NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, December 31, 2010

Maizawati , Bekas Isteri Akhil Hay Meninggal Dunia ? FITNAH


siapa tak kenal Maizawati kan. Ex wife Akhil Hai. tadi aku jalan jalan jumpa blog yang buat post Maizawati dah meninggal. aku pun mengucap panjang. yelah, aku just tau Maiza masuk hospital. Accident. hari ni masuk bilik bedah. aku tau pun since aku add facebook Maizawati. so selalu lah baca kan pasal dia. so aku pun chat dengan kawan kawan, then share share semua pasal dia kan. then alih alih aku buka fb, tengok hubby dia update status kata semua tu fitnah.

adoi tak baik lah sapa buat macam tu. kalau ye benci pun, takkan lah sanggup doakan kematian seseorang. yang paling teruk siap sebarkan berita kematian umat Islam yang lain. kalau btol takpe lah. ni tak. astaga. harap orang yang post pasal ni dah remove post ni. sekali kita benci orang, sepuluh kali orang benci kita.





Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia

Fuhh .. berita page depan utusan hari nie .. betul betul mencetuskan fenomena nie .. dalam tempoh sejam je, dia yang tak popular dulu, jadi popular secara mendadak weii terus masuk ranking nombor 5 potong Support Timnas, twitter yang sokong bola sepak Indonesia .. nama dia juga paling popular dibincangkan di Indon .. Tabik spring . bukan twitter je actually, facebook pun same ..yang penting blog awek dia, followers dah jadi 4000 dalam masa dua hari je.. untung badan awek dia.. awek dia pun bukan calang calang.. model rasanya.. ada photoshoot bagai kan.. korang dah usha blog awek dia?? aku dah.. tapi kejap je.. since broadband buat hal.. slow.. marah btol.. 

agak agak nanti kuar tak kain pasang Khairul Fahmi ? tudung Khairul Fahmi ? Minyak wangi Khairul Fahmi ? yerlah. dulu time mawi dulu cetus fenomena, kuar gak kain tudung nama dia, perfume nama dia, air mineral pun nama dia. cun la weyh. kenapa ek die boleh naik meletup kebabooom ? mengikut surat khabar ni, dia berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.. Fuyoo..

aku tengok bloggers pun ramai utarakan tajuk Khairul Fahmi dalam blog mereka... naik terus traffik diorang.. bagus Khairul Fahmi ni, banyak tolong orang.. kalau korang rajin, korang boleh view kisah cinta dia dekat blog awek dia..tapi itulah bila ada orang suka kan, ada jugak yang benci.. aku da tengok group dekat fb yang benci awek Khairul Fahmi ni, macam macam diorang kata, awek tumpang nama lah, ape lah.. hmm.. takpelah.. awek dia bukan nak populariti pun.. cume terkena tempias je kan..

awek awek bloggers kata, lelaki yang main bola nampak 10 kali ganda lagi handsome dari keadaan biasa. btol ke? takleh jadi ni. aku kena main bola. orait lepas ni kalau aku main bola, aku amek gambar, aku upload. hehe. mane tau nampak 100 kali lagi handsome dari kadar biasa. ahaks. *boleh offer pelempang dekat aku tak* berangan pulak..

p/s : Ben Ashaari dah buat twitter.. nie mesti nak lawan KhairulFahmi ni.. hehe.. jangan marah bro eh.. 

Photoshoot Dengan Media Hiburan

let the pictures tell the whole story ..
Venue : Pasarayaku & Hari Hari 2.30pm - 5.30pm
Theme : Back To School 



nie prop eh.. dua IronGirls sesat dari mane ntah..


tibe tibe datang pulak abang polis..
pegang pistol cute giler..


yang ni siri Crocodile Hunter..
yang pompuan tu bini buaya nie...


yang ni bawak watak sebagai suami Umie Aida..
kena pergi beli barang dapur untuk rumah baru..


yang nie pelakon tambahan jer..
jadi orang lalu lalang..


nie aku jadi cameo untuk CSI 
ada gaya tak ??
tolong abaikan daguku yang berlapis 
mengalahkan kueh lapes tu..


Chef Syed ..
pengganti Chef Wan...
ade ke orang masak pegang senduk and pisau ?
rambut aku ada ala ala Ben Ashaari tak ?
bukan aku tiru die eh. die tiru aku. hehe.


last last scene bercinta dengan bini buaya..
adoiiii.... rosak rosak..

Zizan Cinta Hati Juliana Evans

Aku pernah jumpa dengan dia ni sekali je dekat Dungun. dia datang lawat nenek dia kat dungun. time tu raya. hensem lah jugak kan. aku ada jugak dengar dengar gosip dia ni since aku follow gak twitter mereka. so baca lah jugak tweet tweet sweet mereka. ade yang taktau citer? godek kat bawah eh..sumber Mstar...
Pelawak Zizan (Raja Lawak) menganggap gosip cinta yang sering dikaitkan dengannya bukan untuk meraih publisiti murahan. Namun dia mengaku sengaja memulakan gosip tersebut sekadar suka-suka dan hanya untuk gembirakan peminatnya.
“Saya dan Juliana tiada apa-apa. Kami balas membalas Twitter hanya sekadar suka-suka sahaja. Saya teruja bila ramai peminat akan tertanya-tanya tentang hubungan itu.
“Dan media akan beri jawapan tersebut. Saya hanya ingin mengembirakan peminat saya sahaja. Namun begitu saya tidak berniat untuk mencari publisiti murahan dengan cara ini,” katanya.
Jelas Zizan, kemesraannya dengan pelakon Juliana Evans melalui laman Twitter bukanlah satu hubungan istimewa. Malah dia tidak pernah terfikir untuk bercinta dengan pelakon muda tersebut.
“Saya senang berkawan dengan dia kerana cara pemikiran dia lain dari yang lain. Dia lebih terbuka dalam sesuatu hal.
“Jika ditanya tentang percintaan, saya lebih memilih untuk jadi kawan sahaja kerana hubungan persahabatan itu lebih kekal dari cinta,” ujarnya.
Tambah Zizan, jika dia benar-benar dalam sebuah hubungan percintaan dengan seseorang, dia lebih suka merahsiakannya dari pengetahuan umum.
“Kalau saya bercinta dengan seseorang tak mungkin saya akan beritahu secara umum dan datang bersama di sesebuah majlis.
“Saya lebih selesa menyimpan kisah peribadi terutama cinta daripada umum melainkan mereka tahu sendiri,” katanya yang mengakui masih belum mempunyai teman istimewa.
Dari perkembangan kerjaya Zizan akan keluar dengan dua buah filem berjudul Hantu Bonceng dan Untuk Tiga Hari. Manakala dia juga akan mengendalikan rancangan popular Raja Lawak musim lima bersama Johan.

Anak Perempuan Rosyam Nor Lawa Seyh


PETALING JAYA: Pelakon Rosyam Nor, 43, sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan keluarganya kepada umum walaupun sebaliknya pelakon itu dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu.
Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut.
"Sebenarnya saya tak terfikir pun untuk membawa mereka tapi pada saat-saat akhir mereka pujuk saya sebab teringin nak rasa kehangatan ASK2010 bersama saya. Selain itu mereka merupakan peminat Anuar Zain.
"Lagipun bila anak-anak dah besar, mereka pandai pujuk ayah mereka sampai saya pun kesian. Selalunya bila saya bawa keluarga, mereka akan duduk di bahagian penonton, bukan bersama saya.
"Bagaimanapun, saya masih dengan pendirian untuk tidak mahu menonjolkan keluarga saya kepada umum," katanya.
Tambah Rosyam, sehingga kini dia masih tegas dalam mendidik anak-anaknya untuk memberi didikan yang terbaik.
Pada majlis ASK2010, kemunculan Rosyam bersama dua gadis jelita mengundang persoalan di kalangan tetamu yang hadir.
Malah, kedua-dua anak gadis itu turut menjadi perhatian pelakon-pelakon lelaki di majlis tersebut.
Sementara itu, Rosyam baru sahaja habis menerbitkan drama bersiri Trilogi Cinta yang akan ditayangkan di RTM1, bermula pada 2 Januari 2011.
Drama yang turut membabitkannya sebagai pelakon utama, turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Fouziah Gous, Raisuddin Hamzah, Siti Fazurina, Aida Khalida, Amyza Aznan serta tiga artis Pilih Kasih, Ray Redzuan, Reza Hasbi dan Zulin Aziz.
Trilogi Cinta merupakan drama bersiri pertama terpanjang yang pernah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Ia juga merupakan sebuah drama yang diadaptasi daripada tiga novel Sharifah Abu Salem iaitu Tak seindah mimpi, Tak semanis Impian dan Tiada lagi Mimpi iaitu terbitan Alaf 21 Sdn Bhd.
-Mstar


Jom Tengok Khurafat


Mula-mula dengar tajuk filem ni aku tak terasa nak tengok pun sebab dah tahu biasa cerita hantu Malaysia ni same je konsep dia, tak lari dari konsep awal. hehe. tapi bila aku tahu pengarah dia Shamsul Yusof plus pulak dia menang benyak baru baru nie hmmm aku rasa eager lak nak tengok. lagipun ni filem hantu pertama dia kan. so mesti gempak kot. kot kot lah kan tibe2 ada drift ke, ada geng geng bohsia datang lepak dengan hantu kan. citer ni tayang 13 januari. aku momoe effa semangat nak g tengok 2 januari. haha. dekat wayang mane taktau lah, mungkin wayang kulit kot. since citer ni kuar 13 januari. 

kiteorg eager sebab ada deal okey. antara kami bertiga, sapa jerit time tengok cerita nie, kena blanje. haha diorang ni cabar aku. jadi aku buat deal. diorang kata nak tengok aku jerit dalam wayang. amboi, bukan main. haruslah aku control macho kan dengan perempuan. apetah lagi mereka single.( single ke? )
so aku google lah tadi sinopsis cerita ni dan aku jumpa. aku tak baca lagi. aku post dulu dekat blog aku ni, then baru aku baca. baru syok baca dekat blog sendiri. 

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospita sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. 

Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. 

Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. 



Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?

haaa amacam tertarik tak dengan sinopsis panjang berjelar macam baca announcement raya je. kalau anda rasa cam tak best, sila klik video di bawah. jangan tekan play kalau korang rasa nak tutup mata sampai video 1 minit ni habis okay.



Thursday, December 30, 2010

Bau Burger Boleh Kuruskan Badan

semua orang yang berimpikan nak kurus mesti klik neh. neh petua terbaru. memang sah menjadi. petua ni baru je kuar Muzik.Fm Eksklusif okey. mula-mula aku dengar, aku takde lah eager sangat. sebab aku tanak kurus pun. hahaha. sebab aku dah selalu sangat kurus dalam mimpi. korang tau, aku setiap kali mimpi mesti jadi hensem, hero, berjaya dan watak-watak yang membanggakan. kalau mak aku ada dalam mimpi aku, mesti mak aku eksaited, then cakap " Ibu Bangga Dengan Anak Ibu " chewah, tapi tu dalam mimpi je. kat realiti neh, taktau lah apa mak aku cakap kat aku.

berbalik kepada kajian di atas, memang betul lah kan. mula-mula aku fikir macam tak logik kot. then ada lah orang hantar komen, " memang lah bau burger boleh kurus, sebab bila kita bau je burger, mesti kita berlari mendapatkan burger tu, then kita dah boleh bakar lemak " hehe aku tergelak kecil ( bunyi macam karangan darjah 6 dah ayat aku neh ) .. then masuk lagi komen kedua, berbunyi, " memang lah sebab bau burger adalah satu jenis senaman " .. ewah senang hati je.. kalau macam tu Aizat Amdan tu duk bau burger jerlah hari hari. aiyoo. yang paling best, komen yang berbunyi " orang yang buat kajian ni adalah orang yang alergic burger, so dia bau lah banyak mana pun memang takde efek " .. hahah lawak lawak..yang ni aku paling setuju..

namun apakan daya, yang menang, komen yang berbunyi " memang lah boleh kurus sebab bau jer burger tu, tak makan pun. kalau bau memang tak gemuk lah ' .. LAME .. hahaha.. gelak kaya.. so tu lah petua untuk korang korang yang nak kurus.. apa apa pun, anda hanya perlu untuk bau.. nampak nasi minyak yang best tu, bau je, mesti tak gemuk.. anda nampak je KFC, anda bau je.. mesti tak gemuk.. orait, kalau guna petua nie, bukan stakat boleh kurus, boleh jadi macam lidi. ntah ntah dari halus dari lidi. selamat beramal. 


kalau burger sebesar ni ,memang lah tak gemuk kan



tapi kalau besar nie ??
semut pun boleh sama besar 
dengan gajah x gitu ?

Oreo tu best kan ? Tapi Geli Nak Celup Tangan Dalam Susu

haaa korang suka Oreo tak ? ala yang " Putar , Jilat , Celup " .. bukan oreo je lah kan, biskut sandwich yang lain pun ada kan, yang copycat Oreo nie dan dijual dengan lebih murah. aa ade, aku suka beli. dulu masa Mrsm Kuala Krai, before pergi prep, wajib beli RM0.50.. sangat sedap okay.. so sebab kan biskut tu Pmr aku tak cun.. sebab biskut tu terlalu sedap, dan aku jadi lalai makan biskut sampai tak study.. aku ada alibi kan kat sini, hehe. memang aku tak pernah salah pun. ni kawan kawan aku selalu cakap dekat aku. dorang kata aku ni tak pernah kalah, asyik nak menang je. amboi amboi senang je dorang cakap . takpe sem depan aku nak buat kalah je. hehe. berbalik kepada Oreo ni, ramai makan dengan sudu kan. sebab nya kotor lah tangan kalau celup dalam air susu tu sekali. well, aku pun cam tu gak. bila makan mesti bunyi cam ni " Putar, Jilat, Celup, yeks kotor tanganku "

so jangan risau. sekarang ada alat baru. aku baru jumpa dekat Internet. hehe. memperkenalkan Mr Dipr. sebab kan kalau aku lah kan. kalau guna tangan. tak sempat masuk mulut, biskut tu cair dulu dalam air. kalau guna sudu pun macam tu. hehe.



nampak Elegant tak ? btw, aku bukan kerja dekat smartshop ke ape eh.. aku saje nak share info.. benda ni memang sesuai untuk kanak-kanak eh.. orang besar pun boleh tibai sekali.. sebab tu ada gambar cartoon tu kan.. tapi kalau aku ada anak, aku takkan beli untuk anak aku.. kesah lah pulak kan tangan anak aku kotor.. biar kotor. boleh basuh dekat dapur tangan kan kan.. buat apa nak beli benda ni.. buat perhiasan boleh lah.. tapi nak guna, hmmm tak praktikal.. aku pun celup celup gak.. okay je.. kalau tangan kotor, korang jilat sekali tangan korang tu.. hehe.. 


SISA SISA TERAKHIR DI RUMAH PART 2

Hari ni dah khamis. berapa hari je lagi nak kena naik bas Sani Ekspress balik Shah Alam. Oh tidak, memang lah tak best. bukan sebab tak best duk sane, tapi tak best kelas dah start kan. nak kena bangun pergi kelas lah. oh please, kenapa takde online punya kan best. sambil golek golek atas katil pun boleh belajar. preparation aku meemang takde lah, macam biasa. sebab sekarang parents duk sibuk pasal barang sekolah adik adik, so aku yang dah duk kat U ni, dibiarkan merangkak cari nasi sendiri. perumpaan tu. kena tunggu duit masuk dulu baru boleh nak beli apa apa.

sebagai lelaki yang budiman, aku tak rasa pape pun. naik bus ke turun bus ke. tapi ada lah makhluk pelik dalam keluarga aku ni kan, naik je bus balik U,dia akan nangis dalam bas sepanjang perjalanan. tak ke sewel tu? so kalau perjalanan 8 jam, so 8 jam lah dia akan nangis. sampai ke destinasi dia akan okay sket sebab jumpa kawan kawan. keesokkan hari, bila bangun  siap siap nak g kelas, dia akan start nangis balik sebab baru sedar dunia dia dah berubah. hmm pelik btol. walaupun dah bertahun tahun duduk di perantauan, masih jugak macam tu. tak ubah ubah.

orang duk citer pasal bola eh. aku tak tengok. hehe.walaupun ada laser, ade perempuan seksi, aku tak terasa nak tengok pun.yang aku tau Malaysia menang je kan. dan semua duk puji Khairul Fahmi tu kan. ehehe. aku taktau nak kata dia hebat ke tak sebab memang aku tak tau. tapi aku pernah gak menceburi chewah takde2 aku pernah main bola gak. tu pun terpaksa. kenangan main bola yang aku takleh lupa masa form3, ada pertandingan lawan bola by class. then, kelas aku tak cukup pemain, aku terpaksa bermain. dan aku takde pilihan. terpaksa gak memalukan diri. aku telah diamanahkan untuk menjadi pertahanan. demi rasa cinta akan kelas dan sifat kekawanan yang menebal, aku gagahkan diri untuk masuk padang. 

so bila bunyi wisel, semua orang start jadi aktif. aku mula alert dengan pihak lawan. then kawan aku duk gelecek (betul ke ayat aku neh) bola punya baik. aku nampak. tiba tiba aku pegi potong dia, dan aku sepak bola dia. dan semua orang diam tengok tindakan aku. aku ingat kan diorang fikir aku hebat. aku pun senyum senyum bangga ah. rupa rupanya aku sepak bola geng sendiri. hahaha so orang diam sebab diorang pelik kenapa aku pegi rampas bola pasukan sendiri. malu aku. lepas pada tu mmg aku tak main dah bola. hahha kalau main pun, aku duduk je dalam padang, berlakon kejar bola. haha.

p/s : duk godek godek blog awek si Fahmi tu, ada cerita cinta dorang. ahaks.


Wednesday, December 29, 2010

Datuk Siti Nurhaliza Tak Pandai Fesyen ?

Hmmm. ye ke? aku tak pasti. sebelum peminat dia bantai aku cukup-cukup, aku nak cakap ni bukan statement dari aku orait. kalau korang tengok terbaik 2010 Fuhh petang tadi, korang akan dengar statement ni dari Editor majalah Glam ( maaf kalau silap eh ) ke ape. aku tak berapa pasti. tapi dia kata dia tak faham fashion yang datuk siti bawak. bukan dia je kata, kawan kawan dia jugak. hmmm, aku kadang kadang setuju jugak. sebab kadang-kadang nampak tak lawa sangat, kadang-kadang okay je. btw tadi Fuhh cakap pasal fashion artis kan, bila ade majlis ape ape ke kan. so untuk fashion terbaik si Jovian pilih liyana jasmay, si editor tu pilih fazura. no doubt. memang lawa pun. kalau fazura tu pakai apa je, mesti nampak lawa. kalau pakai guni pun, aku rasa nampak lawa jugak.

so, aku dah google gambar gambar datuk siti,tanaklah susahkan korang pegi tengok kan. so korang nilai lah sendiri okey. beauty lies in the eyes of the beholder. so maybe aku cakap cantik, korang cakap tak, bila aku cakap aku tak hensem, korang cakap hensem kan. hehe. terima kasih kalau ada yang rasa macam tu. kembang kejap. hehe. tapi kejap je, dah kucup balik dah. 



buruk beno kome tengok tang seluar tu hmm



hehe elok di pakai bila cuaca panas. 
elak kulit muka gelap


hmm. yang ni aku rasa lawa je..



comel kan ? ni mimik muka dia kot 
bila orang kata dia lady gaga malaysia


fuhhh cun siak.
muka macam Daisy Duck

Tiramisu oh Tiramisu



Best kan? Mesti dah meleleh air liur tu kan? dah tutup mulut. sambung baca. Hari ni macam biasa. Internet buat hal. tak pulih pulih. ada sket blog yang dapat loading. sedih sebab bila kita tak jenguk blog orang, orang tak jenguk lah blog kita. so hari ni bilangan orang datang blog aku sangat lah sikit. rasa macam tak best kan, kita tulis banyak banyak tapi takded orang baca. tapi takpe, aku buat blog ni pun sebagai kenangan aku nanti nanti bila aku dah tak berblogging, bila aku mula bz bekerja. chewah, dah fikir pasal kerja dah. padahal lambat lagik. antara blog yang aku sempat lawat blog Ee. korang knal tak? ala Ee yang ada lesung pipit tu. kalau korang tak knal, maknanya korang tak pandai blogwalking dengan betul. hehe, takde lah. aku gurau je, korang pegi lah jenguk dia eh. klik sini -- Eesyaheera --


okay time aku baca blog ee, aku baca lah kan entri dia pasal cerita tiramisu yang baru main kat tv3 ni kan. so aku pun baca sinopsis dia yang panjang panjang tu kan. korang nak suruh aku copy paste dari blog ee ke? hmm. takpe lah korang pegi usha kat blog EE eh. nanti dia kata aku plagiat hasil kerja dia. takpe lah eh. korang susah sket takpe kan? sket je. tapi aku boleh kata, cerita ni best sebab first time aku tengok tadi dah menarik. sebab tak lain tak bukan Sharifah Amani yang berlakon. dia cute kan? sangat cute. then berlakon watak budak budak so lagi lah nampak cute. 

okay kawan kawan semua. btw thank you semua yang follow, aku dah dapat 201 orang followers. walaupun blog tak menarik , sudi jugak korang datang eh. aku try sajikan cerita cerita menarik dekat anda semua. hehe. datang lah sini selalu eh. take care dear followers. 

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"


haha mesti kalah kan. since 111 kan. 
so aku rasa yang bertuah haruslah 111 jugak
tapi takpe, untung sabut dekat kelapa kan...

tag cik gedik : eesyaheera

Fly Me Away - Annie Little #Playlist2

Speak Now - Taylor Swift #Playlist1

Plan Untuk Cuti Mei - September

Orait . tadi kan seorang kawan yang bernama Aizat telah confirmkan bahawa sem depan, cuti sem 3 bulan. seperti yang tentera di tajuk entri tu. so tak pelu nak buat soalan interview tanya aku bila kenapa mengapa sebab apa why how when what okeh. dah clear clear aku bukan staf uitm so aku memang taktau sebab apa. tapi yang pasti cuti lah. UiTM je yang aku tahu. U lain aku tarak tau. sebab aku bukan staf U dorang. annoying tak aku hari ni? hehe sorry la ye tapi aku akan terasa annoyed gile bila orang tanya aku something di luar kemampuan aku sebagai homosapiens. bukan homoseksual eh. bace elok elok sket. jatuh saham aku nanti. 

so sekarang aku dah buat plan. kepada pelajar Uitm yang lain. sila buat plan sekarang okay. ikut lah pesan orang yang lebih tua. ( tak pasal pasal ) 

1) nak pergi holiday. nak pergi Pulau Perhentian.
2) nak buat tour satu Malaysia. nak pergi negeri yang tak penah pegi. Contoh : Penang.
3) nak pegi Universal Studio.
4) nak pergi Indonesia. nak jumpa Cut Tari. hehe.
5) nak berkhemah dekat cameron highland
6) nak KAHWIN.. yeah yeah
7) nak kerja part time

orait plan aku kali ni realistik dan amat simple. untuk melaksanakan plan 1 - 5 , aku kena pergi beli tabung ayam jantan dan start menabung. so amat lah susah untuk aku menabung. jadi aku akan pilih tempat yang paling sikit perlukan duit. dumbrolls sket. aku pilih nombor 2. ahaks, pegi Penang. taktau nak buat apa. tapi rasa nak pergi. haha. pilihan kedua aku dumbrolls sket abang drummer, taraaa aku pilih nombor 5. okay dah boleh potong yang lain. orait dah potong.

untuk merealisasikan plan ke6, aku kena carik jodoh sekarang. yang ni berat sket. tapi aku sedang mula pakai eyemo kat mata, bagi clear sket penglihatan. petang kang nak g jumpa optometris kasi tambah power biar spek aku jadi macam spek xray. boleh check terus duit dalam akaun dia ada berapa dan lain lain. yang ni macam susah sket. sebab jodoh kan. nak kahwin senang je. haha carik tok kadi, akad, kawin lah. tapi aku potong jugak yang ni sebab mesti parents aku x bagi kan. jap nak potong.

last, nak part time. aku tak penah keje pun bila cuti sem. malas lah nak kerja. kalau kerja dekat cc nak ! kalau kerja kena angkat barang dekat Mydin, yeks tanak. malas. first time aku kerja time cuti adalah tahun ni. bulan lepas, tu pun sebab praktikal kan. fuhh. so aku rasa macam aku tak keje gak. so boleh potong pilihan ni. so plan aku tinggal 2 je. tapi bila fikirkan balik, nak pegi penang & cameron,hmmm  mesti ken ada kamera kan. paling teruk pun kena lah bekal satu kamera DSLR. so aku takde. aku terpaksa potong kedua dua pilihan aku tadi. bila tengok balik, semua plan aku dah kena potong. hmmm. so aku nak buat ape eh? korang ada idea?

Tuesday, December 28, 2010

Aku Dan Budak 9 Tahun

Kelakar .. Memang kelakar.. tadi aku masuk Ym Chat.. random lah kan.. aku masuk Singapore.. geli lah nak masuk room Malaysia.. haha takde takde, kalau masuk room Malaysia, ramai foreigner  yang entah pape je.. asyik asyik invite webcam.. so aku masuk Singapore.. then aku chat ngan seorang budak umur 9 tahun.. gempak, 9 tahun dah masuk roomchat dah.. aku dulu 9 tahun duk main utus utus surat je dengan kawan dalam kelas.. tapi buat ala ala chat jugak.. yang ada nickname kat depan tu.. tak dapat imagine eh? Cam ni cam nie..

TengkuFarid : Hi , buat apa ?

CherryMerry : Hi gak , tak buat apa pun.

Okay sekarang dah Nampak jelas kan. Kenapa tengkufarid? Hmmm. Tu nickname Mirc32 dulu dulu. Kenapa tengkufarid bukan syedmuzzamir. Haha aku genius dulu. Kalu letak nama betul nanti orang tahu aku kan. So aku letak nama tengkufarid tu. Knal tak sape? Ala dulu kan tengkufarid ni famous dalam puteri impian. Tau tak? Hero dia tu? Puteri impian pun taktau? Yang amy mastura berlakon tu. Yang ada dialog cam ni “ sapapefe sufuruhfuh afawakfak jufupefe difiyefe “ .. okay mesti sekarang dah ingat kan.. sweet kan citer tu.. so that’s why ada tengkufarid tu.. skip part tak menarik nie sambung dekat cerita aku dan budak itu.. ni lah lebih kurang chat aku dengan dia.. aku chat dengan dia sebab nickname dia lawa..nickname dia sailormoon_light ..

Aku : salam, hai.. dengan kuasa bulan aku menghukum mu..

Dia : wassalam.. comel lah awak nie.. tu dialog saya.. awak jadi lah batman ke.. superman ke..

Aku : ala batman tak hensem.. kalau jadi superman, saya malu pakai seluar dalam kat luar.. saya jadi spongebob lah boleh.. dia pun hero jugak.

Dia : tak sama pun.. abang jadi Patrick lah.. adik tengok abang pun dah macam Patrick dah bulat je..

Aku : ( dalam hati aku, siot je budak neh ) … eh mane de same.. saya comel lagi..jap, abang adik ? asal.. kita ni adik beradik eh.. lain mak ke lain bapak ??

Dia : mengarut je abang ni.. saya tengok gambar kat tepi tu, macam tua je.. saya panggil lah abang..  saya hormat orang tua.. saya budak baik..

Aku : pulak dah.. ni gambar lama la dik.. tu gambar 20 tahun dulu.. sekarang abang dah mati.. dalam kubur dah neh..

Dia : abang ni teruk tau.. dalam kubur mane ade internet ?

Aku : adik, sekarang kubur dah maju.. ada wifi okay.. unifi lagi..

Dia : habis tu abang online guna apa?

Aku : lah, guna ipad dik.. tadik ade orang terjatuh kat kubur neh.. abang sambut.. cek cek ada wifi.. laju dik.. abang tengok youtube pun, laju dowhhh ( nada suara sam bunkface dalam iklan unifi orait )

Dia : abang ni main main tau.. abang tak takut ke?? Buat gurau macam nie..nanti karang ada hantu dating dekat abang nak pinjam ipad baru tau..

Aku : haha takde punye.. hantu tu takut kat abang.. abang jadi penghulu kat sini.. adik umur berapa?

Dia : 9 tahun.. abang ni cakap besar btol !

Aku : relaks dik. Abang gurau je pun. Ala muda sangat neh.

Dia : muda muda berisi bang. Abang jangan buat main main. Adik tak suka orang gurau pelik pelik pasal hantu. Adik nak Tanya boleh bang?

Aku : ape dia dik? Kalau nak ngorat abang, bgtau je. Abang ok. Hahaha.

Dia : orang sekarang buat cerita hantu banyak sangat. Hantu tak marah ke bang? Kita ejek dia macam macam. Hantu pakai telefon lah. Hantu ni, hantu tu. Diorang mesti tak suka kan bang orang tahu pasal diorang

Aku : ( haha gelak tak berenti.budak ni kelakar ) ntahlah dik. Abang tak kawan dengan hantu. Abang tak penah interview dorang.

Dia : hmmm kalau macam ni jawapan abang, baik ada tanya pokok je. Pokok boleh bagi jawapan better dari abang. Okay lah bang, battery hp adik low dah neh.

AKu : eh adik online pakai hp ke?

Dia : iphone 4. Baru beli. Hadiah dapat A.

… then terus dia log out.. adoi.. kalau aku layan budak ni, mesti best lagi ayat dia kasik.. hehe.. part yang last taik. amboi 9 tahun dah iphone. heh. 

SISA SISA TERAKHIR DI RUMAH PART 1

Sekarang buat entri berkaitan hari hari terkahir di rumahku syurgaku.. so mood harus baik.. perlakuan kena tip top.. kena cover jer perangai.. orang kata , kalau banduan, bila dia berkelakuan baik, dia dapat parole kan untuk kuar penjara.. same gak macam aku.. kalau berkelakuan baik, nanti dapat bonus duit poket lebih.. kalau lah kan.. so 2 minggu yang terakhir ni, aku dah mula take over kerja mak ayah aku seperti hantar adik2 pergi tuisyen. Pegi beli barang2 jualan. Pergi kutip jualan dekat kedai kedai. Pergi hantar mami balik rumah. Dan sebagainya. So ibu ku relaks lah sket kan..

Tapi sebenarnya bukan aku nak sangat pergi beli barang tu sumer.. aku pergi sebab boleh pergi melencong.. biase lah.. on the way nak pergi amek kueh tu, singgah pantai dulu.. makan makan.. hehe.. banyak lah jugak kan kerja lain.. sebab tu sekarang jarang sket update.. sehari dalam 3 entri je.. tapi takpe, korang sayang blog aku kan?? Dating lah selalu eh.. bace post2 yang lepas pun best best.. sementara tu, klik klik lah apa yang patut.. hehe.. aku kan nak gak rasa update, apa aku makan hari ni, baju aku warna apa, macam Hanis Zalikha kan.. tapi aku tau korang tak kesah pun.. isk3.. kalau Hanis tu, dia sebut makan roti pun korang excited nak baca.. tapi aku tulis, for sure korang cepat cepat pangkah X dekat atas skrin ni kan.. isk3 sampai hati diskriminasi kan aku.. hehe..

Baru dapat emel dari Nuffnang, Berjaya dapat tickets free untuk citer season of the witch jadah tu kan.. korang mesti tak heran kan? Since korang mmg selalu dapat.. ni first time aku.. so macam HAPPY lah jugak walaupun aku tahu bukan aku sorang je yang dapat.. ade 75 org kot yang bertuah.. hehe..  so kena pergi lah nanti.. 5 januari kan.. :D .. dan kalau lah aku buat contest siapa yang bertuah dapat kuar dengan aku, mesti takde org nak join dan takde org nak kesah pun.. tapi kalau Redmommy buat, semua org nak pergi.. isk3 sekali lagi aku didiskriminasikan.. haha.. jangan bimbang eh.. nanti aku dah top mcm Redmommy, aku tanak bagi korang jumpa aku.. haha.. takde2 aku gurau je.

Hari nie aku baru dapat tukar kad Atm aku yang rosak.. aku tak excited pun.. sebab dalam akaun ada rm5 je.. isk3 sedih sekali lagi.. so kad baru ke kad lame ke, same je.. tak efek hidup aku pun.. korang tau mase aku update status ni, aku menangis bagai nak rak, mengenang nasib hidup.. aku nak je pergi merajuk bawak diri.. pegi masuk batu belah batu bertangkub tu. Kesian tak?? Kalau kesian, cepat suruh aku kongsi apa aku makan hari nie.. hehehe.. 

Tran Van Hay Belit Rapunzel Dengan Rambut

Rapunzel sekarang dilaporkan duk ugut Boyfriend dia nak potong rambut .. sekarang ni boyfriend si punzel ni duk cari mana Hay menyorok.. Punzel ni manje sangat ..dulu memang lah rambut dia paling panjang.. sekarang dah ada orang lain, asal nak marah lak.. ni bukan sequel Rapunzel cartoon tu eh.. ni kisah benar.. tak cayer? hmmm korang ni memang kan, susah nak percaya kat aku kan. kalau redmommy ke, hanis zalikha ke yang cakap, confirm confirm korang percaya kan. huh.. scroll down dulu tengok bukti eh.. 




haa sekarang dah percaya? jom kita tolong boyfriend punzel ni kenal sape Hay. tapi nasihat aku kan, takyah lah pergi cari Hay ni. nanti dia belit ko kan, tak pasal kan. ala pujuk lah punzel leklok. takpun suruh Hay belit Punzel sekali. then ko carik awek baru, orait Bf Punzel. aku mula mula tengok macam geli kan since nampak macam kotor je rambut dia. but since Hay guna Pantene " tak mau syampoo lain " kira okay lah. nampak sket pembersih dia neh.

nama penuh dia Tran Van Hay, dia ni orang Selatan Vietnam. Rambut dia sekarang kalau tak silap 6.2 meters. tapi mungkin dah lagi panjang sekarang nie. dia bukan saje saje okay nak simpan rambut. tapi kalau dia potong rambut, dia akan rasa sakit yang amat sangat, dan dia pun akan jatuh sakit. Dah 50 tahun okey tak potong rambut, gara-gara masa umur dia 25tahun, dia potong rambut and jatuh sakit. start pada hari tu terus fobia. haha ade gak orang macam ni eh.. disebabkan oleh kejadian tu, dia tekad tanak potong rambut sepanjang hayat dia. 

so korang fikir cam ne dia pegi jalan memane, dengan rambut cam tu? haa Hay ni bijak jugak, dia buat sanggul rambut dia. hahah tak ke berat kepala dia. sebab tu lah dia jalan tunduk tunduk sket. berat lah tu. bukan sanggul macam tu je eh. dia balut pulak dengan kain, tanak bagi nampak messy. macam mana pula dengan penjagaan rambut dia? setiap 3 bulan dia bersihkan rambut dia neh dengan syampu dan pewangi tanak bagi busuk dan jadi sarang tebuang. kalau dia basuh rambut dia, bukan sejam dua jam. tapi lima jam. nak kering lak 3 hari. hehe senang senang dry cleaning je dekat dobi. senang habis cerita. 




Hay ni sorang petani. So isteri dia ni lah jadi hairsytlish dia. betul kan rambut dia.bini dia cakap jaga rambut suami dia ni lagi susah lagi dari jaga seorang bayi baru lahir. haha. tahun 2004, Hay menang anugerah Guinness World Book of Records sebagai rambut terpanjang. tapi hayat tak panjang, Hay mati masa umur dia 79tahun. dia ada barah yang dia alami mase umur 52 tahun. dan takde kena mengena pun dengan rambut dia. so Punzel takyah susah susah eh. U still menang. hehe. 

Monday, December 27, 2010

Kamilah Blogger 2011


jom kawan-kawan join segmen 
blog list brader neh. klik dekat banner eh. 


tag :

Pelajar Dirogol Bergilir - Gilir ( Lagi Lagi Kes Rogol )

takde keje lain .. bodoh .. bangang .. sewel .. bahlul .. macam macam reaksi kan bila kita dengar case rogol bawah umur nie .. semakin serious dari hari ke hari .. remaja ( 18 ke bawah ) sekarang ni dalam kepala ada pasal seks je ke ?? diorang ni fikir pasal rogol je ke ?? dah tu pergi sekolah sebab nak tengok perempuan cantik dan buat modal bila balik umah je ke ?? tepuk dahi tampar pipi lah brother .. get a life .. mungkin terlalu general aku mention remaja kat atas .. tapi ni lah hakikat sekarang .. masih lagi bawah umur dah pandai dah nak rogol rogol neh .. lagi teruk , bila perempuan tu sendiri yang rela .. but still , even if she consented to it , if she is minor , then it is RAPE .. tak adil ?? ketepi kan soal adil ke tidak .. we have another big and serious issue at hand .. 

siapa yang patut disalahkan dalam hal macam nie ?? aku syukur sebab zaman aku dulu kes macam ni masih tak terlalu meluas .. dan aku tak penah dengar case rogol rogol neh .. mengandung , gugur dalam toilet tu adalah .. but i did not give a damn lah kan.. bukan dekat sekolah aku pun .. sekarang ni apa apa berkaitan dengan budak budak mesti berkaitan dengan seks.. vcd lucah lah.. pegi cc tengok porn lah.. macam macam.. bersekedudukan lah.. nak salahkan sekolah?? tak jugak. kalau sekolah yang salah, satu sekolah lah alamatnya yang terlibat dengan kes kes cam ni.. mak ayah?? pun tak jugak.. even mak ayah marah, tak bagi kuar umah pun. still diorang buat benda benda tak elok neh.. government yang salah?? hmmm ntah lah.. mulai tahun depan, pendidikan seks akan diajar kepada budak darjah 1 kan.. risau pulak aku rasa.. adik aku darjah satu tahun depan.. kena usha jugak diorang punya garis panduan neh.. ape ntah yang diorang ajar..

aku ada dua orang adik yang sekolah menengah. dua dua perempuan. jadi bila dengar kes kes macam ni, even aku takde lah abang yang kesah sangat kan pasal diorang (ehem ehem ) tapi bimbang jugak. benda macam ni , memang teruk .. sekali kena, kesan nya selama lamanya.. aku bukan nak cakap aku bagus sangat.. tapi seteruk teruk aku pun, setakat hari ni tak penah lagi aku rasa kan nak buat benda benda macam nie. mintak jauh lah. kes terbaru ni budak pompuan 14 tahun kena rogol dengan lelaki berumur 16 tahun hingga 22 tahun seramai 8 orang.. lelaki 16 tahun ni bawak geng.. dia buat kenduri dekat pompuan neh. kurang ajar !! dalam sawah pulak tu.. tak beragak .. kejadian berlaku pukul 4 - 5 pagi..

4 - 5 pagi ?? mesti korang pelik kan macam mana boleh berlaku 4 5 pagi.. aku pun ingat dia salah tulis.. tapi rupanya btol.. budak pompuan ni kuar pegi mane ntah dgn kawan dia.. pukul 4 pagi baru balik rumah, gendong motor dengan kawan die neh.. tengah jalan, lelaki lelaki haprak ni tahan motor diorang.. dan start buat kenduri.. ni lagi satu hal.. yang pompuan ni pagi baru balik apekes?? ni jenis yang tak sayang diri jugak neh.. dalam kes ni si budak pompuan sendiri yang sorongkan bantal.. lelaki lelaki tu tengah mengantuk, amek je lah bantal yang dihulur ( ini perumpamaan okay jangan ingat pompuan tu btol2 sorongkan bantal ) .. 

ibu bapa kena alert lah sket.. time time cuti neh kan.. kena tahu lah anak pergi mana, dengan sapa.. jangan terlalu percayakan anak-anak.. diorang muda lagi, taktau selok belok dunia yang mencabar macam mak ayah sekalian.. nasib baik lah aku duk kat dungun.. dekat dungun pukul10malam, dah gelap dah.. takde lah adik adik aku nak main tengah tengah malam dekat luar.. 


amboi kucing ni pun.. pandai jugak..
macam belajar neh...
belajar dari manusia ke ??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...