Well Hello World . sekarang broadband aku sakit . dia kena sindrom siput sedut . memang macam ni . setiap kali hujung bulan memang macam tu . sedih betul . ada tak broadband yang takda limit usage tiap tiap bulan ? anyone ? kawan aku cakap kan broadband diGi unlimited . betul ke ? diminta pengguna diGi broadband untuk tampil kehadapan . bukan nak rotan . atau nak suruh ketuk ketampi . nak tanya je . jangan segan segan eh . tak best nya bila broadband ni habis limit adalah kerana susah nak loading blog kawan kawan mahupun facebook . dan bila lambat , jiwa aku jadi kacau . aku rasa nak hempas laptop dekat lantai . padahal yang salah nya broadband . adoi . aku pun tak pasti . kenapa bila sindrom siput tu melanda , aku pulak meracau lebih lebih .
bila aku baca balik title entri aku ni kan . aku pun garu kepala . garu punya garu sekali keluar kutu . isk isk isk . ntah mana datang ntah . kutu ni tak takut ke dekat shampoo pantene aku yang aku beli rm1 tu dekat farmasi bestari . aa rm1 . sebab dia nak habiskan stok . tak kesah lah kan . asal murah . aku tibai je . orang kata biar murah asal jimat . ekhem ekhem . tapi aku tak pakai pun . takut lah pulak kan nak pakai . aku dah beli yang lain dah . brand apa ? mana boleh share . takkan semua benda nak share . nant korang tiru aku . =P
sebenarnya apa yang aku nak bagitau . macam ni . pernah tak korang berada dalam situasi di mana apa yang anda kata orang tak setuju . dan bila korang cakap dia salah , dia mati mati kata dia tak salah . aku bagi situasi . then korang nilai . betul tak apa aku kata .
Ali : cantik sial Eesyaheera .
Abu : tak pun . biasa je .
Ali : mana ade . cantik gila kot . cuba tengok muka dia . ada lesung pipit kot .
Abu : ala dia tebuk tu . mesti dulu time dalam kelas cikgu ngaja . dia duk cucuk pipi dia dengan pen . tu yang berlubang tu . tak tengok ke lubang tu size pen .
Ali : hek kau . tengok betul betul . dan lah cute . manis . gedik pulak tu .
Abu : takde lah . tak cantik pun . cantik boyfriend dia lagi .
Ali : Opss .
okay taknak sambung dah . nanti makin mengarut . orait so dapat tak idea aku . yes semua orang ada pendapat sendiri . ada orang taste sendiri . ada orang ada idea sendiri . aku bengang gila bila orang tak respect kita punta pendapat . i mean dah kata brainstorming kan . kenapa kau nak condemn idea aku . macam idea kau bagus sangat . relaks lah weh . list down lah dulu semua idea . then kita sort out lah macam mana nanti . kalau nak list 10 idea , semua kau punya je . baik kau buat sorang sorang . sebab tu aku analogi kan . memang sifat gula tu manis . tapi kalau gula campur kopi . rasa gula tu tak manis dah kan . betul tak ? ada orang kan bila letak sesudu gula dalam air sirap dia rasa tawar jugak . tapi ada orang letak secubit gula pun dah rasa manis .
aku tau lah memang gula tu sifat dia manis . tapi pernah ke korang makan gula tu mentah mentah macam tu . cuba try amek seketul . apa korang rasa ? then korang bagi orang lain rasa pulak . try tanya 10 orang , mesti ada punya bagi pendapat berbeza . baru baru ni ada entri pasal pelacur blogger . ada baca tak ? ada lah seorang blogger ni buat . then ada ramai jugak yang buat entri balas . ekhem . aku pun rasa perkataan tu agak kasar . but then again aku malas nak komen panjang . sebab tu mungkin pandangan dia . betul tak ? sama jugak . ada orang kata blog aku ni sampah . mengarut . ada jugak orang kata blog aku ni boleh lah nak buat baca bila boring . aku respect semua pendapat tu . tapi takkan lah aku nak stop berblogging lantaran kritikan negatif tu . tak , aku takkan jatuh semudah tu . blog ni minat . aku suka bila baca komen orang dekat blog aku . selalu buat aku gelak . thank you semua . dan followers aku semakin meningkat . yeah yeah . happy . boleh buat jamuan ni . hehe .
p/s : apa apa pun gelak gelak jugak . tapi ingat . jangan sesekali nak undermine orang punya idea dan pendapat okay. terima seadanya . apa perasaan korang kalau orang tak terima pendapat korang ? dah lah tak terima . then kutuk lagi . marah tak ? marah tak ?