SELAMAT PETANG . tadi kan tengah tengah aku solat , aku terfikir something . nampak sangat tak kusyuk solat kan . haish . fine fine orang kusyuk solat takkan cakap dia kusyuk kan . mesti dia berkias . cakap tak tak . ekhem ekhem . aku cam terfikir kan , dalam duk perempuan perempuan wanita wanita menjerit jerit terkinja kinja mempertahankan keadilan dan equality kepada kaum mereka ( korang tak , orang lain yang aku maksudkan ) , perasan tak ada something yang perempuan ada , lelaki takde , dan lelaki tak mintak pun equal right ke apa . tau tak apa dia ? HANTU . haha . perasan tak kenapa hantu mostly perempuan ?
kan kan ? perasan tak ? aku baru perasan . cuba tengok , apa je cerita hantu dekat Malaysia ni , lelaki jadi hantu ? takde kan . kalau ada pun , boleh kira dengan jari tangan kanan je . adoiya . mengapakah ? kalau lelaki jadi hantu , tak seram eh ? ke hantu ni ada persamaan dengan perempuan ? ahaks , memang lawak seyh bila fikir balik . cuba kalau lelaki jadi hantu , kalau mengilai , mesti bunyik lawak kan . garau semacam jer . macam bunyik suara hantu baru baligh . kasar semacam jer .
agak agak kan kalau kuar cerita baru , sequel cerita Hantu Usop Balik Kampung . agak agak menjadi tak ? hantu Usop yang mati digilis trailer , berjalan jalan dengan tangan pusing pusing , muka separuh buruk , kaki separuh patah , jalan ngesot ngesot . ngeri tak ? aku cam rasa ngeri kot . even tangan dia duk pusing pusing , tapi setiap kali pusing darah keluar tak berenti renti . takleh tidur malam jugak kot . time tu takde dah orang jerit " Kita Bako Je " .. mesti orang duk jerit " Kita Lari Je " .. sebab takut ..
at last ! tak tau apa salah wifi ni , tak boleh nak sign in dekat blogger.com .. berjuta juta kali refresh nie .. siap dah tinggal komen dekat page Darkbatman , duk bgtau , emosi aku ni .. dah pasrah , dah siap siap nak tutup laptop , tibe tibe keluar benda jadah ni .. ni lah kotak putih yang boleh tulis tulis ni .. yang aku duk type sekarang ni .. means dah boleh log in .. haish ganggu mood betul .. baru je bersemangat waja nak belajar .. tak jadi pulak .. kuang3x .. ini lah dugaan menjadi seorang pelajar full time kan .. nak belajar , tapi bila ada benda lain yang lebih menarik nak buat , buku jadi nombor2 .. tak jadi priority dah ..
dah 3 hari kot aku tak bukak blog ini .. reason yang pertama sebab broadband aku memang dah jadi harta kakak aku yang tercinta .. haha .. yang kedua , gap hari untuk paper exam ke paper yang seterusnya lebih kurang 2 hari je .. yang ketiga wifi dekat rumah sewa macam haram .. owner tak bayar bil .. alih alih stiap kali aku masuk , dia kuar page P1 wimax suruh bayar bil .. haish .. tu lah 3 reasons kenapa bersawang kejap blog ni .. tapi takpe bersawang sawang pun , ada jugak sorang dua singgah .. ahaks ..
first time ni aku print screen benda ni .. nak tunjuk lah kan tak ramai pun orang datang sini .. so boleh lah kalau nak ramai ramai kan rumah aku ni .. asyik graf condong ke bawah je .. bila lah nak naik ribu ribu ni .. hehe .. oh by the way , aku dah tak lama dekat shah alam ni .. dalam 9 hari lagi , aku bakal balik kampung selama tiga bulan .. horayy .. like .. panas lah cuaca dekat shah alam ni .. kalau balik kampung , redup sikit kot .. hahaha ..oh aku lupa nak cerita kan pengalamana aku exam baru baru ni .. baru dua hari lepas actually .. tu paper Family Law .. boleh bawak tafsir al Quran kan .. aku punya in Bm .. malam exam memang cuak jugak .. sebab kena jawab in english kan .. pandai lah pulak aku nak translate tafsir in Bm ke English kan .. so malam tu , aku try hafal hafal sikit ayat dia in English .. so esok senang lah nak translate ..
nak dijadikan cerita .. sebelum exam pukul2 , kiteorang merujuk kepada aku dan budak rumah aku , pergi lepak ptar .. dan nak dijadikan cerita lagi RahimiArafpin telah menjumpai tafsir al Quran in English dalam ptar .. ptar tu library uitm btw .. apa lagi , berlari lari aku g pinjam .. so lega sikit .. masuk exam , just copy and paste ayat ayat tu semua .. tak yah nak tunjuk skill aku translate tafsiran ayat Quran in English .. baru nak kasi madam impress .. tak jadi lah .. hahaha .. tapi nasib baik ada tafsir english tu .. kalau tak lagi lah aku tak sempat jawab .. masa 3 jam .. aku tak sempat jawab habis .. tu tafsir in english .. kalau aku pakai tafsir bm , jawab nya banyak lah soalan aku tinggal .. heee ..
benda yang paling ditakuti time exam adalah FLU . sebab ia akan mengganggu prestasi kerja . dan benda ini dengan bangga nya telah hinggap kepadaku . orang kata datang tanpa diundang . tak malu betul . al kisah . kecewa lah jugak , sebab paper petang ni banyak nak kena hafal , kena ingat semua . semalam was hard sebab baca tak masuk , belajar tak ingat . tapi aku paksa diri jugak macam biasa . tak tau masuk ke tak . pukul 2am macam tu aku decide nak tidur dah . kalau paksa sangat sangat , nanti habis hilang semua yang dah lekat kat minda ni .
before tidur semalam aku dah makan ubat . tadi bangun , aku rasa okay sikit . Alhamdulillah lah . aku masa lagi nak study sikit . exam petang pukul2 . haish . bahaya betul . aku rela pening kepala , batuk lagi dari selesema . satu , sebab dia berjangkit . dua , buat kita jadi letih sebab hidung panas , berair je . memang tak selesa . nak jawab exam macam gitu memang lah mintak jauh . tapi aku bimbang jugak , kang tak pasal pasal petang ni , berair pulak hidung ni . mintak mintak tak ah . tapi kena prepare tisu juga . aku tak berani nak amik ubat pagi ni , nanti mengantuk tak sempat aku nak baca untuk kali terakhir .
nasihat kepada yang selalu stay up , minum air masak banyak banyak . jaga kesihatan . kalau rasa tak selesa badan , ambil ubat terus . elak dari penyakit tu merebak okay . kita kalau boleh time jawab exam , nak mentally dan physically sehat seratus peratus . supaya badan kita boleh berfungsi secara optimum dan otak kita boleh bergerak maksimum . apa apa pun , have a nice day .
kan aku dah cakap , selagi tak pukul3am , memang tak tidur lah aku . unless kalau esok ada paper , so malam tidur awal sikit . taknak seksa mata dan otak malam exam sebab esok nak gunakan mereka sepenuhnya . hmm , aku tak habis study pun lagi tapi aku duk dengar mata menangis nangis , mintak aku lepaskan dia , bagi dia rehat . otak duk meronta ronta , suruh aku off cpu , dia dah panas , tak leh nak proses dah . haish manja betul . aku pulak tak boleh tengok depa nangis nangis , terus tutup buku tanpa fikir panjang . hmmm takpe sempat kot esok . walaupun banyak mende kena ingat , aku nak jadi selective sikit esok . nak ingat apa yang boleh ingat je . INGAT , JANGAN TAMAK . ITU AMALAN SYAITAN . hee .
bila exam , macam macam gelagat manusia kan . ada yang siap termimpi mimpi . kalau budak farmasi , mimpi jerit jerit nama ubat , paracetamol lah . kalau budak law , duk jerit jerit nama kes . naik sawan aku nak tengok sorang sorang punya perangai . yang kelakar , dari yang duduk bising bising , jadi diam , duk depan buku , membaca . boleh berubah terus perangai eh bila bulan exam ni . tapi aku betul lah , geram bila aku tengah study, orang duk senang hati tidur . kalau tidur diam diam takpe , ni siap ngigau , dengkur bagai . haish . tercabar aku .
lagi tercabar , bila duk depan dewan exam , masing masing duk test power , buat revision ramai ramai , aku terkangkang tepi dewan , duk hafal apa yang patut , padahal kalau ikut logik , tak boleh terima dek otak dah . tapi still paksa , kot kot berjaya ingat satu nama pun jadi lah . hmmm . minggu exam ni memang kesabaran tercabar . macam macam benda nak kena sabar . kalau hilang sabar , merana diri oiii . khamis ni , lepas je habis exam petang tu , aku nak bagi hadiah special dekat mata dan otak aku . aku nak tidur lepas magrib , sampai lah magrib keesokkan hari . 24 hours aku bagi . tapi bangun kejap lah solat . hahaha .
aku nampak tulisan ni kecik besar kecik besar dah . mata pun dah mula kabur ni . ni petanda nak kena tarik kain selimut , pejam mata lama lama dan pergi jumpa Alice in Wonderland dah ni . okay lah people . have a good day okay .
sebagai pelajar uitm yang berdedikasi , aku dah start garu kepala duk fikir apa lah nak buat time cuti 3 bulan nanti . lama gile oh . kalau ikut hati nak lepak rumah je . tapi boleh tahan ke tiga bulan tanpa buat apa apa ? boleh sawan aku nanti . ingat nak pergi holiday . tapi bila pergi check dekat bank islam , dalam bank ada rm2 , bsn ada rm1 , maybank ada rm4 . apa kes ni . nak pergi holiday macam mana . so kena kerja lah jugak .
nak kerja apa eh ? kerja kedai makan letih . kerja ofis boring . dah tu nak kerja apa . aku ingat nak jadi tutor atau cikgu tuisyen . layak tak aku ni ? ala setakat ajar budak sekolah rendah tu , boleh je . aku tipu tipu lah sikit . budak budak ni bukan tahu pun ktia betul ke salah . yang dia tau , kita cikgu , dia pelajar . kita ajar , dia belajar . kita kata betul , dia kata betul . kita kata salah , dia geleng kepala . kan ? boleh ke macam tu ? tapi ade ke pusat tuisyen nak amek aku kerja eh . susah susah .
mak aku suruh jadi cashier mydin . hmmm sangat tak best okay . sebab kena pakai baju mydin . geli lah . haha . nanti naik kurap pulak badan aku ni . heee kalau kerja dekat giordano , baju pulak takde size . haish . macam macam halangan ni . aku rasa macam nak bina badan je kat rumah . haha . silap silap boleh naik lagi 50kg sem depan . hari tu ada ura ura boleh apply jadi guru sementara . tapi aku tak apply . sebab macam cerewet dan susah je nak dapat . sekarang ni , aku tak tau lagi nak buat apa . tak decide lagi . buat skim cepat kaya , agak agak orang percaya tak ? muka aku cam zuhud sikit kan , mesti orang percaya kan .
pening .. pening .. pening .. tapi takpe , cuti lagi dua minggu .. exam lagi dua hari .. so mana yang aku perlu risaukan dulu , mana yang aku peningkan dulu .. so aku pergi dulu .. oh jap aku sekarang baca entri entri aku ni rasa menyampah pulak .. sangat bersifat peribadi kot .. aku rasa kalau aku ni orang luar , dan aku baca blog ni , aku akan pangkah cepat cepat .. dan BOO banyak kali .. boring !!
WELL , minggu ni je dua kali dah aku dengar ayat macam ni . " jangan study untuk final , study untuk masa depan " . dari dulu lagi , cikgu pesan macam ni , start masa tadika lagi . haa tadika aku class okay . siap ada final bagai . tapi sejak dari dulu jugak , aku tak bersetuju dengan benda ni . hee . sorry to say , aku bukan die hard fan mana mana pakar motivasi yang duk canang benda ni kan . well , mungkin bagi diorang , study untuk future lagi penting . sebab nanti boleh guna lagi in future . tapi bagi orang macam aku , yang jenis minda slow sikit , otak tak cepat pick up , ingatan tak kuat , aku percaya kepada study untuk FINAL .
why ? sebab aku percaya bila kita study untuk final , result kita jadi bagus . bila result bagus , position in future jadi lebih secured . bila da dapat tempat , boleh belajar lagi kan ? life is always a process of learning . so do not ever afraid that you are not gonna learn or study anything in future . kan kan ? betul tak cakap aku . whatever yang kita study sekarang , tak semestinya kita apply dan guna in future . yang kita duduk belajar menghafal biology time form5 , ada pakai sekarang ? NONE . apa yang aku nak cakap sekarang ialah , get ready for your future by securing you position started from now on . build you own strong base , never let people take over your place , then you're gonna be fine .
actually , aku pun tak berapa faham dengan term study untuk masa depan . tapi bagi apa yang aku faham , aku tak setuju . dan penting ke aku setuju atau tak ? actually tak penting pun . tapi saje ah nak suarakan pendapat aku yang boleh kira macam bernas jugak kan . hee . tapi aku tak deny orang lain punya pendapat . sebab aku yakin tak semua orang fikir macam aku fikir . tak semua orang percaya dengan apa yang aku percaya . but apa yang nyata , everybody got his own say . so tak perlu nak buat masalah , bising bising , relaks sudah . okay .
Arnab dan kura kura ni sinonim dengan apa ? yes , competition . meh aku nak story sikit . hari ni selamat lah aku bakar buku kedua untuk sem ni . pagi tadi dah lepas second paper untuk final this sem . boleh jawab ? hmmm aku tak sempat siap jawab . ada tinggal kosong macam tu je . tapi itulah , dah lepas kan . nak buat macam mana . silap bajet masa tadi , terlebih masa dekat part B . so tak siap lah . yang penting , tulisan aku CANTIK tahap CIPAN . rasa kalau ada anugerah tulisan paling kreatif , aku boleh menang free free je . aku jawab ikhlas tadi , jadi aku harap madam akan tanda dengan ikhlas . kuang3x tibe tibe nak cakap pasal keikhlasan kan . next paper Khamis , so masa suntuk . aku berkejar kejar jugak nak habiskan silibus ni . kalau biasa boleh merangkak , sekarang tak boleh . kena pecut jugak . tapi aku macam tak boleh nak fokus lagi malam ni . mungkin otak dah penat sangat kot .
sepatutnya kan minggu exam ni , kita kena free kan mind kita . kena totally ready untuk serap info sebanyak yang mungkin . tapi aku tak berapa nak free . otak duk fikir pasal competition je . aku ni paranoid kan . mau nya tak paranoid , kalau asyik jatuh tangga je , wajar lah aku fobia nak naik turun tangga kan . itu analogy takyah nak jadi cerdik sangat lah pi tanya kenapa tangga . well then , i decided to put this competition-thingy to an end . it does not benefit me at all for the time being . the only priority for me is to secure my position . tak kesah lah orang nak potong ke , nak pintas ke , well dipersilakan . i am off the track . dulu aku rasa aku cam boleh lagi nak compete compete ni . tapi bila aku fikir balik , macam beban . sebab nak kena kejar benchmark ni .
its a good way of doing something by having competition . but you must be fully ready for the consequences . senang cerita , just drop that thing lah . why dont you just compete with yourself . maksud aku , kita cabar diri kita sendiri . for example , diri kita ni cam malas nak study . pergi cabar diri , bukak buku , paksa baca jugak , tenung buku lama lama sampai keluar api . boleh ? hmmm aku ni cam susah skit . aku kena ada matlamat nak buat something . macam before , nak belajar rajin rajin , sebab nak potong competitor kan . tapi apa kepuasan dekat diri aku ? sekadar gelak dan puas yang sementara , tak de kepuasan yang nyata . korang tak faham kot . diri aku ni complex sikit . tapi menarik . haha .
WELL , i shall say I AM IMPRESSED & ATTRACTED . sebelum tu kan , semalam nak cerita lah . aku pergi tengok bola . dekat Mcd . tapi yang pelik nye aku membelakangkan tv . haha . tapi kira aku tengok lah jugak . atau nak lebih spesifik aku dengar lah apa commentator tu cakap . bila goal , orang jerit . bila hampir nak goal , tapi tak goal , orang cakap Aaarghhh ramai ramai . so aku pun buat benda sama . hee . sangat "enjoy" tengok bola. tapi yang lebih aku enjoy , tengok drama budak budak . dia tiga beradik duk main dekat gelongsor dalam Mcd tu . siap berlakon lagi . si adik kena selamat kan kakak dari kena makan jaws . si adik dengan beraninya datang selamat kan si kakak . so sweet .
tapi pelik , time tu dah pukul12am , so budak budak ni boleh lagi datang bermain dekat Mcd . mak ayah dia duk makan minum . hmmm bahaya ni . kecik kecik dah tidur lambat . takpe hari ni cuti . hee . al kisah , kalau korang tengok Yahoo Homepage , ade benda gastric balloon ni . ada seorang jejaka berat dia 135kg , eh dah dekat sama berat dengan aku , OH No . Dia dah try diet , jogging segala bagai , makan ubat untuk kurus , tapi effect dia ? HAMPEH . Dah 5 tahun kot . hmmm . so dia disarankan oleh doktor untuk masukkan gastric balloon ni dalam perut dia . so fungsi gastric balloon ni nak buat dia rasa kenyang dengan small portion of foods . so even if kita makan banyak mana pun , kita akan berhenti makan dengan cepat nya , sebab dah kenyang . dalam erti kata lain , even nafsu kita nafsu singa jantan tak jumpa makanan 10 hari pun , tapi since perut kita dah kenyang , kita tak mampu nak makan dah .
haa so itulah cerita nya . gastric balloon ni akan diletak dalam perut selama 6 bulan . so dalam 6 bulan tu , kita akan di ajar dan mendisplinkan diri kita untuk jaga makan sikit sikit . so lepas 6 bulan , gastric balloon ni akan dikeluarkan , kita just perlu maintan apa yang kita dah praktiskan dalam 6 bulan tu . Menarik tak ? sangat okay . oleh itu , dia sekarang dah berjaya turun sebanyak 20kg . dari baju size XXXL jadi XL . Hmmm harga ? aku tak tau . tapi mesti mahal jugak ni . sebab dia buat dekat Prince Court Medical Centre .
boleh blah tak kalau internet dalam universiti pun slow ? memang tak boleh blah . rasa macam nak sepak sepak je diri sendiri . kalau ini macam , broadband lagi laju . al kisah aku dekat fakulti kejap ni . nak settle kan nota . kalau kat rumah , mudah sangat terganggu . dah lah petang petang ni tv9 ada cartoon best best . childish ? takde lah . hiburan tu , tak rasa ke kalau tengok cartoon rasa macam happy gila . sebab macam comel gila . berapa banyak gila pun aku tak tau . tapi memang GILE AH .
haa tengok ? aku baru cakap tengok cartoon . dah kata childish . sebab apa jadi macam tu ? sebab mindset kita macam tu . Cartoon hanya untuk budak budak . lelaki dewasa wajib tengok bola . kalau lelaki dewasa main anak patung , something wrong , gay lah , lembut lah , haish . okay ke ada mindset macam ni ? tak rasa macam unfair dan bias ? tak rasa macam idea tu semua dah lapuk ? tak rasa ke mindset macam tu dah di-apply dari zaman moyang kita yang dah tak tau ada dekat zaman mane ntah . kita ni dah dekat generasi ke18 mahsuri pun nak apply mindset yang macam itu ?
entah lah . kadang kadang memang dah sifat semulajadi manusia , mudah menghukum & menilai . dan penilaian di buat memang selalu sangat negatif . jarang ada yang positif . kalau ada yang positif pun , mesti ada tapi atau reason . contoh ayat " eh perempuan bertudung cantik tapi kalau muka tak cun , pakai tudung tak pakai tudung same je . tak boleh ubah apa apa jugak " . see , macam mana aku jadi so judgmental kan . and aku percaya bukan aku je macam ni . semua orang macam ni . dan sesungguhnya ayat di atas hanya CONTOH , bukan aku cakap ikhlas dari hati orait .
yes , kita manusia tak perfect . but we must move towards the perfection kan . ni tidak , dah tahu tak sempurna , buat benda ala kadar je . mana boleh . sampai bila nak duduk takat lama kan . cuba fikir btol btol . semua benda dah bergerak ke depan , takkan kita nak ketinggalan sorang sorang . sebagai contoh , orang semua dah pakai BMW , takkan lah Usop Wilcha tu nak sorong wilcha dia lagi kan . mesti dia pun tukar amek POLO ke apa , tak pun bawak lori balak , boleh letak wilcha atas tu . hahaha . aku kadang kadang terfikir gak , macam mana nak ubah mindset kita , sebab mindset ni macam custom jugak , semua orang duk pegang benda tu , kalau nak ubah , means kena ubah semua orang which i must say NOT POSSIBLE AT ALL .
macam biasa , dah kata belum pukul3 lagi , memang ada lah update satu entri kan . sekarang jam 2.46am ada 14 minit lagi sebelum aku tidur . hmmm . dah setengah jam duduk golek golek pusing pusing macam orang hilang anak , heee . teruk punya perangai . buat apa nak dengki tengok orang study ? i mean its a good sign lah kalau kita jeles tengok orang study . but apa tindakan kita ? nothing kan . sekadar jeles , buat muka , buat mulut muncung , then habis . so apa benefit dapat ? telur ayam . manusia ni berbeza capacity dia . ada orang boleh baca satu pagi full with text dalam 5 minit dan faham . ada orang kena tiga empat kali baca , tu pun tak pasti faham ke tak . so tak boleh lah nak jeles tanpa usul periksa . membazir perasaan jeles je . simpan lah lagi bagus .
i dont like competition . and i must say , i hate my competitors . dan aku sedar jugak kenapa aku masuk UiTM . kalau aku masuk UM , confirm tak sampai setengah bulan , quit . tak tahan kena compete dengan orang india , orang cina . apa boleh buat dah diri aku macam ni kan . but do not simply say i am not even try to fix it up . in fact , i am still trying . ingat senang ke nak ubah perangai diri sendiri yang dah sebati kaw kaw dalam diri kita . susah wa cakap lu . sebagai contoh , korang biasa gigit kuku bila takde kerja . sampai kadang kadang kaki naik ke atas , duk kusyuk gigit kuku kaki . hmm . senang ke nak buang tabiat tu ? susah . aku dah try , eh aku takde la sampai gigit kuku kaki okay . kuku tangan cukupp . tu pun dah letih dah .
kelebihan ? takyah pergi spa nak buat pedicure manicure . guna gigi pun boleh . kesan buruk adalah kuku jadi hitam , dan kalau kurang kreatif , akan nampak macam garis bergerigis dekat situ . huahaha . aku pun next paper hari isnin , then hari khamis . MATI . =_= . tak boleh ubah dah jadual tu , tapi lepas hari khamis tu relaks seminggu baru sambung lagi . yang tu baru best . relaks sikit . belajar pun tenang je . pernah ke aku belajar dengan tenang ? tak pun . sebab otak ni banyak sangat duk fikir benda benda luar . hahaha . so aku rasa sekarang dah boleh ucap good nite dah . good nite readers .
sekarang kan , tidur selalu tak cukup . bukan sebab study . tapi sebab berjaga malam . sebab kalau tidur awal rasa serba salah . ye lah , housemates semua duk study . otak duk fikir bahawa majority pelajar batch aku tengah study waktu waktu macam gini . macam mana aku nak tidur dengan tenang nya kan . adoi . rasa serba salah dengan diri dan jugak diri aku yang masa hadapan . sebab kan kalau aku malas sekarang , aku di masa hadapan akan hidup susah . hmm macam mana tu .
so aku buat keputusan daripada aku tidur . aku rela tunggu pukul3 baru aku tidur . kurang sikit rasa guilty . boleh macam tu ? sekarang 2.53am . ada 7 minit lagi . kenapa aku tak study ? bukan sebab taknak , tapi bila aku baca note , aku nampak garisan garisan hitam putih macam siaran tergendala dekat tv9 . so aku tak nampak apa . daripada aku bukak nota tu luas luas , baik aku tutup , aku tenang kan fikiran yang tak tenang . bukan sehari dua . dah seminggu macam ni . so ada 2 minggu lagi hidup aku bakal macam ni .
takut wei , orang study sampai Z , kita study sampai M je . takyah tanya lah apa Z , apa M . tu analogi tu . jangan nak buat slow sangat lah . jangan nak jadi macam siput sedut lintas federal highway . lawak ke ? ntah tak lawak langsung . kampung sangat joke macam tu . nak tahu something ? aku ada 4 papers lagi . perasaan ? berdebar debar macam tunggu anak sulung lahir dari perut isteri . macam aku pernah alami kan . padahal kahwin pun tidak . hmm aku tak tau aku yang aku duk bebel kat sini . sebelum aku masuk cerita pasal kehidupan peribadi yang lebih rumit , aku undur diri . bye . good nite .
pagi tadi , bangun pagi , celik mata je , dah ade orang ajak pergi makan . mana tak kembang aku . memang tak kecut dah lah nampak gaya ni . al kisah tak tau nak makan mana . so kawan aku , Si Rahimi ni buang tebiat . nak makan rojak . aiyoo pagi pagi makan rojak , memang mamak betul . 3 buah kedai dekat Pusat Komersial takde rojak pagi pagi hari . so pergi pulak dekat Khulafa tepi Pak Li tu . ada sinar sikit bila nampak mee kuning . dah order semua . si Rahimi alahai buat muka happy , puas sebab dapat makan rojak . rojak je pun bang . bukan chicken chop kfc kan . tapi senyuman tu tak tahan lebih dari 5 minit . mamak tu datang balik bagitau , kuah rojak tak siap lagi .
apa lagi , murung terus si Rahimi ni . memang lah sawan rojak mamat ni . dia merajuk , taknak makan . makan papadom je . bajet ! ingat boleh kurus ke makan papadom je di pagi hari . BULLSHIT ! Aku makan tak kalah , roti telur plus roti kosong gabung buat banjir . siap siap . tak yah lah aku nak siat roti tu kan . habis je aku makan , al kisah si Rahimi ni buat muka monyok sambil cakap " kalau aku order roti canai boleh ? " haa nampak sangat dia duk terseliur tengok aku makan roti canai . so apalagi order lah dia roti canai . bukan roti canai kosong eh . roti canai planta campur gula . lawak lawak , memang taknak kalah . orang gemuk memang macam tu . kesian .
tengok mamak ni senyum ? rasa bahagia ke rasa nak bagi penyepak ? haha . takde takde . aku google gambar ni eh . jangan salah kan aku kalau mamak ni baca blog aku . salah dia sendiri sebab senyum depan kamera bila orang amek gambar time tengah kerja . haha . pekerja mamak ni susah kadang kadang . dia tak faham bahasa kita . sampai kadang kadang kita kali pun still salah . hmmm aku pernah kena sekali . aku order Nan Chocolate . dia datang hantar iced Chocolate . aku tak tau lah kalau aku sebut Roti same bunyi macam aku sebut Iced . aiyo .
hari tu lagi kelakar. customer order putu mayam . kedai tu anta murtabak ayam . apa lagi create scene lah . perempuan tu jerit . "saya order putu mayam , bukan murtabak ayam . putu mayam putu mayam putu mayam . faham tak ? lain gile dengan murtabak ayam " mamak tu diam je . kesian pulak kena marah dengan customer . kita pun agak agak lah . fikir logik . sejak bila kedai mamak ada putu mayam . dia ingat apa . pasar malam ke apa . adoiya .
entri sebelum tidur malam . hari ni nasib badan kan . aku mengadu lah tak berapa nak boleh jawab exam kan dekat ibu abah aku . aku cakap lah aku salah faham soalan . dan lain lain lagi . tu mesej paling jujur aku hantar kat diorang , selain dari buat smiley sedih macam ni :'( bagitau takde duit nak makan . panjang panjang mesej aku , tau apa ibu aku tersayang reply .. dia reply macam ni ..
" hee ade sokmo alasan "
alahai . boleh pulak macam tu . aku ingat kan mak aku nak cakap lah macam ni ..
" takpe , ibu yakin amer boleh buat "
" takpe , jangan pandang belakang . pergi main congkak "
" ala relaks la . baru satu paper . ade 4 papers lagi kan "
" takpe , ibu dah doa sebaldi untuk amer tadi"
tapi itu lah . apa yang diharapkan lain jadinya . ibu aku memang lah . dia perfectionist sikit . kalau bagitau takleh jawab , dia memang pantang sikit . sebab bagi dia , tugas pelajar ialah belajar . so takde reason kenapa takleh jawab . aiyooo . pastu menjelang malam tadi , abah aku call . ingat nak bagitau dia masuk duit lagi . rupa rupanya tanya pasal exam . so jawapan dia berbunyi :
" ada sokmo hok dok sedak dengor . dok bace ke bakpe sapa dokleh jawak "
translation : ada je yang tak best nak dengar , kenapa tak study ke sampai takleh jawab
alahai . aku pun sediakan counter attack . and lastly , abah cakap , papers lain tu buat lah betul betul . kang menangis lagi . hmmm . pedas !! sakit telinga !! haha
Apa khabar ? harap kalian semua sihat sentiasa . sudah makan ke ? kalau belum makan , sila lah berbuat demikian . tidak elok kiranya skip waktu makan . lambat makan . nanti jatuh sakit , siapa yang susah . diri kalian jugak . anakanda tak susah pun . hehe . hajat anakanda mengutus surat ni adalah untuk memberitahu beberapa permintaan anakanda daripada kalian . anakanda harap kalian memakbulkan impian impian anakanda yang tak seberapa ni .
1) kertas exam dah tanda belum ? maafkan anakanda , tulisan anakanda lebih teruk dari tulisan cakap ayam . tulisan anakanda bersambung sambung macam cacing , bukan saja bersambung sambung , tetapi juga kecil . sampaikan anakanda tidak faham apa yang anakanda tulis . sudi lah kiranya kalian , lecturers ku sayang , sabar menanda . tanda dengan betul ye . hehe . jangan marah marah , anggap lah itu cabaran untuk menambahkan tahap kesabaran kalian .
2) jawapan anakanda tidak bagus macam orang lain . anakanda ada masalah short term memory lost . anakanda gagal untuk ingat semua benda . kadang kadang nama case pun salah eja , kadang kadang explain benda lain , soalan mintak lain . sudi lah kiranya kalian buat buat tak nampak , tick macam biasa . dan bagi markah penuh . bukan apa , pepatah ada berkata berbuatlah baik kita dengan manusia , nescaya orang akan buat baik dengan kita . hehe
3) grammar anakanda banyak salah . points anakanda tak eloborate dengan betul . memang bermasalah kertas jawapan anakanda . tulis buruk , jawapan salah , tak justify pulak tu . sudikan lah kalian semua lecturers ku sayang , fokus sefokus fokusnya . sebab di dalam tulisan anakanda yang teruk itu , nescaya ada jawapan jawapan yang boleh diterima pakai . sebab anakanda tidak lah leka dan cuai sampai menulis tanpa ada jawapan yang logik .
4) khas buat Pak Berahim , lecturer yang bakal tanda paper anakanda yang baru je selesai pagi tadi , sudikanlah kiranya Pak Berahim tanda mengikut kefahaman anakanda . Pak Berahim pernah berkata jurisprudence takde jawapan betul salah . jadi jawapan anakanda tadi sedikit berbeza dengan orang lain sebab anakanda tak faham soalan tu macam orang lain . anakanda punya English tak bagus sangat . salah faham tadi .
hanya itu permintaan anakanda sem ni . semoga kalian semua dirahmati selalu . dan anakanda berharap lecturers semua baca blog anakanada ini . tiada pernah anakanda mintak apa apa , cuma ini . sekian terima kasih .
MORNING .. sihat semua ?? aku je la ni yang tak sehat .. bukan fizikal lah .. mental ni .. lebam dah mental .. terlalu banyak benda nak ingat ni .. less than 72hours dah nak exam .. cuak ?? siapa tak cuak beb .. risau ?? siapa tak risau .. ready ?? siapa yang berani jawab dah ready .. sebab even dah habis belek buku pun , mesti ada jugak yang taktau .. aku belum habis lagi study semua bab .. oleh itu , aku sedang kayuh apa yang patut supaya menemui garisan penamat .. entri aku sejak seminggu ni sangat tak best kan .. tak kreatif pun .. selama ni kreatif ke ?? bukan laa . maksud aku most of entries aku pasal hidup aku je .. dah lah tak menarik .. tapi takpe .. kata blog personal kan .. takkan nak citer pasal orang ..
bila dekat nak exam je kan .. aku selalu macam sawan .. sejak dari zaman spm lagi kan , aku kalau time exam mesti ditemani air solat hajat time jawab exam tu .. tapi semenjak sem lepas , aku tak dapat bekal air ni sebab aku tak balik rumah , means kampung aku dekat dungun tu .. hmm orang mesti cam kata kan " ek eleh , buat lah sendiri kalau nak . nak seribu daya , taknak seribu dalih " .. tapi aku ni special sikit .. aku nak yang mak aku buat je .. baru rasa lebih tenang menjawab sebab rasa macam mak aku ade je kat tepi .. haha ..
mujarab ke ? dapat 4.0 ke dengan solat hajat ? hmm takde lah sampai gitu .. tu kuasa Allah kan .. aku tak boleh nak kata mujarab ke tak .. tapi seca psikologi sangat membantu .. sebab kita tau kan air tu air azimat .. haha .. so bila jawab exam , rasa macam lebih yakin lah .. sebab ada pertolongan dan doa kan .. macam ni lah .. tentera dekat medan perang .. even dah siap sedia peluru kan .. mesti dia ada jugak amek supplement apa apa .. untuk bekal tenaga .. macam tu lah kot lebih kurang .. betul ke analogi aku ni .. aku pun taktau .. tak boleh nak fikir betul salah dah .. banyak lagi benda yang nak kena fikir betul atau salah ..
sem lepas , tanpa air solat hajat , result aku "CANTIK" sangat .. hmm .. harap sem ni tanpa air doa ibu tercinta , dapat lah menjawab dengan tenang dan jayanya .. guess what , bila aku mengadu dekat mak aku kan , takde air doa dia aku rasa tak tenang .. dia suruh aku beli air mineral , bukak tudung letak atas meja .. aku tanya lah nak buat apa .. buat masuk lalat je nanti .. mak aku cakap , takpe lah ibu hantar ikut angin je doa ibu .. haha .. kelakar lah my mom ni kan .. adoiya ..
selain dari aku , sape lagi rasa wondepets punya lagu wajib tu annoying ? ala lagu sebelum dia pergi selamat kan binatang tu . tak tahu ? korang ni takde tv ke ape kat rumah ? ke tak tau tv tu apa . sabor je la . kan before dia pergi selamatkan binatang , binatang tu akan call mintak tolong , tak logik langsung , then before dia pergi angkat call , diorang akan nyanyi " telefon , telefon berbunyi .. telefon kami datang " .. sampai ingat aku lirik dia . ntah ape lah . dah kata dalam kesusahan kan , sempat lagi tu duk menyanyi , menari bagai . nasib baik aku dah besar . kalau aku kecik lagi , dah lama dah aku hantar surat dekat tv9 suruh tukar cerita yang intelek sikit .
aku ada masalah dengan telefon bimbit . aku rasa telefon bimbit ni kadang kadang annoying . siapa setuju ? phone aku jarang berbunyi . haha . nak jugak bagitau . setiap kali berbunyi , ada lah tu benda penting kan . masalah nye , phone aku ni selalu berbunyi time aku tak mintak dia bebunyi . macam bangang je statement aku ni . takkan lah orang nak mesej , nak call ke kena ikut jadual aku kan, tau lah pulak diorang apa aku tengah buat . but then again , still aku rasa annoying . yang paling bengang kan , bila aku duduk jauh dari telefon tu . contoh , aku duk kat luar bilik , telefon duduk dalam bilik . macam jauh sangat je bilik tu , tapi masih aku rasa bengang . aku dah siap siap landing atas tilam , selimut bagai , siap baca doa tidur dah pun , telefon ringing . kalau sekali takpe , ni tak berenti renti . sampai 10 misscall . kalau penting okay la boleh di maafkan . ni tak , just nak tanya aku tengah buat apa , rindu dengan aku . aiyooo . lek ah . rindu pun sabar lah kan . haha .
bukan tu je , kalau aku duk asyik tengok cerita dekat laptop. aku tengah feeling feeling ni , tengok serena gaduh dengan dan , eh senang senang dia call . aku ni 5 saat lagi air mata nak keluar , terus tak jadi sebab phone berbunyi . sebab tu kadang kadang , even phone duk depan mata aku ni , berbunyi time tak kena waktu , aku klik je SILENT . biarkan telefon tu bergetar sampai habis bateri . haha memang kurang aja pun . tapi peduli lah pulak aku . telefon aku beli duit sendiri kot . haha
lagi rimas , bila aku angkat dalam keadaan marah , sebab bunyi yang tak berenti , pemanggil tu boleh marah aku balik . dia kata " baik takyah ada hp kalau malas nak angkat " .. aku ni penyabar orang nye .. diam je .. kalau ikut nafus syaitan bermata satu ni nak je aku jerit balik " kalau aku takde telefon, takleh la pulak kau nak cakap dengan aku kan sekarang ni . lagipun bukan kau yang belikan phone ni untuk aku sampai aku nak kena jawab bila kau call , yang penting telinga aku ni bukan diberi tuhan untuk dengar suara kau je . cheh poorah "
yang aku rasa paling ngok adalah bila waktu solat jumaat . tengah tengah solat , hp orang orang sebelah berbunyi . satu salah dia lah kan tak silent . masalah nya yang pemanggil tu ngok sangat kenapa . dah kata orang lelaki tengah solat jumaat , pergi call tu kenapa . bukan sekali , sampai 10 mins tak berenti bunyik . tak reti bahasa betul . mungkin tempat dia takde semayang jumaat kot sampai jadi bebal macam tu . gila . sampai tak khusyuk aku solat nak dengar ringtone dia . dahlah lagu best . haha . lagu favret kot . memang lah distracted . haish .
selamat pagi sekalian alam . aku nak cerita sikit ni . semalam , cobaan aku nak habis kan satu bab jurisprudence , iaitu bab yang pertama GAGAL . bukan GAGAL sikit , tapi GAGAL banyak . tak sampai setengah bab , aku dah tutup buku . berpusing pusing kepala ni . jurisprudence ni banyak kata kata ahli falsafah . bertukar tukar dah . dah lah nama tak syok . contoh nama macam Acquinas , Hugh Guitos , Socrates . tak cun kan ? tak cukup untuk buat nama nama tu melekat dekat kepala aku . cuba kalau , nama ahli falsafah macam nama artis . kan senang nak ingat . contoh , Siti Nurhaliza cakap undang undang ni datang dari tuhan dan nature . tapi Sharifah Aini tak setuju . dia cakap walaupun undang undang ni datang dari tuhan dan nature , manusia tak boleh follow jer . manusia kena amend dan buat perubahan . sebab effort manusia lah yang akan membangunkan sesebuah society. haha . boleh ?
aku nak cerita kelemahan diri sikit arinie . aku ni macam GAJAH tau tak . bukan size badan . perangai . kalau GAJAH kan dia takut TIKUS . aku takut gak TIKUS . siapa tak takut tikus . sekali kena air kencing dia , tak ke naya tu . hehe . so aku nak jerit macam panggilan hangit boleh . " Syed Muzzamir , awak seorang yang PENAKUT " . banyak benda yang aku takut dalam hidup ni . sangat banyak . meh aku cerita sikit sikit . kalau korang taknak tau , tak pe lah , klik je lah IKLAN IKLAN yang ada . kalau korang nak tahu , scroll down . lepas baca , klik jugak iklan iklan . hahaa tak paksa eh . :p ..
1) aku takut nak mintak duit dengan abah aku secara live . maksud nya dalam phone , secara live , mulut ke mulut , hati ke hati . aku cam takut , kalau dia tanya " nak buat apa duit tu ? " sebab aku tak tau nak jawab apa dan aku macam malas nak jawab . haha . takut jugak kalau dia marah ke apa . tapi itulah dia , aku takut dengan reaksi abah aku tu . tapi kalau dalam message , senang je nak mintak . " dear Abah , anakanda mu sudah kekeringan duit " . macam tu je aku mesej , then abah akan reply " okay anakanda tersayang " . actually aku tipu je tu , takde makna ayah aku nak sweet sweet macam tu . dia akan just reply OK . HAHAHA .
2) aku takut dengan persaingan . sepatutnya persaingan ni benda yang bagus , benda yang sihat kan . tapi seriously aku tak suka . sebab kan aku takut nak berada di bawah lagi dalam apa jua keadaan . dulu time form1 sampai form5 aku dah puas . jemu , asyik berada di bawah je . sampai ke sudah . lima tahun tu . belajar tak hebat , debate tak terror , main sukan tak pandai , semua tak pandai . bila tengok kawan kawan , belajar terror , main suka terror , semua terror , rasa gak jeles , dengki , iri hati . kadang kadang macam nak letak racun je dalam makanan budak budak bijak ni . haha . tapi aku tak buat lah . imaginasi aku je tu . dulu kan , time nak final , budak budak bijak pandai ni dah siap buat note awal awal . time final , diorang just belek nota tu je . aku jugak yang tehegeh hegeh nak buat nota . dulu tak reti nak photostat nota , so apa yang aku buat , aku curik nota diorang . hahaha .
3) aku takut dengan masa depan aku . ntah cerah atau tidak . aku harap cerah lah . taknak dah hidup dalam kegelapan kan . nak ubah sikit taraf hidup ni . kita ni , impian memang banyak , tapi usaha ke arah nak capai impian tu ciput . tapi manusia tak sempurna . aku kan manusia . tapi aku cuba untuk berusaha ke arah kesempurnaan tu . sebab kalau just nak pegang kata kata manusia tak sempurna , sampai bila pun kita taknak buat perubahan . aku kadang kaang terfikir , macam mana kalau aku tak berjaya nak dapat kerja bagus , macam mana masa depan aku nanti . kena mintak duit dengan mak ayah lagi ke nak makan , nak minum . hmmm . ke nak jadi anak ikan je ? hahaha . anak ikan keli boleh la kot .
4) aku takut nak memperakui cinta aku . chewah . haha . actually aku ada minat orang . normal lah kan manusia ni nak minat minat orang . tapi aku cam tak berani nak beritahu , banyak sebab . sebab aku takut respond dia , aku takut aku tak boleh nak bahagiakan dia , aku takut aku tak mampu nak bagi apa dia nak , dan yang paling aku takut , adalah untuk mencuba . sebab tu , aku ambil jalan mudah , untuk suka dia dalam diam je . tak letak apa apa usaha pun sebab aku tak nak benda tu sia sia . kalau betul aku nak bercinta ke apa , biar aku stabilkan diri aku dulu . eh bukan sebab badan aku besar , aku tak stabil ngok . maksud aku stabil dalam semua keadaan lah . haha .
5) yang terakhir , aku takut hantu . haaa yang ni aku rasa lame gila . tapi reason aku takut hantu tak lame , lain dari yang lain . aku takut hantu yang menyerupai diri kita ni . aku takut nak jumpa hantu yang macam muka aku . ntah apa jadi lah nanti dengan muka aku . kalau hensem okay lah , kalau buruk , mesti aku pun takut nak tengok . kalau aku pun takut tengok muka aku , orang lain mesti lagi takut kan . hahaha . aku ni macam pak pandir dah . asyik mengarut je cakap . haha . orait orait . taknak mengarut dah . tapi aku cam yakin korang pun penakut jugak kan . hahaha.
aku baru habis tengok Awan Dania . macho tak lelaki tengok Awan Dania ? rasa macam nak jadi flight attendant lah pulak kan . macam best je . boleh fly fly cam tu kan . kriteria nak jadi FA ? FA ni bukan Fahrin Ahmad , tapi flight attendant . harap tak salah faham . haha . aku lepas dah rasa nya . muka hensem dah . body okay lah . fix orang kata . cakap omputeh ? boleh lah sikit sikit . cakap arab pun boleh kot . advantage ni . tapi itu lah aku ni berangan di siang hari je . takde nya aku nak jadi FA . kang tak pasal flight lambat nak naik , berat semacam je . bukan berat sebab badan eh . berat pahala . *riak* *takbur*
aku tengok Maria Elena punya video baru , cerita pasal sejarah tagline dia . aku nak cerita jugak . tapi bukan tagline . nama timangan aku . aku dari dulu sampai form5 takde lagi nama pelik pelik . maksud aku , luar pada nama aku . ada yang panggil Syed , ada yang panggil Muzzamir , ada yang panggil Amer , ada yang panggil sayang . ada yang panggil hubby . alahai so sweet . tapi bila masuk universiti ni , aku ada nama baru . orang panggil aku Chubby . Chubby in malay orang maksud dia tembam atau gemuk . tapi aku yakin , orang yang first first panggil aku chubby bukan sebab aku paling tembam okay , tapi sebab dia nampak aku paling menarik dan menawan . lepas tu dia cam malu nak panggil hensem atau kacak atau macho kan . so dia panggil chubby . aku okay je . tak kesah lah kan . aku ingat tak lekat lah nama tu .
sekali lekat sampai sekarang . aiyoo . dah 4 tahun . kadang kadang ada jugak lecturer yang panggil Chubby . hmmm . bunyi cam tak macho kan ? sebab tu aku takde awek . haha . orang nampak aku as Chubby bukan as SyedMuzzamir . ada beza ke ? aku pun taktau . saje mengarut . aku ada setahun setengah lagi sebelum nak masuk alam kerja . aku nak fikir nama baru ni . nanti time kerja takkan nak suruh orang panggil Chubby . aku nak suruh orang panggil Syed okay tak ? dulu time sekolah rendah aku memang tak suka orang panggil Syed sebab tu macam nama keturunan kan . hehe . nanti kalau perangai aku buruk , nanti nampak macam keturunan Syed ni perangai buruk buruk . hee . masa kecik pun aku ni dah matang . hebat betul .
tapi kan , even macam tu , ade jugak orang panggil aku dengan nama nama lain . seperti Harry Potter , Tom Cruise . aku tak tau kenapa diorang panggil cam tu . kadang kadang aku cam segan nak keluar pergi mall kan , sebab aku cam rasa orang tengok aku pelik , then aku cam boleh baca pergerakan bibir dia cakap cam ni " eh Justin Bieber ke tu " . aiyoo same sangat ke dengan Justin Bieber aku rasa cam lain kot . tang mana sama ? jawab sikit boleh ? macam macam ragam manusia ni . tapi kira okay lagi tu . jangan ada orang panggil aku Lisa Surihani ke Rozita Che Wan ke Juliana Evans ke sudah . segan Mak nok .nanti tak pasal pasal aku pulak join ratu cantik pahang tu . haha .
sekarang kan pukul 2.54 am . tu je nak bagitau sebenarnya . baru settle assignment . tau tak , kakak aku cakap aku psiko sebab tulis pasal exam je . ape daa . apa kata korang psiko dia sekali . korang add dia dekat facebook , then korang tulis kat wall dia banyak banyak okay . tulis Exam Exam Exam pun dah cukup . malam ni memang terbaik . aku rasa macam lawyer sebenar . call sini sana . bincang pasal kes . nak settle kan kes insurance ni . discuss situ , discuss sini . cari autoriti sana sini . esok nak kena submit ni . bukan senang okay . susah gile . nak bagi pendapat senang . nak verify dan justify every single info tu sangat susah .
sekarang stock mata beruang panda akan jadi famous . semua orang akan mula ada eyebag . ada lingkaran hitam bawah mata . tak cukup tidur . sebab ? haaa aku malas nak jawab . nanti kata aku psiko lagi . cuma nak cakap hari rabu ni start lah first paper final aku . dekat dah wei . esok start study week . hmmm tengok lah macam mana mata aku nanti . sekarang mata ala ala korea . kecik je . comel nya . tak keluar lagi mata panda . nanti ada lah kot . time tu takyah nak guna mascara ke eyeshadow ke . memang keluar automatic.
so sebagai preparation nak dapat eye bag , corak mata gelap , sila lah bergegas ke mana mana store yang berkaitan yang ada jual .
so bila dah beli , nak tau cara nak pakai pulak kan . rujuk gambar seterusnya okay . selamat mencuba . aku rasa murah je ni .
lately post berkaitan dengan exam je . ntah pape . tapi itu lah . kita menulis ikut tema . bila world cup , kita cerita pasal bola . bila tsunami , kita cakap pasal tsunami . bosan ke baca entri pasal exam je ? tak pe lah . bosan sikit je . bulan depan takde dah entri macam ni . aku baru lepas test . selepas meronta jiwa dan raga semalam sampai lahirnya entri otak ketat semalam , maka habis lah test tadi selama sejam . okay , soalan sangat confusing . panjang . dan aku tak pasti apa soalan tu nak . tapi tak pe lah . since dah lepas . still got time untuk final nanti . kena berusaha bersungguh sungguh . bunyi macam rajin semacam je . oleh itu , persediaan untuk ambil exam . hmmm .
1) seberkas Pen ber warna warni . warna merah , biru dan hitam . kena pilih pen yang betul betul sesuai dengan tangan kita dan juga sesuai untuk di pegang selama 3 jam . sebab satu paper 3 jam . harus ada lebih dari 2 pen berwarna biru dan dua pen berwarna hitam . reason ? sebab mood akan berubah ubah time jawab exam mengikut subjek . bila masuk dewan , baru dapat feeling nak guna pen warna biru atau hitam . kenapa kena ada pen merah ? sebab nak senangkan kerja lecturer , potong points yang tak berkaitan . haha . bila kita mudah kan kerja lecturer , diorang akan mudahkan kerja kita .
2) sebotol air mineral . otak kita kan dah tua . tak fresh macam budak budak . perlu kan lebih oksigen . kalau nak bukak mulut , dan hirup udara memang susah lah . sebab dalam dewan yang tertutup , lebih dari 200 manusia berebut rebut untuk menghirup oksigen . daripada korang tercungap cungap , ternganga nganga , langkah mudah bekal air sebab dalam air ada oksigen . so air akan bekalkan oksigen kepada otak .
3) doa dan tawakkal . berdoa lah selagi boleh . sebab kita tak tahu apa yang akan jadi dalam dewan exam kan . even dah baca semua bab , ada kemungkinan kita jadi blank , blur , dalam dewan exam . oleh itu , berdoa lah supaya benda benda macam ni tak jadi dekat kita . aku pernah jadi sekali dalam dewan exam . sejam pertama , otak tak function , mata ngantuk . tak boleh nak menulis langsung . mata berair . nasib baik sejam lepas tu , otak function tahap maksimum . sempat tulis jawapan . ends up result tak memberangsangkan sangat . okay lah daripada tersangkut kan . mintak jauh jugak yang tu .
okay . dah siap semua yang atas , belum boleh lagi jawab exam . kena lah study jugak . sebaik baik mana pun kita, sesuci suci mana pun kita , kalau tak belajar , tak de lah dapat jawab kan . kena berusaha . kan biasa ustaz kita cakap , Allah takkan ubah seseorang manusia itu jika manusia itu sendiri tidak berusaha . betul ? so kena berusaha . dan bila kita nak kan something , kita kena berani korbankan something jugak . nothing is free okay . so kalau nak dapat result bagus , pengorbanan yang kena buat harus lah setimpal . tapi ingat , bila dah usaha , andaikata keputusan tak memuaskan jangan putus asa . hee ni nasihat khas untuk diri aku . sekian terima kasih .
Esok aku ada test .. ye ye .. aku memang suka test pun .. suka sangat .. rasa kalau boleh hari hari nak ada test .. sebab kalau takde test , rasa macam tak lengkap je hidup ni .. lepas tu , kalau test , kalau boleh nak masuk semua bab , baru best .. sebab aku memang ada banyak sangat masa nak revise semua bab dalam masa yang banyak sangat .. aku hidup sebab nak test ..
esok dah last kelas .. hmmm .. tak best .. tak suka .. kalau boleh nak sambung je kelas .. biar tiap tiap waktu ada kelas .. okay maaf bunyi berlagak .. ni sindrom OTAK KETAT .. bye ..
SELAMAT PAGI .. sihat kah semua nya ?? breakfast sudah ?? aku bangun awal sikit hari ni .. sakit perut .. bangun tidur , mata tertutup , ambil tuala terus jalan masuk toilet macam Zomba .. Zombie .. sekarang baru lega .. dah siap siap nak g kelas dah pun .. oh aku dapat BE baru .. hp printer tu .. klik klik kalau rajin okay .. traffic blog tak bagus sekarang .. aku tak boleh nak bw sangat .. tak sempat .. mungkin lepas habis exam (9may) aku aktif balik okay .. hee tak sabar nak cuti .. letih dah otak ni asyik berfikir je ..
plastik ? plastik ni ada banyak jenis .. cuma sedar tak sedar , kita ni , manusia pun plastik jugak .. dalam keadaan tertentu .. manusia yang plastik ni maknanya manusia yang berpura pura di depan orang lain .. so kita akan panggil dia plastik .. sebagai contoh .. ahmad dengan kawan kawan dia sangat lah kurang ajar .. kentut depan orang .. cakap kuat kuat seolah olah kawan kawan dia duduk dekat johor , dia duduk dekat terengganu .. padahal kawan kawan dia duduk depan muka dia je .. bingit lah senang kata .. eh tapi tiba tiba bila depan kawan kawan sekolah rendah dia dulu , dia buat buat macho pulak .. cakap bila perlu je .. bila orang tanya kenapa jadi pendiam .. jawabnya buat apa bercakap , kalau takde benda .. cakap kosong tin kosong .. boleh bawak dosa .. amboi jawapan kelas u olss .. padahal nak tackle awek kat tepi tu .. ceh ..
pandangan aku , plastik ni perlu .. okay macam ni , orang nilai kita dari pembawakan diri kita kan .. so let say , aku dengan mamat ( bukan nama sebenar ) , aku mungkin jaga sikit perangai aku .. cakap pun sopan sikit .. bercakap benda benda yang betul je .. tak de tipu tipu .. takde auta auta .. mungkin aku dengan ahmad pulak , aku bising bising , mengumpat bergosip bagai kan .. sebab aku tau ahmad pun macam tu .. oleh itu , untuk aku wujudkan keserasian tu , aku kena ubah sikit lah cara aku .. tak gitu ? orang kata , masuk kandang kambing mengembek , masuk kadang lembu mengemooo .. so itulah dia .. istilah plastik ni aku rasa cam tak berapa nak wujud kot .. sebab semua orang akan ubah cara dia untuk wujudkan persamaan dan keserasian .. :)
" eh eleh . bukan nya aku mention orang lain pun "
" ye lah , tapi still orang boleh baca dekat timeline "
" gelabah plus serabai plus ko memang tak COOL "
orang jakun akan cakap " apa lah mamat ni duk mengarut . tweet , DM , " .. eh kau yang jakun , yang kampung . nak salah kan aku pulak . haish . ape punya olang . dan tak kurang jugak ada orang duk bisik bisik " twitter ? oh takde life nya mamat tu .. twitter pun nak main jugak " hmmm .. yang ni aku tak tau nak cakap apa .. dulu facebook pun , orang kata lifeless jugak .. sekarang aku tengok semua orang nak guna facebook sebagai medium perhubungan .. even yang duk dekat Jeli pun ada facebook .. jangan terasa eh .. aku refer dekat kawan aku .. si faiz fahmy .. hehe .. sanggup dia pergi cc dekat tanah merah okay untuk online facebook .. see nampak tak macam mana facebook ni effect kehidupan seharian kita .. well bagi aku ni benda bagus .. sebab semua orang pentingkan communication .. hee .. apa yang best dengan twitter ? hmmm ..
1) sebab dia ada burung .. burung ni special okay .. tak macam burung burung korang yang asyik tersipu sipu malu .. ahaks .. burung ni menarik okay .. boleh utus surat gitu .. tapi lebih pantas dan laju .. okay .. aku nak tampal lagi gambar burung tu .. sebab facebook takde burung .. ada mark je .. tak menarik ..
2) sebab senang .. tak secomplex facebook .. laju pulak tu .. just klik klik semua keluar .. sangat COOL .. boleh tukar background gitu .. tapi tengok keadaan jugak .. kalau internet lambat , twitter ni jadi macam burung yang tak makan setahun .. macam burung gagak yang duk patuk batu dalam botol tirus . tau tak .. time tu aku rasa macam nak ambil lastik , lastik je burung twitter ni .. tapi aku sabar orang nya .. haha .. baik pergi lastik burung CELCOM kan ..
3) sebab senang nak stalk artis .. artis ramai ada twitter wei .. senang aku nak tengok apa diorang buat .. mesti ada jugak orang stalk aku nie .. aku tak stalk orang .. sebab orang yang aku nak stalk , takde twitter .. facebook pun takde .. haha . nak stalk , kena pergi intai dia kat umah dia .. tu bukan stalk dah namanya .. tu mengintip .. meh aku tunjuk artis yang ada twitter eh .. heee ..
eh silap . ni twitter aku . boleh lah nak follow pun . confirm aku block user . risau aku ramai ramai stalk aku . haha . tapi memang ada pun , siti nurhaliza tu . bukan dia stalk aku laa . dia ada twitter . SAM yang menang ABP tu pun ada twitter jugak . so boleh boleh nak buat twitter pun . eh bukan artis je , ustaz ustaz pun ada twitter gak . penceramah pun ada . kenal tak Prof Izudin , renung renungkan selamat beramal .
4) sebelum aku memperkenalkan stalker terbaik aku dekat twitter . aku nak cakap lah kan . siapa siapa je yang ada twitter boleh dikatakan sebagai stalker . sebab kan bila kita klik je timeline , kita boleh nampak semua tweet orang yang kita follow . so even Yuna tak follow kau pun , kau boleh nampak tweet tweet gedik dia dengan Qi . haha . even kau tak di follow oleh dontcallmewani , kau tahu apa dia buat . dia kutuk boyfriend dia ke . dia kena kejar dengan lelaki misteri dalam KTM ke . dia tengah korek hidung ke . aa dia memang pengotor sikit .
oh lupa nak cakap . kalau korang nak follow aku dekat twitter , @nachokiddo , follow sekali @dontcallmewani okay . baru syok boleh baca drama Melayu aku dengan dia . drama aku drama melayu . tapi taraf dia macam cerita omputeh .. tapi bukan tiap tiap hari lah .. ikut season jugak .. kalah la wei vampire diaries tu .. nak sinopsis drama ? takde sinopsis .. sebab drama ni spontan .. ikut lah apa tema pun .. time tu jugak skrip dikarang .. yang penting , kawan aku tu memang lah dramaQueen ..
5) yang paling menarik di twitter , sebab boleh kutuk kawan kawan . dekat facebook , kalau kutuk ramai tau . dekat twitter tak . kami semua bersatu padu . kalau aku kutuk orang , followers aku diam je . bila diorang pulak kutuk orang , aku mane boleh diam .. haha .. aku join sekaki . kutuk jugak .. yes twitter ni kira berdosa jugak .. tapi bukan salah kiteorang .. salah burung biru tu .. burung tweet .. meh lastik burung tu ramai ramai .. haha ..