI . aku dah pilih aku punya . korang bila lagi ? 

 

TAMAN SURA GATE , DUNGUN MEMBANGUN .





SELAMAT PAGI . ye , aku consider sebagai pagi lagi . sebab hari ni cuaca redup je kat Dungun . dan jugak , gambar kat atas ni di ambil dari beranda rumah aku guna kamera aku yang bukan DSLR  tu . sebab tu gambar cenggini je . yela DSLR berat sangat , tak mampu aku nak angkat ke hulu kehilir . ahaha . padahal takde duit nak beli . takpe , bukan minat sangat bergambar . kang ada DSLR  , hari hari aku ambil gambar aku posing ala ala Harimau . baru jadi nightmare kan . kalau diperhatikan dengan jelas , memang nampak kan apa yang berlaku dalam gambar kat atas . depan rumah aku ni ada kedai kedai kayu berderet tau . so sekarang ni , kerajaan taknak kedai kedai macam ni bersesuaian dengan Bandaraya Dungun kan . so pekedai dibayar kompensasi ( compensation ) untuk kosongkan kedai mereka ini . 

so jadi lah seperti di atas . nampak jalan raya tu ? tu pun still under construction sebab dia nak besarkan lagi jalan tersebut . well , nanti 5 6 bulan lagi , nampak gaya rumah aku akan jadi tepi jalan . so aku dah tak boleh nak half naked dekat beranda . nak buat latihan vokal dekat toilet . nanti sampai ke kfc boleh dengar . oh kfc depan rumah aku jugak . deret dengan klinik tu . nampak tak klinik ? cari lah dalam gambar tu ada . sekarang baru feeling duduk kat Dungun , rasa macam duduk dekat bawah KLCC je . ala ala Kg Baru . lepas ni , aku boleh intai je kot beranda , nampak lah kereta lalu lalang . siap boleh main jerit jerit lagi nanti dengan kereta kereta yang lalu lalang . 


Monday, May 30, 2011

RINDU BAU BEKAS ISTERI - LU KONGSI LU MATI

PERINGATAN : ENTRI INI HANYA SESUAI DI BACA UNTUK GOLONGAN DEWASA DAN KANAK-KANAK DENGAN PANTAUAN IBU BAPA DAN KELUARGA .

AMBIK , Siap dengan peringatan tu aku bagi . bukan apa . aku baca tajuk entri aku ni pun , aku geli geleman . okay tipu  , takde la geli . tapi aku rasa macam "Euwww" . tak perlu kot guna benda alah ni nak jadikan tajuk entri . tapi aku letak jugak . walaupun tak sesuai untuk semua lapisan umur . tu yang aku duk bagi warning awal awal . taknak bagi ade yang terkejut . ekhem ekhem . woo , ni bukan blog 18thn ke atas , yang duk cerita pasal benda dalam selimut okay . tajuk je tu . cerita nya takde lah mendalam sangat sangat sampai boleh kena censored kan . actually ni header berita dalam Harian Metro . page depan lagi . tapi bukan isteri , dia tulis suami . tapi aku tukar sikit . sebab ni buka Harian Metro , ni blog aku . 


sangat kelakar okay . janda gila talak . jarang aku dengar janda yang gila talak . suami gila talak selalu lah dengar kan . tapi tu la zaman sekarang ni makin canggih . apa yang lelaki boleh buat , semua perempuan nak buat jugak . kalau lelaki nak panjat pokok , dia nak panjat jugak . kalau lelaki nak main dengan perempuan , dia nak main jugak . last last jadi lesbo . opss . aku tak berapa gemar istilah " woman can do if man can do " . ape lah . mengarut je . FINE , memang lah tak mustahil . tapi itulah . malas aku nak fikir . haha . apa apa je lah . buat lah apa korang nak buat , asal bahagia . 


tajuk entri pun dah panjang berjelar kan . takkan ciput je isi . sejak dua menjak ni , aku dihimpit dengan masa yang mencemburui aku kan . so memang tak sempat nak update banyak banyak . so aku simpulkan dua cerita dalam satu entri . semalam aku tambah usage broadband 5g bersamaan rm50 . semata mata aku nak download cerita . haha . semangat wei . yela kat dungun ni taktau nak share cerita dengan sape . so bulan ni bil broadband aku bersamaan rm115 . mati lah aku nak bayar . mana nak paw duit . so aku download jugak cerita yang kutip 7juta ni . dan hasilnya ? MENGECEWAKAN . tak tau apa benda cerita ni . dah takde isi dah cerita ni . lariskan cerita dengan gunakan Bintang Popular , si Sam ni . serious , nak kata kelakar ? tak kelakar  , setakat cakap Kelantan je pun . baik tengok cerita Budak Kelantan tu . lagi sedap . so aku simpulkan dekat sini MEMBAZIR 350mb aku download cerita ni , kepada siapa siapa yang nak download , dipersilakan dan aku harap korang menyesal jugak . haha . mana aku download ? ni haa link dia . KLIK SINI 


Sunday, May 29, 2011

MELANGGAR PAGAR RUMAH SENDIRI

SALAM SEJAHTERA . tak pergi Hari Belia ke uollz ? ahaks . tiba tiba guna uolzz ni geli ketiak mak . ekhem ekhem . minggu ni kan jadual update memang tak menentu . kadang kadang malam kadang kadang petang . tu laa . tak boleh challenge Ben ni . setiap masa boleh update . hee . oh semalam kan , ada sesuatu terjadi . eh bukak mimpi aku tu . tu kisah di pagi hari . ni berlaku around pukul 3pm macam tu . korang scroll down dulu . bagi aku masa nak susun ayat , kasi cerita gempak macam Kongsi dan tragis macam Nur Kasih dan seram macam Insidious . boleh ? 


TWEET INI DITYPE
SEJURUS SELEPAS KEJADIAN

insan , bernama Syed Zulkifli , abah aku sangat lah menjaga kereta nya . sekarang dekat Dungun , jalan tengah under construction . so jalan macam haram . kalau hujan , ada lecah lecah . kalau hujan . memang tak dapat lah nak guna kereta merah . kena guna kereta hitam je . bukan tu je , even guna kereta hitam , kena pusing jalan jauh , sebab jalan dekat ni kotor . nanti kereta kotor . boleh ? setiap petang duk sembur tayar kereta . yang merana , aku ah . kena bersopan santun di jalan raya . bukan kena elak dari orang atau lembu , tapi kena elak dari segala debu debu yang berada di jalan raya . haish .

al kisah , kereta park luar rumah . abah aku pergi kuala berang . so dia pesan suruh aku masukkan kereta dalam rumah . i mean , parking rumah . so kebetulan , aku rasa macam nak u turn kereta , aku just reverse je . so masuk bontot kereta dulu . tayar belakang , masuk dalam lubang . so aku kena tekan minyak lebih sikit baru gerak . bila aku tekan lebih , tiba tiba , BOOM . kereta telah mencium pagar batu rumah . so aku buat selamba , betul kan kereta dan masukkan dengan cermat . tapi sudah TERLAMBAT . kereta telah selamat mencium pagar tersebut dan lampu belakang telah selamat pecah . haish . nervous uolzz . nak tunggu abah balik dari kuala berang , dan melihat kereta kesayangan dia telah dirobek oleh aku dan pagar itu .  nak tau apa jadi bila abah aku balik ? sila scroll down lagi . 


BACA DARI BAWAH KE ATAS

p/s : itulah yang telah terjadi . sekian terima kasih . berhati hati di jalan raya okay . hari ni , pagi pagi lagi abah gerak , suruh hantar kuih . tapi sebelum aku gerak kereta , dia sound " tengok tengok sikit pagar kat belakang " .. aiyooo ... 




Saturday, May 28, 2011

SAH MENJADI SUAMI

tepat jam 11pagi tadi , dengan lafaz ijab qabul , sah lah aku jadi suami orang . Alhamdulillah . semua berjalan lancar . majlis pun buat kecil kecilan je . tak jemput ramai orang . jemput keluarga terdekat je . maaf lah . tak sempat nak jemput ramai ramai . ni pun plan last minit . sebab orang rumah dah nak balik Mesir , sambung belajar . yer , aku pun terkejut . semua ni terjadi macam dalam sekelip mata je . baru semalam aku rasa aku duk mengadu dekat twitter pasal childish , childish nie . hari ni dengan sekali lafaz , aku dah galas tanggungjawab baru . dapat mak ayah baru . mak ayah mertua eh . jangan nak gebang benda lain pulak . ni sebenarnya family yang plan . famili yang jodohkan . aku tak kenal pun isteri aku dari hati ke hati . dia pun begitu . pernah lah mesej mesej . tapi setakat tu je , tak lebih dari 5 mesej sehari . tu pun selama dua hari je .

setakat tanya nama penuh , belajar kat mana , macam mana kehidupan dan sebagainya . al maklumlah keluarga mertua islamic sikit . berbeza dengan keluarga aku yang biasa biasa je . aku pulak hmmm taktau lah . nak masuk dalam keluarga yang ade undang undang ni , mungkin mengambil masa lah untuk aku sesuaikan diri . yela , tak pernah solat berjemaah dengan keluarga . tiba tiba kena solat berjemaah dengan keluarga mertua . awal awal ni harus lah aku kena jadi imam nie . kena tunjuk depan mak ayah mertua yang aku mampu bimbing si isteri . aku ambil undang undang . isteri ambil jurusan islamiah sikit dekat Mesir . logik lah si isteri punya pemahamam agama lebih tinggi . aku ada beritahu dekat si isteri sebelum kahwin , aku cerita aku ni macam mana . dia cakap takpe , kayuh pelan pelan , insya Allah dia tolong , tuhan pun akan tolong .

walaupun begitu kan , aku tak pernah tengok lagi wajah isteri ku ini . nak kata sayang , hmm tak sempat nak lahir lagi . malam ni dia dah balik Mesir . sekarang dia duduk sibuk kemas kemas barang barang dia semua , aku pun duk sibuk kemas kemas rumah , yela orang datang tak ramai , so takde lah majlis kenduri habis pukul6 kan . sikit sikit je . aku macam teringin jugak tengok muka si isteri nie . tadi , lepas solat Zohor , aku cuba intai si isteri . kebetulan time tu , si isteri masuk bilik air . ambil air wuduk agaknya . aku kunci pintu perlahan perlahan . biar aku berdua duaan dengan isteri . aku tunggu depan cermin tepi tingkap dalam bilik . lama pulak bini aku ni , berak batu ke apa . tiba tiba orang duk ketuk pintu . lama pulak tu . sambil jerit " cepat bukak , cerpat bukak " ..

dang ! aku terjaga dari mimpi . ceh mimpi rupanya . aku dalam bilik aku lagi . jam pukul10 pagi . alahai boleh pulak mimpi benda alah ni . mengarut betul . ni semua salah twitter . tengah tengah duk main tweet tweet semalam , tertidur . sampai bawak masuk dalam mimpi . haish mainan setan . nasib baik bini aku dalam mimpi tu tak sempat keluar dalam bilik air , kalau tidak . haish tak pasal pasal ni . orang cakap , kalau kita mimpi , perempuan tak nampak muka dalam mimpi , tu hantu . haha takde lah tu jodoh kita . hmm aku taktau lah . tak nampak muka langsung . tapi tangan putih . ekhem ekhem . mungkinkah ? tunggu je lah .....  


LOKASI KEJADIAN MIMPI
KAHWIN BERLAKU 



Friday, May 27, 2011

PEREMPUAN DAN NENEK KEBAYAN

semalam tak sempat nak update . around 10.30pm , pergi jumpa dengan Bro Aizul . budak budak UiTM Kuantan kenal ah . staff ni . lepak lepak jap dalam sejam lebih . hmm macam biasa pemalu tak habis . haha . biasa kalau sebut abang pengawal paling pemalu , memang orang kenal lah . muka ketat je , mana nak tegur orang kan . balik lepak , dah pukul12am lebih , memang ngantuk gila . cakap phone jap , terus tido . pagi ni ,bangun tido . teringat dah boleh daftar kelas . cek cek tak boleh pun . sekarang duk pening pening fikir , nak masuk kelas apa . adoiya . macam nak kekal , tapi risiko lah sikit . ada sorang madam yang semua orang takut . haha semua orang nak lari . lintang pukang di buatnya . taktau lah . 


haaa amek ko . terkejut . aku pun tadi . kuang kuang kuang . macam comel je aku buat macam tu kan . pernah dengar tak anak anak perempuan kena marah dengan parents , then parents cakap " kau ni macam nenek kebayan tau tak ? " .. aku tengok dalam tv tadi .. cerita apa ntah . tapi aku tak jumpa persamaan perempuan tu dengan nenek kebayan . nak kata hodoh . cantik je kot pelakon tu . nak kata scary , tak ah . naik nafsu ade ah tengok . so ada yang sudi jawab persoalan aku neh ? tang mana sama nya perempuan dengan nenek kebayan ? aku dah jumpa satu . GENDER . booo lek ah . yang tu semua orang nampak kot . aku tolong korang eh , aku tampal kan lagi gambar gambar yang patut . 


eh silap gambar lak . sorry sorry . 


yang ni pun salah .. haha .. 
cun sangat neh .. kakak aku pulak tu ..


orait , yang ni betul .. amacam ??

well , lepas aku tengok gambar yang terakhir . aku dah jumpa kat mama sama nya perempuan dengan nenek kebayan . tang mulut tu . ahaks . kuat meleter . orang kelantan kata gege . ahaks . larii . jangan marah aku ye perempuan perempuan kat sana.  korang cantik tak macam nenek kebayan . tapi tang mulut tu , aku tak pasti heee . kalau nenek kebayan mulut dia tak berhenti bergerak sebab duk kunyah sireh . tapi korang yang muda muda ni mulut tak berhenti gerak , takkan lah makan sireh kan . mesti duk meleter , duk mengomen sana sini . ini tak betul . ini tak kena . macam macam . macam mak nenek mulut tu . heeee .

p/s : kat bawah ni aku serta kan berita baik untuk budak budak uitm . berita baik ke ? tak pasti lah aku . tapi okay lah kot . hee . ada 3 minggu lagi kan tu . sempat lagi nak berdoa neh . 



Thursday, May 26, 2011

PEREMPUAN : BAD DRIVER


mesti dah baca kan status kat atas ? penuh emosi dan segala bagai . CikHuda ni mak sedare aku . aku tak pernah tengok pun dia emo emo macam ni . sebab dia perempuan melayu terakhir . ekhem ekhem kek coklat . tapi kejap , confusing kan status dia . ahaks . tiba tiba nak condemn status orang . takde lah . mula mula cakap perempuan marah kalau lelaki kata perempuan tak reti bawa kereta . so kat sini , CikHuda kita ni macam kutuk perempuan . lepas tu kutuk lelaki lak . so sekarang ni siapakah yang bawak kereta Exora tersebut menjadi misteri ? dan amboii kutuk kereta Ezora eh . selamba badak je . hee . so ada lah aku duk komen komen kan . selepas dua jam macam tu , ini terjadi dekat aku . rujuk status aku kat bawah .

 

okay kali ni , memang aku bengang . kaw kaw punya bengang . boleh tak kereta vios depan aku , slow kan kereta bila lampu baru nak bertukar kuning . bila lampu kuning , dia dah berenti dengan tenangnya . padahal takde kereta lagsung di laluan hadapan . faham tak ? okay sekarang situasi dia adalah simpan 4 . so supposedly , bila lampu kuning , memang lah kena bersedia nak berhenti . i know . tapi tak perlu naive sangat kot . teori nya memang macam tu . tapi secara praktikal nya , takde nya orang nak berhenti . bila lampu kuning , orang dah mula pecut . jaga keselamatan ? eh jangan gelabah sangat kot . dah kata , takde kereta . lagipun tak bahaya kot . belum merah pun lagi . tak perlu nak buat buat alim . jalan je . 

dan driver nya adalah PEREMPUAN . boleh tak ? kalau ada tanda P , aku tak kesah ah . ni takde . sayang kereta ? kalau sayang kereta cik kak oi , letak dalam garaj je lah . tak yah bawak keluar . dah la traffic light dekat situ memang lama . bila sampai merah , nak tukar jadi hijau , ya ampun , lama gila ! aku dah lah kebetulan nak cepat . memang mendatangkan kemarahan . kang aku hon kan , tak pasal dia balik , buat status dekat Facebook lak . betul lah . dulu sebelum aku boleh drive , setiap kali abah aku marah perempuan bawak kereta , aku selalu kata abah aku bias , prejudis , diskriminasi . mana tak nya . setiap kali kereta depan bawak slow , atau lambat keluar selekoh , mesti abah aku cakap " nie mesti perempuan ni " . dan ternyata betul tekaan abah aku . 

sekarang bila aku dah boleh drive , aku jadi sebijik macam abah aku . bila kereta depan macam sengal sengal ubi , lembab lembab kura kura aku akan cakap " eh perempuan lah ni bawak kereta " . dan ternyata tekaan aku mengena sasaran . tapi kadang kadang aje lelaki . tapi dari raut wajah dan cara , nampak tak macam lelaki pun . apa apa ah . malas nak fikir . tapi betul . kepada perempuan di luar sana , tak yah nak buat baik sangat kot . relaks sudah . jpj takde pun nak bahagia award kepada pemandu berhemah kan . hee . as long as tak datangkan bahaya kepada orang lain , okay kot . 

Wednesday, May 25, 2011

BAYI 1 TAHUN PREGNANT

okay , tajuk macam terencat je . tapi itu lah hakikat . ini lah yang terjadi . sesungguhnya ianya benar , dan sangat benar . okay aku rasa aku nak cerita sikit . hari ni aku pergi makan kfc orang kampung . bukan yang pakcik merah tu . yang ini lain punya . kelantan fried chicken . harga rm2 . rasa lebih kurang dengan kfc yang betul . tapi takde lah spicy dengan original . dia ada perisa kari . well , untuk save budjet boleh lah . lain dengan beli ayam dan gaul sendiri dengan tepung . dan juga lain rasa dengan ayamas ayam goreng yang boleh di beli dengan harga rm15 di Giant dan sekutunya . so sejam setengah sebelum pergi makan ayam ni kan , haa aku dengar dalam radio pasal bayi satu tahun pregnant . terus aku berhenti kan kereta . bukak radio kuat kuat . okay takde lah sampai aku berhenti kan kereta . melampau sangat tu .

 yes , aku berjaya !
mengandung pun hehe !
i am gonna be a mother soon !

haish banyak pulak nama yang cantik
yang lawa , yang berkenan ..
harap dapat kembar lapan ..

 tak sabar nya nak ada anak ..
nak bagi susu , nak main campak campak ,
nak tunjuk dekat orang anak cantik ..
yang penting , catat sejarah dunia kot .. 

so deejay radio tu mula lah bercerita . benda ni berlaku di Arab Saudi . budak satu tahun mengandung . dia mengandungkan janin dia sendiri . macam mana tu ? bila pergi check , sah memang budak tu mengandung . lawak kan ? tak dirogol pun . duduk dengan mak dia je 24 hours . tapi itu lah kuasa tuhan . mak dia bercerita , dulu time dia mengandung kan budak yang sedang mengandung sekarang ni tu , dalam perut si ibu ni ada dua janin . so sepatutnya keluar kembar . tetapi apa kan daya , janin tersebut vibrate dan bergabung menjadi satu . sampai lah lahir  . so mungkin janin  janin tersebut berlainan jantina . dan ter-subur pulak sperm dan ovum . dan sperm berjaya lak bertemu dengan ovum dan mem-bikin cinta pantai merdeka , lalu menghasilkan satu janin yang unik lagi .

andaikata lah kan , kandungan tu selamat di lahirkan . macam mana nak explain eh bila dia tanya sapa bapak dia ? okay lambat lagi tu . kita amek yang mudah . macam mana bila kandungan dah 5 bulan , perut budak 1 tahun tu mesti kembang kan ? so macam mana nak berjalan eh ? yelaa budak satu tahun berjalan pun tak betul . apatah lagi kena bawak kandungan . macam mana kalau dia mengidam nak minum susu pelik pelik ? huaaa menarik nya kehidupan si ibu nanti . ibu dan bakal anak beza umur setahun . gempak . boleh jadi bestfriend . hehee .  




 

RESULT DAH KELUAR !

Okay , jerit sekali lagi . Result dah keluar oii . Check email . oi oi oi . untuk budak diploma je . budak degree jangan nak gelabah mak ngah sangat . ni semua salah student portal lah . sebab tak cakap pun budak degree tak keluar lagi , just budak diploma . okay fine , sebenarnya kalau pergi check dekat jadual akademik , dah terpampang tulis . but still , berapa orang je yang akan check everything dalam student portal tu kan . aku pun tak check . cuma aku ada tengok dekat facebook . orang main laser tag . tapi kan aku rasa kawan kawan aku relax je semalam . aku ni gelabah kot . bukan apa , sebab mana lah tau kan kot kot budak degree pun keluar jugak . so lets see , what happened in my twitter last night .


BOOO ! LOSER !


BUAT LETIH GELABAH !! 


so kesan pada dua tweets yang pertama tu , kena lah sound sikit dekat twitter . padan muka kau Nachokiddo . bajet twitter diari , pergi tweet semua benda . baru dekat twitter , kalau aku letak dekat facebook , gamaknya orang datang campak telur dekat aku . okay TAK LOGIK . tapi itu lah . mungkin kita berbeza kot . aku lepas pada exam , hidup aku lagi tak tenang . duk fikir macam mana lecturer tanda paper aku . duk fikir lecturer boleh baca tak tulisan aku . tulisan macam CAKAR BABI dah . betul ke jawapan yang aku tulis . macam macam lah duk bermain kat fikiran aku . jangan kata aku tak cuba untuk lupakan benda benda exam ni dalam otak aku . i did and still do . tapi ntah lah .

macam siot okay . aku pun tak tau ape nak jadi dengan aku ni . nanti kan bila result kuar , tak dpaat seperti yang diimpikan , mula lah pergi cari orang sini sana , duk mengadu , duk luah perasaan , macam orang lain takde kerja nak dengar kau punya masalah . macam kau sorang je ada masalah Syed oi . tapi itulah aku , SyedMuzzamir . sem ni aku akan cuba untuk tidak mengadu . aku akan cuba terima apa je yang datang dan pergi . cewahh . drama King pulak aku kat sini . so apa apa pun , aku ada dua bulan lagi nak merana . lepas 2july , lega . boleh nak teruskan kehidupan . ahaks . 
p/s : dah dengar lagu finale Mentor ? KLIK SINI


Tuesday, May 24, 2011

SALMA BAKAL JUARA MENTOR - DIRANCANG ?

jangan tanya kenapa aku lambat post entri . ( macam ada orang tanya je ) . eh tapi memang ada orang tanya pun . sebenarnya aku tengah kecewa . sijil SPM aku hilang . yes aku salah letak . dan bukan sijil SPM je hilang . satu file sijil aku hilang . so sekarang ni aku tak berapa nak boleh mintak kerja . ade je kerja yang tak perlu sijil SPM . tapi tak gempak lah . kata nak kerja dekat pejabat kan . dalam aircond . kena lah ada sijil ni . dah lah malas lah nak merungut dekat blog . dekat twitter setiap saat dah aku meluahkan isi hati yang terbuku . cewah apa apa je SyedMuzzamir ni . 

seperti yang umum tau , 3 4 hari masuk surat khabar . pasal Mentor ni . semua dah tau kan finalist pada asal nya Ika dengan Shiha , tetapi tiba tiba tv3 tambah si Salma pulak . tinggal lah si Ratnah sorang sorang terkeluar . satu je aku nak cakap NOT FAIR . satu lagi aku nak cakap SUCK . jap nak tambah satu lagi NAMPAK SANGAT . logik ah . mentang mentang dari konsert pertama , Salma ni boleh kata paling gempak sebab suara paling tinggi , alih alih bila tak dapat masuk final , tv3 bukak quota pulak . cuba kalau bukan salma terkeluar , contoh lah , salma dengan shiha masuk final . ika dengan ratnah terkeluar . agak agak tv3 bukak quota tak untuk ika ? i dont think so . apa lah . mula mula permainan start dengan bersih , now dah tercalar sikit . 

kenapa aku cakap Salma logik terkeluar dan kenapa aku cakap tv3 saje memang nak bagi Salma menang . senang je . cuba korang tengok apa terjadi sejak konsert semi final pertama . nampak tak yang Salma dah mula goyah , dah mula tak sedap , dah mula nyanyi macam ntah pape , dah mula nyanyi Lagu yang tak berapa nak sedap dan kena dengan suara . dan ingat tak apa Erra kata lepas habis semifinal pertama , yang minggu ni dia janjikan persembahan yang terbaik dan tiada lagi istilah salah lagu . tapi apa yang terjadi minggu ni nampak sangat macam tak belajar dari kesilapan lampau . eksperimen ? well aku tak rasa benda tu bagus . sebab now dah semifinal . semifinal orang dah tak main eksperimen eksperimen ni . orang dah start buat report , kerta kerja kalau kita apply macam mana kita belajar Sains di sekolah rendah dulu . time final , just perlu submit report dan jawapan je . betul tak ? so bagi aku deserve kot Salma terkeluar .

silap cara Erra sebab dia pukul habis pada permulaan konsert . so bila dah dekat nak habis , idea dah kering , dah letih , dah lemau , so jadi lah persembahan macam taik . shiha maintain every week . Kak Pah tau Shiha tak berapa bagus dekat fast song . so dia tak bagi fast song . dia tau kekuatan Shiha dekat Balada dan Etnik kreatif . dia bagi Balada dan etnik kreatif . begitu jugak dengan Ika dan Ratnah . reason kenapa Salma masuk balik sebab nak meriahkan lagi persembahan dan bagi cabaran lagi dekat dua finalist pertama . seolah olah menidakkan kebolehan Ratnah . i have to admit teknik nyanyian Ratnah tak power . tapi persembahan dia tip top . menari bagai . so i guess kalau Ratnah masuk balik pun , dia boleh bagi saingan hebat di Final . 

apa apa pun , pilihan aku untuk juara mentor adalah Shiha . ika boleh laa . and andaikata Salma menang malam tu , sah sah , nampak sangat tv3 dah plan awal awal . unless , Salma buktikan yang malam tu persembahan dia luar biasa dan tak tercapai dek akal kita . okay lah , aku cerita panjang panjang pun . takde guna . bukan ubah apa apa kan . ahaks . tapi saje lah nak luah kan isi hati perasaan dan segala yang terbuku . okay kat bawah nanti aku bagitau persembahan terbaik setiap protege . di mata aku okay . bukan mata orang lain . mata orang ikut suka lah . 

Salma - Jeritan Batinku
Shiha - Memori Tercipta
Ika - Sejati
Ratnah - Raja Gelek & Cek Mek Molek 


Sunday, May 22, 2011

KARAK - menyeramkan !


 Hey Guys i'm in LONDON 
style tak aku punya mukaddimah ?
macam iklan digi Yuna tu tak ?? 
boleh lah kan .. lebih kurang dah tu ..
so apa lagi , takkan tengok jer ..
follow cepat .. nanti aku follow 
korang jugak .. hehehehe ..
why TWITTER ??
seronok kot baca orang tweet ..
spontan kan benda alah nie ..



semalam kan aku pergi shah alam . bertolak dari Dungun around 1030pm . kalau sapa add aku dekat facebook , boleh nampak aku duk check in tak berenti sampai lah shah alam . kalau duk follow twitter aku , maaf . aku tak tweet sangat semalam . nak save battery . so around pukul3 pagi , kami berada dekat highway . nak masuk Karak . aku automatik fikir pelik pelik . mata ni pun satu hal , dekat nak sampai Karak , aku boleh terjaga dan tak tidur . so aku amati jalan yang suram dan gelap , berkabus dengan penuh penghayatan . dalam hati bimbang jugak , kot kot ternampak benda benda yang tak diingini kan . tapi sempat lagi update status facebook , dalam dalam takut tu . aku konon konon nak lindungi abah aku . chewah . yelaa kesian kot kalau abah aku nampak sorang sorang . at least kalau aku nampak jugak , boleh aku teman dia takut . hehe . kenapa aku takut highway Karak . sebabnya adalah : sila rujuk gambar di bawah .
 

 haaa ambik ! tiba tiba Karak laluan puaka . tapi betul seram gila semalam . sebab tak banyak kereta kan . kebetulan time kiteorang dekat Karak memang takde kereta lain . semalam tu dah lah radio takde coverage . buat nya tiba tiba dengar ada orang ketuk tingkap ke , ada orang depan cermin kereta ke , nak buat cam ne . tapi aku ada baca baca sikit dalam hati . yelah . orang kata prevention is better than cure kan . kang tak pasal , tak sampai shah alam . duk stuck dekat Karak je . lepas tu , boleh jadi cerita benar , promosi sekali cerita Karak yang akan keluar hujung bulan ni . hehe . plan plan nak pergi jugak tengok Karak hujung bulan ni . tapi tengok lah macam mana . tak de geng nak tengok .
 
semalam aku sempat snap gambar kereta ni .
percaya atau tidak , kereta ni ada depan 
kiteorang . tapi dalam 5 mins , kereta ni hilang
di telan kabus yang tebal yang mengaburkan 
pandangan . okay tolong jangan percaya 
aku google je gambar ni . baru je . 
hehe . by the way aku dah selamat 
sampai Dungun , Terengganu . 


Saturday, May 21, 2011

CHILDHOOD MEMORY #1

Morning . Salam sejahtera . Aku nak bagitau , walaupun korang tak kesah pun kan , tapi ye la blog ni kan online diary , so mesti ada jugak yang kesah . malam kang aku akan ke Shah Alam menemani abah tercinta ada hal di seksyen16 Shah Alam . okay , cukup . tak boleh bagitau detail sangat , kang tak pasal ada orang sediakan karpet merah esok . ekhem ekhem . so esok tak dapat lah nak update blog kan . auto publish ? hmmm tak tau lah . sebab otak aku ni bukan 24hours ada idea kan . dia datang tanpa diundang , pergi tanpa disuruh . haa amek kau . ayat drama habis . sekarang ni , hari hari aku pergi ambil adik adik balik sekolah . teringat kisah kisah zaman aku muda remaja dulu . nak dengar cerita aku tak ? mesti nak kan ? cerita aku ni kalau kena gayanya , lagi menarik kot dari cerita Hanis Zalikha yang cantik tu . eh aku baru tau Hanis tu sama umur dengan aku . ekhem , mungkinkah dia jodoh aku ? 

berangan di siang hari ! aku dulu dari darjah 1 sampai darjah 3 jadi ketua kelas . sampai famous dah aku ni sebab jadi ketua kelas tiga tahun berturut turut . sekolah aku dulu ada tie untuk orang yang ada jawatan . kalau warna merah , ketua kelas . kalau warna hijau , pengawas perpustakaan . kalau warna biru , pengawas sekolah . yang paling best pengawas sekolah sebab boleh skip kelas . so bila cikgu tanya pergi mana , boleh bagi alasan pergi ronda blok darjah 1 lah , kena pergi jaga kelas lah , cikgu panggil lah , apa apa aje . kalau rehat , boleh rehat lama . sebab kalau cikgu tanya kenapa lambat masuk kelas , boleh bagi alasan tadi jaga kantin , takut budak budak lepak dekat kantin . hahaha . teruk perangai . 



semangat wei aku pergi snap gambar menyebabkan ni lah entri aku paling lama . 45minit baru siap . haha . ye la amik gambar satu hal . pergi cari tie ni satu hal . so aku pakai tie merah tu dari darjah 1-3 . then darjah 5 aku tolak dari jadi ketua kelas . kenapa takde darjah 4 ? aku ni budak lompat . budan lompat galah . lompat kelas . macam mana tu lompat kelas . alahai dulu kan ada PTS ( penilaian tahap satu ) . so kalau lulus PTS tu , boleh terus pergi darjah 5 . aku lompat , so awal awal masuk kelas darjah 5 tak kenal orang . dah lah pelajar tak hensem . aku je paling hensem . hehe . darjah 6 aku baru jadi pengawas . happy sebab boleh pakai tie biru , baju biru . sebab dah boring pakai baju warna putih , mudah kotor . 

kenangan jadi pengawas kan , oh sebelum tu , aku ditugaskan untuk menjadi pengawas bahagian pintu pagar . aku jadi ketua . bawah aku ada dalam 5 orang . ni lah spot paling famous . sebab hari hari orang akan nampak muka aku depan pintu pagar sekolah . dah la pintu pagar depan aku jaga kan . so semua geng geng yang datang sekolah dengan kereta . berlagak lah sikit kan . siapa yang lambat , memang nama kena ambil . tapi setakat ambil nama je . nak gertak budak . ekhem , hebat jugak aku dulu kan . kelakar , ada budak yang merayu . takut nama kena panggil . macam macam lagi . aku dulu macam gila kuasa sikit . kadang kadang budak datang lambat , kalau budak darjah3 ke bawah , memang aku marah sikit . tapi takde lah marah teruk pun .

ada dua beradik , lelaki dan perempuan . memang hari hari lambat . hari hari nama dia ada dalam buku 555 aku . kelakar . dua beradik ni macam suck gila . mungkin sebab kecik lagi kot . since aku dah warning kan , mulai hari tu , hari hari bapak dia akan hantar budak tu masuk pagar sekolah . ye la since bapak dah masuk pagar , aku nak cakap apa lagi . takkan aku nak marah bapak budak kan . budak tu apa lagi muka eksyen gila . nak je aku cucuk mata dengan pen aku ni . bapak dia ni pun satu , dia dukung anak dia bukan hantar masuk kelas pun . dia hantar dekat aku . so bila anak dia dah gerak pergi kelas , baru si bapak ni balik . siap warning aku lagi si bapak ni . ntah pape . aku ingat lagi muka dia sampai sekarang . pakai kereta wira warna hijau . yang paling aku bengang , dia sound aku macam ni " baru pengawas sekolah nak mengada ngada . macam kita tak pernah lambat " susah bila ada ayah yang sokong anak langgar peraturan sekolah . pfffftt . 



Friday, May 20, 2011

PUTUS CINTA





sekadar gambar hiasan okay . tapi bukan hiasan sangat lah . sebab benda ni benar benar terjadi . hee masuk paper hari ni kot . hari kahwin , si bakal suami cancel kan perkahwinan . si bakal isteri frust . dengan baju pengantin ye . cubaan untuk terjun bangunan . suicide . hmmm . bagi aku benda yang perempuan ni buat boleh difahami , ye laa satu frust , kedua malu , ketiga sedih , keempat jiwa kacau dan terakhir rasa tak percaya . dan dan hari kahwin , dah siap semua . tak jadi kahwin . berlaku dalam sekelip mata . mungkin dia takleh terima kenyataan kot . adoiya , kesian . tak baik tau buat orang macam ni . dah taknak , cakap awal awal . ni nak tunggu hari wedding baru nak bagitau . dengan cara yang memalukan . sungguh tak gentleman . 

pengalaman aku ? chewah . cerita pasal pengalaman lak . hmmm bila putus cinta memang sedih tapi cuba lah terima kenyataan tu . eh aku putus cinta takde lah sampai aku plan nak bunuh diri , buat lagu ke apa . ala ala cinta tiga segi tu kan . aku putus cinta , putus macam tu je la . haaa haaa cool gila kan ? meh aku story sikit . benda ni berlaku di sekeliling aku lah jugak kan . pelajar couple dengan staf pentadbiran sekolah . well , aku tak pasti diorang couple ke tak . mungkin si lelaki je kot ada crush dekat si staff ni . then , suatu hari , si lelaki tekad untuk meluahkan isi hati dan perasaan yang suci lagi ikhlas . jawapan yang diterima ? haruslah TAKNAK , NO , GILA KE SAYA NAK TERIMA AWAK , NO WAY , GO TO HELL . okay aku tokok tambah . tapi yang pasti si staff tolak cinta suci dan ikhlas pelajar tersebut . lelaki tersebut frust menonggeng , buat cubaan nak bunuh diri . 

caranya ? bukan terjun bangunan . bukan kelar tangan dengan pisau . bukan jugak makan racun . tapi dengan cara yang lebih ekstrem dan menyakitkan . duduk tengah tengah jalan , tunggu kereta datang langgar . fuhh terbaik kan . nasib baik kereta tak de , kalau tak , dah kena pijak , dah arwah dah . aku rasa ada orang sedar . dan selamatkan dia kot . heee . kalau tak , tak pasal asrama aku berhantu . misteri lelaki digilis lori cinta ditolak staff sekolah . hmmm . budak budak tak matang . dengar dik , abang nak nasihat . bercinta boleh . tapi jangan taksub sangat sampai tahap macam ni . tak de guna dik . kita belajar tak habis lagi , makan minum pun mak ayah tanggung , tak perlu nak frust sangat lah bila putus cinta tu . normal la kitaran hidup macam tu . fikir dulu sebelum buat . kalau betul nak couple , kena ready mental dan fizikal lah . mengapa fizikal ? ye laa kot kot lah kena pukul , kena buli , kena dera dengan pasangan kan . 

p/s : aku tak couple couple lagi ni . nak cari staff uitm yang single lah . yeah .

Thursday, May 19, 2011

AKU TAHU ASAL USULMU

Aku baru bangun tidur . lepas tu pergi ambil duit collection kuih . hmmm biasa lah . cuti ni boleh lah sikit aku tolong parents before aku dapat kerja lain nie . hee . aku sekarang jarang sikit tengok movie dalam laptop aku ni . bukan apa jadual aku padat sikit . pukul11am sampai pukul3pm , ibu dan mami aku dah chop laptop . nak tengok cerita sambil sambil dia buat kuih . demand betul penjual kuih zaman sekarang . taknak tengok dah tv3 , tv1 tu semua . haha . tajuk entri aku macam ape ntah . korang rasa macam apa ? aku rasa macam tajuk entri blog . ape lah kau mengarut ni setan . 

takde , macam ni . pagi tadi aku tengok lah Damping Malam dengan mami aku . actually dia tak suka sangat cerita hantu ni . takut . tapi sebab takde cerita lain . macam biasa lah , baru intro cerita ni , dia dah menjerit  aiyooo . memang patut nya mami aku ni di bawa tengok screening cerita hantu , bia satu pawagam terkejut dengar dia menjerit . hee . lepas tu kan , ada satu scene yang Amy Mastura pergi jumpa anak dia dekat asrama . masa tu kan anak dia dalam posisi macam kat bawah ni .
bagi aku budak ni teror berlakon . okay then Amy Mastura jerit " aku tahu asal usul mu " , terus hantu tu lari . before this , di scene yang awal , ada dah hantu kacau telefon rumah , dia call ( hantu pandai main telefon kot , maju ) , masa tu Azizah Mahzan angkat , lepas tu Azizah cakap kat telefon tu " jangan kacau keturunan aku . aku tau asal usulmu " . then automatik hantu tu lari . tak kacau dah . so itu membuatkan aku terfikir , kenapa dengan ayat " Aku Tahu Asal Usulmu " . kalau korang perasan , memang macam tu kan . setiap cerita . kalau ada scene tok bomoh vs hantu , mesti pakai ayat ni gak . kenapa dan mengapa ? aku pun tak tau . dan aku pun macam pelik . somebody care to explain ?



even dalam Jangan Pandang Belakang dengan Jangan Tegur pun kalau aku tak silap , ada cakap macam tu dekat hantu hantu . tapi kan scary lak aku rasa post benda cenggini malam jumaat ni kan . haish mintak simpang . haa satu lagi aku nak cakap , bagi aku Jangan Tegur lagi best dari Jangan Pandang Belakang . Jangan Pandang Belakang tu kan nampak sangat hantu tu tipu . bergerak straight je macam naik roller blade tak pun skate . tak real . tapi best impact khurafat lah . hantu ada dalam setiap sudut kot . tapi kalau tambah lagi hantu tu , bagi scene dengan hantu panjang sikit , lagi power aku rasa . dah dah pergi tidur semua , dah pukul berapa dah ni . AKU TAHU ASAL USULMU . peace . 

 

NUFFNANG


Selamat Pagi . Sihat semuanya ? Dah breakfast belum ? Hari ni abah aku tak kejut pun pagi tadi . so maknanya tak dapat lah upah untuk hari ni . aiyooo . rugi rugi . setakat cuti ni , aku takde kerja tetap lagi . baru nak apply jadi guru sandaran . ahaks . malu den . ade kerja kosong dengan 7e ni , tapi malas pulak nak apply . kena interview bagai . kerja kut shift lak tu . lepas tu ada satu lagi kerja , tak tau kerja apa . misteri betul tapi dia nak lelaki , pandai membaca dan mengira . rm30 sehari kerja 6 kali seminggu . aku rasa ni mesti kerja jual surat khabar ni . okay jugak . since buku kan banyak . boleh lah aku baca semua buku kat situ . boleh la baca semua gossip kan . hee . 

jadi cuti ni , aku mengharapkan nuffnang aku naik cepat cepat . boleh tebus nanti . yang aku tebus hari tu kan , tak dapat dapat lagi . aiyooo . lama betul . ada orang tanya aku nuffnang ni apa . hmmm. nuffnang ni bukan kuih . bukan jugak nama lain bagi Bapak aku . dia adalah satu company pengiklanan . tengok dah logo dekat atas tu ? haaa . sebelum aku kongsi pengalaman aku dengan nuffnang kan . sila rujuk gambar di bawah . hee . tu dia kata kata pendorong dari Nuffnang .  



oh by the way , gambar kedua kat atas ni adalah BE aku . aku baru dapat BE lagi . dua sekaligus . aku walaupun BE banyak , tapi tak power . sebab setiap BE aku boleh dapat lebih kurang rm3 atau rm4 je . isk isk isk . tak dapat ratus ratus pun . =( .. ye laaa bukan ramai pun datang blog aku kan .. BE ni buffered earning .. macam bonus lah .. yang pasti Hong Kong DIsneyland tu , iklan dia gambar Hanis Zalikha . heee . makin bersemangat kan nak klik . hmmm . pengalaman aku dengan Nuffnang eh ? aku start letak Nuffnang ni dekat blog aku bulan 11 tahun lepas . so lebih kurang 6 bulan dah . setakat ni earning aku lebih kurang rm150 . sikit ? memang sikit pun . sebab aku bukan full time blogger . aku tak macam Ben Ashaari . boleh update tanpa henti within 24hours kan . dan yang paling penting bukan senang nak dapat duit dari Nuffnang . bukan bila buka blog , letak iklan , klik iklan , dapat ribu riban dalam akaun . NO !

kena usaha la . kena tahu strategi . kena blogwalking blog orang . kena buat entri menarik . kena pandai pancing pembaca . tapi secara normal nya , bloggers ni bersatu hati , sehati sejiwa . aku klik iklan kau , kau klik iklan aku . macam tu la gayanya . kan kan ? tolak tepi pasal duit , Nuffnang jugak bagi tiket wayang free dekat kita . tau tak ? setakat 6 bulan ni , aku dah dapat 3 tiket wayang free dan 1 tiket konsert PakNil hari tu . gempak siot . so kalau earning sikit , apply lah tiket wayang tu . join contest tu . tak susah pun . comment je . siapa nak bagi tiket free rm12 selain dari Nuffnang kan . *bodek* . Nuffnang memang baik . memahami dan bersifat rendah diri . chewaah . so apa lagi ?? pergi usha Nuffnang ni , letak iklan dan have fun . ala bukan korang kena check hari hari pun . sekali letak je , so lepas tu biar lah dia running sendiri . sambil menyelam minum air kan . sambil ber blogging ,kumpul duit sikit . happy blogging guys !




Wednesday, May 18, 2011

AHMAD EXTRA LAWAK


ni bukan Ahmad maharaja lawak ke apa . Ahmad tak masuk maharaja lawak pun. tapi sia still kelakar tahap semut menari . lagi kelakar dari Amir , I'm Sorry. tau tak Amir ni cakap dia terkejut dia boleh terkeluar maharaja lawak . eii gila tak boleh blah statement . dah memang mung tok sedak , nok wak gano . gila nate ni . haa kang terkeluar loghat kelantam aku . haosh . okay lupakan amir . boleh tak tolong tengok link video dekat atas dulu sebelum baca entri nie ? nanti kang tak faham , susah pulak aku nak explain . hee . pergi cepat . aku tunggu . 



okay , aku rasa dah siap kot tengok video tu . polis yang bersara jadi artis nyanyi lagu lawak tahap gaban , Ahmad adalah orang di atas . hee . cantik ke ? well aku tak pasti . tapi aku tak berkenan ah . apa punya baju macam tu . tapi maybe bagi korang cantik kot . kesah aku apa korang rasa ? huahaha . aku first time dengar lagu dia . aku gelak tahap gaban . lagu macam tu pun boleh jadi lagu . ape ape je . aku tak faham gak motif lagu tu . yang penting lagu tu famous sekarang dekat Muzik.Fm . top 5 carta uolss .


tengok ? aku jumpa komen ni dekat youtube lagu Si Salwa ni . aiyoook taktau . ada orang marah . hmmmm . aku pun tak tau lah . sekarang ni lagu memang trend tangkap muat je . asal ada melodi , ada penyanyi seksi , release lagu . lirik berterabur ke , lirik macam hanjing ke , tak kesah dah . asal boleh guna keseksiaan artis tu untuk jual lagu . hmmm aku malas nak cakap apa . ikut dia lah nak buat apa pun . asal kan dia dan Ahmad bahagia selalu . tak gitu ? sorry lah tak boleh nak letak video tu kat entri ni , sebab broadband aku dah habis limit . so tak boleh nak loading youtube . gile slow . apa apa pun layan lagu Ahmad okay .


BULI TIZ ZAQYAH







selamat pagi . hari ni blog di banjiri dengan tweet aku . sorry lah . sebab korang tak follow aku dekat twitter , so aku tolong letak dan tampal di sini . sampai hati tiz seksa batin ku . wooo aku ni pun sengal ubi . pergi mention dia nape . kang tak pasal takleh tengok Nur Kasih sebab dia tak reply . yang penting , ada orang reply tweet aku , dia cabar aku tak tengok Nur Kasih . hee mesti lah . tengok muka ah beb . aku cakap , aku buat . blurp . frust . jangan ada yang baik hati , bagi link review nur kasih ah nanti . biar macam tu je . kang nanti aku download kalau aku nak . tapi buat sementara waktu , jangan kacau emosi aku dengan nur kasih . isk isk isk . 

tiz buli aku . ibu , tiz buli amer . isk isk isk . cakap pasal buli kan . aku baru tengok video budak cina kena buli . Omg . seriously aku tersentuh . tinggal 5 saat lagi air mata nak mengalir . nasib baik video tu habis lu , kalau tak , tak pasal , aku menangis hiba . tapi betul , kalau korang tengok , aku rasa confirm meleleh . lagi sedih dari tengok nur kasih . hehe anti betul aku dengan nur kasih ni . even kan kalau tengok muka budak cina tu je , dah sayu . apatah lagi tengok dia menangis , kena pukul , rambut kena gunting , kurang ajar betul pembuli tu . bodoh . kalau aku jadi mak ayah budak tu , seriously aku buat laporan . biar budak budak tu masuk sekolah Henry Gurner . dan aku nak panggil mak bapak budak tu , suruh buat public canning . dah lah budak yang kena buli ni OKU . tak kesian ke ?? confirm trauma .. hmmmm .. kepada yang tak tengok lagi , boleh klik link kat bawah ni eh .. 








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...